By
catzer on Saturday, June 23rd, 2007 |
No Comments
Masa aku di sekolah rendah, aku terpaksa tinggal bersama dgn abah aku kerana mak aku terpaksa tinggal dgn atuk aku yg sentiasa sakit. Kebanyakkan wang yg abah perolehi akan di hantar kepada emak aku untuk menyara family kami di sana. Mungkin kerana aku mmg rapat dgn abah jadi aku di tinggalkan sebagai teman di kala abah tinggal bersendirian.
Memandangkan wang yg tinggal pada abah tidak cukup untuk menampung keperluan aku,kakak dan abang jadi bermulalah plan cari duit untuk menampung perbelanjaan sekolah dan asas aku. Di kawasan rumah aku ada sebtg pokok kedondong, jadi aku minta abah petikkan buah kedondong tu dan aku jual di sekolah. Harga aku yg tentukan sbb abah ckp amik hak kamu jerk jgn melebihi dr itu.
Memandangkan buah ni jarang terjual di mana2 pasar, jadi mmg laku. Seminggu sekali aku akan jual sbb nak pastikan dpt buah yg elok dan bermutu. Di sekolah agama plak aku jual ice cream dlm plastik (10 sen sebatang). Untuk pastikan jualan habis, mesti dtg ke sekolah awal dan pastikan ada customer tetap. Hari2 aku akan tanya, esok diaorg nak ice cream perasa apa? So, aku tak berat bahu usung bekas ice cream bila balik nanti (biasanya terjual semua).Balik dr sekolah agama, aku akan minta kakak buatkan perasa yg di order.
Bile cuti hari sabtu ahad, aku akan pergi tolong basuh pinggan di kedai mkn family kawan aku. Mmg tak dpt bykpun tapi utk sabtu ahad aku tak perlu minta duit utk ‘jajan’ ngan abah sbb aku dah pandai cari duit masa weekend. Bila emak balik teruk aku kena marah sbb pergi buat keje tu kat kedai org. Actually, aku just tolong then dpt upah, itu yg buat aku seronok. Waktu aku darjah 5, mak buke kedai makan jadi hidup aku selepas itu totally berubah. Takde masa nak main2 mcm kanak2 lain..
By
catzer on Monday, June 11th, 2007 |
9 Comments
korang rasa sewaktu aku belajar dulu aku pernah terfikir ke nak cari duit sambilan? Jawapannya tidak. Bukan kerana sebagai pelajar uitm hidup aku mewah dgn duit pinjaman, tetapi kerana masa tidak mengizinkan. Bagaimana pula dgn pelajar yg cukup kreatif cari duit semasa belajar? Mereka dtg dr golongan minda cari duit yg tiada tolak bandingnya.
Di asrama, tertampal beberapa iklan upah type, upah print, jual top up, jual kain tudung bawal, jual junk food, sewa troli, sewa kereta dan pelbagai lagi yg boleh memenuhkan poket pengusahanya. Namun, aku tak pernah menggunakan sebarang khidmat yg ditawarkan kerana aku pelajar NR. (non-resident)
Itu tidak termasuk, mereka yg aktif cari duit dlm bidang MLM. Idea cari duit yg paling glamour di kalangan perempuan. Jika aku dpt kembali ke zaman belajar, idea cari duit apa yg akan aku guna pakai? Mungkin upah kejutkan org yg malas dan susah nak bgn..(tp, mustahil kerana aku juga malas nak bgn pergi kelas).
Beberapa idea cari duit yg aku selalu fikirkan tp tak terlaksana:
1. Upah sediakan breakfast dan delivery ke bilik
2. Upah repair computer rosak / format balik komputer
3. Upah tolong angkat brg2 senior yg dah nak blah
4. Jual kertas A4 (stationary) dgn harga borong
Sebenarnya byk lagi idea cari duit semasa belajar yg aku fikirkan selama 4 thn di uitm shah alam, tp tak terhasil kerana malas dan tiada masa. (Kesian sungguh aku)
By
catzer on Sunday, June 10th, 2007 |
3 Comments
Percaya atau tidak 90% masyarakat melayu skang mengelupor mencari duit. Tidak kira mereka ni dr golongan bawahan hatta atasan.
Fakta ini bukan penipuan meskipun aku yg cipta sendiri. Pelbagai idea cari duit yg mereka ceburi. Malahan seorang operator sahaja memiliki 3-4 idea cari duit demi menampung kehidupan seharian. Semalam sewaktu aku membayar di kaunter Giant, casher kat situ berborak dgn kawan kaunter sebelah ttg keuntungan menggunakan salah satu idea cari duit.
Ketika aku mkn di kopitiam hatta di starbuck, golongan elite juga mengelupor berbincang pasal pelbagai idea cari duit utk menampung kehidupan super mewah mereka. Ada beberapa alasan utk cari duit lebih di kalangan mereka. Aku juga punyer ideologi sendiri ttg cari duit lebih ni. Ideologi aku hanya satu untuk hidup selesa ketika bersara,(sempat ke aku bersara tanpa perlu fikir idea cari duit)
By
catzer on Monday, June 4th, 2007 |
3 Comments
Sabtu lps saudara Zamani menghubungi aku bercerita ttg keyword cari duit. Sebenarnya aku terasa terpanggil utk membersihkan keyword ni dari diselubungi kegelapan anasir2 yg tidak bertanggungjawap.
Lebih2 lagi kebanyakkan manusia skang tgh sibuk mencari duit tambahan utk di setimpalkan dgn perbelanjaan tanpa mengukur baju dahulu.Di opis aku sahaja ada pelbagai business yg dilakukan utk mencari duit sampingan. Tp aku kurang rasa selesa dgn sikap segelintir pekerja yg leka menjlnkan business waktu opis hour. Jika ikutkan hati hendak saja aku terajang mereka2 ni. Sedarlah diri anda di bayar utk bekerja bukan utk berbusiness. Tiada istilah sambil menyelam minum air pada aku. Mereka ini golongan yg tidak amanah dan tidan bertanggungjawap.
Aduh..ter emosi lagi aku. Bukan aku tak bersetuju mereka mencari duit tambahan tp tolonglah pandai2 bahagi masa dan hargailah pekerjaan mereka. Aku hanya mampu tersenyum ketika mereka mempromote pelbagai brg jualan mereka. Aku tersenyum lagi dan terbyg apa akan berlaku jika aku naik angin dan mengadu perkara ini pada HR. (Hehehe, aku bukan pendengki tp aku tak mahu mereka ini leka..leka dgn sandiwara yg mereka tak tahu pucuk pangkalnya)
By
catzer on Tuesday, May 8th, 2007 |
No Comments
motor MOTTO hidup aku berkaitan dgn duit sgt mudah..berapa byk duit yg ku himpun tak kan cukup jika aku gagal menguruskan duit tersebut.
Hampir sebulan aku bekerja dan alhamdulillah dah dpt gaji pertama. Namun ada scenario yg kurang menarik aku lihat di tempat keje aku dimana operator2 gile mencari duit tambahan dgn memulakan bisnes MLM yg mereka tak fhm konsep sebenar. Walhal, gaji mereka lebih tinggi dr gaji aku. (serius aku ni pencacai jerk).
Lantaran itu aku tersengih sendirian melihat tingkah laku mereka yg tidak fhm langsung ttg MLM tp bercakap spt pijak gajah pun tak mati. (semut kecik sgt, mcm confirm jerk mati). Ada antara mereka yg tidak memikirkan halal dan haram yg penting dpt buat duit. Maka, suara hati aku yg jahat – ‘patutpun mereka ni tak boleh pergi jauh dlm apa bidangpun, byk mkn duit haram’..
Ops, jgn salah fhm tau aku tak maksud kan MLM tu haram..apa yg aku maksudkan cara mereka yg salah dan telah menyusahkan org lain. (especially aku yg dah tak larat nak mendengar promosi mereka, padahal mereka di bayar utk bekerja bukan buat keje part time)..
Sebenarnya aku tidak cemburu dgn kejayaan mereka mendominasi MLM tersebut ttp aku agak terharu bile golongan lelaki ini membuat MLM tetapi tak fhm sepatah harampun konsep sebenar. Patut kah aku berbicara? tak perlu sbb business is much better when we keep lost..
By
catzer on Monday, March 12th, 2007 |
2 Comments
Bile org tanya aku apa paling penting kalau nak buat ebiz di internet. Jawapan aku bukanlah computer mahupun talian internet tetapi kerusi. Yer, kerusi. Tanpa kerusi yg baik, kita akan mengalami ketegangan pada urat saraf belakang dan strain pada tgn. Percaya atau tidak, kerusi adalah perkara paling penting kerana tanpa nyer keselesaan pasti tidak mampu diperolehi.
Ciri-ciri kerusi yg baik:
1. Boleh di adjust ketinggian bergantung pada kedudukan tangan anda dgn meja.
2. Memiliki kusyen yg empuk bg mengelakkan punggung anda cepat kebas, dan mampu mengampuh tulang belakang anda dgn baik.
3. Kerusi tersebut lebih indah jika memiliki arm rest, agar tangan anda berapa pada posisi yg baik semasa rehat.
4. Keteguhan kerusi sgt penting, sekiranya anda bersaiz anak gajah belilah kerusi bersaiz yg sesuai. Jgn plak beli kerusi berdasarkan saiz poket anda tp belilah berdasarkan saiz badan anda.
5. Pilihlah warna kerusi yg sesuai dgn warna kegemaran anda, walaupun kenyataan ini pelik tetapi hakikatnya ianya tetap penting pada aku kerana warna memainkan peranan yg penting sebagai sumber inspirasi aku.
Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal kerusi, tp takde masa plak. Kerusi yg aku pakai skang dah tunggu utk di recycle jer. Jadi, semlm aku pergi tgk kerusi baru di kedai perabot. Kalau aku ingat nanti aku tunjukkan pic kerusi tu disini. (alah, kerusi pun nak tunjuk, suke hati akulah)..
By
catzer on Monday, February 26th, 2007 |
1 Comment
Minggu lepas aku pergi kedai kakak aku tolong dia setting untuk advertising dan pelbagai2 lah. Memandangkan aku merupakan seorang yg gile dengan internet, kakak aku tanya ttg beberapa program menjana duit di internet ni. Dia membebel-bebel pasal program baca email dan beberapa lagi program scam. Tak larat aku gelakkan dia, itulah memandai sgt nak duit mudah, padan muke..
Tetiba dia tanya lagi, ‘adik, empay tu ok ke?’ Huh, satu soalan yg aku malas nak berdebat dgn sesiapapun memandangkan kawan2 akupun ada buat gak. “Oklah, angah refer kat sini”. Aku mengodek2 laptop dan terus ke site En.Zaharuddin.
Sebenarnya terlalu byk program yg menjlnkan penjanaan duit secara mudah dan sejujurnya aku tak terlibat kerana ianya tidaklah semudah mana. Kena letak deposit ataupun kena byr gak. Mungkin org akan ckp sbb aku takde duit aku tak buat semua tu. Ini bukan soal ada duit ataupun tidak, tp pada aku setiap rezeki walaupun kecik aku akan usahakan dgn tenaga yg ada. Kerana perlu diingatkan “matlamat tidak menghalalkan cara”.