Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Bila Blog Mula Bersawang

Sebenarnya semalaman aku mengodek membersihkan sawang2 di satu blog yang aku sendiri dah tak ingat rupa-rupanya blog yg huduh lagi bersawang tu aku yg punya..hehehehe

Apabila dah sampai tahap bersawang begitu memang susah lah untuk menghidupkan blog tersebut tetapi apabila ada agenda tersembunyi memang bersungguh-sungguhlah aku membetulkan semula blog tersebut. Kebanyakkan blog bersawang ni disebabkan oleh aku telah mencabuli tatasusila dalam coding theme ataupun plugins. Menyebabkan otak aku dah malas nak betulkan balik dan blog tersebut aku “buat-buat lupa”.

Sempena weekend dan malam ni Argentina VS Germany, dan disebabkan juga oleh “sakit perut” aku plan nak duduk umah jerk dan nekad nak up balik blog tu. Memandangkan harga domain dah naik sekarang baik aku develop jerk domain2 yang aku gile2 beli dulu tp tak buat apa2pun. Huhuhu..

Korang yang memiliki blog bersawang mcm aku bolehlah mulakan aktiviti menghidupkan balik blog bersama-sama aku erk..hahah..oklah sebenarnya blog tersebut telah di”pajak” kepada seorang rakan aku, memandangkan dia tak berapa arif dengan blogging aku pun “Take Over” blog tersebut. Aku harap blog tersebut dpt aku hidupkan kembali..hehehe

Wishlist aku bulan July ni ialah nak hidupkan balik beberapa blog dan Insya-allah kalau aku rajin aku akan update dekat blog ni. ;)

Blog Widget by LinkWithin

No related posts.


About the Author

Catzer seorang penulis blog syok sendiri yang suka merayap ke lokasi yang sentiasa dirahsiakan. Hanya tahu makan, tidur, main games dan blogging menggunakan Wordpress. Pakar masak megi dengan kimchi,yosh!!

8 Responses to “Bila Blog Mula Bersawang”

  1. Eizil says:

    Selamat menyapu sawang sis… :D semoga semua blog kembali bersinar-sinar… ;)
    Eizil recently posted..Minda bawah sedar – sesuatu yang menakjubkanMy Profile

  2. tehr says:

    rasanya pernah juga aku singgah kat blog berkenaan
    tapi bila ya?
    hehehe
    tehr recently posted..Mr HappyMy Profile

    • catzer says:

      hahaha..tahun lps kot..takpun nak lebih lama lagi thn 2007 kot :) nampak sgt aku mmg jenis blog syok sendiri

  3. mijie says:

    saya nyer target julai ni nak aktifkan kembali blogspot sy yg tak terjaga tu, dah usang dah rupanya,sayang oo kalau beli domain tp tinggalkan je mcm anak tiri :)
    mijie recently posted..Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirianMy Profile

  4. samdaddycool says:

    blog bersawang tu tak dapat buat apa2 kecuali buang penyakit malas..

    Kadang2 bila jiwa kaco yg jadikan sesawang tu.. :P

  5. suri says:

    rasanya pernah masuk hehehee.. :)

Leave a Reply

CommentLuv badge