Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

About

has been a member since , and has created 313 posts from scratch and commented on posts.

Yahoo Messenger is
AOL Messenger is
Jabber Messenger is catzer

's Bio

's Websites

This Author's Website is

's Recent Articles

Anak Angkat Untuk Dibela

Beberapa hari ni hati aku tersentuh dengan perkongsian maklumat berkaitan dengan anak angkat di:

Anak Angkat Untuk Dibela

Tak dapat dinafikan kes buang anak memang buat kita semua menangis dalam hati..Tapi alangkah bagus kalau kita boleh membuat selangkah lagi ke arah mencegah kes2 buang bayi ni…Contohnya berusaha carikan anak tak sah taraf ni keluarga angkat kan..Aku sangat kagum dengan usaha akak ni..

Mungkin sejak dapat title mummy ni..jiwa aku cam berkuntum2 bile tengok bayi yang kena buang..boleh leleh bukan takat air mata, berhingus bagailah…

Sempena hari Jumaat ni, aku sharekan sorang kanak2 yang sangat2 memerlukan bantuan dari kita semua. Kalau tak mampu dari segi kewangan kita kongsikan info ni dengan kawan2 yang lain. Moga ada pihak yg poket tebal dan hati berbunga2 mendermakan jumlah yang lebih besar..Amin

Untitled-1 copy

Berpantang Cara Moden Atau Tradisional?

Sejak menjadi mummy ni aku dah jadi tempat untuk mendengar keluh kesah bakal2 ibu yang tengah pening nak dapatkan baby. Sebenarnya aku bukanlah terror sgt tp mungkin dek kerana aku selalu berchit chat dan melepak dengan mak2 org ni jadi serba sedikit ilmu tu tersusun juga dlm kotak kepala aku ni.

Isu ingin berpantang cara tradisional atau moden ni biasanya dialami oleh ibu2 muda cam aku..hehehe..Especially bagi ibu2 yg duduk jauh dari family dan perlu berpantang sendiri. Untuk pengetahuan korang aku berpantang di rumah sendiri kerana parent ke dua belah pihak kurang sihat, hanya 3 minggu pertama jerk aku ditemani MIL dan mak aku dtg skodeng tgk apa yg patut. Selepas tu mmg aku 100% sendiri menjaga diri, berpandukan maklumat dari org tua dan juga info2 aku korek kat google.

Bagi mereka yang bakal berpantang sendiri semuapun bergantung  kepada kaedah melahirkan anak sama ada korang lahir secara normal ataupun czer. Dari perkongsian kawan2 dan pengalaman sendiri beranak secara normal lebih mudah untuk menjaga berbanding czer. Yang penting sebenarnya kita mmg perlukan bantuan orang luar sama ada suami/pembantu yang diupah/sedara mara/kawan2 dlm tempoh berpantang ni. Jangan gatal2 nak buat gigih dan gagah sgt, masa berpantang ni lah kita nak restkan rahim kita betul2 dan pastikan urat2 yang berbelit2 tu di perbetulkan semula.

Listing yang perlu korang take note kalau nak berpantang secara moden/tradisional (pada aku tak byk beza pun kalau ada pembantu):

1. Dapatkan pembantu tuk sebulan pertama, at least sampai korang boleh bgn sendiri tuk susukan anak,makan, mandi.etc2

2. Jika korang pilih set bersalin yang traditional pastikan pembantu tu boleh tolong pakaikan. Cam aku mmg aku telan Set Lepas Bersalin SHAKLEE, syukur dengan kehendak Allah 5 hari lps bersalin batuk dah takde rasa ngilu sgt.

3. BERTUNGKU, ni wajib pada aku tak kira korang normal ke czer ke sbb ni akan membantu memecahkan angin/darah kotor lps bersalin. (Sangat Selesa)

4. Makanan semasa berpantang biasanya depend pada badan kita gak ada org sebat jerk mkn mcm2 takde gatal2 pun..Untuk anak pertama korang boleh test mkn apapun asalkan korang berani tanggung risikonya..Yg penting jangan mkn sayur2 yang menambah angin dlm badan.

5. BERURUT, ni part aku paling suke,selepas bersalin dan selepas habis pantang pastikan korang kasi 1st class services urut satu badan. SANGAT SODAP! Selalunya tukang urut akan tanya kita pakai set bersalin apa kalau takde diaorg boleh suggestkan. Cam aku pakai Set Lepas Bersalin SHAKLEE, tukang urut tu cam pelik jerk dia ckp aku moden sgt..huhuhuhu.sian aku :(

Sebenarnya akupun ada gak beli set lepas bersalin tradisional, tp dek kerana tak dpt cari pembantu di saat2 akhir tak dpt lah nak 100% follow tradisional bagai2 huh. TAPI, makan vitamin dari Set Lepas Bersalin SHAKLEE memang aku tak miss!

Promosi Meiko Naturactor Cover Face Untuk Blogger

cover

Sempena tahun 2013 ni, aku memulakan operasi belajar menjual product fizikal melalui internet. Untuk kawan2 yang berminat nak mencuba produk Meiko Naturactor Cover Face ni bolehlah dapatkannya di fanpage:

Meiko Naturactor Cover Face

KELEBIHAN NATURACTOR COVER FACE:

• Menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam.

• Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi.

• Senang digunakan, cepat & tidak melekit• Kulit terasa ringan, gebu & confirm cantik.

• Tahan sehingga 8-12 jam (depend kulit individu)

• Anti kilauan/kurang berminyak .

• Tidak menutup pori-pori.

• Digunakan oleh makeup artis professional & mak andam

• Sesuai untuk majlis pertunangan, perkahwinan,photoshoot dan lain-lain.Hasil solekan akan nampak flawless dan natural.

• YG PALING PENTING HARGA MURAH berbanding jenama terkemuka yg lain, tetapi hasil yg sama cantik

Buat masa skang aku hanya menawarkan beberapa variant kaler naturactor cover face memandangkan orang Malaysia ni takdelah muke kaler cam pelangi kan:

130:Untuk kulit sangat cerah (Chinese skin color)

140:Untuk kulit cerah ke medium tone (Chinese skin color to very fair Malay skin color)

141:Untuk kulit cerah/natural (Fair skin color for Malay)

151: Untuk kulit sawo matang (Typical Malay skin color)

Soklan yang selalu orang tanya termasuk en.hubby aku…Orang laki boleh pakai ke? Erk..aku sengih sbb kalau en.hubby pakai dah muke dia cam pompuan plak..heheheheh…Pengalaman aku pakai Naturactor Cover Face ni memang tidak menghampakan..Maklumlah time preggy hari tu muke aku dah serupa permukaan bulan..jerawat berumah kat muke aku ni..So, parut2 kehangatan semasa bersamanya..perlu aku sembunyikan. Sib baik kulit aku ngam dengan Naturactor Cover Face ni..kalau tak ke bulan lah aku nanti.

Terukir Di Bintang Selalu

Tajuk post aku kali ni cam ala2 Juara AJL 27 pulak kan..hehehe..Berkali2 aku nak buat post tapi selalu tercancel sbb dah jadi mummy ni aku hanya ada 20% masa tuk online berbanding dulu. Member2 aku kat facebook pun dah tau kalau tegur aku kat chat diam jerk tu bukan sbb sombong tetapi aku takde depan pc,sibuk melayan Faris Danial yang bakal masuk 6 bulan pada 17hb ni.

Perkembangan aku tak byk hanya berkisarkan anak aku jerk, mungkin badan kot dah kembang semangkuk sbb tak byk aktiviti cam dulu2. Eleh..sebenarnya time takde anak pun aku mmg cam dah kembang gak.. ;)

Sejak abam(panggilan sementara tuk Faris Danial) masuk umur 4 bulan masa tidor dia sgt tidak tetap. Bulan ni aku paling banyak naik angin mungkin sbb dah tak mampu menahan kerenah untuk tidurkan abam. Lebih2 lagi bila aku sendiri cam tak cukup tidur dan rehat. Maklumlah hubby aku plak keje shift malam 4 hari seminggu, tak sempat nak membantu menjaga abam. Ironinya aku dah mcm perempuan gila bile naik angin dengan abam, macamlah dia kisah aku naik anginkan..padan muke aku.

Jadi bagi mereka yang takde anak lagi enjoylah puas2 ya..heheheh..masa korang akan tiba nanti. Aku siap plan nak masukkan abam ke nursery tp sorang kawan aku nasihatkan tak pyhlah..sbb kebiasaan budak2 duk nursery selalu kena penyakit berjangkit. Erk..seram aku..Lagipun tak lama pun abam nak bermanja2 dengan aku, bila dia dah pandai main sendiri, aku harap aku ada byk masa tuk run balik bisnes aku..Hopefully.

Skang pc dah aku angkut ke living room tempat aku dengan abam tido..abam tido ganaz tak boleh tidur atas tilam bahaya..so berumah lah aku kat living room ni. Walaupun abam telah menyebabkan volcano dlm hidup aku meletup, tapi aku gembira Allah berikan aku bahagia dalam bentuk “sengsara”…hehehehe..

Abam masih minum dumex lagi, kebetulan pergi ke Carrefour Seksyen 20 tu price susu abam murah beberapa sen dari kedai biasa so sebatlah 1.5kg punya terus, tahanlah untuk setengah bulan. Since abam dah nak masuk 6 bulan tadi aku test bg biskut Heinz kat tangan dia,sedap jerk dia mamam biskut tu then melalak tak puas “main” dengan biskut tu…Faris Danial….you sangat2 menguji kesabaran mummy ok!

abam

 

Pumpkin Patch? Gulp..Telan Air Liur Banyak-Banyak

17hb hari tu Muhammad Faris Danial genap 3 bulan, so part paling best skang ialah melaram dengan baju2 comei yang diturunkan kepada dia dari abang2nya..heheheh..orang bagi aku sapu jerk janji barang masih elok dan boleh dipakai dengan penuh bergaya..Kelebihan jadi adik perempuan bongsu dan untung Faris Danial abang-abang dia mmg sentiasa di laram dengan pakaian branded2. Merasa gak lah.. :)

Tadi kami melepak di Subang Parade, tempat aku pernah keje lps SPM dulu..Plan nak tambah botol susu Faris Danial, si comei ni pakai botol susu pigeon kebetulan mmg tgh ada sales kat Parkson so terhegeh2 lah ke sana lps melantak Carl’s Junior. En. Hubby sengih jerk dpt makan burger kat situ sbb Shah Alam takde Carl’s Junior..huhuhu. Botol susu avent yang aku beli sebelum si kecik ni lahir memang tidak mendapat tempat di hati dia..cish!

Tujuan aku meleret kaki ke Parkson memang nak beli botol susu jerk..TETAPI..erk tersangkut kat bahagian pakaian gak..sume pun comei2, sib baik dpt baby boy kalau tau mau aku mkn nasi dengan garam jerk tiap2 bulan dok kerana sakan shopping baju baby girl yang memonopoli setiap bahagian pakaian kanak-kanak tidak kira brand apapun. Sebenarnya dalam minggu ni pun aku baru jerk cuci mata di kedai anakku..tersangkut jugalah beli baju tuk Faris Danial, tetapi sedia maklum kat Parkson ni baju kanak2 memang mendominasi mata ibu bapa..SANGAT BAHAYA!

Tersangkut juga membeli baju dan seluar kat babykiko..aku stop otak aku dari terus membeli dengan focus kepada botol susu jerk..Konon2 nak balik tiba2…oh!Tidak..Pumpkin Patch..Kenapa baju Pumpkin Patch ni comei2 sgt. (Faris Danial tengah pakai baju pumpkin patch gak masa tu dan aku assume baju tu membantu dia kelihatan awesome)hahahah..Belek2 tengok tag price..heheheh..en.hubby sengih jerk aku plak start telan air liur banyak2….Tersangkut juga membeli kononnya baju raya haji Faris Danial. Bile difikirkan last time aku membeli baju tuk diri sendiri dah lama sgt rasanya..(kecuali baju pregnant)..Keseronokkan membeli baju tuk Faris Danial lebih nikmat dari shopping tuk diri sendiri rupanya..Mummy kena keje kuat lagi sbb dah over budget ;)