Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Panduan Pemasangan Sistem Affiliate

Rata-rata mereka yang aktif menjual produk di internet sangat arif dengan sistem affiliate. Ini kerana sistem affiliate atau lebih sinonimnya dengan nama sistem agen memang mampu meningkatkan jualan produk kita. Contohnya kalau korang masih ingat thn lps aku ada open program affiliate untuk produk Panduan Minisite dan program affiliate ni byk membantu aku mempromosikan Panduan Minisite ni.

Sesiapa yg “sesat” moh kembali ke alam nyata balik:

Panduan Membina Minisites

So affiliate program untuk produk ni masih dibuka lagi sekarang. So terima kasih untuk agen-agen jualan yang meningkatkan jualan produk ini.

Pada tahun ini, maka keluarkan sistem affiliate yang bakal membantu korang membina sistem agen korang sendiri. Ada yg tanya kalau produk offline boleh ke? Tentulah boleh, kawan kita si Lan e-tudung tu aplikasikan sistem ni utk jualan kedai tudung online dia. So jgnlah ragu ragu utk mencuba sistem ni.

Kelebihan sistem affiliate ini pada aku ialah:

1. Ianya menggunakan script terkini..dan aku harap jgn lah ada yg gatal2 ciplak lagi.

2. Interface dia mmg cun aku boleh ckp perasaan happy tu spt mcm korang dpt guna Fantasos. Fantasos tu apa? Huh tunggulah nanti lain kali aku cite.

3. Sistem pemasangan sangat mudah, meskipun aku ada sangkut gak sbb tgn aku yg gatal pi ubah code yg tak sepatutnya.

4. Kalau korang nak buat program Pay Per Lead dan tambahkan mailing list korang. Huh, apa lagi tempah satu sistem affiliates ni.

5. Sistem affiliate versi Lite ni mmg korang akan perlukan kalau korang seyes nak buat duit online. Aku dulu pun sengal gak malas nak pasang sendiri tp bile dah test 10x pergh..mmg MANTAP.. Hidup SISTEM AFFILIATE

Apa yg speselnya kalau beli sistem affiliate ni dari aku…erm susah gak nak jawap ni..kekekek…oklah special tu takde kot just offer produk mcm biasa dan satu bonus EXCLUSIVE..1 jam konsultansi tentang sistem affiliate bersama aku. 1 jam tu lama beb..kalau aku tido mmg nyaman..kekeke. But, kalau korang tak serious nak tahu pasal sistem ni tak pyhlah buang duit dan masa aku erk.

AMARAN MINUMAN KERAS

Jangan beli kalau korang mmg tak fikir nak buat duit dari pemasaran internet

Rahsia Website Flipping Part 1

Nampaknya post tentang website flipping sangat menarik perhatian mereka-mereka yang berminat nak tambah income stream. Oklah, apa yg aku akan share ni bukanlah rahsia sangatpun tp konsep sebenar website flipping yang ramai “otai-otai” akan minta korang bayar untuk mendapatkan “Rahsia” mereka. Apa yang aku kongsikan ini adalah konsep yg aku guna pakai sepanjang 6 bulan bersama website flipping.

Amaran awal dari aku, kalau korang nak buat website flipping tp takmo keluar sesen pun…Tak pyh lah baca post ni baik korang baca post aku yang lain. Konsep website flipping yang aku gunakan ini berkesan untuk aku jadi tiada jaminan ianya berkesan pada korang juga. Jadi jika korang gagal membuat sebarang $XXX itu bukanlah masalah aku kerana beza setiap manusia yang berjaya dan gagal ialah “TAKE ACTION”.

Baiklah, anggap jerk perkongsian ini tidak menutup periuk nasi sesiapa dan hanya menjawap persoalan dan permintaan rakan-rakan seperjuangan. Aku akan kongsikan bagaimana kami (aku dan boss) berjaya menjual blog dengan nilai keuntungan $500 dalam masa sebulan. Ya, kadang-kadang sambil membina website kami juga focus pada blog flipping.Setelah korang memilih niche yang laku melalui kajian keywords bolehlah mula langkah ni. Kajian keywords pun tak tau..jgn tanya aku..malas nak jawap.

Langkah 1:

“Apa ada pada rupa?”

Erm kalau orang kita boleh nilai hati budi meskipun tak cantik. Tp kalau blog even content best tp bile design blog tersebut sangat buruk korang nak baca blog tu pun rasa serabut. Jadi, rupa paras blog sangat penting. Jadi aku “larang” korang daripada menggunakan theme free, walaupun ada berjuta theme wordpress yang free tapi aku “wajibkan” korang beli premium theme wordpress. Kalau korang pandai design, bolehlah edit sendiri beberapa theme premium yang percuma supaya korang ada hak terhadap theme tersebut.

Mengapa perlukan theme premium, free punya sudahlah…Beb, kalau theme ko tu free value blog ko pun rendah sbb theme tak unik. Amik contoh mudah, umah yg korang cat dengan cat murah dan cat mahal mana yg akan menaikkan value tinggi. Kalau umah korang warna plain dan mmg tak menarik aku sure org tgk dari luar pun muak. Aku rasa skang takde masalah bab nak hire org buat theme wordpress utk korang. Malahan banyak theme develop yang menyediakan theme premium sama ada single license atau develop license pada rege yang murah.

Diantara theme provider yang pernah kami gunakan:

Wootheme

Colorlab

ThemeGalaxy

Elegant Theme

WordPress Theme Market

Dengan memilih theme yang sesuai dengan niche blog korang secara automatik korang dah jimat masa mencari theme free yg sesuai. Membuat duit secara online pada masa yg optimum adalah penting, jadi jgn bazirkan masa sbb byk lagi langkah yg memerlukan focus 200%. Malahan peluang untuk mendapatkan pembeli sgt tinggi dengan kelebihan premium theme wordpress yang digunakan.

So part 1 ini aku just nak korang fikirkan niche yang mendapat tarikan tinggi dan pilih theme premium korang. Tak rugi beli theme premium ni. Pelaburan jangka masa panjang. Kalau aku rajin aku akan tulis part 2 cepat2 tgk berapa ramai yang berminat nak tau..hahahah..comment2..

1st IEM Mini Gathering 2009

Pekabo korang? Heheheh..aku sihat jerk..Maaflah tak reply korang punya comment ataupun email ataupun..erm apa2 jerklah..Tp biasa siapa yg sms tu aku balas.

Actually, aku tgh merangka untuk membuat mini gathering utk social network Usahawan Internet Malaysia, IEM pada bulan depan. Aku menjangka kan event ini akan di adakan di KL Sentral memandangkan sistem transportation yang mudah dan namapun Sentral kan…Sape tak tau lokasi KL Sentral..Teruk sgtlah tu. Kepada mereka yang belum berdaftar dengan IEM silalah berbuat demikian:

Internet Entrepreneur Malaysia

Sekarang aku tengah sibuk mencari AdHoc yang sudi menguruskan event ni. Tp keje free jerklah takde berbayor aku pun tak dapat apa2 just suke2 nak jumpa kawan2 yang lain.

Sejak penghujung thn lps aku sibuk juga mengetest Script Ecard buatan Kodin. Aku pasang script tu pada blogspot dan juga wordpress..Pergh..mmg menjadi dan aku menggunakan social site seperti Hi5, Friendster, Myspace untuk percubaan traffic menggunakan glitter profile..Mmg mantaplah…hahahah…aku suke script ni. Dalam masa seminggu traffic ke blog yg baru aku bina meningkat gila-gila. Hanya dalam masa seminggu average traffic ke blog aku ialah 127 sehari. Itu aku tak promote betul2 pun. Aku hanya menggunakan senarai nama kawan2 yang sedia ada dalam friendster, itupun aku just wish Happy New Year menggunakan glitter pada 50 org kawan aku. Hari ni aku pinjam profile anak sedara aku kat Hi5 then send message kat 200 kawan dia. Nak tgk ada peningkatan tak? Kalau tak hahaha…aku ada plan yg lebih best utk script ni..

Macam mana script ni berfungsi..Sebenarnya, korang boleh letak hyperlink dr image (glitter) ke mana2 blog/website korang. Then dekat bhgn footer pun korang boleh tambah extra link ke website korang. Aku tau korang mmg malas bab bersosial so aku mmg tak dapat nak tolong kalau mcm tu. Tetapi kalau mereka yang mmg aktif kat portal ke apa ke..mmg aku galakkan korang ada script ni. Sbb apa..Aku ulang…average seminggu visitor ke blog yg br seminggu hidup ialah 127 sehari. Aku tau ada diantara kita yg blog dah setahun visitor dok takat 20-30 org. Bukan aku nak hina but apa guna korang syok sendiri tulis blog kalau takde sape komen..Sedih beb. (Unless korang mmg syok sendiri).

Nak tgk site script Ecard aku? No hal…takde masalah…Ni site aku dengan wordpress

Ecard Script Experiment

Aku tambah kategori skit2,maklumlah makin byk image korang ada..makin ramai suke pergi kat site korang. Sesiapa yang berminat nak dapatkan script ni..Erm, aku berani cakap korang MESTI ada site mcm ni. Sorang kawan aku budak bangi..(nama tidak boleh diberitahu) income dr adsense melalui site sebegini ialah $3 sehari. Tipu? Lantak koranglah nak caya ke tak. Yg penting aku takde rahsiakan apa2 pasal script ni, yg rugi korang bukan aku. Sesiapa yang beli dr link aku ni bg tau lah aku share ngan korang 200 glitters cartoon yang ada dalam blog aku tu. Beb, cartoon2 ni mmg budak2 sekolah sukelah. Aku tgk profile anak sedara aku penuh dengan cartoon jerk. Maklumlah budak darjah 3.

Pixelsecs|Free Ecards|Free Graphics
See more testi at http://pixelsecs.com

Apa Kes Majalah IM

huh…terkejut korang dengan title aku…hahahahah

Sebenarnya yang aku perasan design Majalah IM kali ni seperti hasil tangan org lain. Mungkinkah MysticMind sudah berundur untuk thn ini…Jika..Ya..okies beb..Mysticmind jom ke Burger King. Ko mesti byk projek baru ribu riban kan so apa lagi moh lah belanja kekasih gelap mu ini.

Majalah IM kali ini lebih tertumpu kepada website flipping ataupun bahasa ibundanya “Menjual Hartanah Online”. Mungkin korang akan pelik pesal plak nak jual after fully optimized hartanah online tu. Oklah, aku dengan mengada-ngadanya mengupas isu ini. Website flipping seharusnya bukanlah dilakukan kerana “harga hartanah online” semakin meningkat. Ramai yg terus terjun dan membina hartanah online yang pada mereka kalau terjual $50 pun sudah cukup bagus. Hasilnya…Lambakan hartanah online yang tidak laku dijual…Akhirnya ada yang menjual pada kadar lepas bayar duit domain dan hosting sudei.

“Argh..Catzer mcm bagus..ko pernah website flipping ke?” hahahah..mungkin inilah terdetik pada hati mereka yg penuh dengan perasaan was-was dan memandang orang sebelah mata. Tgk aku pandang org pakai 4 mata lagi. Sejarah website flipping aku bermula pada hujung thn 2007, dimana aku bertanggungjawap memastikan setiap hartanah online “boss aku” yang bakal di lelong itu mempunyai nilai melebihi $300. Bagi setiap hartanah online, aku akan pastikan ianya di fully optimize dalam masa 3 bulan sahaja. Dan setiap bulan aku perlu bertanggungjawap ke atas 4 hartanah online. Jadi dalam tempoh 3 bulan aku pening dengan 12 hartanah online. Setiap hartanah aku akan di bayar 50% daripada harga jualan. Jika kita ambil min $300 aku akan di bayar $150 dan total dalam tempoh 3 bulan hanya $1800. Superb murah…Tp kebiasaan hartanah online “boss aku” mmg laku melebihi $450..Mana aku tau? Aku taulah kerana aku yang menerima pembayaran tersebut…Tp…lama2 aku bosan…Jadi setelah 6 bulan bersama “boss” aku mengucapkan selamat tinggal. Bukan kerana bayaran tp aku sudah dapat ilmu yg ku mau..Time kasih “boss”..erk..dia tak fhm bahasa melayu…

Jadi berapa banyak “hartanah online” korang simpan..Agak2 dalam 5 thn lagi boleh dapat jual $10k seperti mana Bob dan juga $15k seperti Mister A atau $8k mcm Mister B. Mister A dan B, agak2nya sape erk..hahahah..rahsia. Hakikatnya, Mister A selalu pesan kat aku..Bukan dia sengaja menjual hartanah online tu..Syg gile dah tp demi pergi lebih jauh ataupun dah tak larat nak handle dia pun lepaskan pada mereka yg sanggup bayar pada harga superb.

Mengapa aku tinggalkan income stream yg kalau difikirkan boleh pergi jauh lagi dengan additional idea yg aku tinggalkan kat boss aku tu…? Rekod selama 6 bulan aku, lebih 20 hartanah online di lelong pada harga melebihi atau hampir $400. Ironinya, perasaan aku tidak segembira mana..Malahan hingga saat ini aku selalu melawat hartanah online yang bukan milik kami lagi. Tp aku tetap bersyukur pemilik baru tidak mensia-siakan $400 mereka. Kebanyakkan hartanah online tu skang sudah reach PR4 ke atas dan income sebulan aku pasti melebihi apa yg mereka telah laburkan..Oklah tu..

Jadi nak tau pengalaman Bob berkaitan website flipping..bolehlah korang download Majalah IM edisi 9 ni. Tentang pengalaman aku yg tak seberapa tu, itu bukan rekaan..Sejujurnya aku mmg pelik..demi ilmu aku sanggup menjadi pembantu kepada sesiapa sahaja. Aku suke sesuatu yg bersifat praktikal..Pagi tadi ada seorang rakan yg mungkin org yg ke 10 ribu menyatakan aku makhluk rare…wah..kejam

Leadership

Untuk beberapa hari ni aku amat berminat utk membuat review ttg video yang tgh aku lihat dlm bulan lepas. Awal bulan ini aku mula melihat semula..ciri2 leadership yang ada dalam diri aku sepanjang aku hidup selama ini.

Tidak dapat dinafikan kadang-kala sikap leadership ini menjadikan aku seorang bossy dan tidak sesuai untuk bekerja dengan orang lain kerana tahap perfection yang tinggi. Namun lahir dengan bakat seorang pemimpin aku bersifat pelindung dalam banyak cara terhadap mereka yang rapat dengan aku.

Sifat kepimpinan sangat perlu terutama sekali jika korang merupakan seorang suami, bapa , orang atasan dan juga bekerja sendiri. Ramai yang gagal mengawal keadaan rumah tangga, keluarga, tempat keje dan juga perniagaan sendiri kerana kurang menguasai kepimpinan. Pada hujung tahun lepas aku bersama beberapa rakan yang mengalami masalah perkahwinan kerana si isteri menguasai keluarga lebih daripada seorang suami. Maklumlah bile si lelaki dah biasa memanjakan isteri sejak zaman bercinta, jadi bila isteri merajuk mereka akan mengharapkan si suami melayan mereka sama seperti zaman bercinta..huh..tak laratlah pakcik tu nak memujuk sampai ke tua.

Bagaimana pula dengan anak yg merajuk bila ditegur dan lari dari rumah bile kena penampar. Salahkan anak tersebut?hahahah..silap2..pastinya apabila parent terlalu memanjakan anak dan kurang sifat kepimpinan jadi anak tak mengiktiraf parent sebagai “ketua” mereka. Apabila ditempat keje mungkin ada yg lebih tinggi jawatan tp selalunya pekerja mereka tak mo dengar arahan..Nak lempang bukannya anak korang..Hakikatnya ramai yg takut untuk menunjukkan kepimpinan..takut di panggil “bossy”, gile kuasa..etc2..so kesannya..korang tidak dihormati oleh pekerja..so salahkan sape..kurangnya sifat kepimpinan so pergilah sertai seminar ataupun bykkan membaca buku.

Bagaimana pula dengan perniagaan..Percaya atau tidak even keje sendiri tp jika kita gagal menyerlahkan sifat kepimpinan tu agak sukar utk kita mengawal perniagaan sendiri. Dalam tahun lepas sahaja lebih sejuta laman web perniagaan dibina di Malaysia oleh pelbagai aliran perniagaan. Rata-rata byk website yang dah lesap dr alam maya kerana owner tak renew domain tersebut. Mereka gagal mengembangkan perniagaan menggunakan internet dan menyalahkan webmaster yang ditugaskan untuk menjaga laman web tersebut…Hahaha..Tahniah, mereka akan terus gagal kerana tidak mampu menyelesaikan permasalahan kecil dalam perniagaan.

Bagaimana kita mampu menyerlahkan kepimpinan dalam kehidupan seharian kita? Adakah dengan membiarkan anda terus di tindas..hahahaha…so siapa ada idea best utk meningkatkan kepimpinan korang? Jawap2

Untuk perniagaan, aku syorkan korang dapatkan 12 Video Multimedia ini.

Blog Widget by LinkWithin