Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Boroi Itu Bahagia?

Wow..Mesti kawan2 aku yang mempunyai mangkuk tingkat yang byk ni gembira dengan tajuk kali ini dan tersenyum sambil mengangguk-angguk kepala. Huh..Yerlah tu.suke korang erk,maklumlah each time jumpa mesti kena sound bab perut. Hahahaha..Ya..ya..Boroi. Tak pyh nak sorok perut korang tu even pakai baju saiz double XL.

Korang mesti tertanya adakah ini fakta atau auta? So moh kita kaji balik keboroian korang tu fakta atau akta:-

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumahtangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk ‘makan di rumah?.

Lelaki akan merasa selesas etelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudahbagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.

Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain ‘boroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang ‘slim? dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang…namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula ‘jemu? atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin ‘bulat’? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air ‘zat? isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

So, aku rasa ada betulnya keboroian korang tu tandanya korang bahagia..Cukup makan erk?

Merajuk Perlu Di Pujuk?

Aku masih ingat isu pujuk memujuk ini pernah dibincangkan secara serius di dalam kelas Statistic bersama seorang lecturer wanita, Pn Saadiah. Dia bukan sekadar seorang lecturer malahan perkongsian ilmu yang lain membuatkan aku terfikir banyak perkara yang lebih menjurus kepada pembinaan kerohanian diri.

Hakikatnya jika makwe atau isteri yang sering merajuk dan mengharapkan pujukan pakwe/suami sering kita dengar dari mulut rakan-rakan yang lain. Namun, tanpa disedari sikap sering memujuk ini lah yang menyebabkan perangai suke merajuk ni semakin menjadi-jadi. Jika masa bercinta bolehlah di tahan perasan marah dan merendah kan ego untuk memujuk. Tp bila dah kawen peel merajuk ni tidak berubah, ianya tidak akan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. Jadi no wonder budak2 sekarang pandai menggunakan senjata merajuk mereka untuk menarik perhatian ibu bapa bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Isu kali ini timbul bukan kerana aktiviti aku sebagai part time nanny, cuma aku terfikir..Korang-korang rasa best ke kalau merajuk orang pujuk..atau kalau kena pujuk orang yang merajuk? Serius aku menyampah..Pada aku bila aku diam atau merajuk aku tak perlukan orang memujuk just berikan masa untuk aku cool kembali dan fikirkan perbuatan aku tu betul atau tidak. Seyes, dalam family aku takde istilah pujuk2. Parent aku akan biarkan aku dok sorang-sorang dalam bilik dan fikir betul2 adakah tindakan aku tu salah atau betul. Tiada layanan istimewa untuk mereka yg kuat merajuk dalam family aku. Hasilnya sehingga sekarang bila terniat di hati aku nak merajuk aku akan terus berfikir kesannya bukan sahaja pada aku tapi pada orang lain. Kesian mereka melayan angin aku yang tak menentu ni. Tp terima kasih kepada parent aku kerana tidak menjadikan rajukan dan pujukan sebagai peel dalam hidup seharian aku.

Jadi bagi mereka yang suke merajuk, tolonglah..Korang akan kena balik situasi yang korang lakukan pada orang lain. Meski bukan dari rakan-rakan, korang bakal ada family sendiri dan rasakan lah sakitnya hati bile anak pompuan korang tak mo makan merajuk sebab korang tak belikan dia iphone. Anak laki korang plak merajuk sebab tak dapat set kete Ferrari dari Shell. Adakah sebab salah ajaran? korang fikirlah sendiri.

Bagi mereka yang suke memujuk, korang akan lebih pening bila makin lama dengan orang yang kuat merajuk ni. Sebabnya mereka tau kalau merajuk layanan akan jadi lebih istimewa. So no wonder banyak masalah rumahtangga kerana “kaki dah naik kepala”. Then korang nak salahkan si kaki merajuk tu..Jadi jangan amalkan peel suke memujuk ni, adakalanya sekali sekala korang kena tinggikan ego juga dan biar mereka fikir perbuatan mereka tu betul atau tak.

Perempuan mmg suke merajuk tp sebenarnya bukanlah mereka 100% berharap korang akan tunaikan permintaan mereka atau melayan mereka mcm puteri cuma mereka harapkan korang bg perhatian dan mempertimbangkan permintaan sahaja.Jangan sesekali korang tinggalkan awek/bini korang masa mereka merajuk. Ada kes ketika aku belajar kelas malam, ada pasangan tgh bergaduh..Awek dia nangis tepi bangunan yang pakwe belah gitu jerk lps marah2 mende tah..aku plak tolong hantar budak pompuan tu balik umah. Aku tanya lah selalu mmg kena tinggal gitu ke..”A,ah biasa balik sendiri jerk”..Gile punya balak…awek cun tinggal balik jalan kaki sorang malam2. Marah2 gak tp keselamatan kena amik kira.

Isu yang ingin aku tekankan:

1. Jangan biasakan diri korang memanjakan kekasih

2. Jangan biasakan diri korang kaki merajuk

3. Jangan tinggal awek/pakwe tengah merajuk kang dikebas orang

Hehehehe..

Gadis Melayu Lebih Comei Kalau

Beberapa hari lepas aku merayap ke SACC, Bukit Tinggi dan Bukit Raja..bukan dalam satu hari tapi dalam satu minggu yang sama. Sebagai orang yg selalu menghabiskan masa di rumah kadang kala aku perlu keluar untuk melihat dunia luar juga. Ya, melihat anak gadis orang..ops..aku bukan stalker tapi memandangkan kapasiti yang berstatus gadis memang tinggi di Malaysia even aku berharap dipertemukan mata aku ini dengan jejaka yang sedap mata memandang namun hampa..sadis tul..

Sebenarnya niat aku merayap bukanlah nak cuci2 mata pun tapi pi mamam dengan kawan-kawan dan tengok wayang. Back to title, gadis melayu lebih comei kalau…erm aku tersenyum sendiri bila aku ingat sepanjang pemerhatian aku ada pelbagai gaya dan perangai yang boleh buat aku tertanya berapakah umur gadis2 itu? Adakah kerana aku kategori senior jadi soklan tu terpancul keluar? Oh, tidak..sebenarnya ianya tercetus dari serebrum aku ni kerana gaya dan tingkah laku yang mcm comei tp bila berckp masya-Allah hilang kecomeilan tu.

Jadi jika korang ada adik, anak sedara, sepupu,anak dan seangkatan dengannya berjantina perempuan. Adakah mereka lebih comei jika:

1. Berjalan sopan santun dan tersenyum

2. Memakai baju kurung semasa hari raya atau baju kurung sekolah

3. Muka touch up skit-skit tapi berseri

4. Mempunyai adab sopan yang tinggi dan menghormati orang lain

5. Menjaga sikap dan tutur kata tidak kira di mana sahaja

6. Duduk dirumah sambil main PSP,PS3 atau melayari internet

7. Duduk di dapur dan memasak lauk kegemaran korang

8. Bergayut di telefon sampai telinga merah

9. Membonceng bersama mat rempit

Ada 100 senarai yang boleh aku buat tapi istilah comei ni rasanya kaum lelaki lebih arif. Sebenarnya korang patut arif juga mengapa pompuan suke bile dikatakan comei:

1. Terasa mcm “sweet” sangat, ala ala baby lah..

2. Terasa mcm dunia ni “ana” yang punya

3. Terasa seperti dihargai

4. Terasa mcm bagus gile

5. Terasa mcm ada isu-isu bodek tapi ok jerk lah..

Banyak sebab korang patut “bodek” adik pompuan, mak , isteri korang dengan istilah comei ni.Aku suke gunakan istilah ini pada kucing aku dan anak sedara..Kalau dengan kucing erm sbb fify tu mmg comei,100k aku sebut pun takde faedahnya pada aku. Tp jika pada anak sedara..huh..adalah permintaan yang menyebabkan mereka buat muke toyei..Bagi unsur-unsur bodek aku rasa beberapa ayat mengoptimasikan keyword comei ni membolehkan korang dapat apa yg korang nak..So..pada korang gadis melayu lebih comei kalau….(reply kat comment)

Tips Menjadi Blogger Glamer

Hhahahah..hari ni masa aku dengar radio hot.fm kat TV8 aku dapat idea nak tulis post ni. Mengapa perlu menjadi blogger glamer..Trafik beb trafik..semakin ko glamer semakin tinggi trafik ke blog ko. Percaya tak? Percayalah sbb ianya bukan auta.

Jadi memula aku akan senarai mengapa perlu menjadi blogger glamer:

1. Masa perjumpaan/gathering blogger mcm Rumpun 2007..semua orang akan menanti sesi memperkenalkan diri..ooo..ini lah owner blog yang aku suke komen tu..haahah

2. Apa sahaja yang korang tulis meskipun post tu takderlah menarik sgt orang tetap akan dtg lawat dan tinggalkan komen..sbb apa mereka nak tumpang sedut trafik dari blog korang.

3. Apa sahaja yang korang ckp nampak semua betul dan macam bagus, even post tu auta 100%.Pergh untung kalau awek2 yang datang baca mesti percaya post auta korang tu.

4. Kamulah Revolusi Blogger yang menentukan hari itu hujan,ribut atau hujan panas..

So aku malas nak senaraikan kespecialan menjadi blogger glamer ni. Tp yang pasti LHDN pasti suke dengan korang sangat2..hahahah

Jadi mcm mana nak jadi blogger glamer ni:

1. Korang bakal blogger yang glamer kalau blog korang penuh kontroversi. Orang ckp A ko ckp B..

2. Korang bakal blogger yang glamer kalau show off picture korang dengan skandal2 yang cun atau hensem. Kalau ada video upload kat youtube mmg lebih2 lah.

3. Korang bakal blogger yang glamer kalau membuat blog politik yang menyenaraikan diri korang sendiri sebagai calon semasa pilihanraya.

4. Korang bakal blogger yang glamer kalau show off income korang perolehi secara online/offline. Jgn curik screenshot orang tak baik tipu.

5. Korang bakal blogger yang glamer kalau korang seorang yang dermawan..hahaha..derma apa..buat lah pertandingan dalam blog korang mesti glamer punya..tak caya sudei. :P

6. Korang bakal blogger yang glamer jika korang mengglamerkan orang lain..huh mcm mana tu erk..

Erm byk lagi ni tp lenguh plak tangan aku huh nak tulis. Apa kata korang hayati gambar dibawah.

Friendster vs Facebook

Meskipun nyata Facebook bakal mendedahkan profile kita tanpa batasan namun percaya atau tidak myspace,friendster,Hi5 dan rakan seangkatan dengannya sudahpun ditewaskan oleh Facebook.Erk,bagus sangat ke Facebook ini sehingga ada yang ketagih hingga tak makan dan minum melayan aplikasi Facebook ini.

Kajian pantas yang aku lakukan ramai mereka yang tidak kenal myspace,friendster,Hi5 tapi terjebak bersama Facebook. Tujuan post aku kali ini bukan untuk mengalakkan korang join sume society network ni malahan tidak akan wujud isu pro mana2 society network pun memandangkan aku membuat post ini sekadar untuk menilai penglibatan aku sendiri dalam Friendster dan Facebook.

Mengapa aku sendiri suatu ketika dulu bersama Friendster tapi kini tidak lagi.Ini kerana aplikasi di Facebook lebih sesuai dengan karier aku sekarang. Jika dulu sebagai seorang student aku golongan yang terlewat mengekploitasi Friendster. Aku join friendster semata-mata kerana kawan-kawan sekelas yang ingin membina “networking” sesama kami sehinggalah tua nanti.Ya…jerk depa ni hakikatnya aku tgk sume takde masa nak online pun. Jadi akaun friendster aku hanya memfocuskan kepada rakan-rakan semasa belajar dan kini entah kemana mereka menghilang.

Kehadiran Facebook dalam hidup aku secara tidak sengaja kerana pengaruh roomate aku, Wayer. Cish..terjebak juga aku. Ramai yang tanya aku tak risau ke data-data2 aku diambil oleh CIA. Sejujurnya jika mereka nak mencuri data2 tu tak payah masuk Facebook pun mereka boleh..mungkin aku terlebih tengok cite CSI, namun jika korang ada ramai kawan dari golongan senior korang akan tau data nenek yang tak pernah kenal apa itu internet pun depa boleh dapatkan. So, kalau korang seorang pelajar ipta, pekerja swasta atau kerajaan, suri rumah atau apa saje title yg korang tengah pegang sekarang pernah membuat loan,mendaftarkan diri secara online, “didaftarkan” secara online tanpa korang sedar atau tidak..Berhati-hati..Data itu mungkin dicuri, dijual atau disalahgunakan oleh sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Kita mahukan “langit yang terbuka luas” tapi tak mau menanggung risiko..aiyak.

Setakat ini aku kekal bersama Facebook dan Friendster bukan kerana egois dan tunjuk berani. Tp kerana ianya suatu medium aku menghubungkan diri dengan kawan2 yang lain dan dunia luar yang gah jauh untuk aku capai. Jika mahu share maklumat lebih2 rasanya tak perlupun di Facebook tu,cukuplah ko kenal aku, aku kenal ko.Mau kenal lebih2, berani jumpalah…danny boy….larik…..

Hakikatnya kehidupan sebenar itu lebih menarik dalam alam maya ni.Tak percaya jom layan video ni..itulah apa yg aku rasa skang ni..:)

F1 Malaysia 2009

Tetiba aku rasa mcm rugi jerk sbb masa isi minyak kat Petronas hari tu tak bawak duit lebih untuk beli tiket ke F1 Malaysia 2009. Erm bukan aku tak minat F1 terlebih minat tp itulah kengkadang aku mmg selalu merempit dengan bawak lesen, i/c dan duit RM20. Cuma kenkadang jerk aku gatal bawak kat kepala harimau tu..Tp pada hari aku nampak jualan tiket di Petronas seksyen 7 tak silap aku mmg duit tinggal untuk isi minyak jerk. Aku ingat ada bawak kepala harimau cish tak bawak plak…Lebih tak best aku tinggal phone kat umah, tgh charge. So mmg takde rezekilah untuk aku tonton F1 Malaysia 2009 ni.

F1 Malaysia 2009 akan berlangsung pada 3-4-5 April ini dimana lagi kalau tak di litar lumba Sepang. Tak silap aku last time pergi bile erk..huhuh dah tak ingat tp masa tu Michael Schumacher sedang mengungguli kedudukan no 1 dalam 5 tahun berturut-turut..even orang ckp Ferrari main kotor atau sebagainya tp pada aku pemandu juga penting. Aku masih ingat masa kelas fizik En. Syed, dia menjadikan subjek fizik menarik dengan menceritakan keupayaan pelumba F1. Pada kelajuan mencecah 300km/hr, paru-paru manusia biasa boleh pecah kerana kekurangan oksigen dan daya mengepam darah yang semakin berkurangan. Tak silap aku pemandu F1 berkeupayaan untuk mengawal degup jantung mereka kurang dari 50 kali seminit dan ini membantu mereka mengawal penggunaan oksigen seoptimum yg mungkin. Dari segi mata, boleh dikatakan penglihatan pemandu F1 menyerupai helang bygkan bagaimana mereka lap masa kelajuan melebihi 200 km/hr..huhuhu..so pada aku ahli sukan paling tip top ialah Pemandu F1. Maaf tak sempat aku nak kaji semua tentang F1 Malaysia 2009, tp sesiapa yg pergi tu nanti sharelah picture best2 erk.

Disini aku kongsikan 2 video yang bila aku tgk mengingatkan aku tentang kelas German yang selalu aku ponteng dulu.Maaf Frau Farah, bukan sengaja..Biasalah kelas2 petang ni biasa time2 masa yang sesuai untuk melelapkan mata.

Blog Widget by LinkWithin