Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Realiti Sebenar Infinity Downline Dan Pemasaran Facebook

Sebenarnya dah lama aku nak bincangkan persepsi aku berkaitan dengan Program Infinity Downline. Jujurnya aku terfikir dengan kuasa pemasaran Facebook aku tak mampu nak bayangkan mamat yang buat program ni mesti dah gembira gile2 dapat menipu rakyat Malaysia yang memang mudah kena kencing dengan Skim Cepat Kaya sebegini.

Realiti sebenar program sebegini kalau aku nak buat dah lama gile aku kaya raya. Dengan bergiga-giga produk sebegitu malah lebih baik aku boleh create program sebegini tak sampai 24 jam dan mampu menjana pendapatan pasif dengan membodohkan bangsa aku sendiri..Yosh..kayo makcik!

Namun realiti sebenar hanya orang yang mahu berusaha dan tidak berminat dengan duit mudah jerk yg boleh fikir selogik-logiknya berkaitan dengan Program Infinity Downline ni. Disini aku kongsikan beberapa link yang mempunyai pendapat yang sama seperti aku. Jika korang cakap kami perasan bagus..hohoho..silap..kami memang bagus pun, buat duit dari real business tau bukan money games ! Takde masa nak kayakan orang lain baik kayakan diri sendiri.

Nasha Secret – Tokei pelbagai produk especially yang related dengan kesihatan

Sham – Penulis ebook dan byk main affiliate ni. Jangan kencing ckp ID tu sistem affiliate

Nabieel – Bab jual produk digital dan fizikal memang dia rajin cari lubang

Dan disini plak pandangan Ustaz Zaharuddin:

Kalau korang still sangsi gak teruskan jerklah

Menjadi kepantangan aku org menggunakan lambang kewangan pada sistem sebegini, toksah lah nak tunjuk screenshot, then nak psycho aku pasal sharing informasi dan sumber kewangan. Toksah nak bebel merapu-rapu pasal sistem Mat Salleh ni bagus sangat, buat malu orang Malaysia jerk.

Ramai jerk geng2 yang lebih bagus dan tak pyh bina sistem mcm ni pun dan paling menarik tak login Facebook 5 hari dah boleh buat duit 4 angka. Sikit erk..pergi mampos pi check akaun bank korang sekarang berapa kali dah masuk RM100 tu..Menyedihkan…Nak tinggalkan komen sila pastikan ko menyokong aku kalau takat nak tegakkan benang yang basah tak payah komen.

Review Bengkel WordPress #5

Pada sabtu lps 24 April telah berlangsung Bengkel WordPress #5 di JTC, Kuala Lumpur. Sejujurnya persiapan kali ini agak simple dan dari segi marketing aku sendiri tak sempat nak marketingkan Bengkel WordPress kali ini kerana beberapa perkara yang tidak dpt dielakkan. Namun, Alhamdulillah segalanya berlangsung dengan baik sekali. :)

Setelah lebih setengah tahun tidak bercakap pasal WordPress aku sendiri tersenyum dengan betapa banyak pertambahan dan pembaharuan berkaitan dengan WordPress telah berlaku. Aku siapkan modul dalam tempoh kurang 5 jam dan merempit pi photostat di Seksyen 2 sehari sebelum Bengkel WordPress berlangsung.

Pagi itu ditemani oleh Ain (junior housemate yang selalu didera ) aku merempit ke JTC boleh dikatakan aku sampai on time kali ini. Pagi itu ada sedikit gangguan internet disebabkan oleh penyelenggaraan yang dilakukan oleh TMnet. Cish, time aku buat bengkel time tu lah ko nak selenggara mcm2. Tapi seperti biasa En.Zaki mmg professional bab2 ni masalah dpt disetelkan secepat mungkin. Seperti biasa kami semua balik dengan membawa makanan yg di tapow..hahaha..sedap beb!

Sejujurnya aku puas hati dengan Bengkel WordPress kali ini meskipun aku kesuntukkan masa untuk mengelola bengkel ni namun terima kasih atas bantuan Amirol dan Ijam bengkel ini dapat dijayakan sekali lagi. Sebenarnya ada byk lagi hutang aku dengan peserta bengkel kali ni yang tak sempat aku settlekan lagi..aiyak..tak suke..rasa mcm masa tak cukup.Biasanya weekend aku akan bersantai sakan, tp nampaknya weekend kali ni aku pasti tak dapat bersantai. Kena backup balik hutang2 masa aku..hehehehe

Disini aku kongsikan gambar Bengkel WordPress #5 pada 24 april 2010. Terima kasih kepada peserta bengkel yang memberikan aku kepercayaan untuk berkongsi ilmu aku yang tak seberapa tu. :) Aku harap aku dapat membantu mereka yang betul-betul berminat dengan dunia wordpress dan pemasaran internet melalui bengkel ini.

WordPress Dalam Bahasa Melayu

Sebenarnya ramai dah tau kewujudan wordpress dalam bahasa ibunda kita ni, namun tidak dapat aku nafikan kegatalan aku nak share gak dlm post kali ni. Bagi mereka yg english nya tidak sebagus mat salleh (contohnya aku) bolehlah dptkan WordPress versi melayu yg superb bahasanya mmg menggunakan melayu skema.

Korang boleh muat turun WordPress 2.9 versi Melayu ini disini:

http://ms.wordpress.org/

http://malaysia.wordpress.net/muatturun/

Jadi tidak ada alasan untuk korang tidak menggunakan WordPress hanya semata-mata sebab SPM english korang dpt 8.Wargh..lps ni susah lah Bengkel WordPress nak cari makan..keh keh keh..

Sebarang permasalahan teknikal bolehlah diajukan disini, jika aku rajin aku akan reply. TQ

Melangkah Lebih Jauh

Semalam aku borak dengan sorang geng yg keje gomen ni, dia tanya aku if aku dpt jadi PTD dulu aku akan terima tak? Jawapan jujur aku ialah TIDAK. Bukan aku menyombong tapi aku tak nampak masa depan aku apabila melakukan sesuatu yg aku tak berapa minat dan confirm aku tak happy punya. So untuk melangkah lebih jauh kengkadang kita memang perlu bersusah lebih dari kebiasaannya.

Sempena tahun 2010 yg akan tiba ni aku nekad untuk kerap update blog tp dengan penulisan yg lebih serba ringkas sbb kajian menunjukkan korang mmg “tak cukup masa” nak baca penulisan blog yang panjang-panjang.

Aku ingat mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca dan kaki komen blog ni yg sentiasa membantu memberikan aku sumber inspirasi dalam penulisan tidak kira secara kebetulan atau tidak. Demi melangkah lebih jauh aku beli sepasang kasut baru bulan ni, sebenarnya plan nak beli sepasang kasut lagi huh..tp takperlah memandangkan sepasang lagi tu in progress aku share picture kasut yg akan aku lenjan untuk short distance walk..kasut ni tak best pakai untuk long distance walk..keras..hehehehe

Kena Kencing Sokmo

Nampaknya post blog aku dah dikotori dengan bahasa pasar yg bunyinya kesat dan tidak enak di dengar. Namun itu lah hakikatnya ayat yg digunakan di dalam kehidupan seharian kita ini sering kali di dengar dan sudah menjadi bahasa tokokan yang menggantikan ayat yang sebenar.

Post “menganjing” sebelum ini tidak menuding jari kepada sesiapa, jauh untuk menuduh pihak2 tertentu. Namun siapa makan cili mmg terasa pedasnya. Jadi sudah baca komen2 pembaca terpulang pada korang sendiri sama ada nak meneruskan gaya perniagaan yang sebegitu. Aku sekadar menyediakan medium untuk orang lain meluahkan apa yg terbuku di hati mereka.

Semalam aku pulang dari Taman Maluri ambil komuter terakhir dari Stesen Sentral, bile komuter terakhir kuantiti manusia yang bersama2 aku dalam satu gerabak tu tidak lah ramai. Then bertentangan kerusi dengan aku seorang gadis india yang sejak dari tadi memandang aku. So, ketika mata kami bertentang aku melembar senyuman dan dia mengambil kesempatan untuk memulakan bicara.

Pertuturan sejak menggunakan “I’, saya dan aku..dlm hati aku apa kes lah minah ni ayat pengganti diri pun berubah-ubah. Tp aku tetap kekalkan senyuman aku yg dah semakin sinis tu. Dalam dok berbual2 tu ada dia selitkan pasal wallet dia kena curilah, hphone dia rosak lah pergi repair..Tp aku just buat bodoh mcm tak dengar, dalam hati aku perbualan ini sudah ke arah auta. Aku sekadar teman dia bersembang sehinggalah dia turun di stesen Subang Jaya, siap salam tangan lagi sebelum berpisah tu. Lepas dia keluar aku cepat2 lap tangan aku risau gak aku mana tau ada minyak guna2 ke. Zaman sekarang ni tidak kira laki atau perempuan kejahatan nya sama jerk. Balik sampai umah aku terus ke bilik air cuci tangan dengan dettol..hahhahah..dlm hati aku bersyukur aku tidak lah semudah itu untuk di kencing.

Aku rasa korang pun byk pengalaman di kencing oleh individu sebegini, hilang wallet lah..hilang phone lah..mcm2 yg hilang hakikatnya aku tgk handbag dia ter kalung baik di leher.

Masa aku belajar dulu tidak dpt dinafikan aku selalu membiarkan diri aku kena “kencing” dengan orang sedemikian bukannya apa aku rimas mendengar mereka mencipta cerita. Jalan ceritanya sama jerk…Apa pendapat korang? Kaki kencing ni tidak kira dimana sahaja mesti akan ada..tidak kira online mahupun offline. Aku pasti dlm seumur hidup korang tetap akan kena kencing sekali..heheheh..betul tak?

Edisi Menganjing

Salam kengkawan..Hehehe ni post pertama aku dalam bulan ni dan paling best tiba2 bulan ni aku terfikir untuk buat satu edisi khas iaitu edisi Menganjing versi aku sendiri. Ops..kalau sesiapa yg tak berapa familiar dengan perkataan menganjing ni better korang google skang gak. Carian google menunjukkan website khai no 1 untuk keyword ni beb..So maksudnya perkataan ini tidak asing meskipun tiada didalam kamus dewan bahasa.

Sebenarnya aku akan outstation pada hari jumaat ni jadi nak tak nak aku curi masa gak untuk buat post kali ni. Ok, kita sedia ada tau skang mmg keadaan ekonomi sangat tak best dan abang aku sendiri pun dah join aku tanam anggur kat Farmville tu. (Sape tak tau Farmville mmg korang confirm takde akaun FB)..FB pun tak tau..akupun tak tau nak ckp apalah. So skang ramai dah mencari alternatif untuk mendapatkan pendapatan tambahan dari internet. Alhamdulillah sudah maju rakyat Malaysia skang dan semakin kurang org ke CC hanya untuk ber chat..kebanyakkan mereka mula faham tentang pemasaran internet dan rata-rata dah mula buka pintu hati nak belajar perkara2 IT ni. Syukur Alhamdulillah sesgt mmg satu perkembangan yg baik.

Namun disebalik kerakusan ini ada pihak yang mengambil kesempatan sewenang-wenangnya kearah penyelewangan berbentuk kewangan melalui medium internet. Serius kesabaran aku sudah sampai tahap gaban kerana sikap seleweng ini bukan sekadar pada mereka yg memang jenis kaki menipu tetapi juga dikalangan “otai2″ IM.  Aku tau ramai yg berdiam diri sbb takde sape nak backup diaorg bile mereka merasakan diri mereka tertindas. Ramai yg hanya tukang kipas sahaja dan ini menyebabkan insan yg merasakan diri mereka ini tertindas terus malas nak buka cerita.

Kalau korang tanya apa tindakan aku jika aku kena kencing? Aku akan santau org tu..hahahaha..Gile kejam.

Oklah kali ini aku nak kongsikan pasal isu screenshot income ataupun bergambar gah dengan duit. Walawei..isu panas ni mungkin korang salah seorang dari nya..hahahah..so isu ni lebih kepada siapa yg makan cili dia akan rasa pedasnya. As long as korang tidak menipu perkara ini tidak akan menyinggung perasaan korang..ok?

Saban hari aku tgk perbuatan sebegini semakin memualkan, especially ianya digunakan untuk mempromosikan produk/program yg sama sekali dimata aku kurang menyenangkan terutama sekali jika ianya berlaku di FB. Akupun ada promosi2 gak tp takdelah sampai nak hijack wall dan inbox org. Paling bengap yg tag picture aku yg tak sepatutnya. Ya..marketing lah..sgt..Amalkan selalu aku akan blocked malaun sebegini seumur hidup.

Aku sama sekali tak berminat nak tgk screenshot ataupun picture dengan memegang duit yg byk tu. Kalau 2-3 kali aku boleh maafkan tp kalau dah terlalu kerap aku semakin sangsi. Begini ke cara mereka cari duit? Dengan tunjuk picture pegang duit. Sekali lagi kenyataan ini aku tujukan buat mereka yang menyalah gunakan tips marketing ini. Bagi mereka yg merasakan tips ini perlu dipraktiskan namun dengan beretika..Duduk diam2, punggung korang tak akan panas punya.

Nasihat aku pada rakan-rakan yg ingin menceburkan diri dengan program niche making money online silalah berhati2. Jangan mudah tertipu dengan screenshot income ataupun sebarang bentuk image yg menunjukkan mereka buat duit dengan sesuatu sistem tu. Tahun lepas rasanya aku ada reveal pasal beberapa orang top IM Malaysia (mungkinlah top kot) menggunakan screenshot income yg sama untuk produk yang berbeza. Aiyak lu mau kencing orang Malaysia ke..Gua tak bodoh  beb..

Lagi satu jual ebook pasal menjana duit dengan sistem lain tp show off income yang mereka dpt dr penjualan ebook tersebut. Kalau dah value income yg masuk tu sama jerk..terang2lah itu income penjualan ebook mereka yang berharga RMXX. Rata2 ramai yg suke buat “kepoh” ni just nak laku kan produk mereka jerk, yg dimana mereka sendiri tidak berapa arif tp memandangkan itu cara paling mudah buat duit..So layankan jerklah..

Ya..post aku kali ni menganjing mereka yang sepatutnya sedar korang yg TAMAK HALOBA duit ni lah yg rosakkan bangsa sendiri. Yang kencing duit bangsa korang sendiri. Yang langsung tak mo amik port duit korang tu halal dunia akhirat ke tak..Yg langsung tak ambil peduli org lain bekerja mcm nak mampos untuk beli produk atau join program korang. Ada yg sanggup gadai mcm2 dan kuarkan duit simpanan demi memenuhkan poket korang.

Sorry kalau post aku kali ni mmg buat org panas punggung, tp untuk memajukan rakan seagama dan sebangsa aku rela korang keji aku kerana post ni. Ya..aku sekadar blogger yang syok sendiri dan takde masa nak didik rakan seagama dan sebangsa ilmu perniagaan ataupun perniagaan internet selalu..Tp aku harap post kali ni buat pembaca blog aku sedar, to make money online consistently tidaklah semudah yang korang sangka. Belajar lah dari mereka yg betul2 berpengalaman dan sanggup berkongsi dengan korang asalkan korang sanggup memberikan komitment dan bukannya duit semata2. :)

p.s – Jadi tak iklan aku dengan show off duit mcm tu..hahaha..kalau aku sungguh2 promote tu mesti ramai gile akan email / sms aku. Tak pyh susah2 aku tulis jerk..Inilah income sy RMXXXX dalam masa 5 hari selepas join program XYZ..hahahaha..

p.s.s – itu merupakan duit seseorang yang telah aku pinjam untuk post “menganjing” ini. Sesiapapun boleh buat..betul tak?

Empty Workspace

Hari ni aku byk tido..tak tau kenapa..mungkin bulan nak naik lagi kot. (istilah org pompuan yg patut org laki ambil tau). But aku tak rasa mcm bulan nak naik pun.Mungkin sbb 2-3 minggu ni kepala aku terlalu ligat berjln meskipun ketika main games di FB ataupun termenung memandang ke luar melalui jendela umah aku.

Maaf sbb jarang update blog, bukan blog ni sahaja yg terbiar malahan blog2 lain juga terhenti sampai bile aku tak berapa nak pasti sbb sekali lagi aku kena writer blocked. So mungkin ini post yg terakhir untuk bulan ini ataupun tahun ini akupun tak berapa nak pasti. But tadi aku dah setkan live blogging untuk blog ni. Meskipun aku just pakai mobilephone yg cikai picture pun kabur2 namun oklah ada gak update dr aku untuk tatapan korang. Itulah bukti betapa aku malas nak update blog sbb nanti aku akan merapu panjang.

Korang jangan lah sedih2 erk sbb tak dpt baca post2 aku yg best2 nanti.. (perasan). Bagilah aku masa untuk bercuti dan kemas kini kan hard disk dan tinggikan RAM kepala hotak aku ni balik. Kalau tahun lepas aku bercuti awal..bulan april kot aku ke Sabah. Tp tahun ni lambat skit bercuti bulan 11..Heheheh..takperlah janji dpt bercuti.

Skang dah wordpress versi 2.8.5 korang dah update ke blog2 korang..aku 50-50 jerk dah update. Hehehe..sbbnya aku nak pastikan versi ni takde sebarang bug baru aku fully upgrade sume blog aku termasuk blog ni.

Post kali ini aku kongsikan workspace aku di rumah yg baru 2 bulan aku duduk. Ya..aku dah pindah dari umah lama yg agak sengal sbb selalu blackout tu. Umah yg ni agak kecil tp oklah kan, aku tak kemaspun masa snap picture tu so originally itulah meja kerja aku. Tapi kalau time serabut2 korang mmg tak sanggup tengok..hahahah

blogger melayu

Tips Menghalau Pembaca Blog

Sebenarnya aku byk mendapat soalan bagaimana aku mengekalkan pembaca blog ini sedangkan tahap kemalasan aku mengupdate blog ini korang sudah sedia maklum. Ada yg dah sampai tahap menyampah menunggu aku mengupdate blog ni. Bukan lah aku malas atau penat..tp minda aku kadang2 tersekat dek kerana terlalu byk benda yg kononnya aku nak share tp hampeh tak dpt aku kongsikan dengan penulisan sengal aku di blog ini. Ianya berpunca dari sifat kesempurnaan yang menyebabkan aku rasa penulisan aku bagaikan irama tanpa lagu..jadi post2 yg konon mcm bagus tu tersimpan sebagai draft.

Kali ini dek kerana aku bosan untuk menjawap soalan yg sama jom lah aku share ngan korang tips untuk menghalau pembaca blog. Sebenarnya ramai yg akan ckp apa kebangangnya si Catzer ni nak menyuruh org menghalau pembaca blog,patutnya sharelah tips mendapatkan pembaca blog yang tegar..Jawapan aku mudah..Nak baca teruskan membaca..tak mo sudah..boleh blah.. (ini tips menghalau pembaca blog gak ni).

Sebenarnya kita perlu tau mengapa pembaca jarang habis baca post blog kita. Aku berani cakap korang sendiri pun mungkin tak baca habispun post aku ni dan terus komen..paling best korang tutup terus blog ni..Bagus itu menunjukkan tanpa tips post ni dah boleh bikin org berambus dr blog aku secepat mungkin..hehehehe

Baiklah..tips aku paling senang nak bagi orang bosan dan cepat blah dr blog aku ni ialah dengan menulis benda yg paling tak menarik dimata aku sendiri. Aku tau post tu tak hape2..tp dek kerana time aku tulis tu minda akupun tgh tingtong so aku post gak..kesannya org nak baca perenggan pertama pun tak mo terus blah..so..sukses!

Tips seterusnya ialah dalam tempoh seminggu aku dok buat post pasal bengkel wordpress aku jerk..Confirm korang akan ckp..Catzer sengal, tak habis2 promote bengkel wordpress dia..mcm bagus jerk!..So confirm tips aku ni berkesan kalau korang ada produk sendiri/affiliate..cubalah promote produk yg sama dalam tempoh seminggu di blog korang..Confirm awal2 org tgk title pun dah cabut. Tahniah..sukses lagi..

Tips paling sempoi ialah..tempek iklan di merata2 bahagian blog korang..kalau boleh banner tu lebih byk dr post korang. Lebih bagus lagi, kat sidebar tu sepenuh2nya, then buatlah post barang sekerat dua. Aku berani potong kuku pembaca blog akan terpingga2 sambil menggaru kepala “Ni blog ke atau portal iklan” dan percayalah besar kemungkinan pembaca blog tu nak dtg balik blog korang mmg superb tipis..Huh..Sukses!

Sebenarnya disebalik tips2 ini korang boleh rungkaikan lagi tips2 yang lain. Pada aku mendapatkan pembaca blog tidaklah sesukar mana kalau korang tau apa yg korang ingin kongsikan. Untuk blog peribadi sesiapa juga berhak merakah yg kebukan2 kerana ianya lebih rational sebegitu. Jika korang ingin membaca penulisan yang lebih serius berkaitan pemasaran internet boleh ke blog manual newbie aku. Ya..pelik..Kadang kala aku sendiri dpt merasakan menjadi blogger ini memang unik korang mampu mempunyai identiti berbeza secara maya..Seronok!

5 Perkara Terbaik Yang Korang Ada

the best

Oklah post aku kali ini hanyalah berkisarkan apa yang korang rasa bersyukur sangat kerana memilikinya..Tak kisahlah kalau perkara tersebut ialah berkawin dengan pasangan korang sekarang, membeli sepasang kasut, memiliki kucing yang comei atau apa sahaja..Yang penting hanya lima perkara sahaja..Aku harap lepas korang habis baca post ni bolehlah korang response 5 perkara tersebut sama ada di dalam komen ataupun di blog korang sendiri. Memandangkan aku terfikirkan 5 perkara ini, aku nak sharekan dengan korang.

Yang pertama: Memiliki Ibu bapa dan keluarga yang memahami aku seadanya.

Aku rasa aku tak pyh nak panjang lebar cite pasal family aku sbb kalau korang yg biasa baca blog aku ni dah labelkan aku mcm2..anak abah lah..anak emak lah..adik manjalah..ibu ayam lah...

Yang kedua: Memiliki sahabat semasa susah dan senang.

Selain dari family aku sangat2 bersyukur memiliki kawan yang tak boleh tido lena bila berlaku sesuatu pada aku. Thanks..koranglah sahabat aku dunia akhirat..sape yang di panggil sahabat tu..korang sendiri sedar kedudukan korang dalam kehidupan seharian aku..tak pyh nak tulis nama satu2.

Yang ke tiga: Memiliki laptop dell

Ya..tanpa laptop ni mungkin aku akan down gile sbb takde keje lain yg boleh aku layan melainkan keje bersama si Dell ni. Namapun blogger..tak kan aku nak duduk kat CC sampai 4 pagi..aje kena tendang ngan owner cc tu kang.

Yang ke empat: Memiliki Kesihatan

Ya..aku bersyukur sangat kerana di saat aku menulis post ini aku tak rasa kesakitan yang teruk melainkan sakit perut biasa sahaja.Takziah kepada mereka yang baru kehilangan seseorang yang mereka kenali, (Al-fatihah buat arwah Ustaz Asri)

Yang ke lima: Memiliki Blog Ini

Huh..bestkan..blog ni adalah platform aku berkomunikasi dengan kenalan baru dan lama..Malahan orang yg tak pernah aku kenal pun membaca post ini (mungkin). Ketika aku dok layan spongebob sorang2 di rumah..aku ketawa sendiri membaca komen2 korang kat post2 aku terdahulu..Terbaik..Ya..Terbaik!

Best Ke Jadi Blogger?

Huh..jawapan dari aku ialah..Entah..Tak tau lah..Seorang budak rumah aku selalu akan jawap..ko mmg sengal bile aku gunakan jawapan sebegini. Erk..sengal pun sengal lah..

Sebenarnya blogger bukanlah cita-cita aku pun..malahan dengan tulus hati aku lebih sinonim dengan blogger syiok sendiri. Ya..Ini domain berbayar tau bukan blogspot..itu menunjukkan komitment aku pada blog ini. Ops..pengguna blogspot jgn senaraikan aku dlm kotak hitam korang. Yg penting korang tetap kool dengan blogspot..Apa yg penting..sama-sama happy. Cuma aku memilih wordpress kerana dulu2 nak load blogspot dengan internet dial up tu mmg boleh buat aku panas satu kepala menunggu.

Erk..aku terlari focus semasa menulis post kali ini..aku geledah semua post2 dr thn 2006 hingga skang..erm kalau ikutkan blog ni yg paling aku rajin update even ada satu lagi blog utama aku yg aku selalu abaikan..Ya..blog pertama aku..Seronok sangat ke jadi blogger ni sampai aku mcm tak boleh berenti menulis bile dah start merapu tulis post baru tiap2 minggu..Argh..stress kalau tak dpt idea nak tulis apa kat blog..Ya..itu sindrom blogger tegar tau..Jgn abaikan kerana sindrom tu boleh menyebabkan kematian blog korang..Hati2.

Best ke jadi blogger kalau selalunya apa yg korang tulis tu selalu nampak salah di mata org lain..argh dengki..biarlah aku nak tulis apapun..hosting dan domain ni aku punya tau. Aku sekadar luahkan pendapat peribadi dan bukan memburukkan seseorang pun..tak kuasa i..

Jadi blogger lebih best kalau korang punya peminat sendiri..ya..peminat yg kalau boleh mau bergambar dengan korang kalau bertemu. Wow..kalah artist..bygkan suatu masa nanti di perhimpunan blogger terbesar di Malaysia..ramai yg mengerumun korang tunggu turn nak amik picture ngan korang..hahahaha..itu hanya mimpi basah indah korang di siang hari..aku rasa jadi blogger lebih best kalau dpt jumpa kawan2 blogger yang lain dan perasaan setaraf dan sekepala tu lah yg paling best..

Korang ingat jadi blogger ni best sesgt ke? Selain dari motivated by money..aku berani ckp berapa kerat jerk yg akan angkat tgn bila kita undi mereka berblog sebab mmg mereka sukakan blogging tak dpt duit pun takpe..huh..berani ke angkat tgn.? Apapun itu semua pilihan..blogger ni byk aliran masing2..serupa mcm team underground..So..jgn mengada2 nak buat provokasi pasal apa yg aku tulis kan ni..aku menyampah!

Ini adalah sebab mengapa aku jadi blogger sehingga skang..so best tak best…seyes aku tak mo amik pusing:

1. Sebab aku tak dpt jadi Engineer.

2. Sebab aku resign dari keje yg terlalu “mudah” buat aku.

3. Aku hanya tau blogging dan engineering sahaja.

4. Aku gagal exam PTD berkali-kali..

Erk..malaslah nak  cite pasal aku jerk..tau lah ni blog aku…

Apa jua ke best an yg korang dengan pasal menjadi blogger..fikir2 kan lah..kalau belum bersedia dan sekadar ada duit nak beli domain dan hosting..tp takde komitment sebagai blogger..tak usah buang masa dan duit..duit tu sedekah kat tabung masjid lagi bagus.

Perkara tak best jadi blogger ialah melihat blog kawan2 “mati” satu demi satu..sadis..

Blog Widget by LinkWithin