Kelmarin aku di datangi budak Pusat Tahfiz Amal, seperti biasa budak lelaki berumur lingkungan 12 tahun ini membawa Gel Herba, jualan berharga RM10. Sebenarnya byk dah isu pasal Pusat Tahfiz Amal ni, korang boleh baca disini:
Pusat Tahfiz Amal? Selling Posters?
Murid Tahfiz Disuruh Kumpul Dana
Setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing yang mungkin di buat berdasarkan pengalaman, penilaian dan juga persepsi masing-masing terhadap isu ini.
Bagi aku pula, kalau aku rasa nak beli aku akan beli, (depend pada barang yang depa jual gak). Tak kan lah aku nak kumpul Gel Herba tu sampai 50 botol? Ada kang aku yg jual kat korang sume nanti..hehehehe..Aku gunakan istilah beli berbanding derma kerana mereka dari program keusahawan pusat tahfiz tersebut..jadi ianya lebih kepada proses jual beli.
Barang yang aku paling malas nak beli ialah poster, sebabnya aku jenis yang tak suke menampal/menggantung barang2 mcm tu even kalendar kat umah pun ada satu kalendar kuda bersaiz paling mini itupun kawan aku dapat kat pasaraya hari-hari..percuma!
Aku cuma keliru, takde barang lain ke depa nak offer untuk jualan amal tersebut dan mengapa mesti “wajib” jualan berjumlah RM10? Ok, sejujurnya RM10 tu takdelah banyak sangat tp jika ianya perlu dilakukan dengan kerap at least seminggu sekali kita akan jumpa budak2 ni membuat jualan amal (kalau di shah alam ni aku jumpa hari2) jumlahnya RM40 dan aku pasti ramai yang sekadar mampu memberikan budak-budak ni duit minum atau makan. Hatta, bukan berlabelkan “kedekut” tetapi aku percaya kalau jumlahnya dikecilkan sedikit jumlah pungutan jualan amal ini lebih memberangsangkan.
Kita ambil contoh, warga OKU yang menjual tisu paling minimum setiap tisu itu boleh memberikan mereka pungutan sebanyak RM1. Malahan tisu adalah produk pakai buang yang sememangnya mempunyai tempoh kehidupan yang singkat dan pastinya setiap kali aku melepak kedai mamak aku akan beli tisu tu sbb mamak selalunya mmg kedekut bab tisu.
Ok, post aku kali ini bukan membincangkan isu kanak2 ini di ekploitasi atau tidak. Aku perlukan komen yang bernas senarai produk dan cara pemasaran yang lebih berkesan untuk pusat tahfiz ini terus hidup dan mampu membantu golongan yang memerlukan. Supaya 5 tahun dari sekarang mereka sudah tidak perlu melakukan jualan amal hingga sampai ke Sarawak dan Sabah. Aku tidak mahu kita berterusan memberikan mereka “ikan”, kita mahu mengajar mereka memancing/menebar jala/mentuba (hehehe) ikan supaya kehidupan mereka lebih baik. Supaya penerapan keusahawan itu dilakukan dengan cara yang lebih baik tanpa memerlukan mereka keluar dari kawasan sekolah.
Aku keliru sbb aku tidak pernah berada di sana, tidak pernah merasai apa yang mereka lakukan..







