Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

WordPress Dalam Bahasa Melayu

Sebenarnya ramai dah tau kewujudan wordpress dalam bahasa ibunda kita ni, namun tidak dapat aku nafikan kegatalan aku nak share gak dlm post kali ni. Bagi mereka yg english nya tidak sebagus mat salleh (contohnya aku) bolehlah dptkan WordPress versi melayu yg superb bahasanya mmg menggunakan melayu skema.

Korang boleh muat turun WordPress 2.9 versi Melayu ini disini:

http://ms.wordpress.org/

http://malaysia.wordpress.net/muatturun/

Jadi tidak ada alasan untuk korang tidak menggunakan WordPress hanya semata-mata sebab SPM english korang dpt 8.Wargh..lps ni susah lah Bengkel WordPress nak cari makan..keh keh keh..

Sebarang permasalahan teknikal bolehlah diajukan disini, jika aku rajin aku akan reply. TQ

Melangkah Lebih Jauh

Semalam aku borak dengan sorang geng yg keje gomen ni, dia tanya aku if aku dpt jadi PTD dulu aku akan terima tak? Jawapan jujur aku ialah TIDAK. Bukan aku menyombong tapi aku tak nampak masa depan aku apabila melakukan sesuatu yg aku tak berapa minat dan confirm aku tak happy punya. So untuk melangkah lebih jauh kengkadang kita memang perlu bersusah lebih dari kebiasaannya.

Sempena tahun 2010 yg akan tiba ni aku nekad untuk kerap update blog tp dengan penulisan yg lebih serba ringkas sbb kajian menunjukkan korang mmg “tak cukup masa” nak baca penulisan blog yang panjang-panjang.

Aku ingat mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca dan kaki komen blog ni yg sentiasa membantu memberikan aku sumber inspirasi dalam penulisan tidak kira secara kebetulan atau tidak. Demi melangkah lebih jauh aku beli sepasang kasut baru bulan ni, sebenarnya plan nak beli sepasang kasut lagi huh..tp takperlah memandangkan sepasang lagi tu in progress aku share picture kasut yg akan aku lenjan untuk short distance walk..kasut ni tak best pakai untuk long distance walk..keras..hehehehe

Review 2009 Ada Berani?

goodbye 2009

Hehehe…dah lama aku takde idea dan baru hari ni aku terfikir nak betul2 published post yg aku tulis kali ni. Kebiasaannya post aku hanya bersifat separuh matang..heheheh

Oklah bersempena hujung tahun ni tak byk perkara yg dpt aku capai meskipun list aku panjang sejak awal thn lagi. Sebenarnya boleh dikatakan dr 10 agenda hanya 2-3 sahaja yg berjln sepenuhnya. Takpelah thn 2009 dah nak berlalu start awal bulan hari tu aku dah open buku baru.

Permulaan tahun, bermula Januari hingga April aku memulakan langkah pada thn 2009 dengan kesibukan exam PTD dan juga bengkel wordpress. Dalam masa yang sama warga blogger dan IM malaysia kehilangan seorang rakan perjuangan yang amat disegani iaitu bro zamani. Dalam tempoh ini jugalah aku semakin mesra dengan Facebook dan mengurangkan aktiviti blogging aku.

Di pertengahan tahun bermula Mei hingga Ogos, aku mengalami masalah kesihatan seperti biasa dah dikala ini jugalah H1N1 sgt glamer malahan virus YM pun boleh tahan juga. Kesibukan mengurus bengkel wordpress tetap terasa malahan masalah umah semakin runcing pada pertengahan bulan ini menyebabkan aku perlu berada dalam suatu keadaan yang memungkinkan aku “membunuh” tuan rumah tu.

Penghujung tahun bermula Sept hingga Dec, memberikan aku banyak ruang untuk mempelopori beberapa ilmu perniagaan yang lain dan memberikan aku pendedahan baru dengan kenalan yg rata-rata mempunyai latar belakang perniagaan yang agak membanggakan. Penghujung tahun juga banyak memberikan aku masa untuk berehat-rehat bersama keluarga dan facebook. Dan pada penghujung thn ini kami sekeluarga kehilangan nenek yg pulang ke rahmatullah pada 12.30 pm 11 Dec yang lepas.

Dec ini sebenarnya aku memang tidak cukup rehat memandangkan hujung tahun banyak perkara yang perlu aku kemas, tutup dan mula merangka untuk tahun depan. Di tambah dengan extra keje yang diberikan oleh sibling aku maka aku tak berkesempatan untuk menghabiskan Dec ini dengan rehat2 sambil layan anime.

Kesimpulannya meskipun tidak sampai 30% apa yg aku plan untuk thn ni berlaku, namun aku seronok kerana 70% lagi ialah penambahbaikkan yg tidak aku sangka. Malahan aku merasakan 70% ini lebih mengancam dari 30% tersebut..heheheh..so Allah lebih tau apa yg lebih baik untuk aku di masa hadapan.

Untuk 2010, aku telah merangka yg terbaik untukmu…(chewah!)

Blog Widget by LinkWithin