Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Catz

Name : Catzer

Education : Degree In Chemical Engineering, UiTM Shah Alam

Profession : Part time blogger, fulltime Hamba Allah

Address : Shah Alam , Selangor

Marital Status : Single

Contact information : Boleh gunakan contact form

Facebook: http://www.facebook.com/catzer

Assalammualaikum W.B.T

Laman weblog ini telah diusahakan oleh Catz sejak 14 November 2006, selepas beliau tamat Latihan Industri dan seminggu selepas hari lahir beliau. Blog ini dibina semata-mata untuk menjadi diari maya yang menceritakan plot kehidupan beliau di muka bumi Allah ini.

Catz memulakan langkah pertama ke dunia blogging atas dasar ingin tahu dengan ilmu IT yang sememangnya tidak di ajar di aliran yang beliau ambil semasa di Universiti. Berbekalkan pengetahuan dari beberapa forum tempatan dan luar negara iaitu forum Tuahemas, Wangcyber, Carigold, Digital Point dan Warrior beliau membina dan merosakkan hampir 50 blog demi mendapatkan ilmu yang ketika itu terlalu mahal untuk dikongsikan oleh IM tempatan.

Perkenalan dengan beberapa IM tempatan seperti Yusri (pemilik Tuahemas), Kak G (galadriel) dan Alang semasa di forum Tuahemas telah mencetuskan keinginan beliau untuk serius mentelaah ilmu berkaitan dengan pemasaran internet. Malahan buat pertama kalinya pada tahun itu beliau bersungguh-sungguh mencari wang dari sumber internet untuk menyertai Kelas Adsense dan Affiliate Program Julai 2006 yang dianjurkan oleh Shuth (pemilik Wangcyber). Di seminar tersebut beliau berpeluang bertentang mata dan berdiskusi bersama K.G, Mysticmind (mysticdreamworks.com), Sunny Tan, Gobala, Kidino dan Shuth sendiri. Yuran RM297 itu dibayar 100% oleh duit dari internet dan bukannya ptptn. (Kepada nama yang tidak disebut sila maklumkan..nak tambah.hehehe)

Bertitik tolak dari kelas tersebut beliau mula mempelopori pasaran antarabangsa dalam pemasaran internet dan dengan perkongsian bijak bersama rakan niaga seperti Raimi, Amirol (amirol.com) dan Mie Planhoster. Malahan dengan kehadiran seorang rakan OKU, arwah Badruzamani dan Supian telah menambahkan lagi semangat untuk beliau terus melangkah tanpa berpaling lagi. Di dunia pemasaran internet beliau lebih kepada memperkasakan ilmu SEO dan di temani rakan-rakan yang juga berminat dalam SEO seperti Amirul Faisyal dan Carllys. Di dunia blogging beliau terus membangunkan rangkaian blog bersama-sama rakan blogging seperti Nuaeman, Hanep, Fakry,Mael, Bat, Amanz dan semua blogger Malaysia yang saling menyokong satu sama lain. Rumpun Blogger sememangnya sentiasa di ingatan blogger Malaysia.

Tahun 2008, beliau banyak menghabiskan masa mengumpul pengalaman dan pengetahuan dalam pemasaran internet bersama rakan niaga beliau semasa itu seorang IM dari Belgium. Namun dalam tahun yang sama beliau dikehendaki berehat dari dunia IM disebabkan oleh jangkitan peparu selama 6 bulan, namun itu sedikitpun tidak melemahkan beliau untuk terus bangkit semula dalam dunia IM. Sepanjang tempoh berehat beliau banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan “tembak” Anapiah, Raizil, William, Pointblank. etc2.

Kehadiran beliau di Gathering WC pada bulan Ogos 2008 membuktikan semangat beliau untuk bersama-sama rakan-rakan IM yang lain masih utuh.

Meskipun berada di dalam fasa pasif beliau turut serta memeriahkan lagi Webmaster Malaysia Gathering 2008 di Damansara di mana beliau berkesempatan berkenalan dengan ramai programmer Malaysia.

Pada tahun 2009 beliau mengorak langkah kearah matlamat membantu rakan niaga lain mengenali tentang blogging menggunakan WordPress, maka pada bulan March 2009 Bengkel WordPress menjadi medan dimana beliau berkongsi segala informasi berkaitan dengan blogging dan wordpress.

Sejajar dengan matlamat beliau untuk meneruskan kehidupan yang lebih bebas dari segi kewangan dan masa  sebelum berusia 35 tahun, beliau terus mencari sumber-sumber pendapatan yang halal dari masa ke semasa. Dalam masa yang sama beliau berharap untuk tidak melepaskan segala keseronokan meskipun sibuk menjana pendapatan dari internet. Beliau yang mempunyai hobi mengumpul die cast dan mengembara sentiasa berharap suatu hari nanti beliau mampu berdiri lebih tinggi dari apa yang ingin dicapai oleh beliau. Insya-Allah.

Gambar terkini, beberapa minit sebelum terbang bercuti-cuti Malaysia. :D

56 Responses to “Catz”

  1. MDZakri says:

    Weh, Jangan menyelubungi diri sendiri weh

  2. Hairul says:

    Hi catz……..

    Suka baca kisah ko ni, dari la ko kecil sampai la ko ni jadi besar macam skg ni…. :)

    Salam perkenalan.

  3. !x0r@ says:

    coolnya birthday sama dgn 7E. senang nk ingat.. hehe

  4. BAGAK says:

    Nasib lah baik kau tak jadi Boh%^#$^#…muhahahah

  5. Affuan says:

    Gila jahat. Sama cam aku dulu, pancitkan tayar member kaya. Hahaha.

  6. nuaeman says:

    laaa.. ko hawa kee… mati-mati ingat mat rempit mana sebelum ni.. :)

    Taknak beli paypal lagi..keh3

  7. lazaac says:

    assalamualaikum…. walaupun tag nyer newbie, tp website ni nampak smart…. mcm hebat giler… pape pun, minta tunjuk ajar k…. trimas… =)

  8. xmindfreakx says:

    aku cuma terpaut pada camera yang tersangkut di leher kau..ah…

  9. samdaddycool says:

    mmg catzer ni best! byk yang tersurat dan tersirat..

  10. cikyin says:

    adehh aku pun mati2 ingat kan ko mamat mane tah hahaha
    nway, really nice blog, 1st time melawat dan aku rasa cam best…
    ko kira cam pakar gak la ek (w/pun ko kata NEWBIE) still cam tere gak bg aku (ye la aku 38x lagik newbie dari ko) …

    kalo aku ade ape2 x paham pasal blog ni aku refer ko eh ;p

    slamat berkenalan sifu…

  11. Idea yang hebat ibarat biji benih yang lemah yang perlu di semai, di tanam, dibaja, disirami, dicahayakan dan sebagainya untuk menjadi pohon yang gagah, akar yang kuat, pohon yang rimbun (dapat meneduhkan orang lain) dan memberi buah yang manis tatkala dilontar dengan batu / kayu…

    Mengenali awak sesaat tadi membuatkan kenalanmu ini ingin mengenalimu lagi. Boleh ka? :)

  12. wan wma says:

    ku sangkakan catz itu lelaki…rupanya…

  13. paan says:

    kakak.heheheh.ko tua 2 tahun dari aku.semoga kita sama-sama berjaya mencapai hasrat kita untuk menjadi problogger.huhuhu.tq sebab lawat blog aku yang tidak seberapa tue.

    salam kejayaan.

  14. samdaddycool says:

    aritu masuk takde gambo? kan? baru letak ek?

  15. reezluv says:

    erm..baru la aku tau..hhee..thanks..:)

  16. wow! baru terfikir tuk baca ‘about catz’. menarik tul perjalanan hidup catz… Rasa bertuah tul ari tu kiter berpeluang tuk berbual ms Gath WC 2008 yg lepas. n tq bebanyak cos melawat blog saya tempoh ari :)

  17. hye.. catz. wat duit eh. hehe. daaa!

  18. Rjuna says:

    Pompuan rupanya ko catzer, aku mati2 ingat lelaki, salam perkenalan Rjuna=Jamil

  19. zariel says:

    ces ko ET…dh nk kawin ayat mcm nk ngorat catz je :P

  20. affuan says:

    weh, nanti sambut bday sesame yer. hahaha.

  21. emme says:

    ni wajah sebenar ke ni? :) sempoi je…

  22. catzer says:

    itulah wajah sebenar aku dlm pertengahan thn yg lps..kalau akhir thn ni berubah lah..warna rambut dah pudar, rambut pendek lagi..apa yg lain..entah..hehehe

  23. abdfatah says:

    apa yang lain..? umo dah meningkat maaaaa….

  24. huhu..mendapat segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan tapi hati masih tetap untuk menjadi sorang blogger tegar. mungkin kite same, kak catz. *nak letak jgk “kak” :D

  25. yuki says:

    Catz… giler best baca hasil tulisan kau. Rasa macam air sungai…teratur je pertuturan kau. Aku ni budak bahasa, jarang aku jumpa tulisan orang yang elok hala tujunya. Mungkin aku ni bukan seorang pro bahasa, tapi aku tau la sikit-sikit menilai yang mana bagusdan yang mana kureng…kudos untuk kau.

  26. ikoko says:

    aik.. ingatkan lelaki tadi.. huhu… rupanya hawa..

    hi catz.. :)

  27. abdfatah says:

    hang memang cute laa catz… lawo kiutnya…comel aaaaaaaaa….. hahahahahahaaaa

  28. j_hafiz says:

    menembak??? ape tu? paintball?

  29. surfaddict says:

    menembak tu erm..tembaklah..hehehe..photoshoot..

  30. nono says:

    salam catzer, jadi profession awak sekarang full time blogger ke? ke masih engineer? :) saja bertanya.. :)

  31. zan says:

    Wah panjang perjalanan cerita dan hidup catzer ye. Jika dilihat betul2 terdapat banyak pengajaran yang kita boleh ambil semua untuk menghadapi kehidupan seharaian dan keadaan luaran serta keadaan dalaman yang akan berlaku.

  32. bib_ak says:

    B) Tahniah!…
    anda juga bakal jadi gurukan! Ku doakan BWP (bengkel wordpress) dianugerahkan dgn rezki dan ilmu yang limpah ruah.
    Catz !…
    Apa-apa yang terasa dihati N perasaan kita yg sudah berlalu biarlah ianya menjadi sejarah. Redhakan dan ikhlaskannya, mudah-mudahan apa yang Catz rasa di sek. rendah itu satu kenangan sejarah yang membina diri Catz lebih berjiwa waja. Kalaulah Cikgu Catz masih ada, jika berketemunya beri salam Jika Cikgu anda sudah tiada Al- Fatihah untuknya. Bagi saya Guru perlu dihormati. Sebagai seorang pelajar pula, bagi saya walaupun guru saya semuda Catz saya tetap menghormatinya, ilmu ikhlas yang diberi oleh seseorang guru menjadi berkat kepada kita kerana kita patuh kpd adab belajar terhadap guru kita. Tq teacher….. Komen komen juga, jangan lupa join majlis ilmu BWP.

  33. baloot says:

    ahoy catzer,
    salam perkenalan..
    gud luck utk jadi problogger… :D

  34. Lutsinar says:

    Masa kecik- kecik tak ada ke Doremon bagi apa-apa alat untuk tidak dibuli?
    Moralnya tak ade ke?
    Biar saya tambah
    Zaman kita ni, duit menentukan pandangan dan darjat seseorang. Eh betul ke?

  35. ikram.hakimi says:

    wooo, aku nanges2 bace kesah ne~

  36. wanmus says:

    wahh catz..jiwang ko rupenye ek..hehe

  37. din says:

    satu pengalaman yang boleh dijadikan tauladan, peransang dan ebook (mungkin).

    dunia sering menganaktirikan orang tidak berharta sejak dulu lagi.

    kita kadang2 kena positif, setiap yang berlaku tentu adanya impak sebaliknya. terima kasih berkongsi cerita.

  38. NaS says:

    rasa mcm dah komen sblm ni… anyway here again. just nak bagi Salaam… great things you're working there. salam maju jaya!

  39. baloot says:

    why gambar catzer ni missing eh?
    dah reload byk kali.. :(

  40. MYus says:

    Ambo tumpang lalu, 1st jumpa Catz kat Gath WC, 2nd kat PWTC Talk PTS, 3rd kat BengkelWordpress, 4th ….. ? Memang cool person!

  41. sanrazak says:

    hi catzer…sedihnyer kisah hidop ko!…nages ak bace ngan gurl friend ak…huhu..salam perkenalan WC member…peace..

  42. Safiudin says:

    Terima kasih berkongsi rahsia. Catz aka Catzer? Apa maksudnya..

  43. ankarimz says:

    Semoga anda berjaya…

  44. shahrul says:

    Background engineering yek, jd blogger. Nk tuntut ilmu blogger la kat sini.

  45. abdfatah says:

    ko bila nak kahwin hah?

  46. en_me says:

    nice blog.. keep it up bebb

    salamm..

  47. mohd zaini says:

    Catz

    Kalau berminat IM boleh check my bro punya website (Zamri Nanyan). Good luck! Be Master IM

    Mohd Zaini Nanyan

  48. firdaus says:

    salam…
    nice blog n community….

Leave a Reply

CommentLuv badge