Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

TH Hotwheels 2009/2010 Collection

Kelmarin aku berjaya melengkapkan koleksi treasure hunts series hotwheels untuk tahun 2009 dan 2010..Yosh!!!

Meskipun mengambil byk masa untuk mendapat kesemua 12 pieces (2009) dan 12 pieces (2010) tu tetapi agak berbaloi aku bila aku himpunkan kesemua 24 pieces tu. Kesibukan aku mengumpul untuk tahun 2009 dan 2010 menyebabkan aku banyak ketinggalan koleksi treasure hunts untuk tahun 2011 ni. Tapi tak silap aku, aku dah ada 3-4 pieces kot koleksi treasure hunts thn ni punya…kot jerklah..hahaha..kena godek balik!

Bagi collector hotwheels sebenarnya ada gak yg tak kisah pasal Treasure Hunts dengan Super TH ni, tp aku berani ckp most of them mmg gile gak lah kalau dapat huh! Sbb treasure hunts series ni susah skit nak dapat meskipun harga sama tp jumlah yang dikeluarkan agak limited sbb tu jadi “treasure hunts”.

Untuk senarai penuh treasure hunts 2009 dan 2010 korang boleh tgk link dibawah:

2009 Treasure Hunts Hotwheels

2010 Treasure Hunts Hotwheels

Erm so skang aku dah boleh focus untuk kumpul treasure hunts tahun ni punya..la..la..la…

Don’t Follow me. I’m Lost too!


Sorry aku mungkir janji dengan korang..hahahah..sebenarnya tahun ni merupakan tahun aku hilang arah..betul ke? Yup..memula aku rasakan mcm aku dah berada di jalan yg terang lagi bersuluh..namun bile aku tergelincir dari landasan yang aku lalui baru aku perasan..alamak..heheheh..

Mungkin korang fikir sejak aku tukar title jadi bini orang aku dah kurang tulis blog..sebenarnya bukan title atau tanggungjawap sebagai isteri orang tu yang menjadi kekangan sebenarnya..aku rasa mcm terlalu byk yg aku nak buat sampai yang aku kejar tak dpt dan yg aku gendong dah pun berciciran..CEMERLANG CATZER!

Sebenarnya aku tak mau pun buat post mcm ni dlm blog aku ni..but I’m still a blogger, darah seorang blogger tu masih panas dalam badan aku ni..aku merasakan ada keperluan untuk korang sume faham aku sedang mengalami krisis dalam memilih kehidupan aku balik semula..hahahaha..serious..sebenarnya aku sendiri tak menyangka aku mengalami krisis ni..tp hidup ni ada jatuh dan naik, mmg akan berlaku kalau kita tidak berhati2 ataupun terlalu berhati2. Aku bersyukur atas sokongan family aku sepanjang tempoh huru hara aku ni.

Mungkin aku tak boleh nak tulis specifically apa permasalahan aku skang..tp aku harap nak mulakan kembali lawan balik segala kekalahan dan betulkan kembali segala kesilapan aku. Heheheheh..

Aku tak mau berada di dalam senarai blogger yang terus hilang..meskipun aku masih rindukan penulisan mereka2 tu..tetapi aku tidak boleh turut jejak mereka..BERBAHAYA!

Mungkin aku tak boleh nak share setiap mende yg berlaku..tetapi yang penting post ini akan mengingatkan aku, dalam kehidupan ini byk perkara yang kita tidak mampu kawal 100% so kena sediakan byk backup plan…yosh!!!!

Akupun Blogger Gak!

Seperti biasa korang dah jarang dpt baca rapuan aku sejak masuk tahun 2011 ni. Aku sebenarnya takde alasan kukuh nak bagi kat korang lebih2 lagi alasannya tetap sama iaitu aku takde masa dan MALAS. :)

Sebenarnya aku sendiripun ketandusan idea nak tulis apa kat blog aku ni, nak cite pasal buat duit online aku bukan terror sangat pun part tu, then nak borak pasal produk2 aish..lebihlah failed terus! So, jika aku betul2 ada idea jerk aku akan update blog ni.

Seperti yang korang perasan aku ada create page Rumpun Blogger namun aku tak berkesempatan nak marketingkan page tu. Sangat busy menyelesaikan isu peribadi :)

So, disini aku nak offer something yg mmg dah lama aku nak offer tp tak berkesempatan. Sempena bulan depan aku nak buat kempen “Akupun Blogger Gak” yang akan membantu aku mempromosikan Rumpun Blogger sebaik mungkin. Sedia maklum Rumpun Blogger bukanlah untuk aku kaut keuntungan dari sesiapapun tetapi aku ada beberapa aktiviti sosial didalam kepala hotak aku ni yang memerlukan sokongan dari ramai blogger.

Kempen “Akupun Blogger Gak” terbuka kepada semua pemilik blog sama ada blogspot ataupun wordpress..malahan apa sahaja platform blog pun aku terima.Janji korang mmg blogger yang menulis di blog korang sendiri.

Kempen “Akupun Blogger Gak” Minggu pertama Mei – (1 Mei – 8 Mei) – Aku memerlukan 30 orang blogger untuk membuat post berkaitan dengan kehidupan mereka sebagai blogger. Diakhir blog post korang hanya perlu letakkan satu link, “Akupun Blogger Gak” di hyperlink kan ke www.rumpunblogger.com. Tolong gunakan kreativiti korang sendiri since korang blogger kan..Requirement paling penting..hanya mereka yg reply post aku ni jerk yg LAYAK join kempen ni..tak reply segala post korang tidak akan diambil kira..Yosh!

Sila contact aku di catz81 (at) gmail.com selepas korang siap membuat post tersebut,send email dengan title “Akupun Blogger Gak” then copy paste url blog korang. Jangan lupa berikan akaun maybank korang kat aku..hahahaha…okies aku akan bagi RM10 untuk setiap blog post. Mean, hanya 30 orang blogger 1st come 1st server!

Minggu seterusnya? Tunggu next post aku erk :D

2010 Kejayaan atau Kegagalan?

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada korang sume. 2010 telah menutup tirai dengan penuh senyuman dan tangisan buat aku. Sedia maklum bagi mereka yang mengenali aku sebagai seorang internet marketer/blogger tahun 2010 merupakan tahun dimana aku paling pasif bersosial dengan prospek dan juga merupakan tahun dimana aku lebih banyak melepak di Facebook.

Alhamdulillah 2010 telah meninggalkan banyak kenangan yang tak akan aku lupakan, dimana boleh dikatakan target aku pada tahun lepas 99% tercapai. Ini merupakan pembalasan dendam kesumat terhadap 70% target aku pada 2009 yang gagal dicapai. Actually target pada tahun 2010 memanglah tidak byk tp merupakan target yang besar2 dan juga membuatkan aku tak berapa nak cukup tido. (Ye ke? kurang pasti statement ni).

Target 6 bulan pertama 2010 aku lebih kepada kehendak dan keperluan peribadi seperti travel dan shopping entah apa2 barang aku beli, contohnya beskal aku yang sekarang tersadai depan mata aku skang. Then, psp yang dah agak lama aku tak main, gitar yang dah lama aku tak petik2 melalak budget nak tiru Yuna. Ops..ini bukan pembaziran tau cuma 6 bulan terakhir aku pada tahun 2010 agak sibuk dengan target yg lain. Sepanjang 6 bulan pertama aku juga di duga dengan keadaan perniagaan yang tidak berapa stabil dan menyebabkan kerugian yg besar. Alhamdulillah dlm tempoh 4 bulan masalah perniagaan dapat diselesaikan tanpa bantuan orang lain. Kudos!

Pada 13 june 2010, dengan perancangan kurang 3 minggu aku telah bertunang dengan lelaki pilihan sendiri dan direstui oleh parent aku. Pergh! Aku mcm blur2 masa bertunang tu mcmlah budak tak cukup umur padahal dah terlebih umur skit jerklah. 3 minggu selepas bertunang aku terbang ke lokasi pilihan pi cuci2 mata disana, kenangan terindah meredah hujan renyai sambil cari budget hotel. Padan muke nak gamble sgt! Kemudian sepanjang bulan 7 aku sibuk mengemas barang2 dan bersedia untuk pindah pada hujung bulan 8. Yer, aku mmg selalu pindah time pose..huhuhu

Pada pertengahan Ogos sebelum balik raya, Alhamdulillah aku dpt balik beraya bersama Si Hitam so tak payah tumpang kereta akak aku dah. Namun aku tetap rindu merempit bila ada kelapangan. Bulan 8-9 agak busy dengan pukulan pindah umah dan juga menyelesaikan document nak buat hutang untuk si Hitam. Si Hitam merupakan antara target besar aku pada tahun 2010. Sbb aku target before masuk bulan 6 personal loan aku dengan cimb at least dah dibyr 50% so bolehlah aku simpan untuk si hitam. Sangat bersyukur meskipun sakit hati dok byr hutang orang..hehehehe

Bulan Sept merupakan bulan aku “lost”..hahaha..so jgn ckp orang yg kejenya dok umah tak akan “lost”!!! Seriously ada beberapa masalah kewangan muncul disebabkan oleh sikap malas aku sendiri..hahahahaha..Syukur dalam tempoh lost aku temui seseorang yang telah byk membantu aku mencari duit perbelanjaan kawen dalam tempoh 3 bulan sahaja. Pada 19 Dec yang lepas aku diijabkabul kan dengan tunang aku berwalikan abah aku yang sengih2 kerana sudah turunkan kuasa pada en.hubby aku. Thanks Abah, love you sangat2..aku tau abah sgt gembira kerana anak bongsu perempuan dia ni dah kawen dan takdelah dia risau aku pi merayap sorang2.

So conclusion 2010 aku penuh dengan kejayaan berbanding dengan kegagalan, dan untuk 2011 aku mengharapkan prestasi yang lebih membanggakan untuk diri sendiri. Antaranya aku berharap pada 2011 ini:

1. Setelkan hutang credit card

2. Setelkan personal loan

3. Nak invest on Gold..(mean en.hubby akan kerap di heret ke kedai emas)

4. Join beberapa kursus anjuran NIOSH

5. Upgrade workstation

Mau kurangkan liabiliti dan tinggikan asset dan pembangunan diri sendiri. Aku harap en.hubby akan faham dan banyakkan bersabar dengan aku ni. Untuk rakan2 blogger, aku amat berterima kasih dengan korang sepanjang aku berblog korang sentiasa memberikan sokongan dengan membaca blog aku ni. Aku tau aku suke merapu but to be honest itulah diri aku yang sebenar. Banyak keje serius = banyak personal yang merapu :D

Pantang Larang Berkawan Sesama Jenis

Hahahah…bunyi post aku kali ni sgt best kan..Ops disini takde isu Homoseksual ok!

7 November lepas besday aku yg ke 29, tak malu nak ngaku umur dah meningkat malahan aku bersyukur dah 29 thn aku diizinkan Allah untuk menjadi khalifah di bumi-Nya. Ok, sempena besday aku yg lps post kali ini aku nak ucapkan bebyk time kasih kepada geng2 tak kira laki ke pompuan yg wish besday aku baru2 ini.. ;)

Oklah, korang mesti pelik kenapa dlm berkawan sesama jenis pun tetap ada pantang larang gak. Conpem kena ada sbb kalau tak nanti korang akan menyalah gunakan kengkawan :)

Aku just nak kongsikan 3 perkara yang kalau korang follow memang korang akan berkawan dengan kengkawan korang sampai bile2. (Insya-Allah).

1. Memberi dan Menerima Apa Yang Perlu Sahaja

Ok, sebagai kawan yg baik korang mesti ada memberi dan menerima pemberian kawan korang kan? Tak kira dari segi pemberian barang2 mahupun khidmat nasihat percuma. Istilah “apa yang perlu sahaja” ini selalunya kita gagal nak laksanakan kerana standardlah namapun kawan susah dan senang jadi kita selalu melampaui batasan sebenar dalam berkawan. Contohnya, brg ko brg aku gak, duit ko duit aku gak, awek ko awek aku gak..ish ish ish…tak senonoh tul!

Disini korang perlu tau had sebenar dlm isu memberi dan menerima ni. Ada sesetengah kawan dia suke terima jerk dan jgn harap lah nak memberi. Kawan mcm ni sila sepak keluar dari hidup korang. Ya..aku tau korang jenis yg tak suke menyusahkan kawan sendiri tp percayalah hidup kita ni tak selalunya senang dan bile kita susah kita tetap perlukan bantuan dari orang lain, sbb tu lah perlunya kita berkawan. Jadi jgnlah terlalu memberi pada mereka yg tidak berhak!

Dari segi memberikan nasihat, tolonglah berpada2..Sayangilah masa korang! Unless korang dibyr untuk setiap sesi luahan perasaan. Kenapa kena berpada2? Isunya, dalam berkawan jadilah pendengar yg baik kengkadang mereka tak perlukan nasihatpun tp cukuplah ada org yg nak mendengar luahan hati mereka. Ini kerana dikhuatiri kita terlalu memihak kepada kawan kita padahal isu yg sebenar kita tidak ketahui.

2. Jangan Sesekali Tikam Kawan Dari Belakang!

Isu tikam menikam ni mmg dah jadi asam garam org Melayu, aku sendiri tak tau kenapa dan tolong jangan jadikan ini satu isu yg besar. Sbb percayalah meskipun kita tidak mahu menikam sesiapa tetapi suatu hari nanti kita tetap “tertikam seseorang” dan sadisnya org tu kawan baik kita sendiri.

Bila perasaan tamak dan dengki tu korang ikutkan sgt maka akan jadi lah isu tikam2 ni. Sejujurnya aku sgt dengki dengan kawan baik aku sendiri semasa belajar. Sbb dia sgt cemerlang dan hampir dikatakan segala yang terbaik memang dia akan dpt. Tetapi, dia kawan baik aku dan aku bersyukur segala kebaikan dan kecermerlangan tu dpt kan dia insan yg tidak bongkak dan takbur dengan pemberian Allah. Mungkin kalau aku memperolehi segala yg aku mau akan dikhuatiri aku akan menjadi seorang yang sombong dan bongkak! Nauzubillah..Hanya Allah yang lebih mengetahui. Jadi, jika ada terdetik perasaan tamak dan dengki tu, silalah beristighfar byk2.

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa melazimkan beristighfar (yakni, menyebutkan ‘astaghfrullah’ (lebih baik sepenuhnya, iaitu: ‘astaghfirullahl-‘azim, allazi lailaha-illalah hual-haiyul-qaiyim, wa-atubu ilaihi’), akan menjadikan Allah (a.w) baginya (kesenagan) dari setiap kesusahan, maka diberikan dari setiap kesempitan jalan-jalan keluar dan memberi rezki padanya (oleh Allah (a.w)) dari jalan (i.e. sumber) yang tidak disangka-sangka.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]

Sepanjang aku dengan kawan baik aku, aku memang sentiasa penuh dengan perasaan dengki (Alhamdullillah takde perasaan tamak). Tp perasaan dengki tu lebih membantu aku ke arah yg lebih baik, untuk menjadi yang lebih baik. Please beb! Bile korang nak buat benda tak elok terhadap kawan korang ingat balik di dunia ni segala yg kita rampas dari kawan kita tu hanya sementara..Lebih baik ada kawan baik yg bile kita mati dia akan sentiasa mendoakan kita nanti. So..tolong jangan rampas awek kawan korang..tolong jangan tutup periuk nasi kawan korang..tolong jangan guna-gunakan kawan korang!

3. Hubungi Dan Kunjungi Teman Sekerap Mungkin

Ckp kawan baik..nak balas sms pun kedekut credit! Cish..apa kes kan! Itu lah yg selalu berlaku sekarang. Asyik aku jerk yg call dan sms diaorg buat derk jerk nak jimat duit diaorg. Kawan mcm ni korang kena rajin2 bagi “nasihat dan cicah sedikit dengan sindiran”. Nak plak bile yang dah kawen2 ni mmg tak ingat dah kawan2, itu resam org yg sengal! Kasi terajang skit!

Kengkadang kita selalu ckp, terkilan aku tak sempat jumpa si polan bin polan, tau2 dia dah meninggal semalam padahal bulan lps aku jumpa dia sihat jerk. Ada ke orang nak mati akan ckp kat kita..”beb, minggu depan aku nak mati ni. Jomlah lepak2 masjid”. Conpem takde kan! Jadi kalau korang ada kawan baik silalah selalu bertanyakan khabar, at least kalau ditakdirkan kawan kita tu pergi dulu sebelum kita aku pasti dia pergi dalam keadaan gembira kerana ko selalu tanya khabar dia..mean korang sgt amik peduli dan bukan buat hal sendiri jerk.

TETAPI..janganlah tiap2 minggu korang dtg lepak umah dia..seyes kalau aku ada kawan mcm ni mmg aku tampal kat pintu pagar umah..balik kg sebulan.. :) .. Kalau dtg umah org tu jgnlah harap nak makan free jerk, bawaklah buah tangan sedikit. Ni keje nak mengabiskan harta kawan jerk! Kalau korang ada hobi yg sama lebih bagus..contoh mcm aku hobi yg sama ialah tgk wayang, travel dan pergi makan2. At least byk kan hobi yg sama..conpem tak bosan!

Ok,cukuplah rapuan aku kali ini. Penulisan kali ini bukan nak menganjing sesiapa especially kengkawan yg suke tikam2 org. Korang fikirlah sendiri perangai buruk korang tu memang membuatkan org meluatkan! Jadilah kawan yang terbaik buat kawan2 korang. Serius memang susah nak jadi kawan yg baik di akhir Zaman ni, tp kita buatlah yang termampu.

Oh Hujung Tahun..

Hampir 2 bulan aku tak update blog..1stly aku nak ucap terima kasih kepada mereka yg rajin ulang alik ke blog aku ni nak tgk kalau2 ada post baru..hehehe..sorry sesangat aku buat korang sume risau..yerlah blog ni mcm owner dia dah tak pedulikan dah. Heheh..sebenarnya aku agak sibuk menjelang hujung tahun ni. Bermula awal bulan 12 aku akan cuti panjang jadi tahun ini ibarat ada 11 bulan jerk untuk aku. So skang dah bulan 10 aku ada sebulan setengah jerk lagi dlm tahun 2010. Yeah..Dec aku dah lesapkan diri..mencari ketenangan sebagai Hamba Allah..mau memikirkan apa yg baik dan buruk dan apa yg perlu aku ubah..umur sudah meningkat lagi tahun depan :)

Kalau ada mereka yg sentiasa mengikuti perkembangan aku dalam dunia Internet Marketing, ramai dah perasan aku dah tak aktif seperti awal tahun. Ya..kan aku dah inform korang awal2 dlm email aku mmg akan sgt2 busy bila masuk pertengahan tahun jadi kalau ada aku terhutang apa2 sila maklum kan..aku sedia membayarnya ;)

Alhamdulillah disebalik kesibukan ni aku masih tetap ada masa melepak di Facebook. So sape2 yg rindukan aku tu bolehlah menyibuk di Facebook aku nanti..hahaha..aku tau korangpun sgt busy kan!

Sebenarnya di dalam kesibukan aku tahun ni..aku tetap bersyukur sgt2 sbb tahun inilah aku paling byk menghabiskan masa bersama mak dan abah. (Inilah impian aku tahun ni dan seterusnya). Besday mak dan abah aku sambut bersama2 mereka, dan Insya-Allah besday aku nanti aku plan untuk pulang ke kampung sambut dengan parent aku gak. So manja! Pedulik!

Blogger’s Rebellion VS Godaddy

Berdasarkan post aku sebelum ini:

Godaddy Scam Pembeli Domain

Ramai yang mengadu mereka mengalami masalah yang sama seperti aku juga cuma jumlah yang di sedut oleh Godaddy tu buat mereka malas nak amik port sangat. Tetapi sebagai rebellion aku terpaksa amik port kerana jumlah yang dikenakan tu ialah cash yang ingin aku gunakan untuk cuti2 aku pada bulan ni.

Sebelum aku buat post pasal isu Godaddy ni aku dah contact support mereka dan akhirnya selepas beberapa hari aku berjaya dapatkan balik jumlah yang telah disonglap tu. Tidak semua kerana ada beberapa domain aku “paksa” kawan aku push ke akaun Godaddy mereka sendiri.

Pembeli domain layak untuk membatalkan pembelian atau renewal domain dalam tempoh 45 hari. Ini merupakan email yang dibalas oleh support Godaddy dan membolehkan aku di refund asalkan aku cancel renewal domain tersebut:

Selepas aku berikan pin identity aku dan cancel domain yang telah direnew itu aku berjaya mendapatkan kembali sejumlah $$$ yang telah disedut oleh Godaddy. Yosh!!! Sib baik boleh dapat semula even ramai kengkawan aku suruh aku lupakan jerklah peluang untuk minta refund dari Godaddy. Aku sekadar cuba2 gak memandangkan jumlah besarnya tu akan merugikan aku nanti. Ada 2 invoice tp disini aku kongsikan salah satu invoice yang telah di refunded:

So kalau ada yang mengalami masalah yang sama dengan aku lepas ni korang dah tau apa action yang boleh diguna pakai. Meskipun ada masanya salah satu pihak membuat kesilapan namun jalan penyelesaian tu semestinya tetap ada cuma jangan mengelupor. Takut elok2 ko boleh dpt refund terus akaun paypal plak kena limitation.

Kesimpulannya aku tetap akan jauhkan diri dari Godaddy, tp kalau korang rasa Godaddy terbaik buat korang sila teruskan jerklah sbb benda2 mcm ni tak semua org kena. Mungkin ada yang masih bernasib baik dan ada yang malas nak amik port.

GoDaddy Scam Pembeli Domain

Tadi sebelum aku kuar minum dengan salah seorang member IM aku sempat buka gmail. Mood gembira aku berubah kepada angin satu badan bila aku tgh ada autobilling Godaddy ke akaun paypal utama aku. Argh! Dia dah buat dah, selama bertahun aku tak gunakan Godaddy kerana isu yg sama. Then dek kerana termakan marketing domain Godaddy lebih murah aku cuba2 gak beli beberapa domain untuk kengkawan aku yg nak sgt domain murah dari Godaddy ni.

Hati aku berasap bile tengok bill paypal untuk renew domain di Godaddy lebih kurang $140!!!!

Hakikatnya aku sama sekali tak pernah set pun untuk autorenew! Bodohlah aku kalau aku set autorenew dengan Godaddy ni kerana sedia maklum untuk renew domain kos  Godaddy charge lebih mahal berbanding Namecheap.

D*** Godaddy! Sepanjang tahun ini aku tak pernah meradang macam hari ini! Muke aku dah macam cencorot!

Bayangkan domain direnew secara auto padahal byk kali aku dah uncheck autorenewal tu. Come on Godaddy jangan main kotor untuk dapatkan duit dari renew domain macam ni. 8 domain aku direnew dah di charge $11.62 untuk setiap domain manakala 5 daripada domain tu ko pandai2 pi renew private registration services pada harga $8.99 ( nilai ini sepatutnya membolehkan aku register new domain/renew domain di namecheap).

Post aku ni bukan nak buat perbandingan domain reseller mana yang terbaik tapi pada aku kebaikan Godaddy memang semestinya mempunyai udang disebalik mee. Aku dah contact melalui email support mereka, dalam kurang 2 jam mereka reply tp bukan dengan jawapan yang aku mahukan. Mereka just ajar aku mcm mana nak stop autorenew! Bod*h benda tu memang dah lama aku taupun dan aku dah buat..tapi mcm mana korang dengan sengaja tukar ke autorenew!

$140 tu lebih kurang RM420, mean aku nilai kerugian dalam tempoh hari ini. Rugi sbb Godaddy renew domain yg owner dia sendiri dah tak mau. Then lebih rugi kerana sume domain tu dalam bahasa melayu dan tidak bernilai untuk dunia blogging aku.

Bila Blogger Tak Kemaskini Blog

Kalau korang blogger mesti bosankan bile time nak update blog idea kering macam gurun, tapi bile time internet slow plak idea berkepul2 mcm asap rokok yang korang tengah hisap sekarang..hehehe

Isu ni sama jerk berlaku dekat aku huh, bulan ni aku memang rajin gile nak update blog tp malangnya internet kat area umah aku ni buat hal plak. Lambat macam siput tul!

Sebenarnya bile blogger tak update blog banyak perkara yang menjadi puncanya contohnya:

Blog Tidak Dikemaskini Dalam Tempoh 1-3 bulan:

1. Blogger umah dia takde internet atau internet lembab (ni alasan yang aku pakai skang)

2. Blogger kena outstation atau sibuk dengan exam

3. Blogger memang tengah kering idea tulis draft dah 100 kali nak published jerk rasa mcm tak best plak.

4. Blogger sibuk dengan aktiviti yang lain seperti pergi “menembak” atau apa2 aktiviti yang dirasakan lebih utama dari berblog.

Blog Tidak Dikemaskini Dalam Tempoh 4-6 bulan:

1. Blogger memang dah takde idea langsung, draft pun zero!

2. Blogger tengah sibuk nak kawen ;)

3. Blogger lupa apa username dan password blog diaorang dan malas nak recall balik

4. Blogger memang sengaja nak create blog sampah untuk SEO konon-kononnya

5. Blogger outstation lebih 3 bulan then keje banyak nak mampos!

Blog Tidak Dikemaskini Dalam Tempoh 7-9 bulan:

1. Blogger dan turun tahkta, malas nak jadi blogger dah

2. Blogger dah bagi blog tu kat orang lain tp owner baru lagi malas dari dia rupanya

3. Blogger dah tak ingatpun URL blog dia sendiri.

4. Blogger lebih suka main tag-tag kat Facebook..

Heheheh..segala andaian ni aku buat sendiri tp yang pasti aku berani ckp Facebook menyebabkan ramai blogger dah malas nak update blog. SERIUS!!! Alasan ni memang munasabah sbb aku sendiri pun begitu. Tapi tidaklah sampai 9 bulan tak update blog. Itu kalau perempuan mengandung dan nak beranak dah huh!

Buku Percuma Edisi Kemas Gobok

Bulan depan last aku duduk kat apartment komuteraya ni, so ini bermakna entah buat kali keberapa aku akan mengemas barang2 sama ada untuk disimpan kedalam kotak atau dibuang. Thn lps masa aku pindah ke sini lebih 50% barang2 berlonggok di tempat buang sampah. Paling lawak, tak sampai 15 minit sampah2 tu dah “lesap” korang faham jerklah sendiri di bandar sampah tu “duit”.

Sebenarnya aku ada dekat 10 kotak buku semasa aku belajar dulu, tp korang jangan risau setakat ini bukan buku2 tu yang aku nak let go. Sayang beb, bukan isu harga tapi sentimental value..

Baiklah, dah lama aku simpan beberapa buku yang aku baca sekali sekala jerk, maaf aku bukan jenis ulat buku unless comic mmg aku khatam 100X.

Untuk pos kemas gobok hari ni aku just nak bagi percuma 6  buku seperti dibawah:

Syarat-syarat penting kalau korang berminat dengan buku2 diatas, korang just perlu byr duit pos jerk takpun datang Shah Alam untuk pick up. Lagi satu, sorang hanya boleh pilih satu buku jerk. Pemberian buku percuma ni bukan sebab aku tak menghargai buku2 ni tp aku rasa ada org yg lebih memerlukan buku ni dari aku yg hanya simpan dlm gobok buruk aku tu. :)

Kalau berminat boleh roger2 aku erk.

**UPDATED: Tinggal Reader’s Digest no.2 dan 3 jerk

Blog Widget by LinkWithin