Expresi Julai

Baru aku perasan hari ni dah 3 Julai, erm nampak sangat aku terleka dengan beberapa perkara yang mungkin sedikit merehatkan kepala hotak aku. Baiklah sempena bulan Julai ada beberapa target yang perlu diselesaikan oleh aku. Mungkin korang pelik kenapa aku semakin rajin berkongsi sedikit expresi hidup aku setiap bulan, sebenarnya mengikut buku motivasi Adam Khoo yang sering disisi aku (tak bacapun,tgk kulit buku pun dah seram),kita perlu beritahu org lain apa yg kita ingin lakukan bagi memastikan perkara tersebut berlaku. Seganlah kan kalau aku dah tulis kat sini tp tak jadi. So itu salah satu cara aku tingkat motivasi..Contohnya bulan lps aku berjaya melaksanakan beberapa plan bulan June.
Sebenarnya tidak susah untuk merealisasikan setiap plan kita jika apa yg kita plan tu munasabah dan boleh dilakukan dengan berusaha dalam jangka masa yang ditetapkan. Meskipun kengkadang setiap plan tu bukan lah keperluan sangat dan semata-mata untuk memenuhi masa namun dengan niat dari awal kita akan melakukannya dengan lebih sempurna. Huh..apa plak aku merapu pagi2 ni kan..Actually apa yg hendak aku sampaikan ialah kita perlu lakukan kerja esok hari pada hari ini. Susahkan nak up satu hari lebih dalam hidup kita..hehehe
Kengkadang tidak dapat dinafikan aku juga mengalami masalah nak melakukan perkara tersebut meskipun motivasi tahap agong punya. Huhuhu..
Oklah, bulan ini tak byk plan kerana July merupakan bulan yang memerlukan aku merehatkan minda dan tubuh agar aura-aura berada di dalam keseimbangan, ini kerana pada awal 1 August Bengkel WordPress akan di adakan di Terengganu..Moh org Pantai Timor join bengkel disana nanti. Antara plan aku:
1. Mengurangkan toksik di dalam badan dengan detox patch kat tapak kaki aku selama sebulan.
2. Mengurangkan masalah kesihatan dengan pergi urut reflexsologi seminggu sekali.
3. Minum gula herba sekali sehari bagi memastikan urat-urat dalam badan tidak tersimpul.
4. Mengemas beberapa barang untuk pindah rumah hujung bulan depan.
5. Mengemas kini folder-folder didalam computer aku ni..storage dah parah! Plan nak tambah power laptop ni.
6. Pergi kenduri kawen nurul di Pasir Mas pada 17 Julai ini.
7. Pergi bengkel cashflow Pakdi pada 4 Julai ni..Ya..esok.
Rasanya bulan ni lebih kepada penambah baikkan kepada fizikal dan mental aku. Yeah!
No related posts.







ya betul.. perancangan itu penting supaya setiap apa yg mahu dilakukan berjalan dgn lancar.. tp, aku tak sanggup berkongsi apa yg dirancangkan krn ianya sesuatu yg menyeramkan. hahaha.. aku tau sendiri sudah :)
apa2 pun, selamat merelekz'kan badan, minda dan segala-galanya yg boleh direlekskan. hopefully semuanya berjalan dgn lancar. huhu..
Sebenarnya akupun takut nak share..tp demi mengingatkan diri sendiri aku share gak..so bile aku masuk blog sendiri akan perasan benda ni..keh keh keh
Ko pergi cashflow 101 Pakdi ek esok? Kita jumpa di sana! Ho ho
Insya-Allah akan pergi if aku bgn esok pagi :)
Aku plak nak kejo duit online.. nak beli laptop.. maybe lepas raya..m ampukah aku?
Banyaknya penyakit dia nih.. cuba makan herba HPA bersihkan perut dulu dan buang toksid-toksidnya sekali. Dalam masa yang sama ambil product Adi Putra. Pengalaman aku sendiri, selepas seminggu nampak kesan yang amat memberansangkan. Mata tak mudah ngantuk, lebih bertenaga, tak mudah letih, resdung hilang terus, lebih fokus.
Aku makan semua product tu lebih kurang sebulan setengah (lebih kurang RM190). Sekarang ni aku hanya ambik product Adi Putra aje.. sudah memadai (RM27 sebotol). Kat mana nak cari? Kat kedai jual jamu melambak-lambak.
Orang lain yang makan benda-benda tu pun kata ok. Tapi aku tak tahulah pulak kalau kau ni jenis species lain, yang tak mujarab dengan herba-herba tu.
:)^_^
kat mane bole dpt produk adi putra yer..dah merata sy cari sekitar shah alam..mmg xde jual..yg ade cume produk tuk otak je…sy ade asma dan resdung..mmg nak sgt cari ubat ni…bole bg info mane bole dpt ubat ni
hai catz..
nampaknya post2x yang terbaru nie lebih merujuk kepada teknik motivasi……bagus jugak tu…merangsang fikiran yang positif….
plan semua tentang kesihatan..hehe
kalau nk bwt plan ni.. bwt je jgn plan baru tak de
bnda kita miss..hehe
Usahakan plan tu perlahan-lahan, jangan kelam kabut =)
perancangan dan disiplin diri suatu gabungan mantap untuk mencapai matlamat kita. perancangan spt yg dicatatkan spt diatas adalah bakal membentuk stress yang ringan supaya segala perancangan dapat dicapai dengan baik.
Plan + disiplin = sukses… InsyaAllah…
Moga sukses plan bulan ni…
Nak datang Pasir Mas ke???…bole la jupo….hehehe
Hope you success always with what you planning in your life. Setting your goal and get the job done with happy way…
catz,
semoga apa yang ko rancang akan dapat dicapai 100%
Hi Catz,
Apesal ko lewat pi Bengkel Pakdi nih..? Saya dah gi bulan Jun hari tu. Tak dapat la kita nak menyembang…
salam. email dan post catz sedih bunyinya (terutama email beberapa hari lepas). satu perkara yang saya masih belajar sampai lo ni (la ni) ialah bagaimana nak hadapi dan uruskan frust. macam2 yang frust bila nak kejar cita2 kita ni. skrg jiwa dan minda dah boleh tahan sikit pasal ingatkan kata2 pakar motivasi ini – 'Good Will Be ATTACKED'. Sabar dan doa' ye.
suskses hendaknya
Wah cantik siot kalendar ko..leh buatkan 1, nak juga cam tu.. stailo siot
Memang bagus Lar Catzer ni.Sebab Kita kena Pandai Atur masa.Jadi Catzer Contoh2nya.Bagus2.Jun Memang saya BZ giler.Dengan Blog.Dengan UPSR.Pergh.Penat2