Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Realiti Sebenar Infinity Downline Dan Pemasaran Facebook

Sebenarnya dah lama aku nak bincangkan persepsi aku berkaitan dengan Program Infinity Downline. Jujurnya aku terfikir dengan kuasa pemasaran Facebook aku tak mampu nak bayangkan mamat yang buat program ni mesti dah gembira gile2 dapat menipu rakyat Malaysia yang memang mudah kena kencing dengan Skim Cepat Kaya sebegini.

Realiti sebenar program sebegini kalau aku nak buat dah lama gile aku kaya raya. Dengan bergiga-giga produk sebegitu malah lebih baik aku boleh create program sebegini tak sampai 24 jam dan mampu menjana pendapatan pasif dengan membodohkan bangsa aku sendiri..Yosh..kayo makcik!

Namun realiti sebenar hanya orang yang mahu berusaha dan tidak berminat dengan duit mudah jerk yg boleh fikir selogik-logiknya berkaitan dengan Program Infinity Downline ni. Disini aku kongsikan beberapa link yang mempunyai pendapat yang sama seperti aku. Jika korang cakap kami perasan bagus..hohoho..silap..kami memang bagus pun, buat duit dari real business tau bukan money games ! Takde masa nak kayakan orang lain baik kayakan diri sendiri.

Nasha Secret – Tokei pelbagai produk especially yang related dengan kesihatan

Sham – Penulis ebook dan byk main affiliate ni. Jangan kencing ckp ID tu sistem affiliate

Nabieel – Bab jual produk digital dan fizikal memang dia rajin cari lubang

Dan disini plak pandangan Ustaz Zaharuddin:

Kalau korang still sangsi gak teruskan jerklah

Menjadi kepantangan aku org menggunakan lambang kewangan pada sistem sebegini, toksah lah nak tunjuk screenshot, then nak psycho aku pasal sharing informasi dan sumber kewangan. Toksah nak bebel merapu-rapu pasal sistem Mat Salleh ni bagus sangat, buat malu orang Malaysia jerk.

Ramai jerk geng2 yang lebih bagus dan tak pyh bina sistem mcm ni pun dan paling menarik tak login Facebook 5 hari dah boleh buat duit 4 angka. Sikit erk..pergi mampos pi check akaun bank korang sekarang berapa kali dah masuk RM100 tu..Menyedihkan…Nak tinggalkan komen sila pastikan ko menyokong aku kalau takat nak tegakkan benang yang basah tak payah komen.

Kena Kencing Sokmo

Nampaknya post blog aku dah dikotori dengan bahasa pasar yg bunyinya kesat dan tidak enak di dengar. Namun itu lah hakikatnya ayat yg digunakan di dalam kehidupan seharian kita ini sering kali di dengar dan sudah menjadi bahasa tokokan yang menggantikan ayat yang sebenar.

Post “menganjing” sebelum ini tidak menuding jari kepada sesiapa, jauh untuk menuduh pihak2 tertentu. Namun siapa makan cili mmg terasa pedasnya. Jadi sudah baca komen2 pembaca terpulang pada korang sendiri sama ada nak meneruskan gaya perniagaan yang sebegitu. Aku sekadar menyediakan medium untuk orang lain meluahkan apa yg terbuku di hati mereka.

Semalam aku pulang dari Taman Maluri ambil komuter terakhir dari Stesen Sentral, bile komuter terakhir kuantiti manusia yang bersama2 aku dalam satu gerabak tu tidak lah ramai. Then bertentangan kerusi dengan aku seorang gadis india yang sejak dari tadi memandang aku. So, ketika mata kami bertentang aku melembar senyuman dan dia mengambil kesempatan untuk memulakan bicara.

Pertuturan sejak menggunakan “I’, saya dan aku..dlm hati aku apa kes lah minah ni ayat pengganti diri pun berubah-ubah. Tp aku tetap kekalkan senyuman aku yg dah semakin sinis tu. Dalam dok berbual2 tu ada dia selitkan pasal wallet dia kena curilah, hphone dia rosak lah pergi repair..Tp aku just buat bodoh mcm tak dengar, dalam hati aku perbualan ini sudah ke arah auta. Aku sekadar teman dia bersembang sehinggalah dia turun di stesen Subang Jaya, siap salam tangan lagi sebelum berpisah tu. Lepas dia keluar aku cepat2 lap tangan aku risau gak aku mana tau ada minyak guna2 ke. Zaman sekarang ni tidak kira laki atau perempuan kejahatan nya sama jerk. Balik sampai umah aku terus ke bilik air cuci tangan dengan dettol..hahhahah..dlm hati aku bersyukur aku tidak lah semudah itu untuk di kencing.

Aku rasa korang pun byk pengalaman di kencing oleh individu sebegini, hilang wallet lah..hilang phone lah..mcm2 yg hilang hakikatnya aku tgk handbag dia ter kalung baik di leher.

Masa aku belajar dulu tidak dpt dinafikan aku selalu membiarkan diri aku kena “kencing” dengan orang sedemikian bukannya apa aku rimas mendengar mereka mencipta cerita. Jalan ceritanya sama jerk…Apa pendapat korang? Kaki kencing ni tidak kira dimana sahaja mesti akan ada..tidak kira online mahupun offline. Aku pasti dlm seumur hidup korang tetap akan kena kencing sekali..heheheh..betul tak?

Boroi Itu Bahagia?

Wow..Mesti kawan2 aku yang mempunyai mangkuk tingkat yang byk ni gembira dengan tajuk kali ini dan tersenyum sambil mengangguk-angguk kepala. Huh..Yerlah tu.suke korang erk,maklumlah each time jumpa mesti kena sound bab perut. Hahahaha..Ya..ya..Boroi. Tak pyh nak sorok perut korang tu even pakai baju saiz double XL.

Korang mesti tertanya adakah ini fakta atau auta? So moh kita kaji balik keboroian korang tu fakta atau akta:-

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumahtangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk ‘makan di rumah?.

Lelaki akan merasa selesas etelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudahbagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.

Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain ‘boroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang ‘slim? dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang…namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula ‘jemu? atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin ‘bulat’? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air ‘zat? isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

So, aku rasa ada betulnya keboroian korang tu tandanya korang bahagia..Cukup makan erk?

Good Luck Exam PTD

Mungkin korang pelik apa kes minah ni esok nak exam ptd still boleh melayan blogging dah habis study ke..hahahah..belumpun..aku tgh dok membaca alat2 kebesaran diraja..ada 15 sumenya.huhuhu..namapun pelik2.Tp memandangkan alang2 aku on laptop dan online aku pun gatal tangan tulis blog. Takde apapun nak share, cuma nak bg rakan2 yg bakal amik exam penjawatan dalam kerajaan senyum skit dengan aksi sengal kucing aku ni. Jgn stress2 utk exam kerajaan, berusaha dan tawakal..ada rezeki tak kemana.

Korang mesti fikir adakah aku dah lupekan cite2 nak jadi newbie webmaster ni..erm sejujurnya jika takdir aku ke arah bekerja ngan kerajaan aku percaya ini akan memberikan peluang yg lebih tinggi utk aku menguasai kemahiran webmaster..hahahahah..adalah strategi peperangan..

Semalam aku jumpa mysticmind, salah seorang webmaster paling sengal kat Malaysia. hahahah..Satu perkara buat aku terfikir masa balik ke rumah bile dia ckp cara untuk mengurangkan “azab” ekonomi down ialah dengan terus berbelanja seperti biasa..Inilah saranan Tun. M. Ya.betul juga pada mereka yg belajar ekonomi tentu faham dengan kitaran ekonomi yang bermula dengan modal dan seterusnya. Jika kita semua panik dan terus menyimpan keadaan ekonomi akan jadi lebih teruk. Peredaran wang di market perlahan jadi ianya akan memburukkan ekonomi kita. So teruskan berbelanja dengan bijak..Apa yg tak perlu tak pyhlah..just belanja yg perlu dan jgn plak membazir.

Oklah Adios..aku nak solat.

Apa Kes Majalah IM

huh…terkejut korang dengan title aku…hahahahah

Sebenarnya yang aku perasan design Majalah IM kali ni seperti hasil tangan org lain. Mungkinkah MysticMind sudah berundur untuk thn ini…Jika..Ya..okies beb..Mysticmind jom ke Burger King. Ko mesti byk projek baru ribu riban kan so apa lagi moh lah belanja kekasih gelap mu ini.

Majalah IM kali ini lebih tertumpu kepada website flipping ataupun bahasa ibundanya “Menjual Hartanah Online”. Mungkin korang akan pelik pesal plak nak jual after fully optimized hartanah online tu. Oklah, aku dengan mengada-ngadanya mengupas isu ini. Website flipping seharusnya bukanlah dilakukan kerana “harga hartanah online” semakin meningkat. Ramai yg terus terjun dan membina hartanah online yang pada mereka kalau terjual $50 pun sudah cukup bagus. Hasilnya…Lambakan hartanah online yang tidak laku dijual…Akhirnya ada yang menjual pada kadar lepas bayar duit domain dan hosting sudei.

“Argh..Catzer mcm bagus..ko pernah website flipping ke?” hahahah..mungkin inilah terdetik pada hati mereka yg penuh dengan perasaan was-was dan memandang orang sebelah mata. Tgk aku pandang org pakai 4 mata lagi. Sejarah website flipping aku bermula pada hujung thn 2007, dimana aku bertanggungjawap memastikan setiap hartanah online “boss aku” yang bakal di lelong itu mempunyai nilai melebihi $300. Bagi setiap hartanah online, aku akan pastikan ianya di fully optimize dalam masa 3 bulan sahaja. Dan setiap bulan aku perlu bertanggungjawap ke atas 4 hartanah online. Jadi dalam tempoh 3 bulan aku pening dengan 12 hartanah online. Setiap hartanah aku akan di bayar 50% daripada harga jualan. Jika kita ambil min $300 aku akan di bayar $150 dan total dalam tempoh 3 bulan hanya $1800. Superb murah…Tp kebiasaan hartanah online “boss aku” mmg laku melebihi $450..Mana aku tau? Aku taulah kerana aku yang menerima pembayaran tersebut…Tp…lama2 aku bosan…Jadi setelah 6 bulan bersama “boss” aku mengucapkan selamat tinggal. Bukan kerana bayaran tp aku sudah dapat ilmu yg ku mau..Time kasih “boss”..erk..dia tak fhm bahasa melayu…

Jadi berapa banyak “hartanah online” korang simpan..Agak2 dalam 5 thn lagi boleh dapat jual $10k seperti mana Bob dan juga $15k seperti Mister A atau $8k mcm Mister B. Mister A dan B, agak2nya sape erk..hahahah..rahsia. Hakikatnya, Mister A selalu pesan kat aku..Bukan dia sengaja menjual hartanah online tu..Syg gile dah tp demi pergi lebih jauh ataupun dah tak larat nak handle dia pun lepaskan pada mereka yg sanggup bayar pada harga superb.

Mengapa aku tinggalkan income stream yg kalau difikirkan boleh pergi jauh lagi dengan additional idea yg aku tinggalkan kat boss aku tu…? Rekod selama 6 bulan aku, lebih 20 hartanah online di lelong pada harga melebihi atau hampir $400. Ironinya, perasaan aku tidak segembira mana..Malahan hingga saat ini aku selalu melawat hartanah online yang bukan milik kami lagi. Tp aku tetap bersyukur pemilik baru tidak mensia-siakan $400 mereka. Kebanyakkan hartanah online tu skang sudah reach PR4 ke atas dan income sebulan aku pasti melebihi apa yg mereka telah laburkan..Oklah tu..

Jadi nak tau pengalaman Bob berkaitan website flipping..bolehlah korang download Majalah IM edisi 9 ni. Tentang pengalaman aku yg tak seberapa tu, itu bukan rekaan..Sejujurnya aku mmg pelik..demi ilmu aku sanggup menjadi pembantu kepada sesiapa sahaja. Aku suke sesuatu yg bersifat praktikal..Pagi tadi ada seorang rakan yg mungkin org yg ke 10 ribu menyatakan aku makhluk rare…wah..kejam

Don’t Take Me For Granted

Bulan ni aku officially sangat-sangat busy until end of this year. Kengkawan yang perlukan support untuk servis yang aku provide korang sedia maklum macam mana nak cari aku kan..Sms..Jika aku tak reply atau reply lambat..Sah..Aku tido..Tp mcm biasa aku tetap akan cari korang tanya apa yg boleh aku bantu. Cool kan aku :p

Ok, kelmarin aku dah dpt baju yg aku menang sebagai top commentator dekat blogjer. Luckily baju tu agak sesuai even sedikit besar utk aku. Erm, budak rumah aku ckp aku byk benda free..alahai jgnlah ckp mcm tu rasa mcm “cheap” jerk..Mana ada byk, just bulan ni aku dpt 3 tshirt free jerk..Ayat korang mmg Zalim. 1st tshirt aku dapat semasa pi gathering Webmaster. Baju tu ada design sifoo dan sizenya..masya-Allah besar gile so aku dah bg pada Wayer since lebih sesuai utk dia yg kawai..Tshirt satu lagi aku dpt dr seseorang converse tshirt, aku suke color tshirt tu..Anyway thanks sbb belikan tshirt tu, im really appreciate it. Jgn ckp aku tak hargai plak erk.

Bulan ni aku akan ada sesi menembak di Pulau Indah bersama geng PM. Ya, dah lama tak nampak aku menembak kan..Actually selalu gak menembak di kawasan rumah..Model aku spt biasa Fify.Thanks erk Fify, even ko tak fhm apa itu istilah terima kasih. Sorry sebab tak dpt bawak ko jln2 sbb hukuman kerana merosakkan rumput (untuk ko mkn gak, tp tak cukup umur lagi). Serius aku marah sbb rumput tu baru berusia 5 hari..

Semlm kaki aku terseliuh so ada batasan sedikit utk aku merayap, ya..Aku hyperaktif kadang2 dirumah lebih2 lagi bila bersama Fify. Erm chemical reaction antara kami buat aku rasa spt kucing plak kengkadang. So, skang kaki aku dah ok skit thanks pada housemate yg baik hati tolong urutkan. Kesian sbb nanti aku tak kuar plak dr rumah sbb tak boleh jln..Yolah tu..aku tahu kalian mesti akan sengsara kalau aku sakit kaki.

Gosh, sorry aku dah merapu panjang lari dr title sebenar blog ni. Percaya atau tidak terlalu ramai yg suke take me for granted, mak ckp hati aku ni lembut sgt sbb tu org suke mengambil kesempatan atas nilai cinta dan persahabatan. Aku setia, terlalu setia, mungkin sebab aku percaya kesetiaan tu bukan sekadar pada rukun negara tp lebih kepada konsep yg lebih hakiki iaitu kebahagiaan untuk dunia dan akhirat. Aku setia untuk mencintai seseorang tp hukuman tetap jatuh pada aku untuk setiap kesilapan yang sepatutnya boleh dibawa berbincang. Aku setia menjaga persahabatan even nilai2 murni persahabatan itu tak pernah difahami oleh org disana, tp diSana aku pasti punya jawapan jika ditanya mengenai terputusnya persaudaraan. People do enjoy take me for granted. Read the rest of this entry »

Retail VS Online Shopping

online shopping

Aku rasa byk cart/e-commerce system wujud dlm beberapa tahun kebelakangan ni. Namun tak pulak aku sangka sehingga kepada penjual rugs juga sudah kena tempias kemodenan ini. Aku masih ingat masa zaman kanak2 dulu, bai2 dtg menjual cheap rugs kat rumah aku. Erm, korang tahu tak bai tu apa? Akupun tak pasti betul ke eja perkataan “bai” tu dan memang keje mereka menjual pelbagai cheap area rugs yg sememangnya telah menarik mak aku terlibat sekali dlm kancah shopping di rumah.

Online shopping telah membantu mengurangkan pelbagai kos utk housewife yg mmg pandai utk berjimat cermat tp aku terfikir juga berapa ramai rakyat malaysia yg suke beli rugs secara online berbanding pergi sendiri ke kedai yg menawarkan discount area rugs. Kalaulah raya akan datang ni aku leretkan mata mak aku ke website ini:

http://www.superiorrugs.com dgn header yg menarik ni “www.superiorrugs.com is a great rugs site that provides high quality rugs at low prices”. Adakah dia akan tertarik atau tertolak?

Aku rasa mesti dia lebih suke untuk keluar melihat sendiri,mungkin the feeling of shopping tu yg ingin dikejar oleh kaum hawa ini. Aku teringat seorang kawan bertanya mmg wanita suke menghabiskan duit dgn shopping ke? Aku sendiri tak pasti apatah lagi aku mmg buka kaki shopping. Even website2 rugs sebegini menawarkan free delivery, aku rasa tak ada seorang hawa yg akan direct purchase dr site tersebut, mereka tetap ingin berkunjung ke kedai.

So, berapa ramai Malaysian yg terlibat dgn online shopping ni? Aku rasa boleh kira ngan jari kot.

Cari Duit Untuk Kaya

korang rasa apa kedudukan korang sekarang dgn kekayaan yg korang perolehi dr pelbagai skill mencari duit yg telah korang apply..so..check skala korang disini:

KAYA KE AKU?

Kedudukan aku adalah rahsia, hahahaha

Kekuatan Jari Anda

Beberapa hari ni aku merenung jari2 aku yg pendek dan kurus ni..ada makna rupanya kedudukan jari2 aku ni..korang rajin pergilah baca kat dlm picture tu segala keterangan..

dari pemerhatian mata aku terhadap jari2 aku ni:

STRENGTHS:

-You’re a charismatic, articulate and expressive, observant and chary people.

WEAKNESS:

- You’re loyal, often consistent handling matters, steadfast and relentless which may seem as strengths but in reality it’s a character of defect.

sape yg nak pic ni lebih cerah lagi inform, nanti aku send email kat korang.

8 G’s Jenis Lelaki yg Dielak Wanita

1. Garang – Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.

2. Ganas – Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.

3. Gementar -Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.

4. Gabrah – Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.

5. Gentleman tiada Langsung- Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.

6. Gerumal – Bahasa kedah-bohong atau tipu.

7. Ganggo – Keterlaluan Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.

8. Gatal – Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.

Kalau korang temui spesis yg pelik2 ni..selamatkan diri anda cepat.

Blog Widget by LinkWithin