Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Akupun Blogger Gak!

Seperti biasa korang dah jarang dpt baca rapuan aku sejak masuk tahun 2011 ni. Aku sebenarnya takde alasan kukuh nak bagi kat korang lebih2 lagi alasannya tetap sama iaitu aku takde masa dan MALAS. :)

Sebenarnya aku sendiripun ketandusan idea nak tulis apa kat blog aku ni, nak cite pasal buat duit online aku bukan terror sangat pun part tu, then nak borak pasal produk2 aish..lebihlah failed terus! So, jika aku betul2 ada idea jerk aku akan update blog ni.

Seperti yang korang perasan aku ada create page Rumpun Blogger namun aku tak berkesempatan nak marketingkan page tu. Sangat busy menyelesaikan isu peribadi :)

So, disini aku nak offer something yg mmg dah lama aku nak offer tp tak berkesempatan. Sempena bulan depan aku nak buat kempen “Akupun Blogger Gak” yang akan membantu aku mempromosikan Rumpun Blogger sebaik mungkin. Sedia maklum Rumpun Blogger bukanlah untuk aku kaut keuntungan dari sesiapapun tetapi aku ada beberapa aktiviti sosial didalam kepala hotak aku ni yang memerlukan sokongan dari ramai blogger.

Kempen “Akupun Blogger Gak” terbuka kepada semua pemilik blog sama ada blogspot ataupun wordpress..malahan apa sahaja platform blog pun aku terima.Janji korang mmg blogger yang menulis di blog korang sendiri.

Kempen “Akupun Blogger Gak” Minggu pertama Mei – (1 Mei – 8 Mei) – Aku memerlukan 30 orang blogger untuk membuat post berkaitan dengan kehidupan mereka sebagai blogger. Diakhir blog post korang hanya perlu letakkan satu link, “Akupun Blogger Gak” di hyperlink kan ke www.rumpunblogger.com. Tolong gunakan kreativiti korang sendiri since korang blogger kan..Requirement paling penting..hanya mereka yg reply post aku ni jerk yg LAYAK join kempen ni..tak reply segala post korang tidak akan diambil kira..Yosh!

Sila contact aku di catz81 (at) gmail.com selepas korang siap membuat post tersebut,send email dengan title “Akupun Blogger Gak” then copy paste url blog korang. Jangan lupa berikan akaun maybank korang kat aku..hahahaha…okies aku akan bagi RM10 untuk setiap blog post. Mean, hanya 30 orang blogger 1st come 1st server!

Minggu seterusnya? Tunggu next post aku erk :D

Blogger’s Rebellion VS Godaddy

Berdasarkan post aku sebelum ini:

Godaddy Scam Pembeli Domain

Ramai yang mengadu mereka mengalami masalah yang sama seperti aku juga cuma jumlah yang di sedut oleh Godaddy tu buat mereka malas nak amik port sangat. Tetapi sebagai rebellion aku terpaksa amik port kerana jumlah yang dikenakan tu ialah cash yang ingin aku gunakan untuk cuti2 aku pada bulan ni.

Sebelum aku buat post pasal isu Godaddy ni aku dah contact support mereka dan akhirnya selepas beberapa hari aku berjaya dapatkan balik jumlah yang telah disonglap tu. Tidak semua kerana ada beberapa domain aku “paksa” kawan aku push ke akaun Godaddy mereka sendiri.

Pembeli domain layak untuk membatalkan pembelian atau renewal domain dalam tempoh 45 hari. Ini merupakan email yang dibalas oleh support Godaddy dan membolehkan aku di refund asalkan aku cancel renewal domain tersebut:

Selepas aku berikan pin identity aku dan cancel domain yang telah direnew itu aku berjaya mendapatkan kembali sejumlah $$$ yang telah disedut oleh Godaddy. Yosh!!! Sib baik boleh dapat semula even ramai kengkawan aku suruh aku lupakan jerklah peluang untuk minta refund dari Godaddy. Aku sekadar cuba2 gak memandangkan jumlah besarnya tu akan merugikan aku nanti. Ada 2 invoice tp disini aku kongsikan salah satu invoice yang telah di refunded:

So kalau ada yang mengalami masalah yang sama dengan aku lepas ni korang dah tau apa action yang boleh diguna pakai. Meskipun ada masanya salah satu pihak membuat kesilapan namun jalan penyelesaian tu semestinya tetap ada cuma jangan mengelupor. Takut elok2 ko boleh dpt refund terus akaun paypal plak kena limitation.

Kesimpulannya aku tetap akan jauhkan diri dari Godaddy, tp kalau korang rasa Godaddy terbaik buat korang sila teruskan jerklah sbb benda2 mcm ni tak semua org kena. Mungkin ada yang masih bernasib baik dan ada yang malas nak amik port.