1stly aku nak minta maaf sebab dlm 3 minggu ni aku sibuk ngan bengkel wordpress yang dilangsungkan semlm. Alhamdulillah sume berjalan dengan lancar meskipun aku tak dpt nafikan ada beberapa term yg aku gunakan buat mereka blur. Don’t worry aku akan pastikan peserta2 bengkel biasa dengan term2 ni semasa di forum. Bengkel semlm bermula dlm pukul 8.15 am mengikut jam di bilik training. Sebenarnya ini kali pertama aku berckp di hadapan orang lain selain dari classmate aku semasa aku belajar. Actually aku tak sempatpun nak buat rehearsal untuk bengkel ni kerana pada minggu lepas aku ditugaskan menjaga Sally kerana kakak aku outstation lagi. Adei, dan kerana tak cukup rehat aku dah sagat kete honda dia kat palang umah..hahahahah..sib baik dia tak kisah..hahah…gomenasai.
So far semasa Bengkel ni walaupun aku tau ada yg melayari website lain semasa bengkel dan juga tidak memberikan perhatian namun aku takdelah kisah sgt sebenarnya sbb yg aku perasan 90% dr 20 org peserta ni memberikan perhatian dan mampu menghasilkan dan menambah baik laman web sedia ada mereka time rehat. Aku bersyukur kerana memilih lokasi yg tepat untuk bengkel ini iaitu Jom Training, milik En.Zaki. Makanan mmg yummy dan tempat bersih dan selesa. Insya-allah kalau ada rezeki lagi aku akan buat Bengkel WordPress disitu lagi.
Bengkel wordpress kali ini mungkin banyak kekurangan dari diri aku sendiri, bukan kerana aku tidak well prepare atau tak cukup tido tp kerana aku tak mampu bezakan mana satu informasi beginning, intermediate dan advance level. Namun aku bersyukur dengan feedback yg mereka berikan selepas bengkel, tp itu tak mampu memuaskan hati aku kerana niat aku buat bengkel wordpress ni hanya satu jerk..Iaitu ingin meramaikan pengguna WordPress di Malaysia dan membantu mereka mengurangkan kos membina laman web mereka sendiri. Jadi aku dalam proses menyiapkan forum untuk bengkel wordpress ni. Maklumlah one women stand untuk menguruskan bengkel ni jadi adakalanya aku mencecah limit juga. Ada perkara yg perlu didahulukan aku terpaksa dahulukan..ada yg terpaksa di kendiankan..Terpaksalah aku kendiankan..
Bengkel yang merangkumi 5 modul ini bagi aku masih tidak lengkap jadi aku usulkan langkah seterusnya ke forum bengkel wordpress. So pada peserta2 bengkel, jgn risau sgt ok..Aku pasti korang boleh cepat ke hadapan sebagai pengguna wordpress jika korang aktif di forum nanti. So, tunggukan invitation dr aku nanti.
So far ada yg ckp bengkel aku ni mahal sgt. sbb tu depa tak pergi.hahahah..mahal erk? Takperlah aku tau korang suke belajar sume ni sendiri, bila tak tau boleh tanya sesiapa yg sudi menjawap soklan tersebut. Aku tak paksa korang join bengkel ni pun, cuma aku bg peluang bg mereka yg tak punya byk masa untuk belajar sendiri dan nak pendekkan learning curve. Tahniah bagi mereka yang menghadirkan diri, aku pasti mereka dah jimat setahun tempoh untuk belajar wordpress ni. Mengapa aku begitu pasti? hahaha..kita tgk jerk hasilnya nanti.
Bagi mereka yg nak baca feedback kawan2 yang sertai bengkel wordpress bleh rujuk disini dan jika korang nak menyertai Bengkel WordPress akan datang boleh rujuk site utama disini:
http://firstfullearn.com/2009/03/29/bengkel-wordpress-ilmu-kami-bertambah.html
http://hazmanfadzil.blogspot.com/2009/03/bengkel-wordpress-catzer.html











