Bila Pintu Rezeki Merajuk

Ketika aku dok mengadap makanan bersahur pagi ni, mata aku mmg nak terkatup dan dalam kepala hotak aku teringat bantal jerk. Tp, bila aku fikirkan ada ramai lagi hamba Allah di luar sana yang berdoa untuk mendapatkan sesuap nasi untuk hari ini aku suap gak nasi dan semoga ada keberkatan bersahur yang aku perolehi pagi ini.
Baru-baru ini aku didatangi dengan pelbagai persoalan dari kawan2 yang rapat dengan aku. Mereka mengadu gaji tak cukup, nak raya duit nak pakai banyak, dan pelbagai lagi isu yang melibatkan duit. Tak dapat dinafikan isu duit memang akan mengganggu pemikiran nak plak bile di musim perayaan. Kalau mereka yang masih bujang ok lagi tak byk nak dibelanjakan berbanding mereka yang dah berkeluarga.
Sebenarnya tipu lah kalau aku ckp aku takde masalah kewangan. Terlalu besar lagi penipuan kalau aku cakap bisnes aku sokmo jalan selancar yang aku inginkan. Bertambahlah autanya kalau aku cakap untuk raya ni aku tak merasa sebarang keperitan untuk belanja di musim perayaan tu nanti. Kebenarannya semakin Allah menduga kita dengan mengekang segala yang kita rancang semakin banyak perkara2 dan zhat2 yang Allah akan tunjukkan pada kita di masa hadapan.
Disini aku kongsikan beberapa tips “pintu rezeki murah” yang mungkin korang dah lakukan atau terlupa untuk lakukannya setiap hari. Aku harap “pintu rezeki yang merajuk” tu akan terbuka balik buat kita semua. Sebenarnya terlalu banyak tips untuk memudahkan rezeki masuk setiap hari tapi aku juga seorang “pelupa” dan juga perlu diingatkan selalu:
1. Bangun pagi dan jangan ngelat solat Subuh
2. Buka tingkap umah dan hirup udara segar pagi2, supaya otak korang mendapat udara “terbaik” pagi tu
3. Jangan lupe doa untuk ibu bapa, kalau nak mcm2 doa lain korang boleh masuk ke web bawah ni. Lebih bagus lagi setiap pagi call parent tanya kesihatan mereka dan borak2 skit.
4. Mulakan aktiviti korang dengan tangan/kaki kanan dan jangan lupe baca Bismillah. Setiap perbuatan ada doa tertentu bg aku yang tak ingat sume doa2 tu aku gunakan Bismillah byk2.
5. Banyakkan bersedekah , senyum pun sedekah gak..kalau korang jumpa 10 orang dan 10 kali senyum dah 10 kali korang bersedekah hari ni. Dulu time aku takde duit nak sedekah kat orang2 yang berhak, jadi aku mampu senyum jerk. Syukur Allah bagi aku mulut yang sempurna jadi senang aku nak senyum manis :D
6. Bila ditimpa kecelakaan jangan sesekali korang gunakan words yang “keji”. Cuba ajar lidah dan hati mengucap banyak2. Hati dan jiwa yang tenang akan memudahkan pekerjaan seharian korang dan Insya-Allah aku percaya rezeki Allah ni suke pada mereka yang berjiwa tenang. Makin byk makian yang korang buat dalam sehari makin jauhlah rezeki Allah merajuk. :)
7. Jangan takbur dengan rezeki yang Allah berikan, untuk pengulasan yang lebih mendalam pasal takbur ni korang boleh baca di web dibawah:
Antara Sombong..Bongkak..Angkuh dan Takbur
Sebenarnya banyak lagi tips2 seharian yang memudahkan rezeki masuk, terpulang pada kita sama ada nak mengamalkannya atau tidak. Tips2 kat atas ni antara tips yang aku guna pakai, sbb aku lebih percaya duit ni tak kira berapa bykpun tetap tak akan cukup. Ini kerana kita tidak sedar keberkatan sumber wang tersebut. Sedikit wang yang berkat lebih besar ertinya dari banyak wang yang datang dari sumber yang meragukan.
Rezeki Allah nak bagi ada dalam pelbagai bentuk tidak semestinya wang ringgit sahaja. Terpulang pada korang nak tadah tangan ataupun tidak. Kalau orang kaya bagi rezeki korang pandai plak tadah sampai dua belah tangan dan sanggup cium tangan mereka. Allah nak bagi rezeki tak kan korang nak tadah sebelah tangan jerk.
Aku nak cite pengalaman aku sendiri kat korang, terpulanglah korang nak teruskan bacaan atau tidak. Perkara ni berlaku 5 tahun yang lepas. Masa tu aku masih belajar dan sedia ada maklum kewangan sebagai pelajar memang mencabar kehidupan aku nak plak duduk di Shah Alam. Suatu hari aku dok melepak kat umah kawan aku bila sekor kucing terkinja-kinja lari dari kurungan dan masuk ke kawasan umah member aku ni. Masa tu hati aku terbuka terus nak amik bela kucing ni, hakikatnya aku sendiri tak reti nak bela kucing sgt. Owner dia bagi dengan girang hati maklumlah umah dah byk kucing sgt.
Masa aku amik kucing tu baru nak masuk umur 3 bulan dan keadaannya sgt menyedihkan byk kurap dan sakit mata. Meskipun ada sedikit keraguan tentang keupayaan kucing tu untuk hidup aku tetap berusaha menghabiskan duit loan aku dekat kucing tu. Aku masih ingat lagi time tu aku mmg takde duit dan makanan kucing dah habis, aku korek tabung dan pi tukar duit syiling tu kat kedai berdekatan..Vroom aku pi kedai haiwan kat Seksyen 9, beli peket 500gram untuk kucing aku bolehlah tahan untuk 2 minggu. Jadi dalam tempoh tu aku telan megi jerk lah :)
Sebelum ni aku selalu melalak dekat telefon bile result kuar, namun sejak aku bela kucing tu meskipun kehidupan aku sedikit serabai kerana nak balancekan segala2nya untuk dia dan pelajaran aku, tak tersangka result aku semakin baik. Malahan result sem akhir aku juga mencapai target dan aku grade on time dengan result yang boleh buat aku senyum2 kucing.
Kesimpulan dari cite pendek aku ni, rezeki Allah nak bagi selalunya datang dari sumber yang tidak kita sangka. Hendaklah kita berbuat baik dengan makhluk Allah yang lain kerana dunia ini kita kongsikan bersama-sama mereka. Janganlah menangis bila Allah menduga kita dengan pelbagai cabaran kerana Allah lebih tau apa yang lebih baik untuk kita di masa hadapan. Bila hati dan jiwa kita kuat, pintu rezeki sentiasa terbuka buat kita. Jangan lupa diri apabila dan senang,banyakkan bersedekah rezeki tu kan Allah yang beri jadi ianya bukan hak mutlak kita. Kongsikan lah dengan mereka yang layak. The more you give, the more you get :)
No related posts.







awalnya merajuk dipagi hari..bsyukur ngan rezeki yg ada
rezeki awal pagi dia cergas..kalau kita lambat grab mmg tak dapat lah.. :)
Rezeki bukan bentuk duit je.
terbaik ni catzer, amat berguna sekali, bila kita sentiasa memudahkan orang lain, rezeki utk kita juga di permudahkan :D
etomyam recently posted..Koleksi Animated Flash Banner Raya Percuma
Insya-Allah bro aku berkongsi semua ni sbb aku berharap sgt apa yg aku kongsikan dpt membantu orang lain yg merasakan rezeki mereka liat nak masuk. :)
Owh.. Syukur!!!! Thanks sis.. Supaya rezeki kita makin bertambah!!! AMin!!!
ijamidayu recently posted..Catatan Perniagaan – Penipuan Oleh Pembekal
Yup bro, rezeki depan mata even sekecik mana pun kita amik gak..sbb kalau takde rezeki yg kecik2 ni mmg tak akan ada rezeki yg besar2 :)
terima kasih untuk entri yang menyentuh hati ni sis.. dan terima kasih juga sebab remind yang rezeki datang dalam pelbagai bentuk. dalam bersesak-sesak nak beraya ni memang kepala berserabut fikirkan ongkos. tapi penyelesaian.. perlu berjimat-cermat aje kat part kita :)
Dila.13 recently posted..Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-mana
Dlm hidup kita ni sis tak kira lah kalau dah kaya nantipun simplify tu penting sgt2. Kalau masa duit tak berapa nak ada ni pun dah boros percayalah kalau ko kayapun keborosan tu akan jadi lebih teruk. So duit mmg tak akan cukup. Takper sis rezeki Allah tu mmg dalam pelbagai bentuk sama ada ko nak accept atau tak jerk :)
ituler pasal.. kalau kaya pun berhutang2, duit memang ler sentiasa tak cukup.. banyak buku yang saya baca cerita pasal benda ni. rezeki ada dibazir2kan dengan berhutang. huhu.. kena bergerak ke arah financial freedom dah ni.. :)
Dila.13 recently posted..Update EzineArticles Submission
Salam.
Kalau taknak rezeki lari jangan bangun lambat hari2.
Rugi dari segi masa nak cari rezeki.
Terima kasih sebab berkongsi ilmu.
zezebel recently posted..WW- Who is this
Betul tu rezeki ni sama mcm burung2 yg kuar seawal pagi. Kalau lambat memang sume rezeki tu dah di ambil orang. :)
aku nak gi cari kucing la jap lagi.
titan recently posted..Kenangan Berpuasa Titan 1990-2010 Part 2
hahahah..kucing berlambak kat kedai mamak tu..ada yg comei ada yg kurus ada yg sakit. Sanggup dengan tak sanggup jerk nak kutip bawak balik :)
What you give, you get back..yeah!
adamfaiz recently posted..Kenangan Aidilfitri Di Amerika
Betul bro, kengkadang kita ni kedekut nak share rezeki Allah beri dengan orang lain. Padahal Rasulullah s.w.t mengingatkan kita supaya menjaga kebajikan orang yang memerlukan. Nabi gak memberikan jubah yang terbaik dia kepada golongan yang memerlukan. Sanggup ke kita bagi baju raya baru kita pada golongan daif?
salam ramadan buat catzer
wah ada kucing dulu nama kucing suri montok heee..tapi ilang sb dah kena curik org..
kak skrg ni kucing dah moden,mana mau makan ikan lagi heeee..nasi mau jua di belasahnya jua
Hohohooh..montok sgt kot sbb tu kena kebas :) Bestnya jaga kucing ni mmg bleh release tension time main2 dengan dia. Haiwan kesayangan nabi ni :)
Setuju. Allah nak tarik rezeki daripada kita bila-bila masa sahaja.Tak semestinya kita senang lenang hari ni, esok lusa kita sentiasa senang.
Hidup umpama roda…
samdaddycool recently posted..Akhirnya mimpi ngeri menjadi nyata
oopss .. silap reply, yang ni nak reply, “hilang sebab viet tangkap masak kari kot..”
samdaddycool recently posted..Akhirnya mimpi ngeri menjadi nyata
salam ramadhan
suka gk cter ni, smoga rzeki dprmudahkan ..
diden recently posted..How to crack Adobe Photoshop CS 5 & download it for free
salam ramadhan bro..semoga rezeki umat Islam dipermudahkan sepanjang bulan mulia ini :)
good. memang good job. bace perenggan pertama je, hati dah terusik. memang betul. bila rezeki depan mata, macam2 komplain. tak sedap la, mengantuk dll. aku pernah rasa. bila ada RM1 je dalam poket. masa tu nak buat apa? itu ok lagi. ada jg RM1. cuba bayangkan, yang tak ada ape2. wah..entry penuh pengajaran. good!
DonHa recently posted..Identiti diri
yup bro itu mmg sifat manusia bile dah senang selalu lupa..termasuklah aku..so aku buat entry ni nak ingatkan diri sendiri gak :)
betul2. macamni boleh jadikan sebagai motivasi diri. yeah hidup catzer!
DonHa recently posted..Pentingnya strategi
hahaha..sape lagi nak motibasikan diri sendiri..blog aku lah..kalau orang lain ckp perasan diri sendiri jerk betul..so kalau baca balik penulisan sendiri..huh br sedar diri :)
Semoga kita dikurniakan rezeki yang berlipat ganda setiap hari
wazy recently posted..Budak Tiga Tahun Disembelih Bapa
Insya-allah bro usaha dan tawakal..rezeki akan rajin singgah mari kat kita :)
amalkan dengan istiqamah..
insya Allah pintu rezeki kita dibuka :)
lagi satu jangan lupa istighfar
Syafrizal recently posted..Henti segera jual minyak sapi QBB – Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Betul tu jgn dok ingat rezeki tak cukuplah, dengki dengan orang lain lah..dan mcm2 sifat terkutuk yg mmg boleh buat rezeki larik jauh2 :)
insyallah… rezeki ada.. yang penting jangan tamak… thank u sis.. :-)
zik recently posted..Jangan lupakan mereka!
yup meskipun orang tamak selalunya lebih cepat senang tp tak guna gak kalau kita berhati2 menilai sumber tersebut sama ada berkat atau tidak.
betul tuh..rezeki nih, kita takkan taw Allah nak bagi dari mana n dalam bentuk ape n masa bila.
Ramai yg selalu anggap bile dpt duit, dpt projek bagus, dpt benda2 yg berbentuk material itu baru dinamakan rezeki. Hakikatnya apa sahaja yang Allah permudahkan untuk kita tu lah rezeki kita yang terbaik :)
memang saya dah banyak perhatikan, orang yang banyak bila binatang, tak kira la kucing ke, ape ke…murah rezekinya..hehe..
Alhamdulillah bile kita sanggup berkongsi rezeki dengan hamba Allah yang lain. Binatang ni pun tau berdoa untuk mereka yang menjaga hubungan sesama makhluk.
Setiap insan ada rezeki masing. Cuma “cara” penerimaan rezeki itu berbeza-beza ;)
hafidz recently posted..Malam Merdeka
Betul tu bro, aku tgk ramai geng2 aku yg dok bebel2 pasal keje depa tak best. Sepatutnya sekali sekala cubalah toleh ke blkg juga berapa ramai orang yg susah nak cari keje sampai sanggup keje apa sahaja. Allah dah beri rezeki byk plak mengomel.
uhhhh…best tol bace crite ko pasal rezeki ni. hidup memang sentiasa takde duit dan kurang duit. tapi kalau rezeki tu berkat, sentiasa cukup je. memang betul, bela kucing antara berkat dalam rezeki. buat kita tenang, release tension dan hepi bila tegnok glagat diorang. lagi best bila diorang dah pandai rindu dan syang kan kita uuhhh sweet nye
yup boy aku sendiri pun bukan lah blogger yg kaw2 buat duit online. Aku just amik portion yg aku mau sahaja. Yg penting aku tau dunia akhirat duit tu berkat.
betul, kadang kita diberikan pelbagai ujian, termasuklah rezeki yang kurang.. yang penting kita sentiasa bersyukur dan sabar dengan dugaan tu.. dan tips ni juga memang bagus untuk diamalkan.. terima kasih atas perkongsian..
kulanz recently posted..Integrasi Voice Calling pada Google Gmail
Ujian terbesar buat umat Nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman ni ialah perkara yang melibatkan kuasa, wang ringgit dan perempuan. Namun tak sume orang pentingkan ujian tu sgt sbb kita tetap berpegang pada asas kehidupan sebenar iaitu bersederhana. Betul ko ckp “Sabar” dan “Syukur” tu penting tak kira apa dugaan pun.
best! ada info dan kisah menarik…
kadang-kadang aku kalah ngan ujian..mula nak ngomel tu ini..huhuu..entry nie banyak bagi kesedaran
Sir Marcello recently posted..Jadual Kumpulan Liga Juara-Juara
Memang terbaik oh pengalaman Catzer tu. Saya pun bela kucing juga di rumah. Memang terasa perbezaannya. Sebab bila kita ada binatang peliharaan dalam rumah, Allah S.W.T akan permudahkan lagi rezeki kita dari pelbagai penjuru.
Kucing saya bukannya kucing beli mahupun orang kasi. Tiba-tiba terus datang rumah. Sesat mungkin? Haha.
Aqif recently posted..Traffic Value – Kenapa Ia Penting Untuk Jana Ribuan Ringgit Setiap Bulan
post yang padat dengan nasihat. Mantap!
pingseo recently posted..kid rock- kid rock news
hehe. saya pun suka kucing sangat. Ada bela 2 ekor. Satu hitam. Satu putih.
girl z recently posted..A Mothers Ramblings- Ladybird Books – A Gurgle Girls Review
Tima kasih tips yag bermanfaat..i like it..
Awek Panas recently posted..iPhone 4 Di Malaysia Jumaat Hadapan
kucing nie haiwan peliharaan rasulullah… baginda memang suka pada kucing..
zik recently posted..Rakyat Malaysia belanja RM342 bilion untuk Kosmestik tahun ini
Lagi satu,
Amalkan solat sunat Dhuha…confirm rezki tak putus-putus. Yakinlah…InsyaAllah
pagi2 selalu jumpa bnyk Awek kt stesen bas.
dekat 10 org cam tu la.boleh ke sy senyum.
Ali ridha recently posted..Anak ketam segari Raya Kedua 2010
I like this post..
Setiap Manusia ada rezeki masing2, rezeki ni bukan hanya duit semata-mata, kesihatan, keluarga, rakan2 dan lain-lain juga adalah rezeki..
Pendek kata kita hendaklah sentiasa bersyukur dgn rezeki yg ada..
aktechpage.com recently posted..Masalah Keretapi Lagi Teruk di Jepun daripada KTM Komuter Malaysia
bagus, yang penting berdoa dan berusaha sekuat mungkin, okey.
masa belajar dulu duit memang sangat la kurang, but somehow boleh jugak survive dengan duit yang tak pernah putus. pasti ada je yang akan bantu
rezeki ada di mana2…