Berapa Kos Untuk Demam?

by catzer on May 17, 2009

Ya..aku tau korang rindu kat aku kan..erm hampir 2 minggu tanpa post baru mesti membuatkan traffic ke blog ini merundum..tetapi..hahaha..tak sangka plak ramai yg jenguk gak. Ni nak kerek skit ni. Honestly aku masih tak sihat lagi ketika post ini di tulis, sakit tekak dan selesema masih menemani aku dengan penuh setia. Terima kasih virus dan bakteria even aku tak apply untuk bersama-sama korang.

Kronologi demam aku bermula pada hari ahad minggu lepas sejurus pulang dari kenduri di Perak, tekak aku mula sakit dan aku mula merasakan kelainan terhadap otot2 saraf aku..sedikit kejang. So, dengan perasaan gundah gelana dengan symptom H1N1 aku mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dr Klinik Nik Ishak di Seksyen 19 pada hari isnin lepas. Aku perlu menunggu 30 minit, jumpa doktor 3 minit dan di charge RM73 untuk sepapan antibiotik,ubat tahan sakit, lozanges dan ubat kumur. TERKEJUT aku! Wow..tingginya charge untuk mendapatkan rawatan pra-demam. Namun kerana takutkan pelbagai jenis bakteria dan virus yang menyerang Malaysia dan dunia baru-baru ini. Aku tabahkan hati mengorbankan RM73 itu. Last time aku demam paling tinggi aku byr RM72 sekali dengan suntikan.

Hari berlalu begitu indah sekali namun demam aku makin menjadi2,jadi pada hari sabtu bersamaan 16 May aku diheret ke klinik yg biasa aku pergi masa belajar dulu di Seksyen 7. Menunggu tidak lama kerana tidak ramai org jadi dengan sedikit kajian dr ubat yg pernah aku makan sejak dulu plus RM66 aku balik dengan sepapan antibiotik, 2 papan ubat selesema, ubat batuk, lozenges dan ubat yg kegunaannya masih aku ragukan..iaitu ubat hidung..erk.

Wow..post kali ni penuh kronologi demam aku…hehehhe..erm so hari ni aku rasa lebih ok lepas mengorbankan RM139 dan mungkin akan bertambah lagi jika aku mengadu mengalami masalah nak tido malam kerana batuk dan selesema. So, aku dah ready dengan sebotol ubat batuk before tido..

Aku sebenarnya tertanya berapa kos perubatan demam biasa di klinik yg biasa korang pergi..ok aku tahu mungkin korang ada klinik panel dan sebagainya tp mengetahui kos perubatan adalah WAJIB kerana perubahan charge sgt ketara dan pada aku membebankan rakyat di saat kegawatan ekonomi skang. Korang semua sedia maklum “bandaraya” Shah Alam ni baru jerk nak bina Hospital. Sekadar ada klinik komuniti yg baru dibina beberapa tahun lepas dan beroperasi opis hour aku merasakan keperluan masyarakat langsung tidak terbela. Aku bukan kedekut duit sgt tp “keperluan kesihatan” adalah WAJIB!

Aku bukan mahu provokasi soal politik tolong jgn komen melibatkan politik aku sekadar mahu tau berapa korang belanjakan untuk kos demam biasa. Ini kerana aku merasakan jumlah yang aku bayar tak setanding dengan kualiti rawatan yang aku terima..Maaf para doktor, aku tidak berniat memperlekehkan bidang keje korang tetapi sebagai rakyat biasa aku mahukan jawapan.

Ada vote yang menarik di blog 1malaysia:

So, aku awal2 lagi sudah vote..kebetulan kena dengan situasi aku skang..Korang pula mcm mana?

Blog Widget by LinkWithin
Spread The Words:
  • del.icio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • YahooMyWeb
  • Mixx
  • Facebook

No related posts.

{ 49 comments… read them below or add one }

baloot 05.17.09 at 5:51 pm

hmmm… kalau camtu, catzer rajin2kan la makan ubat antibiotik tu.. hehe..
semoga cepat sembuh dari pra-demam..

RM73 utk ubat pra-demam??? nasib baik aku jarang demam ni, maklumla, blogger cergas.. hahaha.. (ayat aku yang poyo)…

apa2hal pun, jagala kesihatan tu betul2.. hihi..

peace!

zamrimohamad 05.18.09 at 12:13 am

Sekarang ini siapa demam akan dikuarantin, takut-takut H1N1. Nanti kawan rumah sewa kau pun kena bungkus dengan plastik.

yasir 05.18.09 at 1:59 am

patut ler lama tak nampak,hehehe….

semoga cepat sembuh…

jaigoku 05.18.09 at 2:35 am

Ala patutle tak nampak ko kat FB pon…siann…..

Aku pon baru baik demam, selesema, batuk… 2 kali aku kena dalam masa terdekat.. memang takut bila mcm2 wabak kebelakangan ni termasuk selesama khinzirrrr.. bwek! :p

kalu kat Johor kalu tak silap lebih kurang RM30 sahaja untuk demam.. kalu gi klinik wakaf PKENJ separuh dari yg aku sebutkan di atas.. :)
Semoga ko cpt sembuh… Amiiinnnn…

http://glowglokal.com/blog

surfaddict 05.18.09 at 4:29 am

Poyo ko baloot..heheheh..erm actually sepapan dah habis tp tak cukup power bakteria dan virus dah mengalami mutation..

Erm aku rasa kos perubatan mahal sgt skang ni..huhuhu..

surfaddict 05.18.09 at 4:29 am

Diaorg suke Zamri siap plan lagi nak buat apa kalau kena kuarantin..sume isu malas nak pi keje..kekekek

surfaddict 05.18.09 at 4:30 am

Insya-allah..dah tak larat gak huh..byk keje delay

surfaddict 05.18.09 at 4:31 am

Pergh..RM30 murah tu beb..Kat sini aku tak jumpa pun klinik wakaf..ikutkan nak tunggu klinik komuniti tu boleh demam teruk gak.

Akupun dah rindu dengan FB..kekekek..Anyway..thanks sbb doakan aku cepat sembuh..amin :)

baloot 05.18.09 at 4:35 am

dah abes sepapan pun tak elok lagi?
aduss..
kuat sangat virus tu.. campur ngan virus laptop catzer jugak kot.. hihi.. :p

surfaddict 05.18.09 at 6:28 am

hahahaha..pandai lah ko…virus laptop telah di hapuskan oleh kaspersky..heheheh..

kan best kalau kaspersky boleh hapuskan virus dlm badan aku ni gak..

reezluv 05.18.09 at 8:12 am

semoga cepat sembuh beb..aku dulu deman masuk sepital terus.syak denggi la plak..huhu..selalu demam bese kosnya dalam RM50-RM70 je..kalau klinik kerajaan,FREE jek atau bayau singgit..

kuatkan antibodi,makan banyak sayur,pastu kena la bersenam beb,baru la susah virus nak masuk..hehe..

baloot 05.18.09 at 8:40 am

kaspersky catzer guna serial key yang dah expired. sebab tu berjangkit. heheh… kena tukar pakai norton pulak.. :p
kalau demam lagi, jom p joging… ataupun terbalikkan badan (kaki duk atas, kepala duk bawah)…. hahaha…
bagus cara tu sebenarnya, bagi DARAH NAIK KEPALA…

surfaddict 05.18.09 at 10:14 am

hahahah…skang dah renew lesen kaspersky balik..Pergh kalau darah naik kepala boleh hilang memori nanti..hehehe

surfaddict 05.18.09 at 10:15 am

hahaha..aku dah terlebih kerap bersenam ni..biasalah skang ni cuaca panas sgt then kerap sgt minum ais..huh amik ko demam seminggu..bab sayur tu mmg aku failed awal2.

baloot 05.18.09 at 10:19 am

ala, hilang cket je memori tu. bukan semua pun.
memori ko ada lagi yg ingat kat aku… hahaha.. ;)

Panduan_Twitter 05.19.09 at 2:01 am

Biar betol sampai macam tu skali kene.Aku lama tak menyinggah di klinik mesia.Dulu masa kat UM pon pegi cari MC je RM50 satu hari..hehe

pendekargrafix 05.19.09 at 2:45 am

macam mahal je sampai lebih 70, selalunya kalu kes demam, tak sampai pun rm30. kalau termasuk dengan suntikan paling mahal baru dalam 20. doktor cekik darah, tak sampai hati plak nak kata, myb, ada la alsan dokter tu. selamat sembuh

surfaddict 05.19.09 at 5:51 am

Sbb tu aku buat post ni nak tgk berapa sebenarnya kos sebenar adakah mengikut lokasi klinik?jenis ubat?dan sebagainya..

MC time aku tak minta sibuk nak bg..hehehe

surfaddict 05.19.09 at 5:54 am

Itulah yg meragukan, sbb sejajar dengan terma "rakyat diutamakan" dan pelbagai isu kesihatan sekarang aku mcm terpanggil untuk berkongsi cerita ni. Aku ni jenis demam pergi sekali jumpa doktor mmg tak berkesan, mesti kena berulang..so kalau min kena pi 2 kali dah habis RM100 lebih.

Adakah kualiti perubatan sejajar dengan kos?

surfaddict 05.19.09 at 5:54 am

Hahahaha, hilang memori pasal sape yg bg point kepala dibawah..

pendekargrafix 05.19.09 at 6:01 am

aku sakit2 pun, pegi panel, kalau panel ni, diorang check ala kadar je, pastu, bagi ubat. kadang2 bagi banyak, jadi kena tambah duit sendiri plak,. kalau klinik swasta normal, dalam 30 lebih je untuk kes demam. tu pun dikira mahal

surfaddict 05.19.09 at 6:09 am

Aku dulu masa keje sekejap ada panel gak,but doktor ni kita kena mereka check kita betul2..kalau ikut depa jerk ala kadar jerk..depa pun manusia biasa gak..

Ko dok area mana? thn 2006 min payment untuk demam yg pernah aku byr ialah RM25..itu paling murah

blowie 05.19.09 at 6:18 am

salam,macam mahal je ubat2 tuh.
memang selalu ke klinik yg sama gak ke?

pendekargrafix 05.19.09 at 6:25 am

aku duk area nilai je. mayb ikut tempat kot. p aku pernah je pergi klinik swasta kat area KL, lebih kurang je. demam jugak.

surfaddict 05.19.09 at 6:29 am

Itulah lokasi sgt mempengaruhi..kalau pergi mlm lebih kena mahal..

Depa byr sewa kedai untuk bina klinik tu mahal kot..hehehe

surfaddict 05.19.09 at 6:31 am

Kerana kekerapan demam so aku biasanya akan melawat klinik yg sama takpun melawat beberapa klinik yg lain.

Tetapi 2 klinik ni lah yg selalu aku pergi Nik Ishak Sek 19 paling dekat ngan umah, Poliklinik Al-Hikmah ni mmg aku anggap mcm klinik panel aku byk rekod perubatan aku kat situ.

species1980 05.19.09 at 8:32 am

bile kiter demam…..pastinya kita akan menghargai waktu kita SIHAT….

Kisahsensasi 05.19.09 at 8:43 am

Semoga kesihatan my teacher sentiasa baik…..anyway HAPPY BELATED TEACHER'S DAY

azudin 05.19.09 at 11:28 am

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

fipetik dari : http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-disebalik-dem...

katahill 05.19.09 at 6:18 pm

oh mahalnyer. standard biasanya aku pegi klinik kalau demam tak lebih rm40.00. lain klinik lain charge kot. ataupun kau sembang lebih2 ngan doktor kot tu yg dia charge consultancy lebih. hehe

Lutsinar 05.20.09 at 3:45 am

kalau beli anti virus kapersky baru RM60 aje bagi 1 user kan lebih murah kosnya, Anyway taniah kerana mejadi penternak virus yang berjaya.

surfaddict 05.20.09 at 5:14 am

Betul tu..tp time sakit ni lebih2 lah berehatnya..hehehe

surfaddict 05.20.09 at 5:14 am

Insya-allah akan sihat tak lama lagi..doakanlah erk..Aiyak..sy tak layak nak pegang title cikgu tu

surfaddict 05.20.09 at 5:14 am

Yup betul tu..sbb tu bersyukur demam ni..

surfaddict 05.20.09 at 5:15 am

hahahah…sembang lebih..3 minit jerk huh..kejam tul depa ni

surfaddict 05.20.09 at 5:15 am

Hahahah..aku nak pass kita ternakan virus ni pada ko..mau?

haritz 05.20.09 at 8:55 am

aku selalu ke klinik kerajaan, bukan kedekut tp kelengkapan dia cukup. Bayangkan Rm73 dengan RM1 jauh beza beb..

Lutsinar 05.20.09 at 1:10 pm

Mau – M=minta, A=ampun & U=you

blinkky 05.20.09 at 7:02 pm

Setakat ni, kalau saya demam paling mahal RM10. Tak pernah sampai puluh-puluh. =)

surfaddict 05.20.09 at 10:50 pm

hahaahah..amiklah nak bg free jerk ni..tak pyh RM60 pun..heheh

surfaddict 05.20.09 at 10:51 pm

kalau klinik kerajaan ko ok takperlah..sini ko dtg awal2 berebut nombor..then dia akan decide start no berapa ke berapa dtg kul 2 lps lunch..takpun kul 4 ke..so kalau giliran ko awal pagi tunggu lah giliran sampai kul 12.

surfaddict 05.20.09 at 10:51 pm

Wargh..untungnya klinik mana ko pergi..kekekek

Lutsinar 05.22.09 at 11:45 am

Dah okey ke demam tu, 70%,80% ATAU 110%, cuba check, kira berapa huruf F ‘ dalam teks di bawah

FINI SHED FILES ARE THE RE
SULT OF YEARS OF SCIENTI
FIC STUDY COMBINED WITH
THE EXPERIENCE OF YEARS…

Berapa banyak ?

Aizat 05.26.09 at 3:18 pm

kalau aku demam free je sebab kakitangan kerajaan.

kakeru 05.27.09 at 1:22 am

Salam Catzer, semoga dah sembuh demam tu. Ramainya org yg demam skang, saya pun kena gak khamis lalu. Tetiba jer demam…huhu… RM73 kos utk sekali suntik dan ubat2an..? Hurmmm…mahal gak eh utk tambahan suntikan tu. Biasa kos kat sini (Klinik Dr.Alwi) antara RM26-30 utk ubat2an tanpa suntikan. Ubat2 tu biasa je mcm panadol, lozenge, antibiotik…mcm tu lebih kurang. Tatau la tmpat lain.

Tapi, pernah gak pi ke klinik keluarga sebab sakit gigi. Bayaran lebih kurang RM50, tanpa suntikan juga. Tu pun dah kira mahal…huhu… Tatau la sebab apa, tp bekalan ubat2an dia memang byk. Tu jer la sekali pergi, takmo pi dah pasnih.

Sayyid 06.14.09 at 2:18 pm

So apo lagi.Lepas ni kena pakai mask supaya tak kena batuk2 dan selesema.Teruk betul kerajaan skang ni.Nasib baik kajang klinik murah jer.RM32 inggit tu dah lepas antibiotik dengan ubat batuk.Kira memadailah jugak.Doktor tu cekik darah per???Keh5.

sayyidbest 06.14.09 at 2:25 pm

Ngeh4.Memang tak patut pun.Doktor2 apa lagi yang ko nak nih.

Amin007 09.24.09 at 12:51 am

aku pulak tak serasi dengan ubat doktor ini sama ada hospital atau klinik.
lepas makan mesti muntah balik hehehe

akhirnya apa aku buat, tingkatkan imum badan aku dengan makan buah epal dan minum susu lembu hehehe

Motivasi Kerja 09.30.09 at 8:24 pm

Mahal tu sekali inject bayar RM72. Kalau selesema banyakkan makan limau atau pergi ke Farmacy beli Vita-C. Elok untuk selesema.

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

« Back to text comment

Previous post: Aku Benci Kakak Aku Bila…

Next post: Nyah Kau Trojan YM!