Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Derma Darah – Bantulah Mereka Yang Memerlukan

Okies ini bukanlah iklan Kementerian Kesihatan Malaysia, aku just terfikir berapa kerat jerk Malaysian yg menderma darah especially di kalangan darah jenis AB? So, atas dasar kesedaran pertama kali aku menderma darah tanpa memikirkan keadaan kesihatan aku sendiri. Sedia maklum bg mereka yang mmg selalu lepak secara maya bersama aku, aku pitam semasa proses derma darah tersebut. Gosh..

Berat bdn dan tinggi aku mmg ideal but aku mmg bermasalah dengan tekanan darah yang rendah. Semalam aku pergi renew lesen di PKNS Shah Alam, HTAR Klang open untuk derma darah di perkarangan concourse area. Aku just fikir, oh..ini peluang untuk aku membantu mereka yang memerlukan sbb bila aku fikir balik masa Paksue accident byk pin darah yg dia pakai so aku terfikir utk menyumbang juga. Doktor tu ckp tekanan darah aku rendah but still selamat untuk derma darah. So, beberapa minit pertama aku rasa ok..Then tiba2 aku berpeluh-peluh, badan aku jadi sejuk dan pucat dan jantung aku berdegup perlahan. Terima kasih buat nurse yang membantu aku secepat mungkin. Ya,aku nyaris di bawa ke hospital klang kerana nyaris pitam..aiyak malunya.

Dan hari ini juga, aku rasa bersalah kerana buat semua org yg rapat dengan aku risau. Aku dimarah dan di warning untuk tidak melakukannya lagi. Ianya terlalu membahayakan nyawa aku sbb jantung aku tidak mampu mengepam darah ke seluruh badan kerana tekanan yang rendah. Gosh..Aku tak tau apa nak ckp selain..Maaf sbb buat kalian risau..Thanks pada kakak aku kerana berjanji tidak akan memberitahu perkara ni pada parent aku. Keadaan aku masih tidak stabil dan sekali lagi maaf kerana buat kalian risau, especially my sibling, kawan2 dan si dia. Aku masih membaca mesej dr kawan2 yang mengatakan aku gile buat perkara ni “Dah cukup sihat ke sampai nak derma darah?”. “Siapa tak marah kalau membahayakan diri sendiri”. “Tak fikir ke kalau jadi apa2 sape nak jawap kat abah”..etc…etc..

Kadang-kala kita mmg ingin membantu sbb kesedaran itu hanya wujud pada mereka yang pernah mempunyai pengalaman. Aku berharap pada mereka yg mampu menderma darah, come on guys and gals gunakan keupayaan korang semua untuk melakukannya. Bantulah mereka yang memerlukan, aku tgk setiap kali derma darah berapa pin jerk yang mereka dapat padahal permintaan tabung darah mmg tinggi. Hanya sekali dalam 3 bulan anda perlu menderma jika mahu. Aku dah cuba but ironinya aku sendiri mempunyai batas dalam perkara ni. Jadi yang termampu oleh aku ialah mengalakkan pada mereka yg mampu utk terus menderma darah.

Kepada para penderma darah, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sistem kemanusiaan. Kalian telah menyelamatkan banyak nyawa tanpa disedari. Aku “dengki” pada kalian kerana mampu menyumbang apa yang aku tak mampu berikan.

Blog Widget by LinkWithin

Wow..Post Ni Pun Menarik!:

  1. Yang Samar Sukar Dibaca Sebenarnya ketika aku mengayuh beskal tadi, aku sibuk nak membaca...


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

15 Responses to “Derma Darah – Bantulah Mereka Yang Memerlukan”

  1. reezluv says:

    fuh..agak2 ar nak derma darah sekali pun..jangan la sampai bahayakan nyawa sendiri..bahaya tu..rasanya ko kena banyak senaman kot..bawak2 jogging petang2..kasi jantung ko tuh kuat skek..

    baru la otot2 ko tu dapat jalan dengan baik..ehhe..banyak rehat bleh..tapi sesekali peluh tu kena keluar kan jugak..

  2. ijamidayu says:

    Giloz ko sis!! Agak2 la bila nak menderma pun..

    Memang betol, apa yang berlaku di Malaysia nie. Kurang sgt yg nak menderma.

    Aku alhmdllh boleh derma darah.. Dah derma pun..
    Semoga dimanfaat kesihatan utk dikongsi bersama insan lain.

  3. scanvx says:

    isk makcik sorang ni. apa la…ubat tekanan darah rendah ni senang jer. KAWIN. kekeke penah seorang profesor college aku berkata, Perkahwinan ubat kepada byk penyakit dan penyelesai kepada byk masalah. kekeke Wallahwu’lam

  4. Taukey says:

    aik….Doktor kata cukup tekanan darah tapi ko plak lain ceritanya. Aku pernah gak derma darah. Tapi bagi aku takder effect sangat. Mungkin aku sehat masa tu. Yang bestnya dia orang bagi minum dan makan free. ekekeke.

    Kawan aku yang lain byk kena rejek sebab tak cukup tekanan darah. Janji rendah kena rejek. Apa apa pun harap ko makin sehat. kuatlah bersenam yer. ekeke

  5. chuckiesd says:

    Aku menderma darah sekali jer tahun lepas…tahun ni takder buat plak…mungkin kalau terjumpa kat maner2 ader buat derma darah aku akan pergi…wei dpt diskaun beb kalau selalu derma darah…

  6. BAGAK says:

    apasal tak cakap kat aku nak derma darah

    aku penderma darah tegar

  7. catzer says:

    nanti kalau ada jumpa mana2 tempat derma darah jgn lupe singgah pada mereka yang layak lah..hahaha

    aku tunggulah 3 bulan lagi tunggu pin dlm bdn cukup 12 balik :D

  8. !x0r@ says:

    erk,saya takut nk derma darah.. darah pn x cukup.. cmna nk derma. huhu

  9. [...] Brader Shuth (penganjur & pemilik WangCyber), dengan cekapnya telah menyediakan Catzer selaku jurugambar rasmi untuk membantu mereka-mereka yg miskin tak mampu beli kamera sendiri dan [...]

  10. Mohd Hafifi says:

    dermalah darah, ramai yang memerlukannya..contoh adik aku sendiri, dia perlu ke hospital 3 minggu sekali tuk masukkan darah sebab dia mengidap sejenis penyakit..

    kalau tidak salah “pure red cells” namanya..lebih kurang mcm leukimia jgk..

  11. Fuad says:

    Oh oh.. Ko tak layak la jadik pemegang buku rekod kaler merah tu ye. Hehe. Kesian. Kalo ko nak aku leh bagi. Haha. Tiap kali derma darah aku buat buku baru.

  12. abdfatah says:

    ngeri aaa derma darah… cocok nak hambik darah pun dah menggeletar aaaaa…

  13. cikyin says:

    lahaiii. aku pun nk bebel dibuatnye (walaupun dah berjela2 ko dibebelkan).
    niat baik mmg patut ade, tp kalo smpai memudaratkan diri sndiri itu dah tak berbaloi namanye. dlm agama pun tak galakkan kalo smpai camtu (correct me if im wrong).

    aku pun dh 2kali derma darah. 1st time smasa jadik urusetia pameran kat kuantan. dari pagi duk tgk je org2 beratur derma darah, rasa cam mencuba sgt tapi takut amat. senyap2 bila bos tak sedar, aku pegi kat kaunter derma darah tu. memula doktor tu taknak benarkan, sbb berat tak cukup (aku underweight ok). last2 buat muka kesian, dia pun kata bleh, tapi hanya 3/4 dari kampit tu aje dibenarkan (tatau nama ape mende alah tu).

    alhamdulillah. slamat. w/pun nurse2 kat situ dh prepare nk papah kalo aku pitam, sbb katanye darah aku cukup2 aje bleh derma tu. dan aku rsa makin eager nk derma darah lagi selagi boleh.

    so amat2 la aku sokong saranan si catzer nih. give a try, kepuasannya korang yg akan rasa sndiri. tak rugi pun.

  14. cikyin says:

    uish terpanjang lak, buat cam blog sndiri hahahaha

    ya ampun cat! ;-)

    take care eh. tah bila nk lunch dgn ko ni. asyik keluar stesen aku ni.

  15. Awe says:

    Derma darah best woo. Bukan setakat dapat pahala tapi ia juga memberikan kesihatan…^_^

Leave a Reply

CommentLuv Enabled