Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Akupun Blogger Gak!

Seperti biasa korang dah jarang dpt baca rapuan aku sejak masuk tahun 2011 ni. Aku sebenarnya takde alasan kukuh nak bagi kat korang lebih2 lagi alasannya tetap sama iaitu aku takde masa dan MALAS. :)

Sebenarnya aku sendiripun ketandusan idea nak tulis apa kat blog aku ni, nak cite pasal buat duit online aku bukan terror sangat pun part tu, then nak borak pasal produk2 aish..lebihlah failed terus! So, jika aku betul2 ada idea jerk aku akan update blog ni.

Seperti yang korang perasan aku ada create page Rumpun Blogger namun aku tak berkesempatan nak marketingkan page tu. Sangat busy menyelesaikan isu peribadi :)

So, disini aku nak offer something yg mmg dah lama aku nak offer tp tak berkesempatan. Sempena bulan depan aku nak buat kempen “Akupun Blogger Gak” yang akan membantu aku mempromosikan Rumpun Blogger sebaik mungkin. Sedia maklum Rumpun Blogger bukanlah untuk aku kaut keuntungan dari sesiapapun tetapi aku ada beberapa aktiviti sosial didalam kepala hotak aku ni yang memerlukan sokongan dari ramai blogger.

Kempen “Akupun Blogger Gak” terbuka kepada semua pemilik blog sama ada blogspot ataupun wordpress..malahan apa sahaja platform blog pun aku terima.Janji korang mmg blogger yang menulis di blog korang sendiri.

Kempen “Akupun Blogger Gak” Minggu pertama Mei – (1 Mei – 8 Mei) – Aku memerlukan 30 orang blogger untuk membuat post berkaitan dengan kehidupan mereka sebagai blogger. Diakhir blog post korang hanya perlu letakkan satu link, “Akupun Blogger Gak” di hyperlink kan ke www.rumpunblogger.com. Tolong gunakan kreativiti korang sendiri since korang blogger kan..Requirement paling penting..hanya mereka yg reply post aku ni jerk yg LAYAK join kempen ni..tak reply segala post korang tidak akan diambil kira..Yosh!

Sila contact aku di catz81 (at) gmail.com selepas korang siap membuat post tersebut,send email dengan title “Akupun Blogger Gak” then copy paste url blog korang. Jangan lupa berikan akaun maybank korang kat aku..hahahaha…okies aku akan bagi RM10 untuk setiap blog post. Mean, hanya 30 orang blogger 1st come 1st server!

Minggu seterusnya? Tunggu next post aku erk :D

Detektif Conan VS Alan Tan

Bulan ni aku memecahkan rekod membaca buku paling banyak…(ops..comic)..Bagi mereka yang minat dengan comic detektif conan pastinya tertunggu mamat shinichi tu jadi besar balik. Bagi mereka yang meminati dan dahagakan informasi berkaitan dengan buat duit online aku pasti nama Alan Tan pasti korang pernah dengarkan?

Apakah persamaan 2 buku ni? satu-satunya persamaan yang wujud ialah ianya dibaca oleh aku :)

2 buku ni memang banyak perbezaan dari segi genre dan juga kandungannya, jika detektif conan penuh dengan babak2 penyiasatan yg buat aku tertanya siapakah pelaku jenayah…buku Alan Tan ni lebih kepada informasi berkaitan dengan buat duit melalui CPA (cost per action) dimana kalau aku take action Insya-Allah akan nampak hasilnya nanti dalam nilai $$$.

Pada awal tahun 2009 aku gile2 gak dengan CPA ni then dek kerana sedia maklum masalah aku ialah “malas” nak cari duit..hahahaha..so aku stop CPA sampailah skang. Tapi dek kerana buku Alan ni buat hati aku berdegup kencang nak test balik CPA. Tp jujur aku ckp kalau korang takde “cash $$$” di tangan jangan mengada2 nak buat CPA. CPA hakikatnya high risk,high return games unless korang tak kisah buat small money jerk dan korang ada byk masa untuk dihabiskan.

Buku ni banyak cite pasal asas berkaitan dengan CPA, percayalah kalau asas CPA ni korang tak khatam betul2 toksah nak berlagak ckp korang dah terror dengan CPA sbb marketing dengan PPC. Nampak sangat korang tak habis khatam lagi CPA ni..dan korang kurang kreatif hanya tau PPC jerk :)

Pada aku ebook ni dah terangkan 90% berkaitan CPA..mana 10% lagi…??? 10% lagi ialah “TAKE ACTION“.

Dell Dah Ada Kawan Baru

Post aku kali ini memang superb ringkas sbb jap lagi aku nak kuar dah..sebenarnya dari tahun lepas aku plan nak beli desktop baru tapi keadaan kewangan masa tu tak mengizinkan..maklumlah byk komitment thn lps..hahahah

Semalam aku pi Plaza Alam Sentral dan angkat satu desktop baru buat teman si Dell (laptop aku). Kesian dia selalu sorang2 kat rumah bile aku kuar pi merayap. Desktop kali ni aku pakai processor AMD Phenom II, 500GB storage dan 2GB ram. Cukup bagus untuk org yg rajin layan Facebook mcm aku ni..Monitor 20″ cukup selesa nak buat keje aku skang ni..heheheh..lain2 sume cap ayam jerk..ada rezeki aku nak upgrade keyboard dan mouse wireless..

Kalau korang nak compare dengan workspace aku sebelum ni dengan yg terkini tak byk beza sgtpun..tunggulah aku pindah umah nanti adalah kot skit2 perubahannya nanti. Aku masih pakai meja yg aku gunakan semasa belajar dulu..hahaha..ada kot 8 thn dah aku pakai meja tu tp masih molek keadaannya sampai skang ni. Tgh plan nak beli meja besar skit sbb skang aku mengalami sakit tulang belakang yg kronik..huhuhuhu. Semoga aku akan lebih cemerlang dengan kehadiran AMD ni..Terima kasih kepada DELL kerana terus memberikan sokongan pada aku sejak 4 thn lps..laptop sblm ni insya-allah aku nak repair gak nanti..hahaha…

2010 Kejayaan atau Kegagalan?

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada korang sume. 2010 telah menutup tirai dengan penuh senyuman dan tangisan buat aku. Sedia maklum bagi mereka yang mengenali aku sebagai seorang internet marketer/blogger tahun 2010 merupakan tahun dimana aku paling pasif bersosial dengan prospek dan juga merupakan tahun dimana aku lebih banyak melepak di Facebook.

Alhamdulillah 2010 telah meninggalkan banyak kenangan yang tak akan aku lupakan, dimana boleh dikatakan target aku pada tahun lepas 99% tercapai. Ini merupakan pembalasan dendam kesumat terhadap 70% target aku pada 2009 yang gagal dicapai. Actually target pada tahun 2010 memanglah tidak byk tp merupakan target yang besar2 dan juga membuatkan aku tak berapa nak cukup tido. (Ye ke? kurang pasti statement ni).

Target 6 bulan pertama 2010 aku lebih kepada kehendak dan keperluan peribadi seperti travel dan shopping entah apa2 barang aku beli, contohnya beskal aku yang sekarang tersadai depan mata aku skang. Then, psp yang dah agak lama aku tak main, gitar yang dah lama aku tak petik2 melalak budget nak tiru Yuna. Ops..ini bukan pembaziran tau cuma 6 bulan terakhir aku pada tahun 2010 agak sibuk dengan target yg lain. Sepanjang 6 bulan pertama aku juga di duga dengan keadaan perniagaan yang tidak berapa stabil dan menyebabkan kerugian yg besar. Alhamdulillah dlm tempoh 4 bulan masalah perniagaan dapat diselesaikan tanpa bantuan orang lain. Kudos!

Pada 13 june 2010, dengan perancangan kurang 3 minggu aku telah bertunang dengan lelaki pilihan sendiri dan direstui oleh parent aku. Pergh! Aku mcm blur2 masa bertunang tu mcmlah budak tak cukup umur padahal dah terlebih umur skit jerklah. 3 minggu selepas bertunang aku terbang ke lokasi pilihan pi cuci2 mata disana, kenangan terindah meredah hujan renyai sambil cari budget hotel. Padan muke nak gamble sgt! Kemudian sepanjang bulan 7 aku sibuk mengemas barang2 dan bersedia untuk pindah pada hujung bulan 8. Yer, aku mmg selalu pindah time pose..huhuhu

Pada pertengahan Ogos sebelum balik raya, Alhamdulillah aku dpt balik beraya bersama Si Hitam so tak payah tumpang kereta akak aku dah. Namun aku tetap rindu merempit bila ada kelapangan. Bulan 8-9 agak busy dengan pukulan pindah umah dan juga menyelesaikan document nak buat hutang untuk si Hitam. Si Hitam merupakan antara target besar aku pada tahun 2010. Sbb aku target before masuk bulan 6 personal loan aku dengan cimb at least dah dibyr 50% so bolehlah aku simpan untuk si hitam. Sangat bersyukur meskipun sakit hati dok byr hutang orang..hehehehe

Bulan Sept merupakan bulan aku “lost”..hahaha..so jgn ckp orang yg kejenya dok umah tak akan “lost”!!! Seriously ada beberapa masalah kewangan muncul disebabkan oleh sikap malas aku sendiri..hahahahaha..Syukur dalam tempoh lost aku temui seseorang yang telah byk membantu aku mencari duit perbelanjaan kawen dalam tempoh 3 bulan sahaja. Pada 19 Dec yang lepas aku diijabkabul kan dengan tunang aku berwalikan abah aku yang sengih2 kerana sudah turunkan kuasa pada en.hubby aku. Thanks Abah, love you sangat2..aku tau abah sgt gembira kerana anak bongsu perempuan dia ni dah kawen dan takdelah dia risau aku pi merayap sorang2.

So conclusion 2010 aku penuh dengan kejayaan berbanding dengan kegagalan, dan untuk 2011 aku mengharapkan prestasi yang lebih membanggakan untuk diri sendiri. Antaranya aku berharap pada 2011 ini:

1. Setelkan hutang credit card

2. Setelkan personal loan

3. Nak invest on Gold..(mean en.hubby akan kerap di heret ke kedai emas)

4. Join beberapa kursus anjuran NIOSH

5. Upgrade workstation

Mau kurangkan liabiliti dan tinggikan asset dan pembangunan diri sendiri. Aku harap en.hubby akan faham dan banyakkan bersabar dengan aku ni. Untuk rakan2 blogger, aku amat berterima kasih dengan korang sepanjang aku berblog korang sentiasa memberikan sokongan dengan membaca blog aku ni. Aku tau aku suke merapu but to be honest itulah diri aku yang sebenar. Banyak keje serius = banyak personal yang merapu :D

Blogger’s Rebellion VS Godaddy

Berdasarkan post aku sebelum ini:

Godaddy Scam Pembeli Domain

Ramai yang mengadu mereka mengalami masalah yang sama seperti aku juga cuma jumlah yang di sedut oleh Godaddy tu buat mereka malas nak amik port sangat. Tetapi sebagai rebellion aku terpaksa amik port kerana jumlah yang dikenakan tu ialah cash yang ingin aku gunakan untuk cuti2 aku pada bulan ni.

Sebelum aku buat post pasal isu Godaddy ni aku dah contact support mereka dan akhirnya selepas beberapa hari aku berjaya dapatkan balik jumlah yang telah disonglap tu. Tidak semua kerana ada beberapa domain aku “paksa” kawan aku push ke akaun Godaddy mereka sendiri.

Pembeli domain layak untuk membatalkan pembelian atau renewal domain dalam tempoh 45 hari. Ini merupakan email yang dibalas oleh support Godaddy dan membolehkan aku di refund asalkan aku cancel renewal domain tersebut:

Selepas aku berikan pin identity aku dan cancel domain yang telah direnew itu aku berjaya mendapatkan kembali sejumlah $$$ yang telah disedut oleh Godaddy. Yosh!!! Sib baik boleh dapat semula even ramai kengkawan aku suruh aku lupakan jerklah peluang untuk minta refund dari Godaddy. Aku sekadar cuba2 gak memandangkan jumlah besarnya tu akan merugikan aku nanti. Ada 2 invoice tp disini aku kongsikan salah satu invoice yang telah di refunded:

So kalau ada yang mengalami masalah yang sama dengan aku lepas ni korang dah tau apa action yang boleh diguna pakai. Meskipun ada masanya salah satu pihak membuat kesilapan namun jalan penyelesaian tu semestinya tetap ada cuma jangan mengelupor. Takut elok2 ko boleh dpt refund terus akaun paypal plak kena limitation.

Kesimpulannya aku tetap akan jauhkan diri dari Godaddy, tp kalau korang rasa Godaddy terbaik buat korang sila teruskan jerklah sbb benda2 mcm ni tak semua org kena. Mungkin ada yang masih bernasib baik dan ada yang malas nak amik port.

GoDaddy Scam Pembeli Domain

Tadi sebelum aku kuar minum dengan salah seorang member IM aku sempat buka gmail. Mood gembira aku berubah kepada angin satu badan bila aku tgh ada autobilling Godaddy ke akaun paypal utama aku. Argh! Dia dah buat dah, selama bertahun aku tak gunakan Godaddy kerana isu yg sama. Then dek kerana termakan marketing domain Godaddy lebih murah aku cuba2 gak beli beberapa domain untuk kengkawan aku yg nak sgt domain murah dari Godaddy ni.

Hati aku berasap bile tengok bill paypal untuk renew domain di Godaddy lebih kurang $140!!!!

Hakikatnya aku sama sekali tak pernah set pun untuk autorenew! Bodohlah aku kalau aku set autorenew dengan Godaddy ni kerana sedia maklum untuk renew domain kos  Godaddy charge lebih mahal berbanding Namecheap.

D*** Godaddy! Sepanjang tahun ini aku tak pernah meradang macam hari ini! Muke aku dah macam cencorot!

Bayangkan domain direnew secara auto padahal byk kali aku dah uncheck autorenewal tu. Come on Godaddy jangan main kotor untuk dapatkan duit dari renew domain macam ni. 8 domain aku direnew dah di charge $11.62 untuk setiap domain manakala 5 daripada domain tu ko pandai2 pi renew private registration services pada harga $8.99 ( nilai ini sepatutnya membolehkan aku register new domain/renew domain di namecheap).

Post aku ni bukan nak buat perbandingan domain reseller mana yang terbaik tapi pada aku kebaikan Godaddy memang semestinya mempunyai udang disebalik mee. Aku dah contact melalui email support mereka, dalam kurang 2 jam mereka reply tp bukan dengan jawapan yang aku mahukan. Mereka just ajar aku mcm mana nak stop autorenew! Bod*h benda tu memang dah lama aku taupun dan aku dah buat..tapi mcm mana korang dengan sengaja tukar ke autorenew!

$140 tu lebih kurang RM420, mean aku nilai kerugian dalam tempoh hari ini. Rugi sbb Godaddy renew domain yg owner dia sendiri dah tak mau. Then lebih rugi kerana sume domain tu dalam bahasa melayu dan tidak bernilai untuk dunia blogging aku.

Bila Blogger Tak Kemaskini Blog

Kalau korang blogger mesti bosankan bile time nak update blog idea kering macam gurun, tapi bile time internet slow plak idea berkepul2 mcm asap rokok yang korang tengah hisap sekarang..hehehe

Isu ni sama jerk berlaku dekat aku huh, bulan ni aku memang rajin gile nak update blog tp malangnya internet kat area umah aku ni buat hal plak. Lambat macam siput tul!

Sebenarnya bile blogger tak update blog banyak perkara yang menjadi puncanya contohnya:

Blog Tidak Dikemaskini Dalam Tempoh 1-3 bulan:

1. Blogger umah dia takde internet atau internet lembab (ni alasan yang aku pakai skang)

2. Blogger kena outstation atau sibuk dengan exam

3. Blogger memang tengah kering idea tulis draft dah 100 kali nak published jerk rasa mcm tak best plak.

4. Blogger sibuk dengan aktiviti yang lain seperti pergi “menembak” atau apa2 aktiviti yang dirasakan lebih utama dari berblog.

Blog Tidak Dikemaskini Dalam Tempoh 4-6 bulan:

1. Blogger memang dah takde idea langsung, draft pun zero!

2. Blogger tengah sibuk nak kawen ;)

3. Blogger lupa apa username dan password blog diaorang dan malas nak recall balik

4. Blogger memang sengaja nak create blog sampah untuk SEO konon-kononnya

5. Blogger outstation lebih 3 bulan then keje banyak nak mampos!

Blog Tidak Dikemaskini Dalam Tempoh 7-9 bulan:

1. Blogger dan turun tahkta, malas nak jadi blogger dah

2. Blogger dah bagi blog tu kat orang lain tp owner baru lagi malas dari dia rupanya

3. Blogger dah tak ingatpun URL blog dia sendiri.

4. Blogger lebih suka main tag-tag kat Facebook..

Heheheh..segala andaian ni aku buat sendiri tp yang pasti aku berani ckp Facebook menyebabkan ramai blogger dah malas nak update blog. SERIUS!!! Alasan ni memang munasabah sbb aku sendiri pun begitu. Tapi tidaklah sampai 9 bulan tak update blog. Itu kalau perempuan mengandung dan nak beranak dah huh!

Buku Percuma Edisi Kemas Gobok

Bulan depan last aku duduk kat apartment komuteraya ni, so ini bermakna entah buat kali keberapa aku akan mengemas barang2 sama ada untuk disimpan kedalam kotak atau dibuang. Thn lps masa aku pindah ke sini lebih 50% barang2 berlonggok di tempat buang sampah. Paling lawak, tak sampai 15 minit sampah2 tu dah “lesap” korang faham jerklah sendiri di bandar sampah tu “duit”.

Sebenarnya aku ada dekat 10 kotak buku semasa aku belajar dulu, tp korang jangan risau setakat ini bukan buku2 tu yang aku nak let go. Sayang beb, bukan isu harga tapi sentimental value..

Baiklah, dah lama aku simpan beberapa buku yang aku baca sekali sekala jerk, maaf aku bukan jenis ulat buku unless comic mmg aku khatam 100X.

Untuk pos kemas gobok hari ni aku just nak bagi percuma 6  buku seperti dibawah:

Syarat-syarat penting kalau korang berminat dengan buku2 diatas, korang just perlu byr duit pos jerk takpun datang Shah Alam untuk pick up. Lagi satu, sorang hanya boleh pilih satu buku jerk. Pemberian buku percuma ni bukan sebab aku tak menghargai buku2 ni tp aku rasa ada org yg lebih memerlukan buku ni dari aku yg hanya simpan dlm gobok buruk aku tu. :)

Kalau berminat boleh roger2 aku erk.

**UPDATED: Tinggal Reader’s Digest no.2 dan 3 jerk

Phenomena Wibiya Untuk Blogger Tegar!

Dah lama aku nak pakai plugin Wibiya ni tp itulah disebabkan kemalasan aku maka baru sekarang aku pasang plugin Wibiya di blog aku ni.

Wibaya merupakan web toolbar yang kita boleh letak di bhgn bawah paparan web/blog kita yang membolehkan pembaca kita membuat banyak pilihan sama ada ingin berkongsikan link post yang sedang dibaca, chat bersama penulis blog,subscribe RSS feed, dan banyak lagi option yang boleh dimasukkan oleh penulis blog tersebut! Sangat Menarikkan? Yang paling aku suke ialah live notification yang akan membantu time korang malas nak buat post panjang2 so just buat short announcement jerk kat situ. Contohnya “Aku malas nak update blog sbb aku br clashed dengan awek aku”...heheheheh..mudahkan!

Tak kira korang blogger yang menggunakan platform WordPress, Blogspot, Drupal, Typepad atau Joomla korang boleh gunakan Wibiya untuk jadikan web korang lebih nampak cun. Pada aku sehingga ke saat aku menulis post ni Wibiya tidak mengganggu pandangan pembaca dan juga memberikan pembaca dan pemilik banyak pilihan yang berkaitan dengan perkembangan blog yang sihat. Ya..blog pun perlu kelihatan sihat jangan ingat korang jerk kena jaga kesihatan ;)

Perkara yg paling bagus dan aku bab plugin Wibiya ni ialah korang boleh edit toolbar tersebut dengan mudah, tidak perlu reupload balik, live editing dari web wibiya dan fungsi ini memang mantap sebab aku pasti korang akan teruja dengan live notification dan sokmolah keje menukar notification tu..tul tak? Ngaku jerklah

Mengapa Aku Tak Berhenti Belajar?

Tajuk kali ni takde niat nak nganjing sesiapa cuma ni perkongsian dari aku sendiri sepanjang aku terlibat dengan dua dunia berbeza iaitu engineering semasa zaman aku belajar dulu dan juga internet marketing (IM).

Jujur aku melalui zaman persekolahan yang kelam-kabut dan satu2nya lorong yang boleh membawa aku keluar dari dunia kelam kabut itu ialah dengan belajar lebih tinggi. Zaman aku belajar, cikgu dan lecturer tak pandangpun aku sebab tahap lembab dan bangang aku yg maksimum dan aku tetap ingat kata-kata seorang lecturer bahawa aku ni just lucky jerk dapat sambung belajar. Malahan paper dia pun cukup2 makan jerk lulus, aku tak terajang lecturer tu masa tu sebab aku tau aku memang bangang subject Chemical Reaction (dan subjek2 yang lain juga). Jadi mengapa aku tak pernah terlintas nak berhenti belajar walau sedikitpun meskipun waktu tu aku dah ada alternatif lain?

Pertama sekali peluang untuk aku sambung belajar tak semudah sekarang, aku terpaksa bayar yuran Kolej yang tinggi (dulu PTPTN tak bagi loan kat budak kolej swasta). Then lps tu baru aku dpt masuk uitm, sib baik ada uitm kalau tak aku rasa aku skang mungkin dah kawen dan beranak pinak dah kot sbb pompuan kalau tak belajar memang cepat kawen. Jadi adalah satu penambahan KEBODOHAN tahap dewa kalau aku berenti belajar hanya kerana aku nak buat IM. Disini aku tetap kekalkan niat aku untuk belajar setinggi yang boleh dan IM tu bila-bila aku boleh buat jika aku pandai bahagikan masa.

Kedua, aku memang minat engineering course ni ianya terbukti dengan grade on time bersama2 pointer yang agak cun. Aku masih terasa perasaan gembira dapat menyaruh jubah graduan dan bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan yang lain. Aku tak kesal rezeki aku dalam bidang engineering setakat itu sahaja sebab sekurang-kurangnya aku berusaha dan walau sedikitpun tak pernah mengalah..jika kengkawan focus 100% aku plak 200% barulah bleh grade on time! Aku seronok dapat belajar benda yang memang aku nak sangat tau dan selongkari sejak aku kecil lagi. Alhamdulillah..long life engine!!!

Ketiga, dalam kehidupan kita ini tidak kira dunia perniagaan atau peribadi pasti ada turun dan naik, malahan aku merasakan adalah satu kerugian jika kita melepaskan satu perkara yang penting dan mengejar satu perkara lagi sedangkan KITA BOLEH MENGEJAR KEDUANYA DALAM SATU MASA YANG SAMA! jika tak boleh..maaf aku berani panggil korang BANGANG! Sebab aku telah melakukannya, kengkawan lain juga begitu…

Mael – Suatu ketika dulu blogger dan IM tegar amik course sama dengan aku Engineering

Eches - Mamat yang belajar di France ini juga mantap bab design dan coding tanpa perlu ponteng belajar

Amanz – blogging sejak sek sampai ke U, aktif gile ko amanz!

Eizil – Mamat Japan ini juga terror programming dan web development balik msia dan dah kawen

SyedHafiz – mamat yg tgh sibuk nak kenduri kawen gak ni..aktif semasa di U

Reezluv – Ipoh mali punya budak, skang dah keje dan aktif gile blogging

CypherHackz - huh mamat ni kalau tak kenal tak tau lah…

Menteil – Aku selalu ckp dia mentel dulu sbb selalu ckp nak “habis belajar” dan keje keje..takde ckp nak berhenti pun

Dan..ramai-ramai lagi geng blogging dan IM kalau korang baca blog depa tak pernah mention pasal nak berenti belajar pasal IM. Bg mereka yang takde dlm list..saje aku simpan korang untuk post akan datang..hehehe

Walau bagaimanapun post ini bukan ingin mempengaruhi keputusan mereka yang ingin berenti belajar kerana IM tetapi sekadar perkongsian aku ngan geng2 lain supaya korang boleh fikir dan pastikan pilihan korang tu terbaik!

Blog Widget by LinkWithin