Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Android Mampu Milik

Persaingan sihat antara android dan apple telah byk membantu aku mendapatkan handphone android mengikut kemampuan aku, sebagai pengguna iphone aku tak dpt menahan diri untuk mendapatkan handphone yang menggunakan android sebagai operating system. Namun dek kerana kebanyakan handphone yg pakai android ni regenya agak tidak boleh blah..aku menghitung duit tabung ayam beberapa kali sebelum nak beli handphone android ni.

Dek kerana racun berbisa dari kawan baik aku si wayer tu telah menjebakkan aku membeli sebiji samsung galaxy 5, satu-satunya android phone yg aku mampu milik. Bulan lepas aku pergi ke Plaza Alam Sentral dan survey beberapa kedai. So ada satu kedai amoi dia punya customer service ok tak double standard aku yg comot mcm kucing baru makan coklat ni. Pada harga RM600 aku dapat lah sebiji Samsung Galaxy 5 dengan 2GB SDcard. Oklah tu aku bukan nak letak lagu byk2 pun..Kepada yg gile bergambar aku tak suggest phone ni sbb camera dia hanya 2 mp. Tp untuk aku ok jerk sbb aku ni malu nak amik pic dengan camera phone..:)

Sepanjang dekat sebulan aku pakai phone ni prestasi agak membanggakan!! Touch screen ok, internet laju, apps byk free,boleh dikatakan hampir menyamai prestasi iphone cuma screen dia kecik skit dan camera pixel rendah. RM600 nak compare dengan RM2k punya phone..agak2 lah kan! Tp yg penting time aku layan internet bateri dia lebih tahan lama dari iphone sbbnya pixel dia gunakan lebih rendah dari iphone..time aku main game Angry Bird bateri dia lebih tahan dr time aku main angry bird kat iphone. Yosh..hidup angry bird!

Bagi mereka yg suke pakai line wifi percuma..Yosh!!! Phone ni pun ada wifi tau! Kalau korang nak tau aku part internet2 ni mmg  cerewet tp dengan phone ni mmg marvelous, yg penting aku dpt check email, buka facebook dan juga main game angry bird. Kalau korang nak apps yg lain boleh download percuma di market android.

Memandangkan ramai kengkawan aku yg bersengkang mata nak memenuhkan tabung ayam nak beli iphone 4 kan..so kat sini aku share alternative phone yg bukan sahaja mampu dimiliki pada harga yg munasabah tetapi performance pun bleh tahan gak.

Friendster vs Facebook

Meskipun nyata Facebook bakal mendedahkan profile kita tanpa batasan namun percaya atau tidak myspace,friendster,Hi5 dan rakan seangkatan dengannya sudahpun ditewaskan oleh Facebook.Erk,bagus sangat ke Facebook ini sehingga ada yang ketagih hingga tak makan dan minum melayan aplikasi Facebook ini.

Kajian pantas yang aku lakukan ramai mereka yang tidak kenal myspace,friendster,Hi5 tapi terjebak bersama Facebook. Tujuan post aku kali ini bukan untuk mengalakkan korang join sume society network ni malahan tidak akan wujud isu pro mana2 society network pun memandangkan aku membuat post ini sekadar untuk menilai penglibatan aku sendiri dalam Friendster dan Facebook.

Mengapa aku sendiri suatu ketika dulu bersama Friendster tapi kini tidak lagi.Ini kerana aplikasi di Facebook lebih sesuai dengan karier aku sekarang. Jika dulu sebagai seorang student aku golongan yang terlewat mengekploitasi Friendster. Aku join friendster semata-mata kerana kawan-kawan sekelas yang ingin membina “networking” sesama kami sehinggalah tua nanti.Ya…jerk depa ni hakikatnya aku tgk sume takde masa nak online pun. Jadi akaun friendster aku hanya memfocuskan kepada rakan-rakan semasa belajar dan kini entah kemana mereka menghilang.

Kehadiran Facebook dalam hidup aku secara tidak sengaja kerana pengaruh roomate aku, Wayer. Cish..terjebak juga aku. Ramai yang tanya aku tak risau ke data-data2 aku diambil oleh CIA. Sejujurnya jika mereka nak mencuri data2 tu tak payah masuk Facebook pun mereka boleh..mungkin aku terlebih tengok cite CSI, namun jika korang ada ramai kawan dari golongan senior korang akan tau data nenek yang tak pernah kenal apa itu internet pun depa boleh dapatkan. So, kalau korang seorang pelajar ipta, pekerja swasta atau kerajaan, suri rumah atau apa saje title yg korang tengah pegang sekarang pernah membuat loan,mendaftarkan diri secara online, “didaftarkan” secara online tanpa korang sedar atau tidak..Berhati-hati..Data itu mungkin dicuri, dijual atau disalahgunakan oleh sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Kita mahukan “langit yang terbuka luas” tapi tak mau menanggung risiko..aiyak.

Setakat ini aku kekal bersama Facebook dan Friendster bukan kerana egois dan tunjuk berani. Tp kerana ianya suatu medium aku menghubungkan diri dengan kawan2 yang lain dan dunia luar yang gah jauh untuk aku capai. Jika mahu share maklumat lebih2 rasanya tak perlupun di Facebook tu,cukuplah ko kenal aku, aku kenal ko.Mau kenal lebih2, berani jumpalah…danny boy….larik…..

Hakikatnya kehidupan sebenar itu lebih menarik dalam alam maya ni.Tak percaya jom layan video ni..itulah apa yg aku rasa skang ni..:)

Photoshoot – Eye On Malaysia

nikon dlsr

Jam menunjukkan pukul 1 pm. Aku, omar, mael dan chot melangkah ke Taman Tasik Titiwangsa buat pertama kalinya bersama-sama. Walaupun berat hati aku nak mengeluarkan si comel nikon tapi kerana minat yg sama aku turutkan juga. Lagipun, bukan selalu dpt meluangkan masa bersama-sama pemilik lsr ni. Kami tunggu Takky yg juga pemilik lsr, berjenama Nikon. Thanks takky at least aku tidak berjenama Nikon sendirian.

Photoshoot ini bermula dr awal kami melangkah masuk hinggalah ke saat2 terakhir mahu pulang. Aku mahu kongsikan sesuatu yg indah disana. Tp, jujur aku terlalu letih. (letih melompat). Keadaan jadi lebih sukar kerana ductus kelenjar air mata aku tiba-tiba bengkak. Argh, mahu ke klinik.

Walkman Phone W958c

Argh…ini adalah walkman phone edisi baru gak dari sony ericsson. Walkman phone ini merupakan handset baru kakak aku..Yup, sebagai gadget freak aku mmg suke membelek-belek handset baru dia ni (maklumlah tak mampu aku nak belinya).

Dari segi bentuk, mmg petak segi empat sungguh handset ni. Dari segi spesifikasinya mmg sebijik PDA, tp nampak ranggi sedikit dari PDA phone. Dgn kapasiti 4GB, mungkin kakak aku akan letih memikirkan lagu apa dia nak minta kat aku nanti..

Conclusionnya, aku dengki dgn hset baru dia ni..so malas nak komen lebih2..

sony_ericsson_w950_01_small.jpg

Sony Ericsson P990i

PDA phone 3G series P terbaru yg dikeluarkan oleh Sony Ericsson, dan telah aku ‘nodai’ PDA phone kawan aku ni utk mengetahui kelebihan dan kekurangannya. PDA phone yg harganya RM2000++ ni memiliki byk kelebihan lebih2 lagi dgn camera 2.0 megapixel aku rasa sgt berpuas hati dgn kualiti gambar yg diambil meskipun pada waktu malam. (gunakan night mode, jgn lupa).

Dilengkapi dgn teknologi touchscreen,bluetooth, handwriting recognition..bla..bla..erm mmg PDA phone yg bagus.

Kualiti bunyi, erm..tak payah ceritalah kalau dah namanya sony.

Dari segi harga trade-in pun, berbanding dgn pesaingnya spt O2,bla..bla..Harga PDA phone Sony Ericsson lebih tinggi berbanding pesaingnya.

Apa yg aku paling tak berkenan dgn PDA phone ialah luas permukaannya yg besar. Mmg standard begitu, kalau tak bukan PDA phone lah..

Kalau sesiapa berkenan dgn PDA phone ni, blehlah pergi jengkuk2 di area KL/Subang Jaya. Harga sepatutnya tidak lebih dari RM2500 dan diaorg akan bg sekali Memory Stick Duo 1GB, dan pelbagai lagi korang bleh demand sbb beli hset mahal kan..

cws31afw_16150_27_0_4001.pnggpd_25075high_27_0_4001.jpg P990i

Blog Widget by LinkWithin