By
catzer on Sunday, November 30th, 2008 |
10 Comments

Kelmarin aku ke Kinokuniya, beli buku Adam Khoo dan Stuart Tan bertajuk ” Master Your Mind, Design Your Destiny”. Untuk pengetahuan korang buku ni terbitan tahun 2004 dan diulang cetak pada tahun 2005 dan 2006. Sebenarnya aku mmg dah lama nak beli but aku tunggu untuk habiskan buku The Secret aku dahulu. Mungkin korang tertanya sebagai salah seorang internet marketer berapa banyak ebook berkaitan bidang tersebut yang aku miliki. Jujur tidak banyak memandangkan aku kurang minat membaca buku…
Namun menjelang tahun baru ini aku lebih focus kepada buku berkonsep self development dan byk mendengar audio tentang motivasi. Ini merupakan buku ke 3 berkonsep motivasi selain dari “jangan bersedih” dan “the secret”.
Buku berkaitan dengan perniagaan internet tidak banyak memandang bukan buku yang mendorong aku ke dalam bidang perniagaan internet. Jadi buku tersebut kebanyakkannya tidak aku baca, maaf penulis bukan aku riak tp aku mmg kurang minat membaca buku..Tp kalau anime mmg no 1.
Ketika aku seorang pelajar aku memiliki 4 rak buku untuk buku-buku pelajaran selama 4 tahun. Dan paling menarik buku2 tu masih bersama aku. Yup, aku tak suke menjual buku yang merupakan kenangan manis semasa zaman belajar dulu. :D
So, disini aku ingin kongsikan satu lagi produk yang aku berikan percuma, maaf kawan2 aku tak borak seperti selalu kerana internet masih tiada lagi dirumah aku:
Ebook Percuma – Manual JV
By
catzer on Monday, November 17th, 2008 |
15 Comments
Okies ini bukanlah iklan Kementerian Kesihatan Malaysia, aku just terfikir berapa kerat jerk Malaysian yg menderma darah especially di kalangan darah jenis AB? So, atas dasar kesedaran pertama kali aku menderma darah tanpa memikirkan keadaan kesihatan aku sendiri. Sedia maklum bg mereka yang mmg selalu lepak secara maya bersama aku, aku pitam semasa proses derma darah tersebut. Gosh..
Berat bdn dan tinggi aku mmg ideal but aku mmg bermasalah dengan tekanan darah yang rendah. Semalam aku pergi renew lesen di PKNS Shah Alam, HTAR Klang open untuk derma darah di perkarangan concourse area. Aku just fikir, oh..ini peluang untuk aku membantu mereka yang memerlukan sbb bila aku fikir balik masa Paksue accident byk pin darah yg dia pakai so aku terfikir utk menyumbang juga. Doktor tu ckp tekanan darah aku rendah but still selamat untuk derma darah. So, beberapa minit pertama aku rasa ok..Then tiba2 aku berpeluh-peluh, badan aku jadi sejuk dan pucat dan jantung aku berdegup perlahan. Terima kasih buat nurse yang membantu aku secepat mungkin. Ya,aku nyaris di bawa ke hospital klang kerana nyaris pitam..aiyak malunya.
Dan hari ini juga, aku rasa bersalah kerana buat semua org yg rapat dengan aku risau. Aku dimarah dan di warning untuk tidak melakukannya lagi. Ianya terlalu membahayakan nyawa aku sbb jantung aku tidak mampu mengepam darah ke seluruh badan kerana tekanan yang rendah. Gosh..Aku tak tau apa nak ckp selain..Maaf sbb buat kalian risau..Thanks pada kakak aku kerana berjanji tidak akan memberitahu perkara ni pada parent aku. Keadaan aku masih tidak stabil dan sekali lagi maaf kerana buat kalian risau, especially my sibling, kawan2 dan si dia. Aku masih membaca mesej dr kawan2 yang mengatakan aku gile buat perkara ni “Dah cukup sihat ke sampai nak derma darah?”. “Siapa tak marah kalau membahayakan diri sendiri”. “Tak fikir ke kalau jadi apa2 sape nak jawap kat abah”..etc…etc..
Kadang-kala kita mmg ingin membantu sbb kesedaran itu hanya wujud pada mereka yang pernah mempunyai pengalaman. Aku berharap pada mereka yg mampu menderma darah, come on guys and gals gunakan keupayaan korang semua untuk melakukannya. Bantulah mereka yang memerlukan, aku tgk setiap kali derma darah berapa pin jerk yang mereka dapat padahal permintaan tabung darah mmg tinggi. Hanya sekali dalam 3 bulan anda perlu menderma jika mahu. Aku dah cuba but ironinya aku sendiri mempunyai batas dalam perkara ni. Jadi yang termampu oleh aku ialah mengalakkan pada mereka yg mampu utk terus menderma darah.
Kepada para penderma darah, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sistem kemanusiaan. Kalian telah menyelamatkan banyak nyawa tanpa disedari. Aku “dengki” pada kalian kerana mampu menyumbang apa yang aku tak mampu berikan.
By
catzer on Friday, November 14th, 2008 |
Comments Off
Beb..1st minta maaf aku mmg takde mood nak blogging atau apa sahaja yang related dengan internet. Semuanya kerana umah aku mengalami gangguan line internet lebih dari 24jam. Aku skang melepak di Pakli Kopitiam seksyen 18..
So kalau korang terlalu rindukan aku, bolehlah sms. Seyes aku mmg tgh bengang tahap gaban dengan internet cam dot dot dot ni. Korang maafkanlah aku kiranya tak dapat layan borak ngan korang. Aku harapa tenet akan kembali stabil..
Aku tgh karang 10 muka surat kenapa aku patut pangkah jerk muke CEO TmNet ni..Tolonglah bile lagi line internet Malaysia ni nak maju.. :(
Tentang kecederaan tangan aku..erm actually aku kena minyak panas semasa memasak..So tangan kiri aku melecur dan atas kebijaksaan aku kecederaan tu kurang serius kerana byk membaca buku pasal emergency response. So mungkin dalam seminggu lagi tangan aku akan pulih spt biasa. Skang aku tgh berpantang bab2 mknn. Thanks pada kengkawan yg sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan aku. Arigato gozaimasu :D
**Catzer Mengalami Gangguan Internet Selama Sebulan**
Anda mungkin akan sgt merindui dia..tp dia lebih suffer kerana tiada internet.. Keadaan terkini, catzer tgh melepak di kopitiam dan membazirkan RM10 hanya utk mendapatkan Wifi free..Memang sengal
By
catzer on Thursday, November 6th, 2008 |
23 Comments
Okies..esok 7hb Birthday aku yg ke..erm tekalah sendiri yg pastinya aku dah melangkau jauh dari keselesaan seorang remaja..
So mlm ni aku akan sambut dengan kawan2 dirumah. Patutnya semlm aku keluar mkn mlm bersama keluarga, setiap bulan itulah aktiviti satu family pi mkn2 di tempat yg best. Kali ni mereka tibai seafood kat Pelabuhan Klang. Aku tak dapat join sbb tgk wayang di Cineleisure Damansara, Tropic Thunder. Since aku ada allergy ngan seafood tahan jerklah perasaan dengki dan terbyg ketam, udang galah yg besar, ikan siakap masak kukus..erm..lapo2
Erm pengajian tempoh singkat aku ada beberapa gangguan iaitu tidak dapat memberikan focus yg sebenar. Tp takpe insya-allah sempena peningkatan Umur dalam masa beberapa jam lagi..(Aku lahir jam 0200 pada 7hb 11) aku dah rancang beberapa tindakan susulan yang akan mengerak kan aku dari zon sekarang. Chaiyok.
Berkaitan ebook percuma aku, thanks sekali lagi pada mereka yang menjayakan usaha murni aku ini. After lebih 2 tahun dalam dunia pemasaran internet aku merasakan ada kekosongan dalam dunia ini. Iaitu kuasa berkongsi banyak perkara secara percuma..hahaha
Okies aku dah confirmkan cup cake utk birthday aku, dan menu mlm ni ialah Pizza Domino dan beberapa side dish lagi..Yummy yummy. So jap lagi aku nak rempit ke puchong, mana2 geng puchong kalau rajin mohlah jumpa nanti erk. Sbb aku mmg selalu ke sana pi umah kakak aku kat Apartment Kenanga, before this dia duduk kat D’Kiara. So minggu lps baru pindah ke Kenanga. Area situ juga dia pindah, paling malas bab pindah umah ialah packing dan unpacking. So, lunch ni boleh aku pow kakak aku..Even umur aku skang tak layak nak dpt duit raya..tp bile bab2 belanja mmg mereka tetap kena belanja aku sbb aku kan “adik”..hahahaha..Erm kalau dah ada jual pisang goreng kat Seksyen 19 tu nak belilah..
Ops..bonda dah call..Terpaksa aku tamatkan berborak ni cepat2. So, lekas wish birthday kat aku :D