Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Koleksi Kreko dan Arena Untuk Dijual!

Huh..tetiba jerk aku menjual dlm blog cam pelik banget ni kan. Oklah sempena merdeka ini aku ngan kawan2 selamat dalam perjuangan kami menentang tuan umah si kuku besi. So kami telah selamat berpindah ke rumah sewa yang lain yang nampaknya pada situasi selamat dan terkawal. Ini adalah post pertama di rumah baru dan sebenarnya kami tak sempat nak buat garage sales dan byk barang-barang terpaksa kami “sedekah” kepada Alam Flora.

Namun ada sesetengah barang yang mempunyai sentimen value yang tinggi dan kami berharap ada diantara pembaca blog yang turut mempunyai sentimen yang sama.. Pelik tapi benar kali ini penulisan aku menggunakan “kami” kerana harta tersebut bukan lah milik aku seorang.

Kreko dan Arena, komik remaja yang digilai oleh aku terpaksa dijual demi memastikan ianya tidak disumbangkan ke Alam Flora. Ini kerana komik remaja yang mempunyai peminatnya tersendiri memang susah untuk di dapatkan dari kedai-kedai majalah kerana permintaan yang tinggi. Mungkin pelik mengapa aku sanggup “mengucapkan selamat tinggal” kepada koleksi Kreko dan Arena ini.

Sebab utama ialah keluasan rumah yang 50% jauh lebih kecil dari rumah terdahulu tidak memungkinkan aku menyimpan pelbagai barang sentimen tanpa di terajang oleh housemate yang lain. Sebab lain-lain pula terlalu panjang untuk dituliskan dan boleh menyebabkan ianya dipanggil alasan untuk menjual. Yang penting aku ingin menjualnya pada mereka yang betul-betul ingin melengkapkan koleksi kreko dan Arena mereka. (Ikutkan memang nak bawak balik kampung tapi for sure kena fire ngan mak aku sbb bawak balik “sampah”. Dah kena warning!).

Koleksi ini bukan koleksi penuh dari awal hingga terkini..Ini kerana ada beberapa koleksi terdahulu sudah pun di simpan di dalam peti besi dan bukan untuk di jual.Dan..Tidak semua jilid ada kerana kadang kala kreko atau arena ni dibeli semasa aku dikampung jadi for sure aku akan simpan di rumah. Namun koleksi tidak lengkap ini adalah jilid pada tahun 2007-2009.

Ini merupakan koleksi bagi tahun 2007.

Koleksi tahun 2007-2009. Ada beberapa yang takde tu tak dapek lah nak tolong..hehehe

Harga jualan koleksi kreko dan arena ialah RM2 sebuah dan RM5 bagi 3 buah kreko. COD area Shah Alam atau Puchong, area lain kos penghantaran bergantung kepada berapa jumlah buku yg korang beli. Preferable COD. Nampak sgt betapa malas aku nak pi pos office..hehe..Korang boleh contact aku melalui email catz (at) catzer.com.

Bile aku susun cantik2 gitu mcm syg nak jual..tp aku perlu lepaskan gak koleksi ni sbb dah terlalu banyak benda sentimen yang aku simpan..hahahaha




5 Perkara Terbaik Yang Korang Ada

the best

Oklah post aku kali ini hanyalah berkisarkan apa yang korang rasa bersyukur sangat kerana memilikinya..Tak kisahlah kalau perkara tersebut ialah berkawin dengan pasangan korang sekarang, membeli sepasang kasut, memiliki kucing yang comei atau apa sahaja..Yang penting hanya lima perkara sahaja..Aku harap lepas korang habis baca post ni bolehlah korang response 5 perkara tersebut sama ada di dalam komen ataupun di blog korang sendiri. Memandangkan aku terfikirkan 5 perkara ini, aku nak sharekan dengan korang.

Yang pertama: Memiliki Ibu bapa dan keluarga yang memahami aku seadanya.

Aku rasa aku tak pyh nak panjang lebar cite pasal family aku sbb kalau korang yg biasa baca blog aku ni dah labelkan aku mcm2..anak abah lah..anak emak lah..adik manjalah..ibu ayam lah...

Yang kedua: Memiliki sahabat semasa susah dan senang.

Selain dari family aku sangat2 bersyukur memiliki kawan yang tak boleh tido lena bila berlaku sesuatu pada aku. Thanks..koranglah sahabat aku dunia akhirat..sape yang di panggil sahabat tu..korang sendiri sedar kedudukan korang dalam kehidupan seharian aku..tak pyh nak tulis nama satu2.

Yang ke tiga: Memiliki laptop dell

Ya..tanpa laptop ni mungkin aku akan down gile sbb takde keje lain yg boleh aku layan melainkan keje bersama si Dell ni. Namapun blogger..tak kan aku nak duduk kat CC sampai 4 pagi..aje kena tendang ngan owner cc tu kang.

Yang ke empat: Memiliki Kesihatan

Ya..aku bersyukur sangat kerana di saat aku menulis post ini aku tak rasa kesakitan yang teruk melainkan sakit perut biasa sahaja.Takziah kepada mereka yang baru kehilangan seseorang yang mereka kenali, (Al-fatihah buat arwah Ustaz Asri)

Yang ke lima: Memiliki Blog Ini

Huh..bestkan..blog ni adalah platform aku berkomunikasi dengan kenalan baru dan lama..Malahan orang yg tak pernah aku kenal pun membaca post ini (mungkin). Ketika aku dok layan spongebob sorang2 di rumah..aku ketawa sendiri membaca komen2 korang kat post2 aku terdahulu..Terbaik..Ya..Terbaik!

Blog Widget by LinkWithin