Bila Blogger Tak Kemaskini Blog
Kalau korang blogger mesti bosankan bile time nak update blog idea kering macam gurun, tapi bile time internet slow plak idea berkepul2 mcm asap rokok yang korang tengah hisap sekarang..hehehe
Isu ni sama jerk berlaku dekat aku huh, bulan ni aku memang rajin gile nak update blog tp malangnya internet kat area umah aku ni buat hal plak. Lambat macam siput tul!
Sebenarnya bile blogger tak update blog banyak perkara yang menjadi puncanya contohnya:
Blog Tidak Dikemaskini Dalam Tempoh 1-3 bulan:
1. Blogger umah dia takde internet atau internet lembab (ni alasan yang aku pakai skang)
2. Blogger kena outstation atau sibuk dengan exam
3. Blogger memang tengah kering idea tulis draft dah 100 kali nak published jerk rasa mcm tak best plak.
4. Blogger sibuk dengan aktiviti yang lain seperti pergi “menembak” atau apa2 aktiviti yang dirasakan lebih utama dari berblog.
Blog Tidak Dikemaskini Dalam Tempoh 4-6 bulan:
1. Blogger memang dah takde idea langsung, draft pun zero!
2. Blogger tengah sibuk nak kawen ;)
3. Blogger lupa apa username dan password blog diaorang dan malas nak recall balik
4. Blogger memang sengaja nak create blog sampah untuk SEO konon-kononnya
5. Blogger outstation lebih 3 bulan then keje banyak nak mampos!
Blog Tidak Dikemaskini Dalam Tempoh 7-9 bulan:
1. Blogger dan turun tahkta, malas nak jadi blogger dah
2. Blogger dah bagi blog tu kat orang lain tp owner baru lagi malas dari dia rupanya
3. Blogger dah tak ingatpun URL blog dia sendiri.
4. Blogger lebih suka main tag-tag kat Facebook..
Heheheh..segala andaian ni aku buat sendiri tp yang pasti aku berani ckp Facebook menyebabkan ramai blogger dah malas nak update blog. SERIUS!!! Alasan ni memang munasabah sbb aku sendiri pun begitu. Tapi tidaklah sampai 9 bulan tak update blog. Itu kalau perempuan mengandung dan nak beranak dah huh!
No related posts.








nasib baik sekarang ni masih rajin update blog.. tapi ada juga beberapa blog sya yang dah berbulan tak update.. memang disebabkan kemalasan :D
kulanz recently posted..Statistik Blog Bagi Bulan Julai 2010
alasan malas kita dah biasa dengar bro, itu mmg alasan yg bile dikenang balik kita sendiri akan geleng kepala..hahahaha
Eh skang ko pakai line ape yang teruk tu? 7-9 bulan tu aku xleh belah nk pecah perut; blogger lupe url blog sendiri hahahahaha…memandai je ko cipta hahahaha
aku pakai streamyx tapi sejak kecoh pasal line 4MB ni line tenet area umah aku dah semakin lembab..minggu lps depa korek tanam kabel depan umah ni then tenet aku jadi slow gaban. Ok ko cuba bina blog then update sekali dua then cuba ko type url tu kat browser selepas 7 bulan, confirm dah lupe beb..
Jiwa kacau jatuh kategori mana?? :P
Jatuh dlm tempoh 1-3 bulan bro..jiwa kacau dah tulis draft tp time nak published rasa mcm tak best jerk..jiwa kacau lah tu..hehehehehe
boleh jadi dia punya alasan nie… siap lupa url tuh… apatah lagi password ngan username.. hadoi..
zik recently posted..Imam muda minggu 10 Kemuncak Imam muda
benda boleh berlaku bro..hehehe..ini dr pengalaman sendiri gak ni
paling teruk
blogger tu dah lupa dia sebenarnya pernah buat / ada blog
paling tak teruk
blogger tu dah jadi kaya raya – sibuk main golf je
tehr recently posted..Teknik Mudah Kaya
hahaha..aku rasa blogger tu dah lupe daratan lah tu..
Kalau line teruk tu biasa la,sebab nak bukak blog sendiri pun tak lepas,hehehe
wazy recently posted..30 Wallpaper HD Windows 7 Dan Vista
itulah beria2 nak tulis mcm2 then hampeh! Lebur impian :)
masalah yang selalu aku guna ialah, time idea banyak, internet buat lah la pulak
mijie recently posted..Blogger yang tersepit
hahah..itu mmg bukan alasan dah bro itu mmg reality tenet malaysia sokmo buat hal. Saja nak menyekat idea blogger berkembang..chewah!
men tembak2?. haha. aku pikir lain je. muahha!. btw btul la tu kowt. aku skng bz. de hl dngn pelajaran. sigh T_T
acapz recently posted..NoVirusThanks – Zeus Trojan Remover
yup time aku belajar pun sama jerk nak update blog pun fikir 7 kali sbb byk assigment kena buat.
faktor masa dan idea punca utama
setiap blogger pasti merasa sendiri
Wan recently posted..Perkhidmatan Internet di Malaysia
Betul betul aku rasa sbb tu kengkadang blogger kena kerap buat meet up so baru byk idea kita nak menulis blog nanti
Salam.
Nasib baik la tak dalam golongan blogger yang tak kemaskini blog, hehe =P
hafidz recently posted..Iphone4 Upgrade!
muahahah..risau gak ko erk..
Bila nak kemaskini ada ja yang menghalang…walaupun ada teman rapat ‘berukband’ tapi kejap tenggelam timbul tu kdg kdg, bukan malas tapi..bila call centre itulah jawapannya…
Muhd Suhaily recently posted..Buat 3D Effects
biasalah tu bro bilelah internet malaysia ni nak sebest mcm South korea tu
yg x update 3 bulan tu sbb ‘menembak’ tol kot hehe
Scromix recently posted..Clicksor- Berbaloikah Menggunakannya
yup skang kan dah ramai gile DLSR :)