Sebenarnya aku byk mendapat soalan bagaimana aku mengekalkan pembaca blog ini sedangkan tahap kemalasan aku mengupdate blog ini korang sudah sedia maklum. Ada yg dah sampai tahap menyampah menunggu aku mengupdate blog ni. Bukan lah aku malas atau penat..tp minda aku kadang2 tersekat dek kerana terlalu byk benda yg kononnya aku nak share tp hampeh tak dpt aku kongsikan dengan penulisan sengal aku di blog ini. Ianya berpunca dari sifat kesempurnaan yang menyebabkan aku rasa penulisan aku bagaikan irama tanpa lagu..jadi post2 yg konon mcm bagus tu tersimpan sebagai draft.
Kali ini dek kerana aku bosan untuk menjawap soalan yg sama jom lah aku share ngan korang tips untuk menghalau pembaca blog. Sebenarnya ramai yg akan ckp apa kebangangnya si Catzer ni nak menyuruh org menghalau pembaca blog,patutnya sharelah tips mendapatkan pembaca blog yang tegar..Jawapan aku mudah..Nak baca teruskan membaca..tak mo sudah..boleh blah.. (ini tips menghalau pembaca blog gak ni).
Sebenarnya kita perlu tau mengapa pembaca jarang habis baca post blog kita. Aku berani cakap korang sendiri pun mungkin tak baca habispun post aku ni dan terus komen..paling best korang tutup terus blog ni..Bagus itu menunjukkan tanpa tips post ni dah boleh bikin org berambus dr blog aku secepat mungkin..hehehehe
Baiklah..tips aku paling senang nak bagi orang bosan dan cepat blah dr blog aku ni ialah dengan menulis benda yg paling tak menarik dimata aku sendiri. Aku tau post tu tak hape2..tp dek kerana time aku tulis tu minda akupun tgh tingtong so aku post gak..kesannya org nak baca perenggan pertama pun tak mo terus blah..so..sukses!
Tips seterusnya ialah dalam tempoh seminggu aku dok buat post pasal bengkel wordpress aku jerk..Confirm korang akan ckp..Catzer sengal, tak habis2 promote bengkel wordpress dia..mcm bagus jerk!..So confirm tips aku ni berkesan kalau korang ada produk sendiri/affiliate..cubalah promote produk yg sama dalam tempoh seminggu di blog korang..Confirm awal2 org tgk title pun dah cabut. Tahniah..sukses lagi..
Tips paling sempoi ialah..tempek iklan di merata2 bahagian blog korang..kalau boleh banner tu lebih byk dr post korang. Lebih bagus lagi, kat sidebar tu sepenuh2nya, then buatlah post barang sekerat dua. Aku berani potong kuku pembaca blog akan terpingga2 sambil menggaru kepala “Ni blog ke atau portal iklan” dan percayalah besar kemungkinan pembaca blog tu nak dtg balik blog korang mmg superb tipis..Huh..Sukses!
Sebenarnya disebalik tips2 ini korang boleh rungkaikan lagi tips2 yang lain. Pada aku mendapatkan pembaca blog tidaklah sesukar mana kalau korang tau apa yg korang ingin kongsikan. Untuk blog peribadi sesiapa juga berhak merakah yg kebukan2 kerana ianya lebih rational sebegitu. Jika korang ingin membaca penulisan yang lebih serius berkaitan pemasaran internet boleh ke blog manual newbie aku. Ya..pelik..Kadang kala aku sendiri dpt merasakan menjadi blogger ini memang unik korang mampu mempunyai identiti berbeza secara maya..Seronok!






