Drinking Water, Suck?
Aku sampai di rumah dalam pukul 10 lebih, hari ni aku tak masuk ke opis sbb menunggu paksue operation untuk memasukkan balik tengkorak kepala. Dia masuk ke dlm bilik operation dlm pukul 11 dan keluar tepat jam 5 petang. Sepanjang menanti kami adik beradik di layani oleh Sally yg sentiasa membuat lawak bodoh tanpa henti. Meskipun sally merupakan seorang budak berusia 5thn namun dia mmg seorang yg susah menerima kritikan dari kami, hanya fhm perkataan menang. Aku rasa lelaki lebih mudah untuk dikritik daripada dia.
Penantian selama hampir 6jam berakhir dgn penuh kesyukuran meskipun ada satu saat kami semua menadah tangan membaca al-fatihah atas pemergian salah seorang pesakit di wad neurologi. Sesungguhnya kematian itu akan dtg pada bile-bile masa jerk..
Erm, berbalik pada paksue semasa kami menolak katil sorong ke wad rawatan dia masih dlm keadaan khayal. Kesan bius seluruh badan masih belum kebah..Beberapa minit berada dlm wad dia mula mengerang kesakitan, nurse masukkan ubat tahan sakit dan dia kelihatan sedikit tenang. Beberapa jam kemudian dia membuka mata kadang2 dia tutup dan terlena. Aku bertanya sama ada dia kenal aku tak? Syukur dia mengangguk tanda kenal. Aku harap selepas ini pertuturannya akan menjadi lebih jelas, aku mahu tahu apa yg ingin disampaikannya. Apa yg dia mahu dari aku, maaf paksue sbb aku tak dapat kotakan apa2. Sebenarnya aku janji jika dia mendapat result yg baik untuk PMR tahun lps, aku akan belikan dia satu PSP. Namun, takdir Allah dia tak sempat nak mengambil peperiksaan PMR.
Jam sudah pukul 7.15pm aku dan adik beradik lain beransur pulang, lagipun ada beberapa brg yg dipesan oleh emak. Kami singgah di Giant Puchong dan membeli beberapa keperluan untuk emak dan paksue. Aku pulang ke rumah dgn doa semoga dia akan tersenyum kembali spt selalu dan aku juga rindu saat2 dimana kami selalu sparring bersama.
Aku singgah ke stesen minyak untuk mengisi petrol dan beli air mineral, pergh RM2.60 air mineral 1500ml. Aku tak jadi beli bergegas ke 7E, pergh harganya sama sahaja. Akhirnya aku akur membeli sebotol air mineral di kedai biasa pada harga RM2.30. Jauhnya beza harga air mineral di seksyen 7 dan seksyen 19. Jika air mineral di seksyen 7 brand yg sama hanya RM1.50 disini RM2.60. Satu harga yg tidak munasabah dan sesungguhnya melampau. Serius melampau,ibarat perbezaan IE dan FF.
Aku sedikit berangin sepanjang perjlnn pulang kerumah, argh mahu saja aku melakukan adegan belasah di kedai tersebut tetapi sedia maklum aku ini bukan pelajar yg hilang kewawarasan. Lagipun aku juga sudah letih dgn isu mereka yg bangang bab harga yg sepatutnya di bayar untuk sesuatu product dan servis.
Mlm ini sebelum tido ada beberapa perkara yg aku fikirkan iaitu keinginan untuk tgk wayang bersama si dia, aku harap dapat tonton cite CJ7 sebab cite tu dilakonkan oleh pelakon kegemaran aku..hehehe..camnelah jln cite ni erk, ops jgn cite karang hilang mood aku. Erm, dgr cite bulan depan mahu pilihanraya so ini undian aku kali ke 2. Mak aku dah pesan suruh check semakan daftar pemilih, yer mak dan abah mmg paling arif bab2 pilihanraya mungkin sebab ideologi org Johor mmg begitu.
Seh, dah lewat mlm rupanya patutpun aku ngantuk gile ni wei. Kengkawan aku minta kalian doakan paksu cepat2 sihat, cukuplah setakat dia mampu berjalan dan bertutur dgn baik. Aku kesian pada mak dan abah yg sudah dimakan usia namun perlu menjaga adik bongsu aku tu. Paksue tak mahu org lain menjaga makan,minum dan pakai dia selain mak dan abah. Ini sedikir merungsingkan kami. Oklah, aku mahu rileks..tido2..
edited: Since azhar minta sy selitkan picture paksue, yup ini dia paksue kesayangan kami semua:-
Picture pada 30 August 2007, baru kuar dari NICU tp masih koma.

Picture pada 28 October 2007, paksue kena lung infection so tak sedarkan diri selama 3 hari.

No related posts.







woOpops.. sapekah si dia ni.. cheh cheh.. taruk PIC!!.. hehe
syia’s last blog post..lagu2 EMO?Cinta?
hahaha,syia pandai erk mahu korek..erm si dia tu biarlah rahsia. :p
catzer’s last blog post..Drinking Water, Suck?
Hummmmm… CJ7 best…
Perasan tak harga air mineral lagi mahal dari minyak petrol?
Saya doakan paksu cepat sembuh… Ada gambar paksu tak?
Azhar Ahmad’s last blog post..Bila Dua Teruna Sunti Berbicara
catz2azhar ~ ok aku dah selitkan 2 picture paksue sorry tak dpt yg latest sbb camera digital di rumah skang di opis. Lagipun di hospital dilarang mengambil picture. Tp itulah kuasa hphone bercamera. :p Isu air mineral sepatutnya turut ditekankan di parlimen, terlalu kejam menjual keperluan kehidupan semahal itu.
semoga semuanya selamat dan kembali seperti biasa….
chot’s last blog post..ilmu beb!
Harapan aku semoga semua selamat seperti sedia kala.
megat’s last blog post..Tips : Bina Blog II
semoga semuanya selamat..amin
Fahmishah’s last blog post..Jangan Lupa Kawan Ya!
me too…amin..
afham’s last blog post..Mari membantah Gambar Nabi Muhammad SAW
aaa..kenape nak rahsia?
cam mana condition pak sue hari ni?
syia’s last blog post..lagu2 EMO?Cinta?
hurmm… nice entri la.. setiap entri ada di linkkkan kepada rakan2..
semoga paksue catzer sembuh macam biasa..
Khai’s last blog post..Wanita kini lebih hebat.
catz2chot+megat+fahmi+afham ~ thanks kengkawan, hari ni 13hb adik aku kuar dr wad.
catz2syia ~ hahaha,sesaje mahu sorok..mana ada sorok kat friendster kan dah tunjuk. Paksue semakin ok,alhamdulillah.
ehem2..aku dah tgk lama dah pic si dia tu syia..ko lambat la..hehehee..
apa pun catz..ko dah blonde skang ye?ahaahahaks..
aku igt paksue tu tua orangnya..tapi bile baca tgk amek PMR..erm..mesti budak lagi..bagus la kalau beransur pulih..:)kasi makan banyak2..supaya comel macam aku..hehe
reezluv’s last blog post..Teknik Fade Dalam Flash
catz2reezluv ~ hehehe,sesaje tukar warna rambut dan hairstyle..erm paksue tu panggilan dia sejak dr kecik lagi sbb dia sebaya ngan anak sedara aku jadi, kenalah panggil ikut pangkat.
semoga paksue cepat sembuh.. 7E memang mahal tapi ade satu yang aku suke beli dan rase amat murah itu iaitu big gulps (big gelups)
Aizat’s last blog post..Prison Break Marathon Season 3 Episode 10, 11 and 12
catz2aizat ~ kedai biasapun RM2.30 giles.Aku sanggup rempit ke jaya jusco dlm 15-20 minit dr rumah aku. Air mineral cap Desa 99cents jerk. Bleh dpt 3 botol beb.