Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Bengkel WordPress Bersama Catzer

Erm selepas mcm nak mati aku memerah tenaga untuk memastikan pelamin angan kakak aku tak musnah pada hari Sabtu lepas..Aku pulang pada hari yang sama untuk menyiapkan surat jualan dan minisite untuk bengkel pertama aku berkaitan dengan WordPress. Untuk pengetahuan korang beberapa tahun lepas aku hanya tahu ttg chemical reaction, physical properties, advanced chemical reaction, material properties..dan apa sahaja term untuk bakal jurutera kimia.

Menjelang thn 2006 aku mula mengodek2 wordpress sehinggalah ke hari ini. Aku bukanlah seorang programmer atau designer namun passion aku terhadap wordpress jauh ke hadapan berbanding dalam bidang yang aku pelajari semasa di universiti. Jadi aku bukan nak claimed diri aku hebat dlm WordPress sehinggakan aku berani buat bengkel WordPress ni. Tp pada aku hanya satu aku nak buktikan, dengan WordPress kita tak perlu menghabiskan masa berbulan atau bertahun untuk menguasai kemahiran programming..tp pengetahuan asas dlm HTML aku WAJIB kan kena amik tau..kang mysicmind sekeh pale aku.

Bengkel ini bukan sahaja akan menunjukkan bagaimana korang boleh membina laman web peribadi (blog) tetapi juga bagaimana dengan WordPress korang boleh bina pelbagai jenis laman web seperti videoblog, photoblog, laman web artikel, laman web jualan (minisite), kedai online.etc

Kepentingan membina laman web yang sempurna ialah “Kuasa” sebenar bagaimana laman web tersebut boleh mendapatkan pendapatan secara online. Sesiapa sahaja mampu membina tetapi berapa byk laman web mereka yang seo friendly dan menepati piawaian laman web yang sebenar. Ramai yang ikut sahaja tetapi tidak tahu keperluan sebenar untuk laman web mereka. Akhirnya berjuta-juta laman web akan di tinggalkan tanpa dikemas kini.

Maklumat untuk bengkel wordpress ini boleh dirujuk di laman web utama:

Bengkel WordPress | Bina Laman Web Peribadi Dan Perniagaan Anda

Beberapa bonus akan ditambah semasa bengkel nanti, maaf sekali lagi jika ada yang menantikan kehadiran otai2 di bengkel aku ni..Mmg tidak akan ada. Aku ingin membantu orang yang betul-betul memerlukan dan mahu menjimatkan kos penyelengaraan laman web perniagaan mereka. Bengkel ini akan membantu korang membina terus laman web peribadi atau perniagaan kerana pakej bonus didatangi bersama domain nama dan hosting. Jadi tiada alasan untuk tidak bertindak.

Kalau ada rakan-rakan di kalangan pelajar yang berminat bolehlah contact aku. Ada special price untuk student. :D

Seminar Perniagaan Ebook

Tahniah buat Shuth..Wow skang main Hotel Quality KL jerk erk..kekekek..erm aku masih ingat buku pertama aku beli seminggu selepas kenal pemasaran internet ialah “mas kahwin yang hilang”..korang mesti ckp aku gatal nak kawen kan..Actually buku tu bagus ajar pasal money management lah sengal..so biasanya org dah nak kawen jerk br sedar depa ni perlukan buku sebegitu..so aku rasa sbb tu Shuth gunakan title sebegitu..Chewah memandai2 jerk aku ni.

Shuth sekarang dah makin kurus wow itulah kuasa bekerja sendiri erk..kesana kesini sibuk sampai tak mkn..kesian kawan aku ni huh..huhuhu..sib baik dah kawen so takderlah tak terurus sgt..apapun aku pasti dia mmg seorang speaker yg bagus sbb pada thn 2006 aku pernah pergi seminar under Shuth, gobala, kidino, Sunny Tan..

Erm sesiapa yg berminat nak mengetahui ttg perniagaan ebook aku syorkan korang sertailah Seminar Perniagaan Ebook ni..Sebab2nya shuth merupakan seorang penulis buku dan ebook yang mana pendapatan bulanan dr produk-produk ni jerk sama ngan income kalau ko pegang jawatan Senior Executive kot..erm..entah ke lebih erk Shuth..ko jerklah yg boleh jawap soklan tu nanti kat Seminar tu.

Erm actually menulis ebook ni memerlukan skill penulisan juga bukan hentam keromo jerk huh..Pernah ke aku menghasilkan ebook? Ya..sampai lenguh kepala hotak aku memikirkan bagaimanakah cara penulisan yang berkesan. Berapa jualan ebook aku..hahahah..wei tolonglah aku bukan infopreneur sgt2..kalau dpt 3-4 digit tu pun dah ok pada aku setiap bulan. Kenapa persoalannya kat aku..patutnya aku yg soal korang..korang berminat ke tak ni? Huh kalau berminat boleh register ke Seminar Perniagaan Ebook dengan KLIK banner di bawah ..erm seminar tu utk 21 org jerk wei..

Panduan Pemasangan Sistem Affiliate

Rata-rata mereka yang aktif menjual produk di internet sangat arif dengan sistem affiliate. Ini kerana sistem affiliate atau lebih sinonimnya dengan nama sistem agen memang mampu meningkatkan jualan produk kita. Contohnya kalau korang masih ingat thn lps aku ada open program affiliate untuk produk Panduan Minisite dan program affiliate ni byk membantu aku mempromosikan Panduan Minisite ni.

Sesiapa yg “sesat” moh kembali ke alam nyata balik:

Panduan Membina Minisites

So affiliate program untuk produk ni masih dibuka lagi sekarang. So terima kasih untuk agen-agen jualan yang meningkatkan jualan produk ini.

Pada tahun ini, maka keluarkan sistem affiliate yang bakal membantu korang membina sistem agen korang sendiri. Ada yg tanya kalau produk offline boleh ke? Tentulah boleh, kawan kita si Lan e-tudung tu aplikasikan sistem ni utk jualan kedai tudung online dia. So jgnlah ragu ragu utk mencuba sistem ni.

Kelebihan sistem affiliate ini pada aku ialah:

1. Ianya menggunakan script terkini..dan aku harap jgn lah ada yg gatal2 ciplak lagi.

2. Interface dia mmg cun aku boleh ckp perasaan happy tu spt mcm korang dpt guna Fantasos. Fantasos tu apa? Huh tunggulah nanti lain kali aku cite.

3. Sistem pemasangan sangat mudah, meskipun aku ada sangkut gak sbb tgn aku yg gatal pi ubah code yg tak sepatutnya.

4. Kalau korang nak buat program Pay Per Lead dan tambahkan mailing list korang. Huh, apa lagi tempah satu sistem affiliates ni.

5. Sistem affiliate versi Lite ni mmg korang akan perlukan kalau korang seyes nak buat duit online. Aku dulu pun sengal gak malas nak pasang sendiri tp bile dah test 10x pergh..mmg MANTAP.. Hidup SISTEM AFFILIATE

Apa yg speselnya kalau beli sistem affiliate ni dari aku…erm susah gak nak jawap ni..kekekek…oklah special tu takde kot just offer produk mcm biasa dan satu bonus EXCLUSIVE..1 jam konsultansi tentang sistem affiliate bersama aku. 1 jam tu lama beb..kalau aku tido mmg nyaman..kekeke. But, kalau korang tak serious nak tahu pasal sistem ni tak pyhlah buang duit dan masa aku erk.

AMARAN MINUMAN KERAS

Jangan beli kalau korang mmg tak fikir nak buat duit dari pemasaran internet

Webmaster Blog – Quality or Quantity

port dickson

Beberapa hari tanpa post apa2 disini disebabkan kesibukkan aku menyelesaikan beberapa client untuk service blog aku. So, lega sedikit kerana blog client aku tu dah hampir siap 90%. Bukan senang untuk melakukannya kena byk bersabo especially bile mereka2 ini dtg dr non-IT background. Walaupun lambakan webmaster blog yg mungkin ada yg berkualiti atau cukup untuk menambah quantity sedia ada namun lumrah insan takde masa nak explore apa yg webmaster-webmaster itu ingin ceritakan hatta penulisan dlm bahasa ke 2 yg mungkin agak pusing kepala untuk ditafsir oleh segolongan insan. Jadi berikutan itu aku dgn hati terbuka membantu client aku ini sebaik mungkin, semoga dia berpuas hati selepas 2 sesi consultation bersama aku.

Sebelum ini aku pernah memberikan love link kepada beberapa blog yg aku terjatuh cinta semasa berlayar di internet ini, so hari ini aku temui satu site yg pada aku ada gah dan sedikit pincang. Aku tak pasti apa niche blog tu nak kata personal blog seperti tidak adei tp penemuan blog tertentu mmg menghairahkan. Betul tak? So, blog yg berdomainkan Kabel Duit dgn tag Bukan Sekadar Menjana Kewangan bunyinya agak menarik sekali..Kalau mengikut kefahaman aku ayat kabel itu sendiri menunjukkan pengantaraan yg kuat antara dua dimensi. Namun blog ini bukan semata-mata bercakap pasal penjanaan kewangan, syukur at least aku tidak perlu burned otak aku dgn ayat2 kewangan. Kenkadang super bosan mendengar term2 begitu sejak 2-3 thn ini. Jujur aku tidak suka pada iklan2 yg terlalu byk di mana2 blog sekalipun, aiyak ko punya tag bukan sekadar menjana kewangan itu ada sedikit konspirasinya. Maaf jika aku suke menikam perasaan org, tp tag adalah kata-kata cinta seorang blogger terhadap blog miliknya. Erm blogger pun bercinta ke..aiyak..aku mmg suke buat istilah sendiri..ampun2.

Ops, pemiliknya yazuka666..nama yg agak gah juga..yakuza..kekekke..teringat cerita Jepun plak. Sygnya aku masih tidak berkesempatan untuk keluar dating ngan mamat ni kerana lokasi yg tidak strategi. Ehem, aku bukan playgirl tp tak salah kalau berdating sesama blogger, makin masyuk. Anwar aka yakuza666 bile turun shah alam jgn lupe belanja aku erk. Blog kau tukarlah warna lain plak, warna biru muda tu nampak mcm mamat bunga pun ada, besarkan lagi apa yg patut..kekekekek…Lagi satu tak boleh buang ke header blogspot tu? Aiyak aku mmg tak boleh diberi chance lebih2 habis aku komen yg bukan2, mcm bagus jerk..padahal aku skang agak busy dlm process nak transfer domain ni ke hosting baru. Ya, cari rumah lagi besar senang aku nak buat kenduri pelbagai jenis post..

5 tips SEO

sabah

5 tips seo, kekeke..Self Esteem Optimization, bukan Search Engine Optimization..Oklah hampir separuh bulan blog ni tidak di update dan aku tahu kalian rindukan aku..betul tak?kekekeke..

Oklah, actually storage utk hosting ni dah reach critical limit dan aku mungkin akan beredar ke ruang legar yg lebih besar dan memerlukan byk masa dan trial and error..Aku tak mahu kehilangan apa2 dlm process perpindahan nanti so sbb tu aku kena berhati-hati meskipun aku tidak sabar utk menjadi problogger sejurus selepas perubahan rumah nanti..erm bunyinya spt sgt poyo tp itulah yg aku reti buat skang melainkan subjek chemical engineering yg tidak di aplikasikan kemana2 sejak aku grad.

Pada weekend yg lps aku ke Sabah..yup Negeri Di Bawah Bayu..bunyinya macam sejuk tp kepanasan di sana buat aku jadi sotong kering. Aku ke Kota Kinabalu bersama si dia dan future parent in law..kekeke..Percutian yg ditanggung ni agak kurang seronok kerana lokasi yg kurang menarik. KK adalah bandar utk Sabah jadi harga brgnya lebih mahal dan aku tak beli apa2 sbb takde budget. Then minggu ni aku hanya satu hari dtg ke opis kakak aku sbb hari2 yg lain lepak di rumah sbb sakit perut, doktor ckp perut aku tak biasa dgn mknn di gerai2 mknn di sana..Erm, perut mahal..

So, dlm keadaan perut yg tidak stabil aku perlu siapkan beberapa order blog installation utk kengkawan. Ya, aku menyediakan servis blog installation + hosting + domain..Beminat boleh sms atau dating bersama aku dimana sahaja wireless berada asalkan mkn minum tu ditanggung oleh kalian..kekeke..Harga boleh dirunding dan jika kalian bernasib baik mungkin ada tips2 yg ramai otai charge RM50/jam boleh terkeluar dr mulut aku secara spontan..Jika mau korek soal jana pendapatan secara online juga boleh tp sejujurnya aku tidak ke arah situ..cukuplah berckp pasal photography atau pun pasal kucing..Ya, sebut pasal kucing skang ini keluarga aku sudah spt SPCA, mengutip kucing terbiar.Last weekend kakak dan abg aku sudah tambah “anak angkat” lagi. Aku cukuplah dgn fify seekor itupun aku tak cukup mkn dah.

Oklah, kalian yg kemurungan spt seekor kucing yg tak dpt makan biskut Royal Canin..Bagaimana mahu optimize SEO kalian? Tips ini aku berikan utk seseorang yg telah dibuang keje hanya kerana ingin mengambil final PJJ. Aku tahu kesukaran yg dialami buat dia down dan mendiamkan diri..so aku harap tips ini berkesan:-

1. Lihat dan nilai segala apa yg berlaku terhadap diri kita dr segi positif, even kebodohan juga memiliki kelebihan dr sudut positifnya membawa kita ke arah kepandaian. Hanya mereka yg bodoh yg berusaha utk menjadi cerdik.

2. Bawa diri kita ke satu ruang dimana kita rasa selesa dan berhenti dr mengeluh dan menyalahkan diri sendiri. Forgive and forget.

3. Lakukan sesuatu aktiviti yg sudah lama kita teringin lakukan tp takde masa atau terlalu byk rintangan. Jika sebelum ini kita merasakan terlalu byk batasan, bebaskan diri dan lakukan sesuatu..Dulu aku pernah teringin melihat apakah reaksi mak bile aku “terpecah” salah satu set pinggan mahal miliknya. Namun impian tu tak kesampaian kerana pinggan itu telah pecah lebih awal dr apa yg aku jangkakan..So, lakukan sesuatu asalkan tidak memudaratkan diri dan tidak melanggar batas2 normal hidup.

4. Berhenti berangan..Ya, penting untuk berangan tp dlm keadaan self esteem yg tak keruan kita perlu berhenti berharap benda yg tidak sepatutnya. Hidup dlm dunia nyata dan percaya rezeki itu ada cuma lambat atau cepat jerk.

5. Dating bersama aku dgn membawa laptop di tempat yg ada wireless dan aku belanja kalian secawan kopi atau tea. Cool bukan bile dpt keluar bersama pemilik blog catzer.com..kui kui kui..Boleh membantu SEO tau..

Tukang Komen Terbaik

Erm, setelah berbulan2 aku download plugin ni baru hari ni aku ada hati utk mengupload ke dlm server aku..bukan aku kedekut ruang atau sebagainya. Tetapi aku seakan gembira bila ramai yg bertanya ttgnya..

Tukang komen malah lebih sinonim aku gelarkan sebagai mereka yg sanggup meninggalkan memo utk aku baca..”aku melawat blog kau, sila lawat blog aku juga”. Ya, aku pasti akan lawat blog kalian yg sudi tolong jagakan blog aku selama aku tiada.

Hari ni tgn aku lenguh..sgt lenguh..mahu tahu kenapa? Hari ini aku sgt rajin menulis blog..oh..tulis blog bisa buat tgn lenguh ke? Entah..aku mmg suke mereka cipta fakta.

Servis Design- Mendesign

erm..semlm aku ada little briefing ngan designer aku..Pro gak diaorg ni..So kat sini, aku nak inform kepada sesiapa yg berminat utk menggunakan perkhidmatan mendesign apa sahaja yg releven seperti cover ebook, montaj, banner, logo, kad kawin,etc..korang boleh contact aku utk pricing yg terbaik utk pengunjung setia blog aku ni..

Mcm mana aku nak tahu korang pengunjung setia blog aku? Woit..korang ni baca2 bglah comment sikit kat setiap post aku tu. Letih tau aku mengupdate blog aku ni..

Then, servis ni merupakan servis pertama aku, aku harap dpt sokongan dari korang semua. Harga kawan2 mmg ada, tp bayaran kawan2 takde yerk..

oklah, satu contoh design ialah header untuk blog aku ni..Design tu aku yg pilih sendiri. So, kalau korang nak hebat2 lagi..bleh..sape kata tak bleh..

Blog Widget by LinkWithin