Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Kaum Adam Suka Kaum Hawa Mengedik?

[tak tau nak letak image apa kat sini..]

Argh..sape yg tak tau mana gedik angkat tangan! Huh..korang memang gedik..keh keh keh

Beberapa bulan ini aku kerap bertemu dengan perempuan yg gedik2, ish..mulut aku ni jahat ke mengata kaum sendiri. Tp serius aku tak boleh tahan dengan perempuan yg perasan diri mereka cantik (ada gak yg mmg cantik), perasan sume org suke dengan perangai “manja” mereka (mmg ada yg suke especially lelaki) dan part paling tak boleh blah..perasan mereka bagus dari segala mende. Argh..Cam nak pelempang jerk!

Istilah gedik ini pertama kali aku dengar semasa aku duduk di asrama,maklumlah ramai senior kaum hawa yang dah akil baligh ni suke lah menunjukkan “kematangan” mereka di hadapan junior mcm aku ni yg pada masa itu belum akil baligh lagi. Aku yg sedia maklum golongan lampi skit ni masih tak fhm betul2 apakah maksud gedik ni, yerlah budak tak akil baligh kan blur2 jerk especially bile ada part menyulam ketupat. Namun yang peliknya senior kaum adam memang terkinja-kinja juga dengan kakak2 yg gedik ni. Argh..tahap itu aku mmg dah blur, adakah kaum adam memang suke kaum hawa mengedik?

Selepas aku mencapai tahap akil baligh barulah aku faham mengapa senior kaum hawa aku tu suke tergedik2, paling tak boleh blah kalau mengedik dengan kaum adam tu aku faham2 lah tp ni dengan kaum sendiri pun nak mengedik. Nak jerk aku terajang dek kerana geli dengan suara yg mengedik dan body language mereka. Tetapi aku takut gak kena “terajang” dengan warden hostel nanti kerana melakukan keganasan. :)

Hingga ke hari ini aku masih musykil tahap ketebalan muke golongan kaum hawa yang mengedik ni. Nak kata mereka ni bagus sangat aku rasa takderlah. Malah ada yg sekadar PERASAN BAGUS jerk tapi nak menang dalam sume perkara. Contohnya, bila ada kawan di opis yang beli handbag baru..Si Gedik ni akan merenyam sibuk nak membelek2 handbag baru kawan dia tu then akan ckp gini ” Oh..beg mcm ni banyak kat rumah I dah. X-Bf I beli,then bf i skang pun belikan juga. I tak minta pun tapi dia nak belikan juga. I minat yang lain, tapi org dah bagikan ambik jerklah..” Sambil buat senyum kambing dan mengedik2. (Ish!..geli aku buat dialog gini).

Simboliknya..perempuan gedik dijangkakan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka mau. Betul atau tidak..perhatikan sekeliling korang. Aku ada kenal sorang perempuan gedik ni yang nak berbaik dengan pak guard just sbb nak minta pak guard tu tolong tengok2 kan kereta dia kat parking. Tahap kepura-puraan yang aku rasa memang takde nilai diri. Tak salah nak baik dengan pak guard pun akupun baik gak sbb dah lalu lalang depan dia selalu tak kan nak menyombong kan..tp takderlah sampai ada SEBAB ko nak baik dengan org.

Perempuan Gedik…korang ni bikin malu kaum jerk lah..

Dating Dengan Super Junior

Sejurus pulang dari bumi Kelate soklan pertama dari roomate aku ialah pasal Konsert Super Junior pada 20 March yang akan di adakan di Stadium Bukit Jalil. Sejujurnya aku menantikan DBSK dan bukan Super Junior..hahahaha..

Tapi oklah, suju pun suju lah..

Bagi mereka yang nak pi tonton konsert tu nanti roger2 lah aku erk..setakat ni aku akan pergi dengan 3 org member aku yg mmg hardcore dengan artist korea ni. Pertama kali Suju datang ke Malaysia ialah pada tahun 2006 masa tu sebagai artist jemputan untuk konsert DBSK, 2nd konsert DBSK Suju takde but kali ni boleh di anggap sebagai 2nd Asia Tour bagi mereka.

Jom Beli Tiket Konsert Super Junior

Superjunior merupakan band boy yang mempunyai ahli paling ramai di dunia ni. Huh..tak hafal aku nama mereka sume. Pada mereka yg belum mengenali Superjunior bolehlah skodeng page Facebook mereka.

Facebook Super Junior

Seseorang ckp kat aku….Erm pompuan memanglah suke menghabiskan duit kat benda2 mcm ni..hahahhaha..no komen ;)

Sayangi Kepala Hotak Korang

Okies sempena tahun baru aku mendapatkan satu helmet baru untuk melindungi kepala hotak aku semasa merempit. Helmet ala-ala pemandu jet fighter ini sudah lama aku idamkan namun dek kerana koleksi helmet aku dah byk sangat jadi aku membantutkan niat aku. Namun dek kerana aku mengalami sedikit kebosanan masa tu aku pun mengambil peluang menebus kebosanan tu dengan mendapatkan helmet ni.

Helmet yg berat tak sampai 500gram ini akan aku gunakan untuk perjalanan slow motion pada jarak dekat sahaja ini kerana ianya mudah di pakai dan dibuka jadi takdelah kepala hotak aku melekat pada helmet sgt. Helmet lama aku ala-ala budak scooter tu tetap menjadi #1, so helmet jet fighter ni aku mmg gembira memilikinya sebab visor dia yg comei tu.Yg penting anti-scratch visor (conpem lah muke aku dulu scratch kalau tergolek ni)..hahahaha

Blog Widget by LinkWithin