Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Bekerja Sendiri Satu Alternatif?

Pagi-pagi lagi aku dah menghangatkan isu ini di forum tempatan..hahahaha..aku tak mau semakin ramai yang tertipu dengan model perniagaan sendiri kononnya..padahal..hahahaha. Malas mau ulas.

Ramai pelik bila aku ckp aku masih mencari keje sehingga sekarang. Masih tidak cukup ke pendapatan bulanan bekerja sendiri? Beb..aku bukan ada company Sdn Bhd berharga jutaan ringgit atau Genting Highland tu aku yang punya. Jika semua tu ya, pastinya aku sedang bercuti di Europe bersama keluarga ataupun dah tak tau nak buat apa dengan duit yang aku ada. Mengapa aku menjadikan bekerja sendiri sebagai sumber alternative berbanding focus 100% dan menjana jutaan ringgit..Aku ulang..Jutaan ringgit..Maaf, ribuan ringgit terlalu sikit jika berminat mahu berdebat tentang perniagaan.

Ramai yang menjana ribuan ringgit sehari dlm perniagaan mereka atau program yang mereka aktif. Malah ada yang telah lupa dan daif mula mencemuh mereka yang sanggup bekerja untuk orang lain berbanding bekerja sendiri. Beb..kalau mereka ada bakat menarik duit orang lain pastinya mereka tidak perlu menjadi hamba orang selamanya. Tp aku tetap kagum pada mereka yg bekerja dengan org lain tp hakikatnya lebih kaya dr mereka yg punya perniagaan sendiri.

Contohnya kawan aku sendiri, si A..Nak sebut ke nama sebenar..tidak perlu, karang dia belasah aku plak. Si A bekerja sebelum grad lagi, dia menjadi tukang masak di sebuah kedai makan di seksyen 2 shah alam. Jujur takde sape pun berminat nak kapel ngan dia sbb super selekeh di mata gadis2 yg tinggi nilai kononnya, padahal si A ni ada degree gak. Bila time praktikal si A beli satu kete baru buatan Malaysia cash. Huh..aku tak sempat naikpun sbb kena pi praktikal lebih awal dr dia..cish.

Selepas setahun aku jumpa dia balik, dia still pakai kete lama dia tu tetapi dia dah beli satu umah dan beli kan kete vios kat parent dia sekali lagi “cash”. Aku call kawan aku sekampung ngan dia tanya ada tak kete vios depan umah dia..Cish..mmg ada..hahahaha..aku membuat pengesahan cerita dia jerk sbb dia pernah kenakan aku sekali so aku jadi kurang caya. So, sebagai “kaki sibuk” aku tanya mana dia boleh simpan duit byk mcm tu..Dengan muke yang dah sedikit hensem dia selamba jawap..keje ngan orang. Aku tersenyum sbb aku tau mamat ni mmg tak boleh keje sendiri, disiplin out..Even nak pi kelas pun aku kena pi turut ke umah bujang dia dulu. Haram nak bgn pagi liat gile.

Dia mmg pandai uruskan wang, so disini aku rasa kunci kejayaan ialah menguruskan wang dengan cara yg betul. Dia mmg kedekut sbb selalu pow aku masa lunch, then bile bab beli buku mesti dia pow buku aku gak sbb kami kelas tak sama untuk certain subjek. Tp bila aku tgk cara dia manage duit mmg smart. Kengkadang ada time dia belanja aku gak upah bg pinjam buku. Kebanyakkan duit masa dia jadi tukang masak mmg dia simpan dan laburkan pada perniagaan org lain. Bayangkan satu malam dia di bayar min RM50, sebulan bersih dia dpt min RM1000. Selama 4 thn kami belajar, erm aku rasa sethn at least RM12k, 4 thn dah capai RM48k. Itu keje yang aku sure dia buat tiap2 mlm selama 4thn tak termasuk, pelaburan dia yang lain. Dia pernah minta aku melabur pada perniagaan kawan dia jual burger tp masa tu aku tgh “hot” dengan perangai sengal dia jadi aku tak mo. Satu malam kawan dia share profit dpt RM30 bersih, so aku rasa sethn jerk dia dah dpt berapa kat situ.

So skang dia keje ngan org gaji even dia tak ckp aku tau dlm rm2000 tu mesti ada, paling hangat bile dia ckp RM2000 tu bersih dia simpan jerk tak tau nak buat apa. Dia ckp kat aku, dia mmg tak boleh keje sendiri sbb disiplin rendah, mmg aku tak nafikan pun berdasarkan pengalaman aku sendiri. So, kalau korang dah mmg failed bab jaga kewangan, even ada business sendiri pun boleh lingkup.

Sapa yg punya business sendiri dan berniat nak berbusiness..Tahniah, ramaikan lagi peniaga di kalangan Islam, jgn lupe byr zakat sudei. :P

Selangkah Ke Pelamin

Atas kiri: catzer, fairoz, wayer dan dalila (sorry kalau aku eja nama korang tak betul…saje :P )

Bawah : Pengantin : Umar dan Mazlina

hahahah..cam best jerk tajuk kali ni kan..Sorry umah aku takde tenet lagi so mungkin khamis depan akan settle segala masalah berkaitan line internet ni. Bulan lps aku membelanjakan lebih RM300 untuk surfing internet di luar sahaja..Wargh..satu perbelanjaan melebihi dari budget. Income plak little bit drop due to aku tak dapat online kerap jadi aku hold dulu beberapa projek. Latest ebook free aku akan released as soon as possible. Ebook tu dah siap pun dan merupakan ebook ke dua under brand ManualNewbie.com. So, sesiapa yang belum subscribe list aku tu boleh lah subscribe since each month aku mmg bagi produk percuma pada korang. Byk sgt produk dalam hard disk ni so better aku sharing ngan korang. Rasanya tak lama lagi aku akan tutup “keahlian” untuk manualnewbie, lepas ni sesiapa yang nak subscribe kenalah buat sedikit pembayaran. So time-time aku bg free ni baiklah korang grab secepatnya,sbb misi thn depan aku akan bermula tak lama lagi..More money and less free…hahahaha

Semalam aku ngan roomate aku ke Batu Pahat menghadiri kenduri kawen rakan sekelas wayer. So perjalanan agak jauh sbb kami perlu amik Fairoz di Sunway Semenyih dan sedikit sesat. Mknn mmg thumb up, nasi beriani gum BP. Actually aku ngan wayer berkenan ngan cup cake pengantin tp kerana malu-malu kucing tak dapat lah aku nak pi rompak cup cake tu..

Dan pada hari tu Fairoz pun tak bawak D300 dia aku pun meninggalkan D70s aku kat umah, just bawak N5900 aku jerk. Perjalanan pulang agak memenatkan tp aku melayan wayer borak, dan kami sampai ke Shah Alam dengan selamatnya pada pukul 8 malam (selepas singgah makan kat Restoran Ali’s). Tengahari ni kami akan pergi ke Kuala Selangor, kawan wayer kawan gak..hahahhaah..memang selangkah ke pelamin tp calon plak takde. So sesiapa yang nak apply kekosongan ni bolehlah isi form cepat2..Erm, jap jap aku rasa dalila dan fairoz macam tak single dah..hehehehe..Tp selagi tak kawen still isi form mana2 pun tulis single :P

Blog Widget by LinkWithin