Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Rejab adalah bulan Allah?

Aku dah tak tau camne nak minta maaf dekat kengkawan dan ramai lagi kenalan kerana kesibukan yang disengajakan. Sebenarnya aku takdelah sibuk sgt buktinya aku still ada masa untuk tidur dengan lena, cuma aku berehat sekejap untuk 2 minggu ini kerana membuat sedikit refreshment dan kerana sedikit “frust” terhadap beberapa plan yang kurang menjadi termasuklah isu peribadi yang tak dapat nak dikongsikan disini.

Alhamdulillah ada beberapa perkara yang aku listkan disini, berjaya aku lakukan dan ada yg perlu aku cancelkan kerana tak dapat nak catch up:

1. Update blog min seminggu sekali alhamdulillah boleh dikatakan 70% berjaya!

2. Bengkel WordPress pada 13 Jun 2009 di Ampang jujur tak puas hati sbb lokasi..sadis

3. Satu report free “mungkin” akan di keluarkan report dah siap tp malas nak published..sbbnya..Malas

4. Tambahkan simpanan di ASB Dapatlah tambah sekeping dua cukup buat aku tersenyum sendiri.

5. Beli handphone cikai dan ambil no best kat kawan aku Beli phone nokia 1661 dan pakai no celcom billing. Thanks bos

6. Buat passport (kalau rajin) – masih dalam pertimbangan sbb aku tak dpt nak follow geng ke oversea kerana kena settlekan hal peribadi.. –> mungkin no 6 ni aku gantikan dengan “pindah rumah

7. Balik Johor untuk jumpa geng-geng pada 28 Jun –> in progress tiketpun tak beli lagi

8. Renew lesen memandu dan pi hantar motor servis cun,motor aku mantap meter naik 100km/hr pun rileks jerk bunyi enjin, aku renew lesen untuk 2 tahun..Yeah..luput thn 2011.

9. Simpan duit untuk ke Kelantan,Nurul kawen 18 July Dah simpan tp takut tak cukup..erm duit minyak,tol,mkn..etc

10. Wish Hari bapa

11. Puasa bulan Rejab

So..disini ada tambahan 3 perkara penting dalam hidup aku bulan ini..iaitu pindah rumah, Hari bapa dan puasa bulan Rejab. Pindah umah officially pada hujung bulan 8 tapi packing barang perlu dilakukan dari sekarang. Ya, aku tak boleh tahan dengan keadaan rumah sekarang. So kalau ada iklan untuk rumah aku duduk sekarang better korang jgn layan. Owner rumah teruk, tak mo pulang deposit dan tak mo repair rumah. Lokasi umah baru aku adalah RAHSIA!

Hari Bapa..Atau Hari Abah..Aku wish pada pukul 11pm hari Ahad yang lepas. Abah dah tido, tp mak kejutkan juga sbb biasalah aku mmg begitu..hehehe..erm sebenarnya abah tunggu sejak mlm hari sabtu untuk menerima panggilan dari kami..Tp takde malaun yg wish sehinggalah awal pagi ahad..Aku menerima call dr kakak peringatan tentang call abah..Aku call abah dengan nada muke tak malu..wish lambat. Abah mamai sambil tergelak kecil dengan gurauan aku di telefon. “Abah nak apa?” Abah tergelak..tak tau nak jawap apa..sbb selama hidup abah mmg tak pernah meminta apa2 dr segi material dari aku..But aku ada suprise utk Abah..Ya, seminggu aku mengodek mencari “sesuatu” untuk abah. Harap abah suke..arghh..tak suke..pun kena buat2 suke.

Bulan Rejab..Adapun berpuasa di bulan rejab hukumnya sunnat sebagaimana yg difatwakan oleh Syeikh Atiyyah Saqr kerana ia termasuk di dalam bulan2 haram dan ada hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Umamah AlBahili tentang puasa tersebut..Jom..pose…

Adapun berpuasa di bulan rejab hukumnya sunnat sebagaimana yg difatwakan oleh Syeikh Atiyyah Saqr kerana ia termasuk di dalam bulan2 haram dan ada hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Umamah AlBahili tentang puasa tersebut.

Melompat Lebih Tinggi

Erm ok aku bukan nak main teng teng hari ini tp bulan ni hampir 90% target dicapai sama ada dengan jayanya atau kurang berjaya..hehe..apapun apabila kita gagal tu maksudnya kita bersedia untuk melompat lebih tinggi..toing toing.

Hari ni birthday some one yang penting dalam hidup aku, selamat hari lahir buat dia dan semoga dia akan berbahagia selalu tidak kira dimana dan dengan siapa. Walaupun aku ni jenis yang “blur” namun aku tetap ingat birthday dia. hehehe..Makan kek nanti ingatlah aku..

Sebenarnya ada beberapa perkara yang kadang kala buat kita fikir sama ada nak lepaskan atau tidak. Contohnya ramai yang bertanyakan pasal kenapa aku stop bengkel wordpress di kawasan Selangor/KL. Area dimana piranha-piranha berada, dan jawapan aku senang jerk..Sebenarnya bengkel wordpress ni niat aku nak membantu rakan-rakan niaga yang lain dan hakikatnya aku sendiri pun ada kehidupan blogging sendiri yang perlu aku berikan perhatian. Hatta wordpress dah kuar 2.8 ni pun aku tak sempat nak mengodek lagi. So, aku akan explore race lagi WordPress dan Insya-Allah jika berpeluang aku akan buat bengkel wordpress yang lebih web 2.0..hahaha

Bulan Jun ni byk dugaan menimpa aku dan sama rata dengan nikmat lain yang Allah berikan, dalam diam tak diam aku berjaya tempuhi nya meskipun ada perasaan sebak dan hiba yang masih tertinggal. Ya, Allah menduga umatnya itulah tanda kasih-Nya..Jadi aku panjatkan doa semoga aku menjadi seorang yang lebih tabah dan iman aku semakin teguh..Insya-Allah.

Aku suka bulan Jun sbb ianya pertengahan tahun yang memberikan aku ruang untuk berdiskusi dengan diri aku sendiri. Menilai semula segala aktiviti yang aku lakukan dan merombak semula mengikut keperluan 6 bulan akan datang. Maklumlah aku ni kan market local jerk mcm ada salah seorang “otai IM” melabelkan aku. Aku tersenyum lebar apabila “otai IM” ni membuat spekulasi sendiri dan terima kasih kerana kecetekan pengalaman dan pengetahuan dia menjadi kan aku tergelak sepanjang hari itu. Mungkin dia sudah “market” kan diri ke peringkat antarabangsa..Ya..Tahniah..

Pada aku dimana juga kita mencari rezeki tidak kisah banyak atau sikit yang penting ialah sumber tersebut halal dan berkat. Takde isu siapa yg terbaik atau terkaya yg penting..kalau ada rezeki tu pepandailah nak byr zakat nanti.

Aja Aja Fighting!

Bulan lepas aku sedikit sibuk dengan beberapa urusan kehidupan yang tertangguh,aku ingatkan bulan ni dapatlah aku berehat dengan gembiranya rupanya tidak. Dalam diam2 bulan ni berlalu dengan cepat sungguh tak sempat aku nak bernafas lega pun malahan tidur makan sume tertonggeng. Tetapi bab tido aku tak dapat nafikan jika diberikan pilihan untuk mkn atau tido..Yosh aku rela TIDO.

Baiklah untuk pengetahuan korang, Bengkel WordPress aku pada 13 Jun ini merupakan Bengkel WordPress terakhir bagi tahun ini di area KL/Selangor. So, Alhamdulillah semoga segalanya berjalan dengan lancar dan Insya-Allah mungkin pada tahun hadapan aku akan buat come back untuk Bengkel tersebut.

Dalam kesibukan belajar coding-coding baru untuk kedai online menggunakan WordPress, aku juga berkesempatan mengupdate blog aku kecuali blog ini. Ampun..aku punya skill penulisan semakin hampeh dan seperti aku perlukan suntikan baru untuk menghasilkan apa2 jenis penulisan di dalam bahasa Melayu. Kononnya dalam bahasa English aku ni bagus sgt lah..hahahahah

Ini adalah plan tindakan aku pada bulan ini:

1. Update blog min seminggu sekali

2. Bengkel WordPress pada 13 Jun 2009 di Ampang

3. Satu report free “mungkin” akan di keluarkan

4. Tambahkan simpanan di ASB

5. Beli handphone cikai dan ambil no best kat kawan aku

6. Buat passport (kalau rajin)

7. Balik Johor untuk jumpa geng-geng pada 28 Jun

8. Renew lesen memandu dan pi hantar motor servis

9. Simpan duit untuk ke Kelantan,Nurul kawen 18 July

Rasanya aku dah menggabungkan pelan tindakan keje dan peribadi.Argh suke hati aku lah.

Blog Widget by LinkWithin