Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, akhirnya sebelum tamat bulan Oktober ebook percuma aku dapat di hasilkan dengan jayanya atas bantuan beberapa orang rakan. Idea ebook Manual Newbie ini muncul pada awal bulan 6 kalau tak silap aku memandangkan pada bulan itulah domain dibeli. Aku mula membina draf dan mengumpul maklumat pada bulan 7 dan 8. Dan menjelang awal bulan 9 iaitu hari pertama puasa aku mula mengarang ebook percuma ini mengikut pengalaman dan pengetahuan aku sebagai seorang yang suatu ketika dulu buta IT. Namun ebook ini bukanlah 100% berkisar kepada pengetahuan IT aku lebih tertumpu kepada pengetahuan IT dalam kehidupan seharian seorang internet marketer. Mmg terlalu banyak kemahiran yang perlu dimahirkan tetapi untuk versi pertama ini aku aturkan 19 kemahiran yang wajar di ambil tahu oleh semua newbie IM.
Minggu ini setelah berhempas-pulas memperbetulkan draf-draf asal akhirnya ebook ini dapat aku terbitkan pada hari Deepavali. Erm mudah utk aku ingat sampai bila-bila. Aku berharap kehadiran ebook percuma ini tidak menjadi pertikaian oleh mana-mana pihak kerana kajian telahpun dilakukan selama 2 bulan dan aku menganggap ebook percuma ini sebagai hadiah aku kepada rakan-rakan IM bersempena hari lahir aku tak lama lagi..hahahah…
Erm, so dlm bulan ini aku nak mencadangkan beberapa sumber yang boleh diguna pakai:
Untuk copywriting aku tetap letakkan RMCopy #1
Manakala Untuk servis pembangunan laman web dan pemasaran internet aku sejujurnya mencadangkan ProjekNiaga (wei..lps ni belanja aku mkn dah promote gile2 ni)
Dan Penyedia hosting, siapa lagi kalau bukan PlanHoster, beb Mie dah upgrade gile2 server dia sampai mkn megi jerk bulan ni..
Erm,tak lupe juga society network untuk internet marketer, IEM. Ya, mmglah aku punya site sbb tu aku promote..hahaha
Aku nak pi beli nasi lemak..lapo2
Sebarang permasalahan bolehlah di hantar ke:
Aku akan menghubungi korang kembali dengan sepantas kilat..hehehe












