Budi Bahasa Itu Murahan?
BSN,PKNS Shah Alam
Aku baru balik dr PKNS pi bank BSN tadi, masukkan koleksi duit syiling aku yg berat mcm nak rabak beg aku membawanya. Seperti biasa jika mahu kearah pusat bandar shah alam aku akan ikut laluan motor atau jalan potong melalui apartment Komuter Raya. Aku lihat ada seorang wanita sedang berjalan dalam panas terik tengahari, niat hati mmg nak berhenti dan tumpangkan kemana dia nak pergi. Namun tetiba aku teringat peristiwa beberapa bulan lepas niat murni aku telah disalah sangka, aku sekadar ingin membantu mengangkat barang seorang kakak ni sbb naik tangga banyak sgt barang kat tgn dia…Tp aku di pandang sinis dan saat memalukan itu aku biarkan berlalu. Pelik tapi benar. Di bank, kakak di kaunter terkejut bila aku ckp aku bekerja sendiri…Mungkin terlalu muda dan sewajarnya aku sekarang bekerja di mana2 company mengumpul pengalaman..Itu pendapat peribadi dia..Thanks and aku hormati. But, please jgnlah pandang aku cikai hanya kerana aku memilih gaya santai begini. Hari ini aku memakai jeans, tshirt putih dan membawa beg laptop..Ya, aku suke bekerja sendiri kerana aku bebas memakai apa yg aku selesa. Sudah azali di mata org lain, kalau bisnes person perlu pakai kemas2..For me, no need..Apa yang perlu ialah karisma dan jika aku mahu pakai segak2 baik aku keje di opis. Please cik kak, aku selesa begini..Takde sape nak offer beli itu beli ini bila jalan2 di pasaraya..Sume orang assume aku tak mampu pakai benda mahal..Lebih2 lagi bile tgk aku dtg naik motor. Terima kasih korang dah mengurangkan perbelanjaan tidak perlu aku.
5 Bulan Lepas Di Dalam Komuter
Aku baru pulang dari berjumpa seseorang di Kuala Lumpur, semasa sampai di stesen Seri Setia ada seorang pakcik tua masuk bersama cucunya. Aku bangun dan memberikan tempat duduk aku pada pakcik tersebut, dia menolak namun aku terus memaksa..Seketika kami menjadi perhatian umum, akhirnya dia duduk dan mengucapkan terima kasih berkali2 sehinggalah aku turun di stesen Shah Alam. Yang pelik, mengapa anak muda skang suke buat-buat tido konon penat baru balik keje dan biarkan orang yang lebih tua berdiri sepanjang perjalanan..Buta ke? Atau mmg tiada kesedaran sivik? Setiap kali aku memberikan tempat duduk pada mereka yang lebih layak, mata-mata liar tertumpu pada aku spt aku buat perkara tak senonoh dalam komuter tu. Lawak..Mereka mungkin rasa aku nak tunjuk baik. Hakikatnya bukan aku nak menunjuk cuma aku selalu berfikir kalau itu nenek kita, datuk kita, mak ayah kita, sedara mara kita..Sanggupkah kita biarkan mereka berdiri. Pernah sekali aku sound seorang budak lelaki yang tak mau bgn dr kerusi utk orang2 yang memerlukan..Ya, aku sudah baran melihat kelakuan budak tu yg buat muka sengal membiarkan org tua disebelah dia berdiri padahal dia mengambil ruang mereka yang layak..Aku rasa budak tu cacat…Cacat minda..
Hari Ni Di Kyros Kebab PKNS Shah Alam
Aku nak mkn croissant tp dah habis plak so aku take away jerk, so nak menunggu ada satu meja tu mmg paling dekat ngan kaunter dan ada seorang wanita duduk disitu mungkin menanti order take away siap. So, aku pun senyum dah tanya “boleh saya duduk disini sekejap?”. Wanita yang wajahnya manis kalau senyum ni, langsung tak pandang aku dan buat-buat tak dengar. Selepas aku duduk dia terus mengarahkan muka ke lain, selang beberapa minit dia mengambil beg dan menunggu di tepi kaunter dan kemudian selepas mencapai order dia blah. Aku tidak bersangka apa-apa, cuma aku fikir hari ni muke aku mcm penyamun ke..pakaian aku mcm peminta sedekah ke? Orang Malaysia biadap dan kurang ajar? Erm, nilai lah sendiri. Tak salah untuk membalas dengan senyuman jika kau seorang yg “bisu”. Tak salah untuk mengatakan “tidak” jika kau tak selesa dengan aku. Wahai perempuan, apalah maknanya raut wajah yang manis jika budi bahasa hanya murahan untuk ko. Jujur aku rasa terhina dengan rakyat Malaysia sendiri.
Tahun Lepas Di Celcom Center Seksyen 9
Tahun lps aku plan nak beli laptop sekali ngan Celcom Broadband, masa tu mereka ada buka booth depan celcom center di seksyen 9. Aku dtg ngan kakak aku naik Merc dia tp kami parking di area pet shop sbb aku nak beli mknn kucing. Semasa kakak aku masuk ke dalam bayar bil, aku usya tgk2 laptop dan broadband tu..Takde sorang pun yg datang bg flyer kat aku. Aku perasan mereka approach orang yg memakai pakaian keja bertali leher. Aku hanya senyum, sampai satu tahap aku yang pergi kat budak2 tu minta flyer tu. Then sejurus selepas kakak aku keluar aku ckp nak beli pakej tu, but takde sape layan. Apa lagi kakak aku dengan selamba pi sound kat boss yang buka booth tu. Aiyak pompuan tu mmg bahaya. Boss dia cuba entertain aku but honestly aku takde nafsu nak membeli disitu, thanks sbb tak beri perhatian pada aku. So takde aku membazir duit dengan celcom broadband yang sentiasa bermasalah tu.
Conclusion dari apa yg aku alami, biarlah aku sempoi gini janji aku kemas dan tak kacau duit org. Terpulang pada mereka yang nak menilai secara physical sbb aku suke jerk di double standard kan..Terima kasih sbb mengecualikan aku dr kasta dunia yang mereka cipta. Untuk kakak dan abg aku, sorry sbb selalu buat korang meradang ngan orang bile adik korang ni selalu diperlekehkan. Sorry sbb aku selalu baik tak bertempat mcm korang selalu ckp, nak buat camne aku mmg mcm tu. Aku tak layak nak nilai luaran atau dalaman orang..aku hanya buat sesuatu mengikut gerak hati aku..Jika aku nak tolong orang aku akan tolong. Even hantu pun aku pernah tumpangkan naik motor aku masa balik dari sekolah..Mana aku tau dia hantukan sbb luaran nampak tidak..Aku tau mak abah risau takut aku diperbodohkan…Hahahaha.. i like to be silly…
okies jom layan bebudak kolej 5 upm punya video apa patut dan tak patut…
No related posts.







Caiyok..caiyok..xper Catz..bukan pakaian yang tentukan kekayaan, tapi duit “cash” tu..Biarlah orang nak cakap apa, janji hati kita senang.
bersabarlah catz.memang dunia sekarang memanndangkan luaran lebih2. Biar kita bersikap sederhana dan berlagak biasa. tak perlu menunjuk itu ini. yg penting kita bersyukur dengan ape yg kita dapat.
suma cite 2 pernah gak berlaku kat saya..harap2 rakyat malaysia lebih bersyukr, dan berbudi bahasa.
ohhh…ingat ko sorang? ko tak tengok aku pakai mcm pengemis lagi…
relax r….janji poket tebal sudah… biasala ni mentaliti budak2 tadika yg mengkasta-kasti kan mereka yg berbisnes n yg bekerjaya… hahaha….
Sorry ye panjang sikit.
Wujud satu soalan, sejauh mana mempratikkan rukun iman- percaya pada nabi dan rasul?
Sepatutnya jika percaya nabi dan rasul, cuba menjadikan mereka idola kita. sentiasa mengasuh diri dan berusaha menerapkan akhlak yang baik dalam diri. Bukankah Nabi kita mempunyai sebaik-baik akhlak yang wujud dimuka bumi.
Terimakasih kerana anda masih perhatin….
catz2uzair~erm betul2..mereka ni minded dah mcm tu susah nak ckplah.
catz2safuan~mmg begitulah, paling lawak kalau jumpa client mereka ingat aku budak sekolah..hahahah..but honestly ckp jeklah, sy bekerja sendiri supaya saya tiada dressing code. I hate dressing code.
catz2kasyah~muahahaha..ko pengemis paling kaya kat malaysia ni. Org bisnes kalau cina dipandang tinggi. kalau melayu dipandang rendah.mesti ada mulut yg gatal ckp bukan2.
catz2lutsinar~susah bile mereka tiada pegangan yg sebenar. Pada aku tak salah nakal2, tp tatasusila sesama insan ttp kena jaga. Hormat menghormati, kasih mengasihani..tp makin lama makin teruk..kalau tak..tak kan sampai cikgu pun kena belasah.
Aku adalah manusia yang paling selekeh sekali kat opis…
Asik selalu je dihina lebih2 lagi oleh boss aku..
Tapi cam Uzair cakap ‘ Cash ‘ tu lebih penting..
Aku kena kerja lebih kuat untuk ‘cash’ tu.
meh tambah lagi sempena ko naik pelamin ni kan…
aku pun mcm ko sempoi… senang nak gerak… n bole tambah pahala, kalo orang ckp2 belakang..kikiki
tapi ade masanya aku akan jadi smart gile, segak bergaya…haha.. depend aku nak jumpa dgn sape n projek macam mana. tak dinafikan bila dah mcm tu, protokol sket la. org layan pun lain sket. mase camnie kena nmpak ego sket(sket je)… haha, poyolah pulak.
ko kenal kan aku… gitu2 je..ehehe
catz,
maafkan la dorang.. dorang tak tau kenapa dorang buat cam tu kat ko…
kadang2, jauh disudut hati dorang, dorang jeles ngan ko..
(terutama yg kat counter bank, time ko masukkan/withdraw duit hasil bisnes tiap2 bulan :P)
salam..
hehehe,situasi camni aku penah hadapi dan aku kekadang agak kecewa dan kekadang agak gembira..hehee..
cite ni penah berlaku gak pada adik makcik aku yang duk keje kat NASA tuh..
masa die balik,die bawak la mak die pegi shopping kat sebuah minimarket kat Penang ni..die dressing short dan slipar jepun ngan baju t shirt yang dh lusuh masa tuh..dia kata kat mak die..amek je ape yang nak,pastu letak jek kat kaunter..hehe..banyak gak la mak die beli sampaikan tokey minimarket tu ikut kemana jek mak die pegi..takut amek barang,tapi tak bayar..
then mak die wat muka biasa je la..bukan die yang bayar pun..anaknya..hehe..pastu masa nak bayar,tokey tu tanya..you ada duit ke nak bayar?cousin aku tu buat muka pelik?nape?aku ni sengkek sangat ke sampai taknak byr barang2 camneh..then die kuarkan American Express die..fuh,terbeliak kejap tokeh tu tgk..tokey tu taktau yang gaji die jek dh USD20,000 kat NASA tuh..balik kg pun gaji jalan..hahaha..
dengan bengangnya die gi bayar then die kata kat mak die..takyah la pegi kedai tu lagi..
erm..apa yang selamat dan best?kan bila time jejalan kat memane supermarket ada orang offer kredit kad kan?ala..yang duk kejar2 orang tu..kalau pakai biasa jek,takdenya die syak orang neh banyak duit..hahaha..selamat…kalau tak,selagi boleh pujuk orang suh register…kkekeke..betul tak?
Catzer
aku pakai baju kilang aje pergi makan :)
anyway, sebenarnya … berpakaian ala kadar dan sempoi ni bagus sebenarnya, tak lah diganggu oleh jurujual, macam kata reezluv.
lagipun, senang nak tengok barang. orang tak ganggu. bila kita nak beli, panggil. dia tak layan? .. kalau ngan aku silap haribulan lah, tapi kalau dengan bini aku, dia akan menyesal seumur hidup.
sabar jer lah…
Bukan pakaian yang menentukan seseornag itu berduit atau tidak. Yang paling penting kalau kita bekerja kita layan semua orang tu sama sahaja. Jangan menilai orang daripada luarannya sahaja. Good entri bro.
aku lagi suka org tak kacau aku especially time pi jenjalan…pakai jer ape yg kita rasa selesa..aku suke low profile…biarlah kita sederhana.
Cat … apasal Shaffik panggil kau bro. ha..ha.. kau dah kena start pakai baju kurung lah macam ni.
aku jarang naik lrt/komuter.. tapi sekali2 naik mmg nampak kekurang hajaran anak muda dlm konteks rampas hak org tua & ibu mengandung.. cis!!
hm.. susah betul zaman skrg ni. buat baik pun org pandang serong.. buat jahat lagi la kot..
Betul tu Catzer. Selalu kena mcm tu, bila kita buat baik…ade jer la yg pandang serong. Pelik btul.. Org kita ni satu hal berat tulang nak menolong org pun ada.. Hmmm…
Ade skali tu, ade sorng nenek minta tolong. Dia kata nak naik bas pi umah anak dia, tp beg duit dia kena curi. Sy bg je la brp yg dapat, sbb time tu pun no fulus gak. Pehtu, nenek tu tanya camner nak gi ke satu tmpt kat Shah Alam, time tu kat Pasar Seni. Tp bas yg nenek tu nak takder kat situ, ade kat KL Sentral.
Thus, sy ajak nenek tu gi naik LRT. Kena naik tangga. Kesian gak nenek tu, kaki dia sakit time naik tangga. Sy tolong angkatkn brg2 dia. Pehtu time kat kounter, minta tolong brader tu hantarkan nenek tu masuk ke LRT sb sy nak cepat balik kg, tak pepasal tertinggal bas lak kang. Tp brader tu mcm tak puas ati lak aih…dia kata tu nenek awak kan..? means dia suh saya yg hntrkn. Tak, sy bukan taknak hntr, sy tpaksa balik kg cpat, ade majlis kenduri. Tu pun dah lewat.
Disebabkan brader tu mcm malas2 je nak tolong, sy pun bgtau la keadaan sbnr, trus kata tu bukan nenek sy & bla..bla..bla… Baru la brader tu nak tolong…Ceh, sabar je la…
itulah kengkawan..Adakah Betul org oversea ckp Malaysian Kurang Ajar? Huh dengan sesama rakyat malaysia pun nak berkira..
hehe.. ni jadi kt aku 2 tahun lepas, aku naik lrt, ade couple cina ni naik..masa tu aku tengah duduk, awek dia ni mcm tak sihat, then aku cuitlah mamat cina ni, bagi dia seat aku..
perghh.. pandang pun tidak, terus duduk dgn awek dia..aku dah agak, tp kesian punya pasal aku diam jelah..
pastu jumpa lagi kt kl central.. couple yg sama, pon dia buat derk jer.. hmm..asal ko bahagia… haha..
btw,sblm tu aku pi kt pudu, kan ada org yg mintak sedekah tu..dgn anak kecik dia tu.. ntah berapa banyaklah dia dapat.. pastu ada satu mamat cina ni, kira student.. dia hulur sedekah kt akak tu.. seharian gaklah aku pikir ape yg aku nampak tu.. tak semua org cina ni sombong, tapi kalau yg sombong tu…haha
@reezluv..makcik ko keja NASA?? wow..bangga aku ade gak org kita kt sana..
p/s- sorry kalo panjang… , catzer..ko dah nak kawen? wow..haha