Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Seminar Perniagaan Ebook

Tahniah buat Shuth..Wow skang main Hotel Quality KL jerk erk..kekekek..erm aku masih ingat buku pertama aku beli seminggu selepas kenal pemasaran internet ialah “mas kahwin yang hilang”..korang mesti ckp aku gatal nak kawen kan..Actually buku tu bagus ajar pasal money management lah sengal..so biasanya org dah nak kawen jerk br sedar depa ni perlukan buku sebegitu..so aku rasa sbb tu Shuth gunakan title sebegitu..Chewah memandai2 jerk aku ni.

Shuth sekarang dah makin kurus wow itulah kuasa bekerja sendiri erk..kesana kesini sibuk sampai tak mkn..kesian kawan aku ni huh..huhuhu..sib baik dah kawen so takderlah tak terurus sgt..apapun aku pasti dia mmg seorang speaker yg bagus sbb pada thn 2006 aku pernah pergi seminar under Shuth, gobala, kidino, Sunny Tan..

Erm sesiapa yg berminat nak mengetahui ttg perniagaan ebook aku syorkan korang sertailah Seminar Perniagaan Ebook ni..Sebab2nya shuth merupakan seorang penulis buku dan ebook yang mana pendapatan bulanan dr produk-produk ni jerk sama ngan income kalau ko pegang jawatan Senior Executive kot..erm..entah ke lebih erk Shuth..ko jerklah yg boleh jawap soklan tu nanti kat Seminar tu.

Erm actually menulis ebook ni memerlukan skill penulisan juga bukan hentam keromo jerk huh..Pernah ke aku menghasilkan ebook? Ya..sampai lenguh kepala hotak aku memikirkan bagaimanakah cara penulisan yang berkesan. Berapa jualan ebook aku..hahahah..wei tolonglah aku bukan infopreneur sgt2..kalau dpt 3-4 digit tu pun dah ok pada aku setiap bulan. Kenapa persoalannya kat aku..patutnya aku yg soal korang..korang berminat ke tak ni? Huh kalau berminat boleh register ke Seminar Perniagaan Ebook dengan KLIK banner di bawah ..erm seminar tu utk 21 org jerk wei..

Pergh..Milo Kaw!!

Hari ni aku terjaga awal..alahai laponya perut aku ni. Just nice aku tgk kat mini pantry living room aku ada milo, cube sugar dan air panas. Pergh..mmg best, letak milo byk2 dan bancuh ngan air panas mmg boleh hilang bunyi2 dalam perut aku ni. Apa kes aku terjaga awal hari ni? Actually aku kena buat panggilan ke oversea pagi ni tp alahai tak dpt plak nak buat , aku tekan2 nombor tu tak dpt nak dail..ke sbb aku tak reti nak dail panggilan ke oversea. Tp thn lps masa paypal aku kena limitation dan aku kena buat call ke Paypal Singapore ok jerk huh..Sengal tul TMnet ni..Dah lah streamyx slow.

Jadi akupun tekan channel 715, aiyak takde anime best plak..music bank pun aku dah terlepas..huhuhu..Em takpe aku layan tgk cite lain. Streamyx still hampeh, apa masalahnya streamyx ni aku pun tak tau. Sepatutnya kena aplikasikan konsep Milo Kaw gak..kalau dah pekat sgt tambah air, kurang manis tambah gula. So begitulah gak ngan Streamyx ni, kalau dah tau ramai org pakai buat2 lah tukar pakai fiber optic. Aku tak boleh bygkan kelajuan yg boleh kita reach dgn fiber optic ni..apa tuh fiber optic? Teknologi ni 1st time aku dgr masa aku tingkatan 1, 15 tahun yang lps beb. Tak ke pelik kenapa Streamyx tak mau pakai teknologi ni? Mahal? No komen lah..yg depa charge kita RM77 untuk 1mb kononnya ni tak mahal. Kalau di Singapore kita hanya perlu byr separuh jerk untuk dptkan nilai yg sekali ganda lebih power.

Erm masalah tul, sib baik milo byk lagi kat dlm tupperware tu dan air panas pun byk..apa lagi aku taram letak 2 sudu milo lagi. Erm korang rasa kalau pergi kedai mana milo yang dihidangkan memuaskan hati korang? Aku rasa kedai mamak jerk taram letak milo pekat2..kalau kedai melayu dah lah milo dah bancuh siap2 tinggal tuang tambah ais..Uwek..rasa mcm milo basi pun ada kengkadang. Aku kalau pi kedai mkn melayu jarang sekali pesan air milo. Yang aku pesan hanyalah teh-o ice confirm rasanya sama jerk huh. Camne peniaga melayu nak untung kalau kedekut nak invest dan “support sistem” kureng?

Nak komen lebih2 pun tak guna, baik aku layan hirup milo kaw…yummy2

Twitter Macam Bagus?

Aku masih ingat logo burung warna biru ni masa awal-awal diperkenalkan. Aku ada 2 akaun satu untuk twitter international jerk dan satu lagi local kawan2. Sebab aku buat 2 akaun ialah memudahkan untuk aku target pasaran yang betul. Apakah kelebihan twitter ni sampai aku gile2 dok cite dalam blog? Saje sbb aku suke dia..hehehe

Actually twitter merupakan microblogging yang bagus untuk memudahkan kita mengupdate apa sahaja maklumat terkini dengan cepat dan pantas. Paling best boleh update dengan mobile phone sahaja. Aku tak buat lagi tp kengkawan aku selalu buat. Reason aku tak gunakan mobile..pesal lah nak update guna mobile kalau boleh dikatakan aku mmg 100% dok kat umah jerk ngadap laptop.  Ini adalah akaun twitter aku:

http://twitter.com/ManualNewbie

Kalau sesiapa rajin follow aku mmg tau betapa rajin anak dara ini mengupdate twitter. So at least korang tau apa yg aku buat dlm minggu tersebut. “I love Mat Rempit Twitter”.

Dari pemerhatian aku sesetengah blogger akan gunakan twitter setiap kali mereka updated blog. So kita akan tau link blog mereka secara tidak langsung..Kalau gatal2 bolehla menjadikan blog mereka sebagai tempat meninggalkan komen yg bernas..Ya yg bernas sahaja. Spam Not Allowed.

Ada beberapa aplikasi twitter yang mungkin korang boleh acu cuba test :p Sebarang risiko percubaan bukanlah dibawah tanggungjawap aku..sendiri pakai sendirilah amik risiko. Kalau ramai follower korang tu lebih baguslahkan.

1. Happy Tweets – Korang ramai pengikut tp gembira ke mereka menjadi pengikut Pak Lah/Anuar korang?

2. Less Friend – Betul ke mereka yg korang follow akan follow korang balik..ke korang syok sendiri ni?

3. Monitter – ni paling best sbb korang boleh kaji 3 keywords yg budak2 twitter suke twit kan.

4. Qwitter – korang mesti pelik apa yg tak best pasal korang sampai orang tak follow dah..(mmg korang tak best kot)

5. Snitter – korang rasa mmg features twitter tak menarik..Tp lebih tak menarik kalau korang tak gunakan Snitter.

6. Strawpoll – Nak undi apa lagi ni..Nak mengundi tunggulah thn akan dtg..ooo..nak undi AF7 rupanya..heheh

7. Tweet2tweet – kalau korang mmg suke jaga tepi kain orang bolehlah nak stalker apa yg 2 orang dok rancak borak

8. Tweet Google Calendar - korang pakai ke google calendar, erm kalau pakai bolehlah configure tweet ngan google calendar korang..Senang sesgt.

9. TwitterFeed – nak bg mkn burung korang boleh lah gunakan aplikasi ni..hahahha..korang caya ke?

10. Tweetpic – korang boleh share pic tau even gunakan twitter..sape kat twitter tak canggih?

11. Tweettree – alahai mmglah burung suke lepak atas pokok..tak caya cuba guna

12. Tweet This – wp plugin untuk tweeter

13. TwitBin – ini merupakan addon firefox yang memudahkan kita bermain2 twitter

14. Buble tweet - Korang suke pop up video?

14. Ubiquity – huh ni baru lagi korang mesti suke..sbb bukan takat twitter apa2 pun bagus gunakan aplikasi ni

Okies sebenarnya byk lagi applikasi yang ada..tp letih lah plak nak masukkan sume..Apa pendapat korang bagus ke tak aplikasi yg aku sharekan ni utk webmaster dan blogger?

Good Luck Exam PTD

Mungkin korang pelik apa kes minah ni esok nak exam ptd still boleh melayan blogging dah habis study ke..hahahah..belumpun..aku tgh dok membaca alat2 kebesaran diraja..ada 15 sumenya.huhuhu..namapun pelik2.Tp memandangkan alang2 aku on laptop dan online aku pun gatal tangan tulis blog. Takde apapun nak share, cuma nak bg rakan2 yg bakal amik exam penjawatan dalam kerajaan senyum skit dengan aksi sengal kucing aku ni. Jgn stress2 utk exam kerajaan, berusaha dan tawakal..ada rezeki tak kemana.

Korang mesti fikir adakah aku dah lupekan cite2 nak jadi newbie webmaster ni..erm sejujurnya jika takdir aku ke arah bekerja ngan kerajaan aku percaya ini akan memberikan peluang yg lebih tinggi utk aku menguasai kemahiran webmaster..hahahahah..adalah strategi peperangan..

Semalam aku jumpa mysticmind, salah seorang webmaster paling sengal kat Malaysia. hahahah..Satu perkara buat aku terfikir masa balik ke rumah bile dia ckp cara untuk mengurangkan “azab” ekonomi down ialah dengan terus berbelanja seperti biasa..Inilah saranan Tun. M. Ya.betul juga pada mereka yg belajar ekonomi tentu faham dengan kitaran ekonomi yang bermula dengan modal dan seterusnya. Jika kita semua panik dan terus menyimpan keadaan ekonomi akan jadi lebih teruk. Peredaran wang di market perlahan jadi ianya akan memburukkan ekonomi kita. So teruskan berbelanja dengan bijak..Apa yg tak perlu tak pyhlah..just belanja yg perlu dan jgn plak membazir.

Oklah Adios..aku nak solat.

Terima Kasih Abang Zamani

Hari ini aku terkejut bila The Reds tanya betul ke Abang Zamani meninggal dunia? Dia rujuk aku pada thread di Bicara Jutawan.

Sejurus selepas membaca thread aku terus call no phone Abang Zamani, masuk voicemail..aku call Pian pun sama. Perasan ini sama seperti masa kawan baik aku meninggal dulu. Aku tertunduk dengan air mata bercucuran tak dpt aku tahan. Hati aku sebak kerana sebagai rakan yang rapat aku tidak mengetahui dia sudah pulang ke Rahmatullah di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada pukul 8pm, 13 Feb 2009, Jumaat. Aku bersyukur permintaan arwah untuk kembali ke pangkuan Ilahi pada hari Jumaat terkabul. Dalam sebak dada menahan sedih aku meniti setiap komen2 dari arwah.

Last perbualan kami pada bulan lepas sebelum arwah di masukkan ke PPUM. Kebiasaannya arwah mmg akan ckp lama bila membuat panggilan, byk perkara yang di kongsikan sehingga aku risau dengan bil telefon dia nanti. Bila aku ingat kembali perbualan tersebut banyak nasihat dan kata-kata hikmah dari arwah untuk aku. Dulu diawal perkenalan aku ngan efun dan pian selalu borak2 kat YM bersama-sama dia. Dengan kesibukan masing-masing kadang kala kami sendiri tiada masa untuk berborak kecuali Abang Zamani call aku.

Perjumpaan di Gathering WC, merupakan kali pertama dan terakhir kami bertemu. Aku keberatan untuk meninggalkan dia sebab rasanya mcm terlalu banyak yang ingin disembangkan. Namun sudah lewat petang aku mengagah diri pulang dari Gathering WC dengan pesanan jaga diri baik2 nanti kita jumpa lagi.

Disini aku kongsikan beberapa comment dari arwah. Terima kasih Abang Zamani untuk segala nasihat dan panduan yang abang curahkan selama kita sempat bersama. Doa aku moga Abang Zamani di himpunkan bersama golongan-golongan terpuji disana. Salam sayang dari adikmu.

Salam…

Abang ucapkan SELAMAT BERJAYA… doa banyak – banyak. Dan semoga cepat sembuh. Doa kepada-NYA dan berusaha makan ubat ikut sukatan yang dah ditetapkan. (jangan terbalik pula tempoh masa dengan bilangan sudu tu pula). :)

Semoga rehat cukup – cukup dan jangan fikir banyak sangat. Peristiwa semalam sudah menjadi lipatan kenangan / sejarah. Yang penting adalah saat ini dan apa yang perlu dibuat esok. Ada plan ka? Nak tip tradisional bagi melegakan batuk tak?

Idea yang hebat ibarat biji benih yang lemah yang perlu di semai, di tanam, dibaja, disirami, dicahayakan dan sebagainya untuk menjadi pohon yang gagah, akar yang kuat, pohon yang rimbun (dapat meneduhkan orang lain) dan memberi buah yang manis tatkala dilontar dengan batu / kayu…

Mengenali awak sesaat tadi membuatkan kenalanmu ini ingin mengenalimu lagi. Boleh ka? :)

Terima kasih Catz@Zam kerana info tentang abang. Abang dah keluar wad dan sekarang berada di Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, KL.

‘Downsizing’ tu bukan rawatan la… :) Ia istilah dalam salah satu game untuk IM. Maksudnya sedang ‘bertapa’. :D. Saya stop sekejap dari dunia online sejak Januari tahun ni sehingga 6 bulan sebab datang menjenguk arwah ayah di IJN bulan Febuari. Kemudian, kawan arwah ayah kira masuk HUKM. Jadi, sekarang masih terima rawatan kat HUKM…

Sementara tunggu kat Anjung Rahmat ni, seorang Pengarah Urusan Herba Traditional Sdn. Bhd. offer saya kerja pada 19 Jun lepas untuk bekerja di syarikat sebagai Penolong Pengurus.

Pada 1 Julai, disebabkan kekosongan jawatan sebagai Pengurus (pengurus letak jawatan), saya dilantik sebagai Pengurus syarikat Herba Traditional Sdn. Bhd.

Jadi, kalau dulu saya bekerja sepenuh masa dalam online sahaja, sekarang terpaksa membahagi masa antara kerja offline dan online…

Sebab tu, dalam masa 3 minggu ni, mata saya sembap sikit sebab tak cukup tidur. Asyik terkejar – kejar ke sana sini aja.

Terima kasih pada semua yang mendoakan saya… Insyaallah… kita akan bertemu lagi…

Hidup ini memang penuh cabaran dan dugaan. Namun, ia memerlukan penyelesaian dengan sabar dan tabah. Setiap kejadian pasti ada hikmah. Banyakkan solat sunat istikarah, semoga DIA ‘membuka jalan’ untuk menemui kejayaan.

Good luck ! If you need help, we here always want help you. Don’t shy to ask :).

Miaw…miaw… :)

Tidor lagi ka? Wake up …wake up…oooiii !!!

Jangan tido banyak sangat… Ambil vitamin C tu sikit :)

Ni mesti badan terlalu letih ni. Apa kata cuba berendam dalam tab mandi?

Semoga dapat semangat baru nanti. :) See you again…

Mini Makan-Makan Geng IEM

Semalam aktiviti pertama geng IEM selesai, meskipun yang hadir hanya 6 org tp aku bersyukur matlamat Mini Makan-Makan Geng IEM tercapai. Iaitu nak bertemu dengan geng-geng IEM sambil makan2 kat food court KL Sentral. Meskipun aku sedikit kecewa dengan sikap beberapa geng IEM yang hanya akan datang sekiranya majlis ini menjemput otai-otai tp aku tak kisah sgtpun sebenarnya. Kerana aku mempunyai visi yang lebih tulus bersama IEM, keutamaan aku ialah ahli IEM sendiri tidak kira mereka otai, newbie, peniaga, pelajar atau bekerja sendiri.

Antara mereka yang hadir ialah:

1. Amirul Faisyal – Pakar SEM

2. Zamri Mohamad – Penulis 10 Buah Buku

3. Kodin – Budak baru grad tp dah mantap gile ada bisnes dan opis sendiri ni!

4. Sham – Pencari Duit Online Yang Malu2 meow

5. Fatin – Budak Mechy UiTM, Junior Enginnering aku Yang minat gile bisnes

Kepada adar aku fhm kesibukan ko dengan baby yg comei lote tu..Then beberapa orang lagi yg tak dpt hadirkan diri disaat2 akhir.

Insya-allah aktiviti mini makan-makan bersama geng IEM akan menjadi aktiviti bulanan untuk komuniti IEM. Makan-makan bukan di hotel pun, kami melantak di food court KL sentral sahaja. So sesiapapun mampu membayar kurang RM10 untuk mkn. Tiket Komuter aku dr Shah Alam pergi balik RM5 sahaja. So total aku spend hanya RM15, jadi sesiapa yg bg alasan takde duit sbb ekonomi down agak kureng berkesan kepada aku.

Apa yg kami bualkan selepas menelan menu mknn dan minuman masing:-

1. Pendedahan pengalaman perniagaan yang pernah di pelopori atau sedang dipelopori oleh 6 org ini (termasuk aku)

2. Pembentangan idea bernas untuk menambah baik komuniti IEM.

3. Luahan pahit manis di tipu oleh program-program atau ketidakpuasan hati dengan pemasaran internet. Untuk berjaya kita kena tahu punca kegagalan.

4. Perkongsian pintar antara mereka2 yg dtg. Termasuk berkongsi mknn yang dibeli oleh Fatin (2nd round)

Insyaallah aku akan berusaha untuk menambah baik komuniti IEM, thanks pada kengkawan yg dtg dan memberikan feedback.

Segala maklumat ttg mini makan2 disini:

Mini Makan-Makan Geng IEM

Pencuri Bandwidth

Minggu ni aku dah rasa tido tak lena dan sebagainya..Bukan sbb aku tak study lagi utk PTD ataupun sbb aku tersalah makan. Tgh aku syok2 tido kawan aku send sms..pergh..lebat sistem affiliate sampai error 509. Kalau sesiapa tak tau apa itu error 509 meh sini baca:

Bandwidth Limit Exceeded

Terkucat aku terus bgn on laptop..pergh mmg betul sume site aku error 509..biar betul ni bandwidth aku cukup untuk pakai setahun habis di makan. Aku buzz kawan aku pemilik server tersebut. Dia pun ckp ni pertama kali kena dari satu ip sahaja plak tu:

60.XXX.XXX

Sib baik dia up bandwidth aku dan site aku on seperti biasa dan kami skang tgk dok monitor ip tersebut. Alahai hari ni aku check mencanak lagi naik. Sengal tul pencuri bandwidth ni, so besar kemungkinan kami akan blocked ip tersebut. Aku rasa dia share produk free dr group manualnewbie di mana2 site yang tidak sepatutnya. Takpun mmg dia gatal nak jadi pencuri bandwidth.

Erm mungkin aku akan buang atau transfer link download page aku ke mana2 folder lain..Tp aku rasa mcm lebih berminat nak buang jerk terus. Sbb ni special untuk ahli Manual Newbie jerk huh, kalau diaorg tak alert nasib lah..penat gak aku upload ke server tp tak take action. Lantak korang lah.

Sebenarnya aku nak balik umah sambil lawat baby baru nuaeman nampaknya tak dapatlah sbb 14hb ni ada sambutan birthday seseorang dan 15 hb aku ada mini makan2 bersama geng IEM di Food Court KL Sentral. Sebenarnya aku mau buat kat tempat best skit tp memandangkan kesuntukan masa aku buat sempoi dan selamba. Yang bakal dtg ialah beberapa org rakan lama dalam perniagaan internet, ada org panggil mereka otai ada plak yg panggil sifu. Tp pada aku mereka geng-geng yang pernah aku kenal..kejayaan mereka kebanggaan aku.

Erm tahniah buat mael untuk tempat keje baru, untuk pengetahuan korang aku dan mael course yang sama cuma graduation dan university yg berbeza. Percaya atau tidak dah lebih sethn aku tak jumpa dia..Mael ko dah semakin tembam ke? Jawap2..

Kelmarin aku lepak ngan MdZakri di Pakli Kopitiam, geng yang paling pemalas update blog..nak jerk aku hack biar dia rajin skit update. Tgh dok borak2 aku jumpa Pakcik Azwan..hahahaha..geng rumpun blogger ni. Aku masih ingat masa kami jumpa gath Rumpun, dia tetap beruban mcm dulu..so jgn salahkan aku meletakkan title pakcik tu..hahaha

So sesiapa yg gatal2 nak lunch sama2 geng IEM nanti bolehlah sms aku erk..kami kumpul kat KL sentral information counter tu huh dlm kul 11am..Mkn2..yummy..

Misi Exam PTD

Kelmarin tengah aku dok leka godek2 sistem affiliate tetiba kakak aku call, ada surat dari SPA untuk exam PTD. Erm nampaknya ni panggilan ke dua setelah aku gagal dlm exam kali pertama.Alahai patutpun post tips cemerlang exam ptd aku dihujani dengan pelbagai soalan rupanya exam ptd datang lagi..kekek.Aku akan amik exam ptd ni pada 21hb di Seksyen 9 Shah Alam, kalau thn lps pusat peperiksaan aku di Damansara. Seharian aku disana..

Malam tadi aku mengeledah store mencari buku berwarna pink bertajuk “Malaysia Kita”, aku masih terbayang saat-saat aku mencari buku ni kat MPH Bukit Raja tahun lps..kekekek..tak susahpun nak beli buku ni kalau diikutkan buku ni boleh jadi best seller untuk bulan-bulan yang ada exam PTD.  So ramai gak yg dok tanya tips cemerlang exam PTD ni. kalau ikutkan aku sendiri tak berapa pasti dan takde sape yg boleh jawap kecuali org yg buat soklan tu. Sekadar ada tips2 yg mudah dan biasa kita dengar jerk sama ada kita aplikasikannya atau tidak.

Kalau ada yg membaca post terdahulu rata-rata memberikan komen yg membina tak kurang juga yg dah resah gulana kerana di himpit kata-kata soklan exam sume susah. Ya, bukan mudah nak jadi PTD especially bile kita tak berapa alert dengan maklumat terkini dan isu2 perlembagaan malaysia. Lebih sengal lagi kalau kita mmg jenis dok lepak dlm bilik asrama tgk DVD cite korea atau jepun masa belajar dulu..ataupun leka dok main games sambil makan jajan. Erk, aku plak tak tinggal di hostel mmg dok luar sepanjang pengajian IPTA tp at least aku tetap aktif skit dlm taekwando dan bowling..hahahah..

Lebih malang lagi kalau korang dok sibuk keje then langsung tak baca paper atau tgk berita. Yg korang tau balik keje pi keje. So, kalau korang mmg power aku rasa potensi tetap sama. Selagi ada ke inginan dan niat yang betul untuk menjawat jawatan PTD Allah akan tetap buka pintu rezeki. Betul tak?

Misi aku kali ni nak habiskan mentelaah buku Malaysia Kita (Insya-allah), korang sume sedia maklum tahap minat aku pada buku mmg jauh berbeza ngan org lain. Mungkin sbb aku terlalu geek pada internet jadi apa2 aku lebih suke pakcik google..kat exam nanti takde pakcik google..huhuh

Aku harap untuk lulus kali ni, meskipun tak berapa berharap sbb tahap pengetahuan aku dlm perlembagaan malaysia yg rendah, sejarah yg failed, math yg mmg lemah, BI jgn ckp lah..kekeke..Apapun selagi kita tak mengalah dan berusaha aku rasa aku dah “lulus” bab tu.

Esok aku akan ke Gerak Usahawan bersama beberapa rakan yang lain. Apa yg menarik? Akupun tak tau sebab ni 1st time aku pergi Gerak Usahawan. Dengan motto ” Belilah Barangan Malaysia” aku tidak akan membawa banyak wang saku besok. Aku ni bukan boleh sume kang aku nak..Kad Harimau pun wajib tinggal.

p.s- website flipping part 2 akan di tulis dlm masa beberapa hari lagi.Sorrylah aku busy minggu ni jadi nanny.

Blog Widget by LinkWithin