By
catzer on Wednesday, August 18th, 2010 |
26 Comments

Kenangan berpuasa di perantauan merupakan kenangan yang sentiasa mengajar aku menghargai saat2 bersahur dan berbuka bersama keluarga. Ketika aku duduk di kampung, Ramadhan merupakan saat paling sibuk kerana aku akan ditugaskan untuk menjual murtabak dan ayam percik di kedai mak aku. Apabila malam pula, kami akan menjual kerang bakar dan kerang rebus pula selepas solat terawih. Maklumlah keluarga besar macam keluarga aku ni memang memerlukan pendapatan bersih yang agak besar juga. Alhamdulillah 9/10 rezeki Allah tu memang datang dari perniagaan.
Ketika berpuasa di perantauan sewaktu aku bekerja di Parkson Grand isu paling besar ialah ketiadaan wang belanja. Maklumlah budak baru lepas habis SPM, aku lebih banyak menyimpan duit dari berbelanja kerana memang dalam kepala aku nak sambung belajar kalau ada peluang. Jadi bersahur dan berbuka dengan megi dan air kosong tu dah jadi rutin semasa aku berpuasa. Kadang-kala bile megi dah takde dan duit pun dah habis mula lah aku menyelongkar apa yg patut dan kebiasaannya memang aku hanya minum air kosong sahaja. Kadang kala kalau ada kawan-kawan yang sudi belanja aku makan so itulah rasanya makanan terbaik sewaktu aku berbuka. Terawih tak dapat aku laksanakan kerana aku sentiasa keje malam balik dah penat aku terus tertiarap tido.
Setahun kemudian aku berhijrah ke bandar besar di Pahang, Kuantan untuk menyambung pengajian aku. Berpuasa di Kuantan aku tak mengalami sebarang masalah bab makanan kerana “hutang belajar” aku dah termasuk dengan tanggungan makanan dan tempat tinggal. Meskipun mewah dengan makanan semasa bersahur atau berbuka aku bersyukur kerana berkawan dengan kengkawan yang sentiasa mengingatkan aku tentang menghargai rezeki yang Allah berikan. Berpuasa sebagai pelajar IPTS semasa itu berlalu dengan pantas kerana kelas yang sentiasa padat dan tempoh pengajian yang singkat. Setiap kali sebelum bersahur aku akan merayap dengan member2 aku sekeliling Palm Court Apartment takpun lepak tepi kolam renang. Kebiasaannya kami akan berterawih bersama2 dan sambung study sampai subuh jadi bila puasa lepas bersahur masing2 balik ke bilik masing2 bersolat dan bersiap untuk kelas.
Selepas aku berjaya masuk ke IPTA, kehidupan berbuka puasa agak jauh berbeza kerana lazimnya aku yang sentiasa bersahur ini mengalami sedikit isu kebersihan makanan. Sedia maklum, UiTM menyediakan makanan bersahur dan berbuka untuk pelajarnya. Namun aku memang tak mampu nak makan kat dewan makanan tu sbb tgk cara depa handling makanan memang mengelikan. Jadi, seminggu sekali parent aku akan bekalkan aku dengan sumber makanan yang cukup untuk aku sepanjang di bulan puasa. Untuk berbuka biasanya aku akan beli di Pasar Ramadhan, itupun di kedai mak kawan aku yg “confirm” bersih! Sepanjang aku belajar di UiTM Jengka selama 2 1/2 tahun bulan puasa aku memang lebih kerap jumpa family aku untuk dptkan bekalan makanan. Biasanya terawih aku just buat dalam bilik sahaja dan tak pergi Awis Korni, unless aku “wajib” pergi untuk dapatkan cop pengesahan aktiviti.
Kemudian aku mula berpuasa di rumah sewa sendiri apabila aku menyambung pengajian di UiTM Shah Alam. Dek kerana malas nak masak ataupun keluar bersahur biasanya menu aku megi, roti dan apa sahaja yang mudah dan cepat untuk ditelan. Kehidupan di rumah sewa memang satu cabaran yang besar kerana semasa aku belajar aku tak pandai lagi nak cari sumber pendapatan dari online. Sejujurnya aku memang berharap semasa aku belajar aku dah tau pasal internet marketing tapi memang bukan rezeki aku masa tu. Aku masih ingat member aku kehilangan motor (dicuri) semasa bersolat terawih di Masjid Besar Shah Alam. (Helmet aku sekali hilang). Nasib baik jumpa balik motor tu, tak senonoh tul budak melayu yang mencuri tu di Masjid pun boleh buat jahat.
Sehingga kini aku masih menyewa rumah dengan kengkawan setelah hampir 4 tahun aku menamatkan pengajian. Bersahur yang sememangnya wajib pada aku jadi dah jadi tugas aku mengejutkan kengkawan yang nak bersahur. Tapi tahun ini aku lebih byk bersahur berseorang kerana masing2 dah malas nak bangun sahur. Menu sahur aku di hantar oleh food provider aku dlm kul 1 am. Biasa aku sahur pada pukul 5 am dan hari aku bermula lebih awal. Kadang kala apabila aku melayan kepala aku sorang2, teringat saat2 bersahur dengan mak dan abah di kampung. Ini kerana biasanya aku di “wajib”kan sahur kerana pernah rekod aku pengsan semasa di sekolah rendah kerana tak bersahur.
Camne plak dengan kenangan berpuasa korang?