Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

TH Hotwheels 2009/2010 Collection

Kelmarin aku berjaya melengkapkan koleksi treasure hunts series hotwheels untuk tahun 2009 dan 2010..Yosh!!!

Meskipun mengambil byk masa untuk mendapat kesemua 12 pieces (2009) dan 12 pieces (2010) tu tetapi agak berbaloi aku bila aku himpunkan kesemua 24 pieces tu. Kesibukan aku mengumpul untuk tahun 2009 dan 2010 menyebabkan aku banyak ketinggalan koleksi treasure hunts untuk tahun 2011 ni. Tapi tak silap aku, aku dah ada 3-4 pieces kot koleksi treasure hunts thn ni punya…kot jerklah..hahaha..kena godek balik!

Bagi collector hotwheels sebenarnya ada gak yg tak kisah pasal Treasure Hunts dengan Super TH ni, tp aku berani ckp most of them mmg gile gak lah kalau dapat huh! Sbb treasure hunts series ni susah skit nak dapat meskipun harga sama tp jumlah yang dikeluarkan agak limited sbb tu jadi “treasure hunts”.

Untuk senarai penuh treasure hunts 2009 dan 2010 korang boleh tgk link dibawah:

2009 Treasure Hunts Hotwheels

2010 Treasure Hunts Hotwheels

Erm so skang aku dah boleh focus untuk kumpul treasure hunts tahun ni punya..la..la..la…

Don’t Follow me. I’m Lost too!


Sorry aku mungkir janji dengan korang..hahahah..sebenarnya tahun ni merupakan tahun aku hilang arah..betul ke? Yup..memula aku rasakan mcm aku dah berada di jalan yg terang lagi bersuluh..namun bile aku tergelincir dari landasan yang aku lalui baru aku perasan..alamak..heheheh..

Mungkin korang fikir sejak aku tukar title jadi bini orang aku dah kurang tulis blog..sebenarnya bukan title atau tanggungjawap sebagai isteri orang tu yang menjadi kekangan sebenarnya..aku rasa mcm terlalu byk yg aku nak buat sampai yang aku kejar tak dpt dan yg aku gendong dah pun berciciran..CEMERLANG CATZER!

Sebenarnya aku tak mau pun buat post mcm ni dlm blog aku ni..but I’m still a blogger, darah seorang blogger tu masih panas dalam badan aku ni..aku merasakan ada keperluan untuk korang sume faham aku sedang mengalami krisis dalam memilih kehidupan aku balik semula..hahahaha..serious..sebenarnya aku sendiri tak menyangka aku mengalami krisis ni..tp hidup ni ada jatuh dan naik, mmg akan berlaku kalau kita tidak berhati2 ataupun terlalu berhati2. Aku bersyukur atas sokongan family aku sepanjang tempoh huru hara aku ni.

Mungkin aku tak boleh nak tulis specifically apa permasalahan aku skang..tp aku harap nak mulakan kembali lawan balik segala kekalahan dan betulkan kembali segala kesilapan aku. Heheheheh..

Aku tak mau berada di dalam senarai blogger yang terus hilang..meskipun aku masih rindukan penulisan mereka2 tu..tetapi aku tidak boleh turut jejak mereka..BERBAHAYA!

Mungkin aku tak boleh nak share setiap mende yg berlaku..tetapi yang penting post ini akan mengingatkan aku, dalam kehidupan ini byk perkara yang kita tidak mampu kawal 100% so kena sediakan byk backup plan…yosh!!!!

Dell Dah Ada Kawan Baru

Post aku kali ini memang superb ringkas sbb jap lagi aku nak kuar dah..sebenarnya dari tahun lepas aku plan nak beli desktop baru tapi keadaan kewangan masa tu tak mengizinkan..maklumlah byk komitment thn lps..hahahah

Semalam aku pi Plaza Alam Sentral dan angkat satu desktop baru buat teman si Dell (laptop aku). Kesian dia selalu sorang2 kat rumah bile aku kuar pi merayap. Desktop kali ni aku pakai processor AMD Phenom II, 500GB storage dan 2GB ram. Cukup bagus untuk org yg rajin layan Facebook mcm aku ni..Monitor 20″ cukup selesa nak buat keje aku skang ni..heheheh..lain2 sume cap ayam jerk..ada rezeki aku nak upgrade keyboard dan mouse wireless..

Kalau korang nak compare dengan workspace aku sebelum ni dengan yg terkini tak byk beza sgtpun..tunggulah aku pindah umah nanti adalah kot skit2 perubahannya nanti. Aku masih pakai meja yg aku gunakan semasa belajar dulu..hahaha..ada kot 8 thn dah aku pakai meja tu tp masih molek keadaannya sampai skang ni. Tgh plan nak beli meja besar skit sbb skang aku mengalami sakit tulang belakang yg kronik..huhuhuhu. Semoga aku akan lebih cemerlang dengan kehadiran AMD ni..Terima kasih kepada DELL kerana terus memberikan sokongan pada aku sejak 4 thn lps..laptop sblm ni insya-allah aku nak repair gak nanti..hahaha…

2010 Kejayaan atau Kegagalan?

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada korang sume. 2010 telah menutup tirai dengan penuh senyuman dan tangisan buat aku. Sedia maklum bagi mereka yang mengenali aku sebagai seorang internet marketer/blogger tahun 2010 merupakan tahun dimana aku paling pasif bersosial dengan prospek dan juga merupakan tahun dimana aku lebih banyak melepak di Facebook.

Alhamdulillah 2010 telah meninggalkan banyak kenangan yang tak akan aku lupakan, dimana boleh dikatakan target aku pada tahun lepas 99% tercapai. Ini merupakan pembalasan dendam kesumat terhadap 70% target aku pada 2009 yang gagal dicapai. Actually target pada tahun 2010 memanglah tidak byk tp merupakan target yang besar2 dan juga membuatkan aku tak berapa nak cukup tido. (Ye ke? kurang pasti statement ni).

Target 6 bulan pertama 2010 aku lebih kepada kehendak dan keperluan peribadi seperti travel dan shopping entah apa2 barang aku beli, contohnya beskal aku yang sekarang tersadai depan mata aku skang. Then, psp yang dah agak lama aku tak main, gitar yang dah lama aku tak petik2 melalak budget nak tiru Yuna. Ops..ini bukan pembaziran tau cuma 6 bulan terakhir aku pada tahun 2010 agak sibuk dengan target yg lain. Sepanjang 6 bulan pertama aku juga di duga dengan keadaan perniagaan yang tidak berapa stabil dan menyebabkan kerugian yg besar. Alhamdulillah dlm tempoh 4 bulan masalah perniagaan dapat diselesaikan tanpa bantuan orang lain. Kudos!

Pada 13 june 2010, dengan perancangan kurang 3 minggu aku telah bertunang dengan lelaki pilihan sendiri dan direstui oleh parent aku. Pergh! Aku mcm blur2 masa bertunang tu mcmlah budak tak cukup umur padahal dah terlebih umur skit jerklah. 3 minggu selepas bertunang aku terbang ke lokasi pilihan pi cuci2 mata disana, kenangan terindah meredah hujan renyai sambil cari budget hotel. Padan muke nak gamble sgt! Kemudian sepanjang bulan 7 aku sibuk mengemas barang2 dan bersedia untuk pindah pada hujung bulan 8. Yer, aku mmg selalu pindah time pose..huhuhu

Pada pertengahan Ogos sebelum balik raya, Alhamdulillah aku dpt balik beraya bersama Si Hitam so tak payah tumpang kereta akak aku dah. Namun aku tetap rindu merempit bila ada kelapangan. Bulan 8-9 agak busy dengan pukulan pindah umah dan juga menyelesaikan document nak buat hutang untuk si Hitam. Si Hitam merupakan antara target besar aku pada tahun 2010. Sbb aku target before masuk bulan 6 personal loan aku dengan cimb at least dah dibyr 50% so bolehlah aku simpan untuk si hitam. Sangat bersyukur meskipun sakit hati dok byr hutang orang..hehehehe

Bulan Sept merupakan bulan aku “lost”..hahaha..so jgn ckp orang yg kejenya dok umah tak akan “lost”!!! Seriously ada beberapa masalah kewangan muncul disebabkan oleh sikap malas aku sendiri..hahahahaha..Syukur dalam tempoh lost aku temui seseorang yang telah byk membantu aku mencari duit perbelanjaan kawen dalam tempoh 3 bulan sahaja. Pada 19 Dec yang lepas aku diijabkabul kan dengan tunang aku berwalikan abah aku yang sengih2 kerana sudah turunkan kuasa pada en.hubby aku. Thanks Abah, love you sangat2..aku tau abah sgt gembira kerana anak bongsu perempuan dia ni dah kawen dan takdelah dia risau aku pi merayap sorang2.

So conclusion 2010 aku penuh dengan kejayaan berbanding dengan kegagalan, dan untuk 2011 aku mengharapkan prestasi yang lebih membanggakan untuk diri sendiri. Antaranya aku berharap pada 2011 ini:

1. Setelkan hutang credit card

2. Setelkan personal loan

3. Nak invest on Gold..(mean en.hubby akan kerap di heret ke kedai emas)

4. Join beberapa kursus anjuran NIOSH

5. Upgrade workstation

Mau kurangkan liabiliti dan tinggikan asset dan pembangunan diri sendiri. Aku harap en.hubby akan faham dan banyakkan bersabar dengan aku ni. Untuk rakan2 blogger, aku amat berterima kasih dengan korang sepanjang aku berblog korang sentiasa memberikan sokongan dengan membaca blog aku ni. Aku tau aku suke merapu but to be honest itulah diri aku yang sebenar. Banyak keje serius = banyak personal yang merapu :D

Pantang Larang Berkawan Sesama Jenis

Hahahah…bunyi post aku kali ni sgt best kan..Ops disini takde isu Homoseksual ok!

7 November lepas besday aku yg ke 29, tak malu nak ngaku umur dah meningkat malahan aku bersyukur dah 29 thn aku diizinkan Allah untuk menjadi khalifah di bumi-Nya. Ok, sempena besday aku yg lps post kali ini aku nak ucapkan bebyk time kasih kepada geng2 tak kira laki ke pompuan yg wish besday aku baru2 ini.. ;)

Oklah, korang mesti pelik kenapa dlm berkawan sesama jenis pun tetap ada pantang larang gak. Conpem kena ada sbb kalau tak nanti korang akan menyalah gunakan kengkawan :)

Aku just nak kongsikan 3 perkara yang kalau korang follow memang korang akan berkawan dengan kengkawan korang sampai bile2. (Insya-Allah).

1. Memberi dan Menerima Apa Yang Perlu Sahaja

Ok, sebagai kawan yg baik korang mesti ada memberi dan menerima pemberian kawan korang kan? Tak kira dari segi pemberian barang2 mahupun khidmat nasihat percuma. Istilah “apa yang perlu sahaja” ini selalunya kita gagal nak laksanakan kerana standardlah namapun kawan susah dan senang jadi kita selalu melampaui batasan sebenar dalam berkawan. Contohnya, brg ko brg aku gak, duit ko duit aku gak, awek ko awek aku gak..ish ish ish…tak senonoh tul!

Disini korang perlu tau had sebenar dlm isu memberi dan menerima ni. Ada sesetengah kawan dia suke terima jerk dan jgn harap lah nak memberi. Kawan mcm ni sila sepak keluar dari hidup korang. Ya..aku tau korang jenis yg tak suke menyusahkan kawan sendiri tp percayalah hidup kita ni tak selalunya senang dan bile kita susah kita tetap perlukan bantuan dari orang lain, sbb tu lah perlunya kita berkawan. Jadi jgnlah terlalu memberi pada mereka yg tidak berhak!

Dari segi memberikan nasihat, tolonglah berpada2..Sayangilah masa korang! Unless korang dibyr untuk setiap sesi luahan perasaan. Kenapa kena berpada2? Isunya, dalam berkawan jadilah pendengar yg baik kengkadang mereka tak perlukan nasihatpun tp cukuplah ada org yg nak mendengar luahan hati mereka. Ini kerana dikhuatiri kita terlalu memihak kepada kawan kita padahal isu yg sebenar kita tidak ketahui.

2. Jangan Sesekali Tikam Kawan Dari Belakang!

Isu tikam menikam ni mmg dah jadi asam garam org Melayu, aku sendiri tak tau kenapa dan tolong jangan jadikan ini satu isu yg besar. Sbb percayalah meskipun kita tidak mahu menikam sesiapa tetapi suatu hari nanti kita tetap “tertikam seseorang” dan sadisnya org tu kawan baik kita sendiri.

Bila perasaan tamak dan dengki tu korang ikutkan sgt maka akan jadi lah isu tikam2 ni. Sejujurnya aku sgt dengki dengan kawan baik aku sendiri semasa belajar. Sbb dia sgt cemerlang dan hampir dikatakan segala yang terbaik memang dia akan dpt. Tetapi, dia kawan baik aku dan aku bersyukur segala kebaikan dan kecermerlangan tu dpt kan dia insan yg tidak bongkak dan takbur dengan pemberian Allah. Mungkin kalau aku memperolehi segala yg aku mau akan dikhuatiri aku akan menjadi seorang yang sombong dan bongkak! Nauzubillah..Hanya Allah yang lebih mengetahui. Jadi, jika ada terdetik perasaan tamak dan dengki tu, silalah beristighfar byk2.

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa melazimkan beristighfar (yakni, menyebutkan ‘astaghfrullah’ (lebih baik sepenuhnya, iaitu: ‘astaghfirullahl-‘azim, allazi lailaha-illalah hual-haiyul-qaiyim, wa-atubu ilaihi’), akan menjadikan Allah (a.w) baginya (kesenagan) dari setiap kesusahan, maka diberikan dari setiap kesempitan jalan-jalan keluar dan memberi rezki padanya (oleh Allah (a.w)) dari jalan (i.e. sumber) yang tidak disangka-sangka.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]

Sepanjang aku dengan kawan baik aku, aku memang sentiasa penuh dengan perasaan dengki (Alhamdullillah takde perasaan tamak). Tp perasaan dengki tu lebih membantu aku ke arah yg lebih baik, untuk menjadi yang lebih baik. Please beb! Bile korang nak buat benda tak elok terhadap kawan korang ingat balik di dunia ni segala yg kita rampas dari kawan kita tu hanya sementara..Lebih baik ada kawan baik yg bile kita mati dia akan sentiasa mendoakan kita nanti. So..tolong jangan rampas awek kawan korang..tolong jangan tutup periuk nasi kawan korang..tolong jangan guna-gunakan kawan korang!

3. Hubungi Dan Kunjungi Teman Sekerap Mungkin

Ckp kawan baik..nak balas sms pun kedekut credit! Cish..apa kes kan! Itu lah yg selalu berlaku sekarang. Asyik aku jerk yg call dan sms diaorg buat derk jerk nak jimat duit diaorg. Kawan mcm ni korang kena rajin2 bagi “nasihat dan cicah sedikit dengan sindiran”. Nak plak bile yang dah kawen2 ni mmg tak ingat dah kawan2, itu resam org yg sengal! Kasi terajang skit!

Kengkadang kita selalu ckp, terkilan aku tak sempat jumpa si polan bin polan, tau2 dia dah meninggal semalam padahal bulan lps aku jumpa dia sihat jerk. Ada ke orang nak mati akan ckp kat kita..”beb, minggu depan aku nak mati ni. Jomlah lepak2 masjid”. Conpem takde kan! Jadi kalau korang ada kawan baik silalah selalu bertanyakan khabar, at least kalau ditakdirkan kawan kita tu pergi dulu sebelum kita aku pasti dia pergi dalam keadaan gembira kerana ko selalu tanya khabar dia..mean korang sgt amik peduli dan bukan buat hal sendiri jerk.

TETAPI..janganlah tiap2 minggu korang dtg lepak umah dia..seyes kalau aku ada kawan mcm ni mmg aku tampal kat pintu pagar umah..balik kg sebulan.. :) .. Kalau dtg umah org tu jgnlah harap nak makan free jerk, bawaklah buah tangan sedikit. Ni keje nak mengabiskan harta kawan jerk! Kalau korang ada hobi yg sama lebih bagus..contoh mcm aku hobi yg sama ialah tgk wayang, travel dan pergi makan2. At least byk kan hobi yg sama..conpem tak bosan!

Ok,cukuplah rapuan aku kali ini. Penulisan kali ini bukan nak menganjing sesiapa especially kengkawan yg suke tikam2 org. Korang fikirlah sendiri perangai buruk korang tu memang membuatkan org meluatkan! Jadilah kawan yang terbaik buat kawan2 korang. Serius memang susah nak jadi kawan yg baik di akhir Zaman ni, tp kita buatlah yang termampu.

Oh Hujung Tahun..

Hampir 2 bulan aku tak update blog..1stly aku nak ucap terima kasih kepada mereka yg rajin ulang alik ke blog aku ni nak tgk kalau2 ada post baru..hehehe..sorry sesangat aku buat korang sume risau..yerlah blog ni mcm owner dia dah tak pedulikan dah. Heheh..sebenarnya aku agak sibuk menjelang hujung tahun ni. Bermula awal bulan 12 aku akan cuti panjang jadi tahun ini ibarat ada 11 bulan jerk untuk aku. So skang dah bulan 10 aku ada sebulan setengah jerk lagi dlm tahun 2010. Yeah..Dec aku dah lesapkan diri..mencari ketenangan sebagai Hamba Allah..mau memikirkan apa yg baik dan buruk dan apa yg perlu aku ubah..umur sudah meningkat lagi tahun depan :)

Kalau ada mereka yg sentiasa mengikuti perkembangan aku dalam dunia Internet Marketing, ramai dah perasan aku dah tak aktif seperti awal tahun. Ya..kan aku dah inform korang awal2 dlm email aku mmg akan sgt2 busy bila masuk pertengahan tahun jadi kalau ada aku terhutang apa2 sila maklum kan..aku sedia membayarnya ;)

Alhamdulillah disebalik kesibukan ni aku masih tetap ada masa melepak di Facebook. So sape2 yg rindukan aku tu bolehlah menyibuk di Facebook aku nanti..hahaha..aku tau korangpun sgt busy kan!

Sebenarnya di dalam kesibukan aku tahun ni..aku tetap bersyukur sgt2 sbb tahun inilah aku paling byk menghabiskan masa bersama mak dan abah. (Inilah impian aku tahun ni dan seterusnya). Besday mak dan abah aku sambut bersama2 mereka, dan Insya-Allah besday aku nanti aku plan untuk pulang ke kampung sambut dengan parent aku gak. So manja! Pedulik!

Bila Pintu Rezeki Merajuk

Ketika aku dok mengadap makanan bersahur pagi ni, mata aku mmg nak terkatup dan dalam kepala hotak aku teringat bantal jerk. Tp, bila aku fikirkan ada ramai lagi hamba Allah di luar sana yang berdoa untuk mendapatkan sesuap nasi untuk hari ini aku suap gak nasi dan semoga ada keberkatan bersahur yang aku perolehi pagi ini.

Baru-baru ini aku didatangi dengan pelbagai persoalan dari kawan2 yang rapat dengan aku. Mereka mengadu gaji tak cukup, nak raya duit nak pakai banyak, dan pelbagai lagi isu yang melibatkan duit. Tak dapat dinafikan isu duit memang akan mengganggu pemikiran nak plak bile di musim perayaan. Kalau mereka yang masih bujang ok lagi tak byk nak dibelanjakan berbanding mereka yang dah berkeluarga.

Sebenarnya tipu lah kalau aku ckp aku takde masalah kewangan. Terlalu besar lagi penipuan kalau aku cakap bisnes aku sokmo jalan selancar yang aku inginkan. Bertambahlah autanya kalau aku cakap untuk raya ni aku tak merasa sebarang keperitan untuk belanja di musim perayaan tu nanti. Kebenarannya semakin Allah menduga kita dengan mengekang segala yang kita rancang semakin banyak perkara2 dan zhat2 yang Allah akan tunjukkan pada kita di masa hadapan.

Disini aku kongsikan beberapa tips “pintu rezeki murah” yang mungkin korang dah lakukan atau terlupa untuk lakukannya setiap hari. Aku harap “pintu rezeki yang merajuk” tu akan terbuka balik buat kita semua. Sebenarnya terlalu banyak tips untuk memudahkan rezeki masuk setiap hari tapi aku juga seorang “pelupa” dan juga perlu diingatkan selalu:

1. Bangun pagi dan jangan ngelat solat Subuh

2. Buka tingkap umah dan hirup udara segar pagi2, supaya otak korang mendapat udara “terbaik” pagi tu

3. Jangan lupe doa untuk ibu bapa, kalau nak mcm2 doa lain korang boleh masuk ke web bawah ni. Lebih bagus lagi setiap pagi call parent tanya kesihatan mereka dan borak2 skit.

Web Doa-doa Seharian

4. Mulakan aktiviti korang dengan tangan/kaki kanan dan jangan lupe baca Bismillah. Setiap perbuatan ada doa tertentu bg aku yang tak ingat sume doa2 tu aku gunakan Bismillah byk2.

5. Banyakkan bersedekah , senyum pun sedekah gak..kalau korang jumpa 10 orang dan 10 kali senyum dah 10 kali korang bersedekah hari ni. Dulu time aku takde duit nak sedekah kat orang2 yang berhak, jadi aku mampu senyum jerk. Syukur Allah bagi aku mulut yang sempurna jadi senang aku nak senyum manis :D

6. Bila ditimpa kecelakaan jangan sesekali korang gunakan words yang “keji”. Cuba ajar lidah dan hati mengucap banyak2. Hati dan jiwa yang tenang akan memudahkan pekerjaan seharian korang dan Insya-Allah aku percaya rezeki Allah ni suke pada mereka yang berjiwa tenang. Makin byk makian yang korang buat dalam sehari makin jauhlah rezeki Allah merajuk. :)

7. Jangan takbur dengan rezeki yang Allah berikan, untuk pengulasan yang lebih mendalam pasal takbur ni korang boleh baca di web dibawah:

Antara Sombong..Bongkak..Angkuh dan Takbur

Sebenarnya banyak lagi tips2 seharian yang memudahkan rezeki masuk, terpulang pada kita sama ada nak mengamalkannya atau tidak. Tips2 kat atas ni antara tips yang aku guna pakai, sbb aku lebih percaya duit ni tak kira berapa bykpun tetap tak akan cukup. Ini kerana kita tidak sedar keberkatan sumber wang tersebut. Sedikit wang yang berkat lebih besar ertinya dari banyak wang yang datang dari sumber yang meragukan.

Rezeki Allah nak bagi ada dalam pelbagai bentuk tidak semestinya wang ringgit sahaja. Terpulang pada korang nak tadah tangan ataupun tidak. Kalau orang kaya bagi rezeki korang pandai plak tadah sampai dua belah tangan dan sanggup cium tangan mereka. Allah nak bagi rezeki tak kan korang nak tadah sebelah tangan jerk.

Aku nak cite pengalaman aku sendiri kat korang, terpulanglah korang nak teruskan bacaan atau tidak. Perkara ni berlaku 5 tahun yang lepas. Masa tu aku masih belajar dan sedia ada maklum kewangan sebagai pelajar memang mencabar kehidupan aku nak plak duduk di Shah Alam. Suatu hari aku dok melepak kat umah kawan aku bila sekor kucing terkinja-kinja lari dari kurungan dan masuk ke kawasan umah member aku ni. Masa tu hati aku terbuka terus nak amik bela kucing ni, hakikatnya aku sendiri tak reti nak bela kucing sgt. Owner dia bagi dengan girang hati maklumlah umah dah byk kucing sgt.

Masa aku amik kucing tu baru nak masuk umur 3 bulan dan keadaannya sgt menyedihkan byk kurap dan sakit mata. Meskipun ada sedikit keraguan tentang keupayaan kucing tu untuk hidup aku tetap berusaha menghabiskan duit loan aku dekat kucing tu. Aku masih ingat lagi time tu aku mmg takde duit dan makanan kucing dah habis, aku korek tabung dan pi tukar duit syiling tu kat kedai berdekatan..Vroom aku pi kedai haiwan kat Seksyen 9, beli peket 500gram untuk kucing aku bolehlah tahan untuk 2 minggu. Jadi dalam tempoh tu aku telan megi jerk lah :)

Sebelum ni aku selalu melalak dekat telefon bile result kuar, namun sejak aku bela kucing tu meskipun kehidupan aku sedikit serabai kerana nak balancekan segala2nya untuk dia dan pelajaran aku, tak tersangka result aku semakin baik. Malahan result sem akhir aku juga mencapai target dan aku grade on time dengan result yang boleh buat aku senyum2 kucing.

Kesimpulan dari cite pendek aku ni, rezeki Allah nak bagi selalunya datang dari sumber yang tidak kita sangka. Hendaklah kita berbuat baik dengan makhluk Allah yang lain kerana dunia ini kita kongsikan bersama-sama mereka. Janganlah menangis bila Allah menduga kita dengan pelbagai cabaran kerana Allah lebih tau apa yang lebih baik untuk kita di masa hadapan. Bila hati dan jiwa kita kuat, pintu rezeki sentiasa terbuka buat kita. Jangan lupa diri apabila dan senang,banyakkan bersedekah rezeki tu kan Allah yang beri jadi ianya bukan hak mutlak kita. Kongsikan lah dengan mereka yang layak. The more you give, the more you get :)

Bila Lelaki Memilih Cinta

Kalau korang selalu rajin tgk update facebook aku pasti korang tau apa isu penulisan aku kali ini. Sebenarnya tahun ini ramai kengkawan lelaki aku dah mula nak buka pintu hati dlm mencari cinta. Alhamdulillah, bermakna tak lama lagi aku dah tak boleh nak hangout dengan depa selalu. hehehe.

Sejak awal tahun lagi byk tips2 berkaitan mencari pasangan yg aku kongsikan dengan jantan2 melayu ini. Aku tidaklah sepro mana namun berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedikit sebanyak aku membantu apa yang perlu sahaja. Sebenarnya bukan mudah untuk lelaki memilih cinta maklumlah nisbah lelaki dengan perempuan skang jurangnya semakin besar, no wonder kengkawan aku yg dah kawen pun dah bunyi2 nak tambah cawangan.

Kali ini aku sekadar ingin memberikan sedikit pandangan bebas terhadap kaum aku sendiri apabila lelaki memilih cinta, ini bagi memastikan korang tidak dikecewakan dek kerana perasaan yang perasan:-

1. Perasan VS Perasaan

Boleh dikatakan kaum hawa ini memang mempunyai hati yang lembut dan adalah lebih mudah bagi mereka untuk menjurus kepada perasaan PERASAN. Jangan mudah membuka hati ke arah perasaan cinta kerana kadang-kala kita sekadar perasan yang diri kita di sayangi oleh seseorang dan kita mau membalasnya..hakikatnya…itu hanyalah perasaan PERASAN.

2. Cinta VS Perhatian

Ramai lelaki mmg suke memberikan perhatian kepada kenalan wanita mereka, jadi kaum hawa ni jgnlah mudah salah sangka dan menganggap perhatian tersebut ialah cinta. Karang korang yang malu sendiri apa pun tak dapat. Lelaki memang makhluk yang mudah amik berat terhadap kaum yang lemah..wanita lah tu kan..so adakalanya amik berat tu sekadar berlandaskan perasaan seorang kawan dan perasaan ingin melindungi kaum hawa.

Jadi, aku mempunyai pendirian aku sendiri tentang isu lelaki keluar dengan ramai perempuan. Selagi tak declare apa2 perempuan please please please jangan perasan.

Buku Percuma Edisi Kemas Gobok

Bulan depan last aku duduk kat apartment komuteraya ni, so ini bermakna entah buat kali keberapa aku akan mengemas barang2 sama ada untuk disimpan kedalam kotak atau dibuang. Thn lps masa aku pindah ke sini lebih 50% barang2 berlonggok di tempat buang sampah. Paling lawak, tak sampai 15 minit sampah2 tu dah “lesap” korang faham jerklah sendiri di bandar sampah tu “duit”.

Sebenarnya aku ada dekat 10 kotak buku semasa aku belajar dulu, tp korang jangan risau setakat ini bukan buku2 tu yang aku nak let go. Sayang beb, bukan isu harga tapi sentimental value..

Baiklah, dah lama aku simpan beberapa buku yang aku baca sekali sekala jerk, maaf aku bukan jenis ulat buku unless comic mmg aku khatam 100X.

Untuk pos kemas gobok hari ni aku just nak bagi percuma 6  buku seperti dibawah:

Syarat-syarat penting kalau korang berminat dengan buku2 diatas, korang just perlu byr duit pos jerk takpun datang Shah Alam untuk pick up. Lagi satu, sorang hanya boleh pilih satu buku jerk. Pemberian buku percuma ni bukan sebab aku tak menghargai buku2 ni tp aku rasa ada org yg lebih memerlukan buku ni dari aku yg hanya simpan dlm gobok buruk aku tu. :)

Kalau berminat boleh roger2 aku erk.

**UPDATED: Tinggal Reader’s Digest no.2 dan 3 jerk

Semut Hitam Semut Merah

Abah aku selalu cakap jangan bunuh semut hitam, sbb semut hitam baik tak gigit orang dan rajin. Semut merah tu kalau ko jumpa sembur jerk dengan Baygon..huhuhu..tetapi aku yang sememangnya konon baik dengan semut akan buat dono jerk bile nampak semut merah ni. Tetapi,lumrah semut merah ni bile bertemu dengan aku umpama semut jumpa gula. Aku tak boleh bayangkan camne abang aku dulu kena ikat dekat pokok kelapa dan bapak aku letak sarang kerengga (adik beradik semut merah gak ni bisanya).hohoho..sib baik aku tak nakal sgt kalau tak ngan aku2 kena ikat.

Nak dijadikan cerita, malam jumaat yang lepas aku pi melepak dekat umah member aku di USJ, hari tu baru lepas hujan lebat. So sampai di rumah dia mmg aku tgk banyak gile kelkatu menghurungi lampu depan umah dia. Jiran-jiran yang lain tutup lampu so no wonder lah kelkatu tu sume pergi ke umah dia. Selepas aku puas bersembang sambil mengumpat internet di rumah dia yang lembab tu aku decide nak balik. Pergh..dekat pagar rumah dia sume kelkatu dah mendarat serupa rumput jerk. Aku takde jln lain nak lalu so terpaksalah pijak kelkatu2 yang secara logiknya mmg ada yang dah mati.

Ketika aku tengah memandu aku rasakan gigitan bertubi2 di kaki aku. Pergh! Kepala otak aku merembeskan hormon kesakitan yang amat sangat. Aku dah tau dah kesakitan ni mesti datang dari semut merah yang sedang berkerumun dekat bangkai kelkatu yang aku dah pijak tadi. Aku tanggal selipar dan memandu pulang secepat mungkin. Pergh!!! Sakit gile.

Huhuhuhu..seperti biasa semut merah punya gigitan ni selagi tak bengkak dan kuar air bisa memang selagi tu lah kesan gigitan tu akan sakit dan gatal.

Pengajaran dari post aku kali ini ” Kalau ada bangkai kelkatu korang jangan lah lalu situ conpem banyak punya semut merah”

Blog Widget by LinkWithin