Check SERP
Check Your Site SERP

Adei, beberapa minggu ini aku mmg agak busy. Almaklumlah minggu lps begitu busy berkempen PRU 12, memandangkan lokasi aku sekarang di jajahan pimpinan PAS dan PKR aku tak punya komen apa2 sbb aku tidak mengundi di sini. Sekali lagi adei, bile minggu lps juga fify telah aku htr surgeon utk membuang sistem peranakan dia. Ramai yg mencemuh aku mengatakan aku kejam, biarlah sbb Allah tahu apa yg aku buat ini dgn niat yg jujur dan betul. Fify skang tidak murung seperti dulu, bermain gembira dan manja. Apa yg penting sekarang aku perlu pastikan berat badan dia naik semula, terlalu kurus untuk kucing yg dah berumur 2 thn.
Sebagai part time blogger aku terasa bahang yg sama seperti pokcik Azwan, tiada masa untuk update blog ni hari-hari. Aku hanya berkesempatan menghalau spammer-spammer dr blog ni sahaja tetapi untuk mencetuskan idea post yg gah lagi bergaya aku tidak mampu. Sedikit kesian pada pembaca-pembaca setia blog ni, maaf sesangat kenkadang aku mmg busy utk mencari sesuap nasi. Maklumlah aku seorang bujang yg tinggal jauh di perantauan, ada rumah utk dibayar, ada motor perlu diberi minum minyak, ada kucing dan kura-kura yg perlu aku bg mkn 3x sehari, ada pelbagai utilities bil yg tersergam indah namun segan utk aku pandang dan yg pasti ada blog yg semakin bersawang yg perlu aku bersihkan selain dr blog ini…kekekekek
So, setiap pemilik blog mesti mempunyai keyword sebagai identiti pada blog masing2. Kebanyakkan keyword ni mampu di jual di kemudian hari. So, sebagai blogger yg mengejar kedudukan di SERP untuk keyword-keyword tertentu aku selalu membuat cubaan menggunakan blog ini. Erm permainan SEO merupakan game yg paling aku gila-gilakan namun aku tahu batas-batas yg tidak patut aku rempuhi.
Disini aku pecahkan sedikit ruang untuk kalian mudahkan pencarian SERP untuk keywords kesayangan. Check Serp membolehkan kita mendapatkan kedudukan Alexa Ranking dan kedudukan SERP utk site kita di carian search engine.
Untuk keyword “newbie webmaster” blog ini mendapatkan ranking SERP yg baik, berada di page1 dan ke 2 dlm senarai search engine. Malangnya tiada publisher yg berminat dengan keyword tersebut. Alexa ranking aku yg juga buruk, 240,074. Adei,bile mahu turun bawak 100k ni..
p.s – kengkawan blogger sekalian yg mengenali bro BadrulZamani, dia skang berada di HUKM menerima rawatan “downsizing”. Sesiapa yg berdekatan tu bolehlah melawat dia.
No related posts.







Ahahahahhahaha, aku punya serp agak teruk. Untuk Teratak Nurani always no 1, except alexa. No 3
Azhar Ahmad’s last blog post..Ini Kampung Nekmat Edisi Teratak Nurani
(1) downsizing tu apa
(2) anak aku pun ada kura-kura .. boleh bagi tips untuk dapatkan the best housing .. aku pakau akuarium kecik tu je.
(3) serp .. he.he.. apa kata kau ada kan contest tiada hadiah utk keyword :)
azwanhadzree’s last blog post..NuffNang Kept Their Word
aku baru nak belajar beramah mesra dengan serp..org kata mereka mesra kalau kita mesra..betul ke?
syamsulariff.com’s last blog post..Ming Yang Soong & Lions International Peace Poster Contest
Cat, aku baru perasan ada top commentator kat sini dan kau adalah top commentator itu
woi, mana aci owner jadi top commentator :)
azwanhadzree’s last blog post..NuffNang Kept Their Word
Hehe.. Mane Aci Tuan Blog Ade Ranking Dalam Top Commentator.. Huu.
Qaiyum’s last blog post..Dasar Ekonomi Baru (DEB)
catz2azhar ~ boleh improved lagi tu,rerajin tgk keyword mana yg boleh drag visitor dr SE ke blog ko.
catz2azwan ~ akupun tak tahu maknanya dlm term medication. Erm kura-kura akupun dok dlm aquarium tp ko kena letak btg kayu utk dia rileks. Kekeke,aku mmg nak tgk sape yg boleh tewaskan aku sebagai top commentator.
catz2syam ~ mereka mmg sgt2 mesra tetapi berhati-hati juga sbb bukan semua keyword berguna utk blog kita dan lagi satu kenkadang nak kejar keyword sampai blog kita jadi longgokan mcm2 benda.
catz2qaiyum ~ pesal ko tak puas hati ke?Aku susah sgt nak dpt top commentator kat blog org so nak merasa gak kat blog sendiri.. :p
catzer’s last blog post..Check SERP
aku letak batu Cat .. kayu senang hancur. anyway, mungkin this weekend nak berjalan-jalan mencari banglo baru untuk kura-kura
azwanhadzree’s last blog post..NuffNang Kept Their Word
tuan punya blog yang tah mahu kalah dalam saingan top commentator
Fahmishah’s last blog post..Pembangkang Perintah Negeri Aku
catz2azwan ~ actually aku letak pipe pvc tu jerk yg t-square..kekeke..batupun ada tp dah byk hancur. Adei, kena kutip batu sungai ni.
catz2fahmi ~ kekeke, nak bertanding di top commentator ialah cuba tewaskan tuan rumah. Ada berani?
Terima kasih Catz@Zam kerana info tentang abang. Abang dah keluar wad dan sekarang berada di Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, KL.
‘Downsizing’ tu bukan rawatan la… :) Ia istilah dalam salah satu game untuk IM. Maksudnya sedang ‘bertapa’. :D. Saya stop sekejap dari dunia online sejak Januari tahun ni sehingga 6 bulan sebab datang menjenguk arwah ayah di IJN bulan Febuari. Kemudian, kawan arwah ayah kira masuk HUKM. Jadi, sekarang masih terima rawatan kat HUKM…
Sementara tunggu kat Anjung Rahmat ni, seorang Pengarah Urusan Herba Traditional Sdn. Bhd. offer saya kerja pada 19 Jun lepas untuk bekerja di syarikat sebagai Penolong Pengurus.
Pada 1 Julai, disebabkan kekosongan jawatan sebagai Pengurus (pengurus letak jawatan), saya dilantik sebagai Pengurus syarikat Herba Traditional Sdn. Bhd.
Jadi, kalau dulu saya bekerja sepenuh masa dalam online sahaja, sekarang terpaksa membahagi masa antara kerja offline dan online…
Sebab tu, dalam masa 3 minggu ni, mata saya sembap sikit sebab tak cukup tidur. Asyik terkejar – kejar ke sana sini aja.
Terima kasih pada semua yang mendoakan saya… Insyaallah… kita akan bertemu lagi…