Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

2010 Kejayaan atau Kegagalan?

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada korang sume. 2010 telah menutup tirai dengan penuh senyuman dan tangisan buat aku. Sedia maklum bagi mereka yang mengenali aku sebagai seorang internet marketer/blogger tahun 2010 merupakan tahun dimana aku paling pasif bersosial dengan prospek dan juga merupakan tahun dimana aku lebih banyak melepak di Facebook.

Alhamdulillah 2010 telah meninggalkan banyak kenangan yang tak akan aku lupakan, dimana boleh dikatakan target aku pada tahun lepas 99% tercapai. Ini merupakan pembalasan dendam kesumat terhadap 70% target aku pada 2009 yang gagal dicapai. Actually target pada tahun 2010 memanglah tidak byk tp merupakan target yang besar2 dan juga membuatkan aku tak berapa nak cukup tido. (Ye ke? kurang pasti statement ni).

Target 6 bulan pertama 2010 aku lebih kepada kehendak dan keperluan peribadi seperti travel dan shopping entah apa2 barang aku beli, contohnya beskal aku yang sekarang tersadai depan mata aku skang. Then, psp yang dah agak lama aku tak main, gitar yang dah lama aku tak petik2 melalak budget nak tiru Yuna. Ops..ini bukan pembaziran tau cuma 6 bulan terakhir aku pada tahun 2010 agak sibuk dengan target yg lain. Sepanjang 6 bulan pertama aku juga di duga dengan keadaan perniagaan yang tidak berapa stabil dan menyebabkan kerugian yg besar. Alhamdulillah dlm tempoh 4 bulan masalah perniagaan dapat diselesaikan tanpa bantuan orang lain. Kudos!

Pada 13 june 2010, dengan perancangan kurang 3 minggu aku telah bertunang dengan lelaki pilihan sendiri dan direstui oleh parent aku. Pergh! Aku mcm blur2 masa bertunang tu mcmlah budak tak cukup umur padahal dah terlebih umur skit jerklah. 3 minggu selepas bertunang aku terbang ke lokasi pilihan pi cuci2 mata disana, kenangan terindah meredah hujan renyai sambil cari budget hotel. Padan muke nak gamble sgt! Kemudian sepanjang bulan 7 aku sibuk mengemas barang2 dan bersedia untuk pindah pada hujung bulan 8. Yer, aku mmg selalu pindah time pose..huhuhu

Pada pertengahan Ogos sebelum balik raya, Alhamdulillah aku dpt balik beraya bersama Si Hitam so tak payah tumpang kereta akak aku dah. Namun aku tetap rindu merempit bila ada kelapangan. Bulan 8-9 agak busy dengan pukulan pindah umah dan juga menyelesaikan document nak buat hutang untuk si Hitam. Si Hitam merupakan antara target besar aku pada tahun 2010. Sbb aku target before masuk bulan 6 personal loan aku dengan cimb at least dah dibyr 50% so bolehlah aku simpan untuk si hitam. Sangat bersyukur meskipun sakit hati dok byr hutang orang..hehehehe

Bulan Sept merupakan bulan aku “lost”..hahaha..so jgn ckp orang yg kejenya dok umah tak akan “lost”!!! Seriously ada beberapa masalah kewangan muncul disebabkan oleh sikap malas aku sendiri..hahahahaha..Syukur dalam tempoh lost aku temui seseorang yang telah byk membantu aku mencari duit perbelanjaan kawen dalam tempoh 3 bulan sahaja. Pada 19 Dec yang lepas aku diijabkabul kan dengan tunang aku berwalikan abah aku yang sengih2 kerana sudah turunkan kuasa pada en.hubby aku. Thanks Abah, love you sangat2..aku tau abah sgt gembira kerana anak bongsu perempuan dia ni dah kawen dan takdelah dia risau aku pi merayap sorang2.

So conclusion 2010 aku penuh dengan kejayaan berbanding dengan kegagalan, dan untuk 2011 aku mengharapkan prestasi yang lebih membanggakan untuk diri sendiri. Antaranya aku berharap pada 2011 ini:

1. Setelkan hutang credit card

2. Setelkan personal loan

3. Nak invest on Gold..(mean en.hubby akan kerap di heret ke kedai emas)

4. Join beberapa kursus anjuran NIOSH

5. Upgrade workstation

Mau kurangkan liabiliti dan tinggikan asset dan pembangunan diri sendiri. Aku harap en.hubby akan faham dan banyakkan bersabar dengan aku ni. Untuk rakan2 blogger, aku amat berterima kasih dengan korang sepanjang aku berblog korang sentiasa memberikan sokongan dengan membaca blog aku ni. Aku tau aku suke merapu but to be honest itulah diri aku yang sebenar. Banyak keje serius = banyak personal yang merapu :D

Expresi Julai

Baru aku perasan hari ni dah 3 Julai, erm nampak sangat aku terleka dengan beberapa perkara yang mungkin sedikit merehatkan kepala hotak aku. Baiklah sempena bulan Julai ada beberapa target yang perlu diselesaikan oleh aku. Mungkin korang pelik kenapa aku semakin rajin berkongsi sedikit expresi hidup aku setiap bulan, sebenarnya mengikut buku motivasi Adam Khoo yang sering disisi aku (tak bacapun,tgk kulit buku pun dah seram),kita perlu beritahu org lain apa yg kita ingin lakukan bagi memastikan perkara tersebut berlaku. Seganlah kan kalau aku dah tulis kat sini tp tak jadi. So itu salah satu cara aku tingkat motivasi..Contohnya bulan lps aku berjaya melaksanakan beberapa plan bulan June.

Sebenarnya tidak susah untuk merealisasikan setiap plan kita jika apa yg kita plan tu munasabah dan boleh dilakukan dengan berusaha dalam jangka masa yang ditetapkan. Meskipun kengkadang setiap plan tu bukan lah keperluan sangat dan semata-mata untuk memenuhi masa namun dengan niat dari awal kita akan melakukannya dengan lebih sempurna. Huh..apa plak aku merapu pagi2 ni kan..Actually apa yg hendak aku sampaikan ialah kita perlu lakukan kerja esok hari pada hari ini. Susahkan nak up satu hari lebih dalam hidup kita..hehehe

Kengkadang tidak dapat dinafikan aku juga mengalami masalah nak melakukan perkara tersebut meskipun motivasi tahap agong punya. Huhuhu..

Oklah, bulan ini tak byk plan kerana July merupakan bulan yang memerlukan aku merehatkan minda dan tubuh agar aura-aura berada di dalam keseimbangan, ini kerana pada awal 1 August Bengkel WordPress akan di adakan di Terengganu..Moh org Pantai Timor join bengkel disana nanti. Antara plan aku:

1. Mengurangkan toksik di dalam badan dengan detox patch kat tapak kaki aku selama sebulan.

2. Mengurangkan masalah kesihatan dengan pergi urut reflexsologi seminggu sekali.

3. Minum gula herba sekali sehari bagi memastikan urat-urat dalam badan tidak tersimpul.

4. Mengemas beberapa barang untuk pindah rumah hujung bulan depan.

5. Mengemas kini folder-folder didalam computer aku ni..storage dah parah! Plan nak tambah power laptop ni.

6. Pergi kenduri kawen nurul di Pasir Mas pada 17 Julai ini.

7. Pergi bengkel cashflow Pakdi pada 4 Julai ni..Ya..esok.

Rasanya bulan ni lebih kepada penambah baikkan kepada fizikal dan mental aku. Yeah!




Blog Widget by LinkWithin