
Semalam masa aku kuar lunch aku beratur bersama-sama dengan seorang brother ni untuk kauk nasi ke pinggan sambil itu aku menjawap panggilan seorang rakan yang bertanyakan tentang wordpress. Ketika mata kami bertentangan, aku terus tersenyum dan bro ini juga membalas. Ketika di kaunter untuk membayar makanan, sekali lagi mata kami bertentangan dan aku lemparkan senyuman dan dia sekali lagi membalas. Ok..ini bukan adegan gatal aku dengan lelaki yang sebaya dengan pakcik aku..
Apa yang aku rasakan betapa bagusnya membalas senyuman yang orang berikan. Mahal sangat ke senyuman korang? Dulu, masa kali pertama aku berhijrah ke bandar aku tak kisah orang tak balas senyuman akupun takpe janji aku kekalkan senyuman pada orang itu. Namun setelah beberapa tahun, aku limitkan untuk senyum pada orang yang sama tiga kali sahaja ini kerana aku tak mau orang tu ingat aku dalam percubaan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik pada dia. Lagipun sejak aku accident dan tulang rahang muka aku retak, aku terbiasa tidak senyum kerana setahun muka aku rasa sengal kalau mengukir senyuman. Namun aku jarang sekali tidak membalas senyuman orang pada aku. Terima kasih kerana bersedekah pada aku..Tidak kisah senyuman manis atau ada bau-bau kerang, aku tetap gembira kerana senyuman mereka ibarat doa untuk membuatkan hidup aku bahagia pada hari itu.
Jadi, aku amat menyarankan kepada rakan-rakan yang membaca blog aku ni..jom buat orang tersenyum!
Bukan susah pun nak buat orang tersenyum kalau kita memang jenis yang memberikan senyuman. Sejujurnya aku boleh kira berapa kali aku bertegur sapa dengan jiran-jiran yang kurang mesra alam di kawasan umah aku ni. Namun setiap kali bertembung kami akan mengukir senyuman..tak kira lah senyuman tu ikhlas ke tidak. Malahan aku juga tidak pernah kenal mereka yang makan semeja dengan aku di kedai makan tu..namun..aku tetap tersenyum. Aku harap dengan senyuman aku ini akan membuatkan hidup mereka lebih baik. Ya..senyuman itu satu sedekah!
Mungkin ramai ckp “Ko bolehlah catzer, peramah tak bertempat!”.
Sebenarnya takde undang-undang yang mengatakan kita tidak boleh senyum atau membalas senyuman orang yang tidak dikenali.
Oklah..kalau korang memang jenis sengal yang kedekut gile nak mampos dengan senyuman korang tu..apa kata gunakan icon senyum dalam kehidupan korang. Di YM ada icon senyum, dalam sms ada icon senyum, mms picture senyum, email perkara yang membolehkan orang senyum, takpun korang boleh buat mcm dlm video ni :)
Aku rasa laki ni sgt cool..Erm ok beb..aku nak sambung buat keje aku..malam ni aku akan ke Besut untuk bengkel wordpress di sana. Sesiapa yang mahu belanja aku makan2 disana bolehlah pada hari Ahad aku di KB..hahaha..korang belanja tau..bukan aku! Doakan keselamatan pergi dan pulang aku..Amin.









