Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Nyah Kau Trojan YM!

Seharian aku mengodek lappy aku demi menyelamatkan dia dari serangan Trojan Fake Alert yang mengganggu fungsi YM. Sabo jerk lah aku start semalam tetiba ramai tanya pesal aku buzz diaorg hakikatnya semlm aku hanya lepak ngan geng2 di Pakli Kopitiam dan juga melawat seorang rakan yg kena Dengue di SJMC. Rupanya si durjana Trojan ini lah yang menggunakan identiti aku tanpa kebenaran bagi menyebarkan link affiliate produk CPA. Hampeh ko Acai Berry!

So hari ni aku dengan bantuan Eizil membuat percubaan menghapuskan trojan ini. Hari ni kena aku sebijik..”Itulah kita tak boleh fanatik sgt dengan apa-apa jenis anti virus pun”. Hampeh ko eizil terkena aku hari ini. Even aku pakai Kaspersky Internet Security malware ini nampaknya lebih genius menyerang melalui rangkaian rakan-rakan yang mungkin kita tidak sedari..

Ok..ok..disini aku kongsikan percubaan menghapuskan trojan tersebut yg pada aku mungkin berjaya sbb tak sampai 24 jam lagi dan tadi aku offline pun aku tanya kengkawan mereka tak terima sebarang buzz..so aku rasa percubaan tersebut still dalam beta.hehehe

Step 1: Tutup YM korang kerana jika korang tak tutup malware ini akan run dalam sistem computer korang..so logout YM sekarang juga. Ini rupa YM aku apabila dia “tido”

Step 2: Kita perlukan anti-malware application, so boleh download trial anti-malware disini:

ANTI MALWARE – PILIH TRIAL

Step 3: Selepas proses installation, pastikan korang check for update dulu dan lakukan “Quick Scan”. So disini anti-malware akan mengesal Trojan FakeAlert di bahagian Registry Keys.

Step 4: Selepas proses quick scan selesai korang pilih File infected tu dan delete.

Contoh log selepas saya siap scan anti-malware:

Step 5: Aku tak pasti step ni penting ke tak tp aku buat juga demi memastikan infected file yg lain di nyahkan dr lappy aku. So aku download ad-aware untuk memansuhkan sebarang spyware. Download link:

AD AWARE FREE

Step 6: Selepas selesai menginstall Ad Aware kita dikehendaki “restart”, selepas restart klik web updated bg mendapatkan maklumat spyware terkini danĀ  kemudian klik pada “scan system”.

Selepas proses scan selesai bolehlah korang login kembali YM seperti biasa. Aku dah tanya kengkawan dalam senarai YM aku ada terima tak buzz lagi masa aku offline tadi, mereka ckp takde..so sejak 6 jam ini tiada sebarang masalah..So ini hanyalah percubaan beta dan digunakan pada lappy menggunakan OS Vista.

Selepas tu aku syorkan korang buat full scan untuk anti-malware dan anti spyware. Good luck.

Berapa Kos Untuk Demam?

Ya..aku tau korang rindu kat aku kan..erm hampir 2 minggu tanpa post baru mesti membuatkan traffic ke blog ini merundum..tetapi..hahaha..tak sangka plak ramai yg jenguk gak. Ni nak kerek skit ni. Honestly aku masih tak sihat lagi ketika post ini di tulis, sakit tekak dan selesema masih menemani aku dengan penuh setia. Terima kasih virus dan bakteria even aku tak apply untuk bersama-sama korang.

Kronologi demam aku bermula pada hari ahad minggu lepas sejurus pulang dari kenduri di Perak, tekak aku mula sakit dan aku mula merasakan kelainan terhadap otot2 saraf aku..sedikit kejang. So, dengan perasaan gundah gelana dengan symptom H1N1 aku mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dr Klinik Nik Ishak di Seksyen 19 pada hari isnin lepas. Aku perlu menunggu 30 minit, jumpa doktor 3 minit dan di charge RM73 untuk sepapan antibiotik,ubat tahan sakit, lozanges dan ubat kumur. TERKEJUT aku! Wow..tingginya charge untuk mendapatkan rawatan pra-demam. Namun kerana takutkan pelbagai jenis bakteria dan virus yang menyerang Malaysia dan dunia baru-baru ini. Aku tabahkan hati mengorbankan RM73 itu. Last time aku demam paling tinggi aku byr RM72 sekali dengan suntikan.

Hari berlalu begitu indah sekali namun demam aku makin menjadi2,jadi pada hari sabtu bersamaan 16 May aku diheret ke klinik yg biasa aku pergi masa belajar dulu di Seksyen 7. Menunggu tidak lama kerana tidak ramai org jadi dengan sedikit kajian dr ubat yg pernah aku makan sejak dulu plus RM66 aku balik dengan sepapan antibiotik, 2 papan ubat selesema, ubat batuk, lozenges dan ubat yg kegunaannya masih aku ragukan..iaitu ubat hidung..erk.

Wow..post kali ni penuh kronologi demam aku…hehehhe..erm so hari ni aku rasa lebih ok lepas mengorbankan RM139 dan mungkin akan bertambah lagi jika aku mengadu mengalami masalah nak tido malam kerana batuk dan selesema. So, aku dah ready dengan sebotol ubat batuk before tido..

Aku sebenarnya tertanya berapa kos perubatan demam biasa di klinik yg biasa korang pergi..ok aku tahu mungkin korang ada klinik panel dan sebagainya tp mengetahui kos perubatan adalah WAJIB kerana perubahan charge sgt ketara dan pada aku membebankan rakyat di saat kegawatan ekonomi skang. Korang semua sedia maklum “bandaraya” Shah Alam ni baru jerk nak bina Hospital. Sekadar ada klinik komuniti yg baru dibina beberapa tahun lepas dan beroperasi opis hour aku merasakan keperluan masyarakat langsung tidak terbela. Aku bukan kedekut duit sgt tp “keperluan kesihatan” adalah WAJIB!

Aku bukan mahu provokasi soal politik tolong jgn komen melibatkan politik aku sekadar mahu tau berapa korang belanjakan untuk kos demam biasa. Ini kerana aku merasakan jumlah yang aku bayar tak setanding dengan kualiti rawatan yang aku terima..Maaf para doktor, aku tidak berniat memperlekehkan bidang keje korang tetapi sebagai rakyat biasa aku mahukan jawapan.

Ada vote yang menarik di blog 1malaysia:

So, aku awal2 lagi sudah vote..kebetulan kena dengan situasi aku skang..Korang pula mcm mana?

Aku Benci Kakak Aku Bila…

Huh,post kali ni berkisar tentang hubungan mesra alam aku ngan kakak aku. Oklah aku ada 3 orang kakak dan harap maaf mereka sume sudah tukar title menjadi golongan ibu-ibu. Aku rapat dengan kakak aku, K.Anna (mummy pada Sally) sebab dia duduk berdekatan dengan aku.Ya..dia dok di Puchong huh dekat ngan Shah Alam..pada dia dekat lah tp kalau aku merempit ada kebas buntut aku nak sampai umah dia tu.

Namun disebalik kemesraan alam kami sebagai adik beradik aku paling benci dia jugalah..Ini kerana kakak aku ni mempunyai sifat yang agak mulia ingin berkongsi banyak perkara bersama adik kesayangan dia ni. Namun..Aku rasa paling benci gila-gila kat dia minggu ini. Ini kerana masa aku dok syok lepak2 depan laptop sambil layan2 menyembang dengan kawan aku menggunakan Skype tiba-tiba dia call. Tanpa salam dia mengeluarkan suara ala-ala filem seram..”Adik, ada orang bunuh diri dekat apartment aku terjun dari tingkat 9..bla…bla..bla….” Maka pada malam itu dengan rasminya aku ketakutan. Dia dengan selamba gelak kerana gembira dapat berkongsi ketakutan bersama-sama aku. Hampeh punya kakak. Sib baik umah dia jauh, seyes kalau dia dok dekat aku berani datang dan spinkick kepala hotak dia tu..Biar normal skit.

Korang mesti fikir kurang ajar punya catzer ni tak respek kakak sendiri..hahahahah..aku setakat ni cubit dia pun tak pernah tak kan aku nak spinkick plak kan. Dia 7 tahun lebih tua dari aku tp size dia XS dari aku jadi aku nak belasah dia pun kesian kang terlantar kat ICU menyusahkan aku nak kena jaga anak dia plak. But tidak dpt dinafikan kebencian terhadap saudara sedarah sedaging mmg wujud sama ada dulu, sekarang atau pada masa hadapan.

Disini aku membenci kakak aku bile dia sibuk nak kongsi “ketakutan” dia tu, sememangnya dari kecil lagi dia mmg mcm tu kejenya menakutkan aku jerk..But waktu2 yang lain aku sentiasa sayang dia..Bodek2..

Jadi korang tak mo share ke pengalaman gaduh adik beradik, gaduh sepupu sepapat, gaduh dengan sedara-sedara yang lain. Kita berkongsi dan memberikan pengajaran pada org lain..tak salah kan?

Blog Widget by LinkWithin