Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Edisi Menganjing

Salam kengkawan..Hehehe ni post pertama aku dalam bulan ni dan paling best tiba2 bulan ni aku terfikir untuk buat satu edisi khas iaitu edisi Menganjing versi aku sendiri. Ops..kalau sesiapa yg tak berapa familiar dengan perkataan menganjing ni better korang google skang gak. Carian google menunjukkan website khai no 1 untuk keyword ni beb..So maksudnya perkataan ini tidak asing meskipun tiada didalam kamus dewan bahasa.

Sebenarnya aku akan outstation pada hari jumaat ni jadi nak tak nak aku curi masa gak untuk buat post kali ni. Ok, kita sedia ada tau skang mmg keadaan ekonomi sangat tak best dan abang aku sendiri pun dah join aku tanam anggur kat Farmville tu. (Sape tak tau Farmville mmg korang confirm takde akaun FB)..FB pun tak tau..akupun tak tau nak ckp apalah. So skang ramai dah mencari alternatif untuk mendapatkan pendapatan tambahan dari internet. Alhamdulillah sudah maju rakyat Malaysia skang dan semakin kurang org ke CC hanya untuk ber chat..kebanyakkan mereka mula faham tentang pemasaran internet dan rata-rata dah mula buka pintu hati nak belajar perkara2 IT ni. Syukur Alhamdulillah sesgt mmg satu perkembangan yg baik.

Namun disebalik kerakusan ini ada pihak yang mengambil kesempatan sewenang-wenangnya kearah penyelewangan berbentuk kewangan melalui medium internet. Serius kesabaran aku sudah sampai tahap gaban kerana sikap seleweng ini bukan sekadar pada mereka yg memang jenis kaki menipu tetapi juga dikalangan “otai2″ IM.  Aku tau ramai yg berdiam diri sbb takde sape nak backup diaorg bile mereka merasakan diri mereka tertindas. Ramai yg hanya tukang kipas sahaja dan ini menyebabkan insan yg merasakan diri mereka ini tertindas terus malas nak buka cerita.

Kalau korang tanya apa tindakan aku jika aku kena kencing? Aku akan santau org tu..hahahaha..Gile kejam.

Oklah kali ini aku nak kongsikan pasal isu screenshot income ataupun bergambar gah dengan duit. Walawei..isu panas ni mungkin korang salah seorang dari nya..hahahah..so isu ni lebih kepada siapa yg makan cili dia akan rasa pedasnya. As long as korang tidak menipu perkara ini tidak akan menyinggung perasaan korang..ok?

Saban hari aku tgk perbuatan sebegini semakin memualkan, especially ianya digunakan untuk mempromosikan produk/program yg sama sekali dimata aku kurang menyenangkan terutama sekali jika ianya berlaku di FB. Akupun ada promosi2 gak tp takdelah sampai nak hijack wall dan inbox org. Paling bengap yg tag picture aku yg tak sepatutnya. Ya..marketing lah..sgt..Amalkan selalu aku akan blocked malaun sebegini seumur hidup.

Aku sama sekali tak berminat nak tgk screenshot ataupun picture dengan memegang duit yg byk tu. Kalau 2-3 kali aku boleh maafkan tp kalau dah terlalu kerap aku semakin sangsi. Begini ke cara mereka cari duit? Dengan tunjuk picture pegang duit. Sekali lagi kenyataan ini aku tujukan buat mereka yang menyalah gunakan tips marketing ini. Bagi mereka yg merasakan tips ini perlu dipraktiskan namun dengan beretika..Duduk diam2, punggung korang tak akan panas punya.

Nasihat aku pada rakan-rakan yg ingin menceburkan diri dengan program niche making money online silalah berhati2. Jangan mudah tertipu dengan screenshot income ataupun sebarang bentuk image yg menunjukkan mereka buat duit dengan sesuatu sistem tu. Tahun lepas rasanya aku ada reveal pasal beberapa orang top IM Malaysia (mungkinlah top kot) menggunakan screenshot income yg sama untuk produk yang berbeza. Aiyak lu mau kencing orang Malaysia ke..Gua tak bodoh  beb..

Lagi satu jual ebook pasal menjana duit dengan sistem lain tp show off income yang mereka dpt dr penjualan ebook tersebut. Kalau dah value income yg masuk tu sama jerk..terang2lah itu income penjualan ebook mereka yang berharga RMXX. Rata2 ramai yg suke buat “kepoh” ni just nak laku kan produk mereka jerk, yg dimana mereka sendiri tidak berapa arif tp memandangkan itu cara paling mudah buat duit..So layankan jerklah..

Ya..post aku kali ni menganjing mereka yang sepatutnya sedar korang yg TAMAK HALOBA duit ni lah yg rosakkan bangsa sendiri. Yang kencing duit bangsa korang sendiri. Yang langsung tak mo amik port duit korang tu halal dunia akhirat ke tak..Yg langsung tak ambil peduli org lain bekerja mcm nak mampos untuk beli produk atau join program korang. Ada yg sanggup gadai mcm2 dan kuarkan duit simpanan demi memenuhkan poket korang.

Sorry kalau post aku kali ni mmg buat org panas punggung, tp untuk memajukan rakan seagama dan sebangsa aku rela korang keji aku kerana post ni. Ya..aku sekadar blogger yang syok sendiri dan takde masa nak didik rakan seagama dan sebangsa ilmu perniagaan ataupun perniagaan internet selalu..Tp aku harap post kali ni buat pembaca blog aku sedar, to make money online consistently tidaklah semudah yang korang sangka. Belajar lah dari mereka yg betul2 berpengalaman dan sanggup berkongsi dengan korang asalkan korang sanggup memberikan komitment dan bukannya duit semata2. :)

p.s – Jadi tak iklan aku dengan show off duit mcm tu..hahaha..kalau aku sungguh2 promote tu mesti ramai gile akan email / sms aku. Tak pyh susah2 aku tulis jerk..Inilah income sy RMXXXX dalam masa 5 hari selepas join program XYZ..hahahaha..

p.s.s – itu merupakan duit seseorang yang telah aku pinjam untuk post “menganjing” ini. Sesiapapun boleh buat..betul tak?

Blog Widget by LinkWithin

Wow..Post Ni Pun Menarik!:

  1. Tutorial Menukar Theme WordPress Edisi 2 Sedia maklum WordPress version terkini membolehkan korang menukar theme direct...


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

67 Responses to “Edisi Menganjing”

  1. Mr.Bintang says:

    amik kau IMers….. hahaha.. aku mmg dah lama meluat ngan program ebook yang tayang duit berlambak tuh + yang tunjuk acc. bank..

    aku pun nk kasi contoh gak..
    ada la satu ebook.. tajuk dia buka main… (contoh jer, yg terasa pedas tu sila tambah cili lagi.. hehe..)

    “Rahsia seorang bla bla bla menjana 10k sebulan”
    seorang bla bla bla tu adalah owner ebook tuh..
    apa rahsia yang dia buat? dan kenapa nak bikin gempak jer ngan tajuk ebook tu? mcm nak meninggi diri je kan? siap tunjuk gambar pegang duit ngan bnyk sekali.. hahaa.. nmpk sngt nak menunjuk… fuhh!! hebat tul.. pastu.. siap tunjuk acc. transaction dan yang peliknya setiap transaction dlm screenshot tu adalah sama nilai dengan ebook yg die jual.. hohoho.. itukah yg berjaya membuat dia berjaya? dengan hanya menjual ebook rahsia tu? tak masuk akal.. apa isi dalam ebook pun aku x tau sbb aku x penah nk beli² mende tuh smua.. hehe.. mungkin ada pembeli menyesal kerana membeli kerana tips² yg kononnya rahsia tu ada di mana² yang boleh kita dapatkan dengan PERCUMA…first impression masuk website ebook tu pun aku x berapa yakin dengan program diowg.. cam tipu jer.. diowg mmg pandai berkata².. smmgnya dah ada script ayat² memikat utk IMers nih.. aku pun tau.. huuu~ ntah lah.. pendapat aku jer.. aku anti rahsia..

    Tahniah sbb berjaya menghanjingkan mereka.. :P

  2. catzer says:

    Thanks kengkawan sbb sudi kongsikan komen korang yg bernas dlm post aku kali ni. Ya..kenyataannya ramai terpedaya sbb terkabur dek note2 indah tu.

    Aku tak dpt nak reply satu2 komen sbb br balik huh..sekali lagi time kasih kerana menyokong post menganjing aku ni..keh keh keh

  3. fakhri says:

    Terbaik lah!! suke part yang pegang duit banyak2 letak dalam salesletter… Macam gampang.. mmg anti betul dgn mende macam tu.. sampai sekarang xkan tertarik dengan produk dia walaupon dia dah “otai” dah..

    Nak menganjing jugak lah..

    Woof.. wooF..

  4. titan says:

    haha..ramai tol yang dah wat post cam gini. Aku dah bambu hari tu. Tapi cam biasalah. Hati kering. Diorang bukan kesah pun. Janji fulus masuk. Tu yang lom spamming sana sini. YM pun nak jugak spamming. Ada ke patut dikatanya itulah teknik YM marketing. Kepala hanggok diorang kalau spam YM tetiap hari..

    bagi bukti byaran lain, cerita lain. Haa, itu satu lagi..memang patut masuk edisi menganjing ko ni. Haha..

  5. fakhri says:

    @titan..

    Aku pon bengang yang spam YM.. menyampah gila babeng..
    Suruh masuk blog la ape lah.. Alih2 aku buang je dalam kontek list.. abeh cite..

    Ahahaha

  6. Aku pun dah pernah termakan umpan IM2 local yang kaki menipu nie. Walaupun duitnya tak seberapa, bila dah tak dihalal dunia akhirat, dia tanggunglah sendiri.
    Sekali lagi aku akan cari mereka hingga ke lubang cacing.

  7. Farizal says:

    memang sempoi artikel ni. ambil gambar dengan duit sambil mengangkat ibu jari. atau, menggenggam duit sambil tersenyum. tuih!

    aku bukan benci dengan mereka yg rajin mencari duit. tp aku benci dgn mereka yang gemar menayang duit untuk mengaburi golongan yang terdesak atau yang betul² memerlukan pertolongan kita. itu mengambil kesempatan namanya.

    PS: Sampai sekarang aku belum berkesempatan untuk bergambar bersama duit-duit aku :D Masa tak berapa nak ada. Baik aku bergambar dengan anak bini aku.

  8. catzer says:

    hahahha..erm itulah penipuan ni ada penipuan kecik ada penipuan besar..hehehhe..

    sape2 ada duit nak show off meh bg aku pinjam aku credit kat korang erk..hahahaha…

  9. azly says:

    benda yang senang & sedap jarang orang akan kongsi. selalunye yg org tu menjual..

  10. Adney says:

    walauapepun, yg terbaik bagi saye adalah kite muhasabah diri sendiri.. kdg2 kite terlupe diri sndiri byk wat silap.. org luar nampak kesilapan kite.. diri sendiri susah nak perasan selagi x perasan..

    Same2 kite bersedar-sedaran… dan saling menasihat itu adalah yang terbaik…

  11. azwan says:

    Banyak duit kau tu, boleh lah belanja aku makan lain kali :)

    Btw, dah dua tiga blog dah aku masuk cerita pasal ni aje .. kesian. kesian pada mereka yang mempercayai mamat tu.

  12. samdaddycool says:

    Fire je orang-orang yang cas otai ni…. kekadang meluat gak asyik spam ym atau hantar emel marketing (melalui mailing list) berulang-ulang kali.. bengkek gua.

  13. Rita NM says:

    Memang betul apa yang catzer ckpkan tu.. terutama bile tunjuk duit bentuk kipas he he he he.. bukan jeles tetapi tak suka dengan cara menunjuk-nunjuk tu.. lagi hampas bila beli produk dia tak seperti yang kita bayangkan.. bab FB pun saya tak suka.. mereka nie sesuka hati je spam inbox orang.. padahal kita ikhlas jadi fan or group die.. konon2 group OKU nak bantu diorg.. UNSTOPXXXXX.. hampir tiap2 hari diorg spam inbox. Sudahnya saya remove dari list.. tidak beretika langsung

  14. Amin007 says:

    aku dah kira.
    baris atas ada 20 keping
    ada 2 baris, atas dan bawah jadi
    20 X 2 = 40 keping

    satu keping ada 50 ringgit
    jadi 40 X 50 = 2000 ringgit
    waa banyak ko pinjam duit huhuhu

Leave a Reply

CommentLuv Enabled