By
catzer on Wednesday, November 4th, 2009 |
68 Comments
Salam kengkawan..Hehehe ni post pertama aku dalam bulan ni dan paling best tiba2 bulan ni aku terfikir untuk buat satu edisi khas iaitu edisi Menganjing versi aku sendiri. Ops..kalau sesiapa yg tak berapa familiar dengan perkataan menganjing ni better korang google skang gak. Carian google menunjukkan website khai no 1 untuk keyword ni beb..So maksudnya perkataan ini tidak asing meskipun tiada didalam kamus dewan bahasa.
Sebenarnya aku akan outstation pada hari jumaat ni jadi nak tak nak aku curi masa gak untuk buat post kali ni. Ok, kita sedia ada tau skang mmg keadaan ekonomi sangat tak best dan abang aku sendiri pun dah join aku tanam anggur kat Farmville tu. (Sape tak tau Farmville mmg korang confirm takde akaun FB)..FB pun tak tau..akupun tak tau nak ckp apalah. So skang ramai dah mencari alternatif untuk mendapatkan pendapatan tambahan dari internet. Alhamdulillah sudah maju rakyat Malaysia skang dan semakin kurang org ke CC hanya untuk ber chat..kebanyakkan mereka mula faham tentang pemasaran internet dan rata-rata dah mula buka pintu hati nak belajar perkara2 IT ni. Syukur Alhamdulillah sesgt mmg satu perkembangan yg baik.
Namun disebalik kerakusan ini ada pihak yang mengambil kesempatan sewenang-wenangnya kearah penyelewangan berbentuk kewangan melalui medium internet. Serius kesabaran aku sudah sampai tahap gaban kerana sikap seleweng ini bukan sekadar pada mereka yg memang jenis kaki menipu tetapi juga dikalangan “otai2″ IM. Aku tau ramai yg berdiam diri sbb takde sape nak backup diaorg bile mereka merasakan diri mereka tertindas. Ramai yg hanya tukang kipas sahaja dan ini menyebabkan insan yg merasakan diri mereka ini tertindas terus malas nak buka cerita.
Kalau korang tanya apa tindakan aku jika aku kena kencing? Aku akan santau org tu..hahahaha..Gile kejam.
Oklah kali ini aku nak kongsikan pasal isu screenshot income ataupun bergambar gah dengan duit. Walawei..isu panas ni mungkin korang salah seorang dari nya..hahahah..so isu ni lebih kepada siapa yg makan cili dia akan rasa pedasnya. As long as korang tidak menipu perkara ini tidak akan menyinggung perasaan korang..ok?
Saban hari aku tgk perbuatan sebegini semakin memualkan, especially ianya digunakan untuk mempromosikan produk/program yg sama sekali dimata aku kurang menyenangkan terutama sekali jika ianya berlaku di FB. Akupun ada promosi2 gak tp takdelah sampai nak hijack wall dan inbox org. Paling bengap yg tag picture aku yg tak sepatutnya. Ya..marketing lah..sgt..Amalkan selalu aku akan blocked malaun sebegini seumur hidup.
Aku sama sekali tak berminat nak tgk screenshot ataupun picture dengan memegang duit yg byk tu. Kalau 2-3 kali aku boleh maafkan tp kalau dah terlalu kerap aku semakin sangsi. Begini ke cara mereka cari duit? Dengan tunjuk picture pegang duit. Sekali lagi kenyataan ini aku tujukan buat mereka yang menyalah gunakan tips marketing ini. Bagi mereka yg merasakan tips ini perlu dipraktiskan namun dengan beretika..Duduk diam2, punggung korang tak akan panas punya.
Nasihat aku pada rakan-rakan yg ingin menceburkan diri dengan program niche making money online silalah berhati2. Jangan mudah tertipu dengan screenshot income ataupun sebarang bentuk image yg menunjukkan mereka buat duit dengan sesuatu sistem tu. Tahun lepas rasanya aku ada reveal pasal beberapa orang top IM Malaysia (mungkinlah top kot) menggunakan screenshot income yg sama untuk produk yang berbeza. Aiyak lu mau kencing orang Malaysia ke..Gua tak bodoh beb..
Lagi satu jual ebook pasal menjana duit dengan sistem lain tp show off income yang mereka dpt dr penjualan ebook tersebut. Kalau dah value income yg masuk tu sama jerk..terang2lah itu income penjualan ebook mereka yang berharga RMXX. Rata2 ramai yg suke buat “kepoh” ni just nak laku kan produk mereka jerk, yg dimana mereka sendiri tidak berapa arif tp memandangkan itu cara paling mudah buat duit..So layankan jerklah..
Ya..post aku kali ni menganjing mereka yang sepatutnya sedar korang yg TAMAK HALOBA duit ni lah yg rosakkan bangsa sendiri. Yang kencing duit bangsa korang sendiri. Yang langsung tak mo amik port duit korang tu halal dunia akhirat ke tak..Yg langsung tak ambil peduli org lain bekerja mcm nak mampos untuk beli produk atau join program korang. Ada yg sanggup gadai mcm2 dan kuarkan duit simpanan demi memenuhkan poket korang.
Sorry kalau post aku kali ni mmg buat org panas punggung, tp untuk memajukan rakan seagama dan sebangsa aku rela korang keji aku kerana post ni. Ya..aku sekadar blogger yang syok sendiri dan takde masa nak didik rakan seagama dan sebangsa ilmu perniagaan ataupun perniagaan internet selalu..Tp aku harap post kali ni buat pembaca blog aku sedar, to make money online consistently tidaklah semudah yang korang sangka. Belajar lah dari mereka yg betul2 berpengalaman dan sanggup berkongsi dengan korang asalkan korang sanggup memberikan komitment dan bukannya duit semata2. :)

p.s – Jadi tak iklan aku dengan show off duit mcm tu..hahaha..kalau aku sungguh2 promote tu mesti ramai gile akan email / sms aku. Tak pyh susah2 aku tulis jerk..Inilah income sy RMXXXX dalam masa 5 hari selepas join program XYZ..hahahaha..
p.s.s – itu merupakan duit seseorang yang telah aku pinjam untuk post “menganjing” ini. Sesiapapun boleh buat..betul tak?