Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Duit di Bulan Puasa dan Raya

Ok kengkawan selamat hari raya semua..sorry kalau byk comment yg tak dpt aku reply. Actually minggu lps aku agak busy settlekan problem aku ngan paypal. Then beberapa hari ni aku sibuk kemas umah..ops aku tak beraya di Shah Alam tp kemas rumah supaya balik nanti keadaannya menyejukkan mata dan hati. Malam ni aku akan pulang ke kampung bersama abang aku. Tengahari semlm dia call tanya nak balik pukul berapa aku cakap terang-terang aku tak mo balik siang2. Thn lps sib baik aku tak jadi korban sehari sebelum raya. Dia mengantuk dan tertido, nyaris nak langgar devider. So kali ini aku plan supaya kami bertolak selepas berbuka. Dia ada pesan aku beli kuih raya..Sengal, itu tugasan dia apasal plak pass kat aku last minute. Dia ckp thn ni dia “kopak”. Kucing-kucing dia dah semakin byk dan baru bulan lps lahirkan 6 ekor anak. Erm, alasan yg mungkin patut aku pertimbangkan. Ptg kakak aku plak call tanya balik dengan sape, mungkin dia nak ajak aku teman dia kot. Tp aku dah plan nak pulang ngan Uda, lagi satu kete uda manual confirm dia tak boleh suruh aku drive..hahahhaha

Kelmarin aku byr zakat mcm biasa, cuma kali ini aku byr melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Sbb lokasi pembayaran aku masa itu di Alamanda sejurus selepas aku htr fify boarding. Siapa tak bayar lagi zakat? Huh..Bayar beb..korang dah buat duit byk2 dari internet even tak kena tax tp zakat wajib bayar. Beberapa hari tanpa fify terasa kosong hidup aku..adei..Emil seperti biasa terkinja-kinja bila tgk aku balik. Aku harap ditinggalkan 5 hari tanpa mknn tidak akan menjejaskan reputasi dia sebagai seekor kura-kura.

So, kali ini aku akan cuba fahami keperluan kewangan di bulan puasa. Serius aku sendiri kopak disebabkan jualan semasa bulan puasa dan raya akan menurun dari bulan-bulan biasa. Ini kerana ramai lebih focus perbelanjaan untuk perayaan dan juga kehidupan seharian. Contohnya nak beli mknn berbuka puasa sahaja paling cikai, nasi+air+kueh korang akan habiskan dalam RM10, so kalau sebulan dah RM300. Penggunaan minyak kereta juga agak ketara kerana korang akan mula memasang aircond untuk keselesaan disebabkan tak boleh mkn dan minum maka minda perlukan suasana yg selesa. Nak jimat dengan tutup air cond boleh buat org yg menahan lapar hilang pertimbangan..So tolak markah pose sbb tak sabar.hahahaha

Thn ini perbelanjaan raya aku tidak seperti thn lps. Aku tak beli kad raya, just send kad raya percuma gunakan enveluv. Huh..sume ckp aku kedekut..silap..aku berjimat dan berhemah tau. Mknn berbuka juga mmg jimat sbb aku dah pindah ke seksyen 19 dimana kehidupan disini dikelilingi isi rumah kelamin dan jujur mknn yg dijual di pasar tidak menghairahkan untuk aku beli. Kueh raya, aku tak beli pun but since uda dah minta aku pergi beli..jadinya mungkin jap lagi aku nak kuar pi tgk mana2 kueh yg boleh aku sembat pada harga penutup..kalau mahal harap maaf, jimat duit aku. Bukan aku kedekut but byk kueh di jual mahal dan tak sedap.

Baju raya, aku tak beli sebarang baju raya. Hari tu aku ke kelantan aku beli sesuatu utk mak dan abah sahaja. Dalam umur yg semakin “muda” aku takde plan untuk raya kali ini. Just nak duduk dirumah dan siapkan free report aku, plan nak edarkan lps raya nanti.Jadi raya nanti aku takde baju raya lah erk..Heheheh,betul betul. Jadi tak dapat korang nak tgk picture aku pakai baju kurung. Aku ada baju kurung lama yg jarang di pakai..Jadi sekali lagi aku tak mau membazir, ada diantara baju kurung yg langsung tidak dipakai sejak aku beli.

Duit raya, dengan jumlah anak sedara menghampiri 20 org aku paling tak suke raya. Mengapa makcik perlu bg duit raya pada anak sedara..Argh..Anggap jerk sedekah..so part ni aku dah masukkan kepingan polymer berwarna hijau ke sarung angpow yg berwarna hijau juga. Nak lebih2 pergi minta dgn parent diaorg. Apa ingat aku ni keje cop duit ke?

Duit belanja dapur utk mak, tiap2 tahun aku akan amik bhgn utk duit dapur..Walaupun sedikit tp jujur kalau aku ni kaya bukan setakat duit dapur..Beli dapur pun boleh. Sedia maklum kesengkekkan aku mmg terserlah beberapa bulan ini..hahahaha…Then perbelanjaan thn ini bertambah 300% dengan kehadiran nenek aku dirumah dan adik aku yg sedia maklum keadaannya. Adoi, aku mengeluh kerana tak mampu nak adakan tambahan untuk semua tu. Insya-allah jika ada rezeki selepas raya aku mahu pulang ke kampung lagi.

So, berapa byk korang spend bulan ini dan perbelanjaan untuk beraya. Adakah korang beraya sakan atau tak dapat balik beraya? Aku mungkin tak dapat reply sebarang comment sehinggalah hari sabtu nanti. Ya aku WAJIB pulang ke shah alam kembali awal..Ada byk projek nak di revise semula. Projek yg tertunda dan yang baru nak bermula.Sekejap lagi aku kena siapkan 2 orders dr client, then kemas beg, bersihkan dlsr, pi cari kueh raya dan extra solex..apa lagi erk..erm..erm..byk plak listnya.

Oklah..Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. Semoga kita berjumpa lagi dlm post aku selepas raya.

Berita Tergempar buat penggila twitter mcm aku: https://twitter.com/surfaddict (kalau berani follow)

Am telah melahirkan erk..cam pelik jerk..menghasilkan report percuma berkaitan twitter. Pergh..mamat ni memanipulasi twitter sehinggakan adsense dia pun boleh naik $3/sehari..Tipu..huh tipulah sgt..tak caya pi download sendiri ebook tersebut..Aku telah memanipulasi banner ni..cuba korang clik..kekekek



p.s – Sape nak jual produk lps raya ni but takde masa bab minisite dan copywriting..Serius aku syorkan korang amik peluang tawaran Fai disini.

p.s.s – sesiapa yg nak uji bakat buat minisite sendiri. Huh apa lagi dptkan DVD minisite.

p.s.s – copyright design kepada reezluv. Selamar hari raya.

Hari Raya Dan Video Petronas

Uda…Balik raya bile..aku mau tumpang mcm biasa…kekekekek..itulah message bermakna aku pada abg yg aku panggil uda. Kali ni dia pulang bersama anak-anak kucing parsinya yg lahir 2 bulan lepas. Cis, terpaksa aku menyempit plak kali ni. Fify, aku akan htr boarding. Sedih tak pernah aku ada peluang untuk beraya bersama dia semuanya kerana sikap dia yg anti sosial tu.

Iklan petronas kali ni seperti dituju pada aku..Setiap kali pulang ke kampung muke aku monyok mcm buah pisang tak masak. Sedia maklum kampung aku agak terpencil dan internet adalah mustahil utk ditemui. Bukan “tiada” tp signal 3g hanyalah mimpi indah aku jerk kalau balik kampung. Jadi setiap petang aku akan merayap ke pekan untuk pergi ke cyber cafe. Satu perkara yang aku paling tak suke dengan diri aku ialah “ketagihan internet”. Cish..aku perlu kan sesuatu utk menghilangkan ketagihan ini.

Pulang beraya kali ini agak sukar bagi aku, ini kerana aku perlu mengadap wajah2 yg tidak berapa gemar utk aku tenung. Setahun yang lps semasa raya tahun 2007 aku dilanda dilema disebabkan pergaduhan 2 org kakak aku. Thn ini keadaan menjadi lebih teruk kerana aku lari dari menyelesaikan salah faham antara aku dan mereka yg wujud tanpa aku sedari. Menjadi adik perempuan bongsu adakalanya agak malang bg aku. Raya kali ini juga kami sekeluarga akan merasa sedikit meriah (mungkin) kerana nenek aku ada bersama. Jadi rumah aku akan di datangi oleh pakcik2, makcik2 dan sepupu2. Erm itu bermakna raya kali ini hidup aku akan mengalami beberapa kesukaran. Biasanya jika aku pulang, aku tak perlu fikirkan byk perkara tp thn ini..Adei sengal otak aku. Namun demi keluarga yg di rindui..Aku rela berpisah dengan internet dan juga fify…erk..tambah lagi seekor..emil..adei kesian emil aku terpaksa tinggalkan dia bersendirian..erm aku rasa rekod emil pernah di tinggalkan seminggu tanpa mknn dan hidup…Tp itu masa dia berusia setahun. Skang..Entahlah..Aku rasa dia boleh bertahan..Sorry emil, mmg takde tempat utk menjaga ko. Aku akan cuba pulang awal..aku harap family aku tidak kisah. Adei..dilema lagi..

So, kepada mereka yang masih belum menerima DVD panduan minisite, sila inform aku erk. Kengkadang pos malaysia ni takderlah se express mana. Tp setakat ni sume DVD dah sampai ke tangan pelanggan, alhamdulillah. Sesiapa yg nak jadi affiliate utk panduan minisite boleh berbuat demikian. Then ingat tak pasal aku ada nak kuarkan satu report free untuk mereka yang berminat utk menceburkan diri dalam bidang internet marketing ni, aku tak sempat nak create official site but demi memastikan korang menjadi org terawal mendapatkan report percuma tu bolehlah subscribe disini, ya gunakan borang tersebut dan dptkan juga panduan traffic web 2.0 percuma tu. Aku harvest email? Ya, but luckily korang patut bersyukur kerana aku bukanlah penggila email marketing..Cuma aku rasa bosan kalau benda yg bagus aku tak dapat nak send pada korang on time.

Lagi satu sempena bulan pose dan raya akan datang ini aku ingin tawarkan package hosting paling gempak pada korang. Hosting sebesar 1GB dan 15GB BW pada harga RM85 ( Free domain dot com)..La la la..Ya, tak tipu. Actually hosting ini telah digunakan oleh aku sejak 2006 lagi dan setakat ni site aku yg berada di bawah server ini tidak pernah down..Ya, tidak pernah. Untuk pengetahuan kalian pada thn 2006 dan 2007 aku mempunyai lebih 10 server untuk di test and error. Yes, dlm cubaan itu kita akan tahu mana yg terbaik dan elakkan dr site yg kita hargai musnah dalam masa yg singkat. Jap aku tgh fikir ni berapa ramai yang mahukan package hosting ni?Reply post ni…kekekekek

===================================================

HOSTING 1GB, 15GB BANDWITDH + FREE DOMAIN = RM85

Sape mau beli sms aku kat sini dengan ayat mengayat paling cun: 019-3ratus90tujuh7

kalau ayat korang tak cun kena byr rm100…hahahahah..kejam ke..

===================================================

Cinta Ini Membunuhku

Kadang kala aku mmg suke membuat konsep vblog untuk post aku..So pagi ini before aku ke kl aku tujukan lagu ini untuk seseorang..Ya, seseorang..entahlah siapa insan malang yg kenal aku ni..hahahahahah..Sorry aku tak cukup sempurna untuk membahagiakan sesiapa. Maaf andai aku selalu menyakiti hati pembaca blog ni. Kadang kala kita percaya di saat keadaan kita yg tidak stabil org yg paling dekatlah tempat kita menumpang bahu utk menangis..Tp dalam hidup aku itu semua tidak berlaku. Kegagalan atau kekecewaan dalam hidup ini tak dapat aku kongsikan dengan sesiapa..Bukan tiada sesiapa..Tp mereka tidak sudi. Tak mungkin aku memaksa org utk bersusah bersama aku…Terima kasih buat mereka yang sudi bergelak tawa bersama, dan selalu buat aku tersenyum..

Cinta Ini Membunuhku
D’Massive
Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

*
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

REFF:
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku..

Menjana Trafik Blog Anda

Pagi ini aku tido lewat dan ini sume disebabkan oleh usaha merepair semula site yg telah di hacked. Aku reinstall satu site tu dan setelah process install ada pulak perasaan tidak best jadi aku uninstall. Kepala aku terfikir macam mana nak memastikan site yang aku bina semula ni boleh menjana trafik seperti biasa. Bila fikirkan balik masa depan site ni buat hati aku semakin sakit..

“titan, ko tolong belasahlah malaun yg hacked site aku ni…geram2″ – inilah kata hati aku sepanjang semlm. Perasaan sakit hati ni meluap2 bila fikirkan dalam beberapa thn ini aku berusaha menaikkan site ini dan akhirnya lenyap dek hacker sengal. Erm, marah2 pun takde maknanya aku still kena betulkan site tu dan menjana trafik semula.

Kalau ada yg aktif di WC sedia maklum aku merupakan seller untuk ebook Teknik2000, rahsia menjana trafik 2000 Unique hits / day jadi korang mesti rasa proses menjana traffik akan mudah bagi aku. Jujur mmg mudah (bukan nak kerek) mudah jika kita semua punya masa dan konsistent. Jadi, aku terpaksa mencuri masa untuk membina dan memastikan site-site yg telah down tu bermula semula. Bukan aku tak mampu buat tapi semangat tu mcm dah luntur sedikit. Bygkan skang aku perlu menghidupkan semula 7 sites yang berlainan niche. Mmg keje gile, 7 sites ini aku bina sejak dr awal penglibatan aku dalam internet marketing jadi jgn salah sangka plak 7 sites ini dalam tempoh 7 bulan. Ada org yg boleh membina 70 site dalam masa 7 hari…hehehhe..itu sume MFA site lah..biasanya

So, pagi ni aku dikejutkan oleh seorang kawan yg mahukan aku menerangkan serba sedikit pasal sebuat ebook percuma hasil tangan Justin Michie. ebook yang bertajuk “Traffic Tips Report” memberitahu kita 247 cara bagaimana kita boleh meningkatkan traffic ke website. Apa yang aku suka tentang report ini ialah penerangannya ringkas dan mudah difahami. Ebook ini juga memperoleh reputasi yang tinggi oleh Internet Marketer yang terkenal. Ebook ni hanya 30 muka surat jadi tak ambil masa yang lama untuk merenung ke semua 247 cara tu. Tp satu benda yang aku tak berkenan pasal ebook ini ialah penerangan yang ringkas ini akan membuatkan kita tertanya pada teknik2 tertentu yg tidak kita fahami. Kang aku kutuk lebih2 org ckp ebook ni bagus pulak, mungkin ada sesuatu yg orang lain nampak ok tp di mata aku..biasa2 jerk.

So, kalau korang nak dptkan report percuma tu bolehlah download disini:

Lemonade 5cents

Erm tajuk ni buat aku meleleh air liur jerk..ish..pose pose

So aku nak sambung betulkan site aku..Letih gile..pagi ni aku tido lewat pukul 10 am baru tido..then bgn pun lewat. Korang tahu tak, quality tido malam adalah 2 kali ganda kualiti tido siang. Kalau korang tido siang 6 jam pun baru bersamaan 3 jam malam. So, pastikan korang cukup tido..hahahah..ngantuk2..kalau aku tido mlm kang sume pakat tak bgn sahur..sedia maklumlah..aku kan tukang kejutkan org sahur…

Quotes of the Month

Setiap bulan aku akan meletakkan quotes of the month sebagai wallpaper aku. Bulan lepas quote yang aku gunakan agak menarik sehinggakan aku terlupe untuk menggantikan quote untuk bulan ni. Actually aku mmg perlukan quote dalam hidup aku setiap bulan sebagai satu mindset utk aku lalui bulan itu. Mungkin sebab sejak dari belajar lagi aku sentiasa dikelilingi rakan-rakan yang suke menggunakan quote dalam kehidupan seharian mereka. Nasib baik aku hanya menukar quote sebulan sekali jika hari2 ada sedikit parah.

Dalam kehidupan sebagai seorang internet marketer sejujurnya hanya 9% dari mereka yg dekat dengan aku memahami apa yg aku lakukan seharian sepanjang di rumah. Manakala 91% peratus lagi kurang pasti dan tidak pasti langsung dengan term yang aku selalu gunakan. Untuk bulan lepas aku menggunakan quote di bawah sebagai wallpaper aku:

So hasil daripada quote ni aku berjaya merangka beberapa long term business plan, meskipun ada yg tak dapat dilaksanakan but at least blueprintnya sudah siap tersedia. Beberapa projek tambahan seperti Panduan Minisite dan juga Panduan Seo telah berjaya aku selesaikan meskipun ada beberapa masalah yang kalau difikirkan boleh menyebabkan aku malas nak proceed projek tu. Disebalik beberapa projek yg berjaya tidak kurang juga projek yang gagal atau digagalkan. Contohnya minggu lepas 2 sites yang merupakan main income aku utk adsense telahpun dihacked. Ya, terima kasih kepada hacker tu kerana berjaya memusnahkan hasil kerja aku selama setahun lebih tu. Aku terpaksa membina semula site yg telah lebur.

So nasib baiklah aku punya semangat masih tak lebur…So..untuk bulan september ni mesti korang tertanya apa yg aku tepek kat wallpaper aku..heheheheh…okies okies…Ni latest quote aku:

Apa quote harian..bulanan..tahunan..sepanjang hayat korang..meh share skit kat sini

Selamat Hari Lahir ke 57, Bonda

Tadi lepas balik solat terawih aku tertido..alahai, tak dapat call mak untuk wish birthday mak hari ini. Insya-allah subuh nanti aku call. Aku tahu mak mesti akan bgn sahur sbb abah wajib makan sahur sama mcm aku juga. Kalau aku pulang biasanya hanya kami tiga beranak yg bgn makan sahur. Sibling aku yang lain liat gila bab sahur..

Post kali ni utk mak..Aku tahu mak takkan baca post ni tp jika berlaku sesuatu pada aku..aku mahu dia tahu post ni akan kekal disini khas utk dia.

Semasa aku dilahirkan umur mak 30 tahun, 2 minggu selepas aku lahir abah accident jadi mak dalam pantang pun kena bekerja untuk menyara keluarga. Ya, mak seorang wanita yang tak pernah aku dgr dia mengeluh sakit, letih, penat atau apa sahaja..Pelbagai pekerjaan di lakukan demi menyara kami sepanjang abah patah kaki selama 4 thn. Perubatan dulu tak sama dengan skang. Pada umur 4 thn, aku nyaris pulang ke Illahi lebih awal kerana accident. Mak mabuk darah jadi aku diiringi oleh abah ke hospital dan sepanjang 2 bulan mak dan abah bergilir menjaga aku. Sesiapa yg membaca tentang aku mungkin tahu betapa sibuk parent aku semasa dlm proses aku membesar. Mak merupakan anak kesayangan arwah atuk, masa atuk meninggal waktu aku tingkatan 3 mak yang menemani jenazah sepanjang malam, mak baca alquran dari mlm hingga subuh hari.

Dulu aku tak suke pada mak, bukan sebab mak selalu lebihkan akak dlm apa2 perkara. Tp aku tak suke kerana dimata aku masa itu, mak langsung tak sayang aku. Aku masih ingat selama 3 tahun aku menjadi pelajar terbaik di sekolah menengah, mak tak dapat hadir utk sign buku report. Hingga saat ini aku masih ingat pada hari itu aku duduk menanti mak datang, hari sudah petang yg dtg adalah wakil dari mak iaitu pakcik aku. Pakcik hanya diam dia tahu aku seorang baran, jgn di tegur di saat yg tidak betul. Semasa aku dapat peluang masuk ke sekolah teknik, mak tiada kerana sibuk menguruskan keluarganya di kampung setelah atuk tiada. Aku terpaksa menolak beberapa tawaran kerana aku hanya mahu mak pulang dan uruskan segalanya..Bila aku fikir kembali ya..aku pentingkan diri sendiri..Ketika kawan2 bertukar sekolah aku kekal di sekolah lama.

Setiap kali aku bergaduh dengan mak..Mak akan jawap satu jerk.. “Keluarga kita tak sama mcm orang lain, kalau mahu senang dimasa hadapan kita kena usahakan sekarang”. Aku benci bila mak larang aku aktif kokurikulum sbb mak ckp aku tak pandai bahagikan masa dan selalu malas belajar. Ya, aku mmg dari kecil selalu ponteng atau datang lewat ke sekolah. Mak mahu aku focus menjaga perniagaan keluarga dan belajar. Tp aku tetap aku..curi2 aktif disekolah.

Saat kebencian aku bertambah pada mak bila ketidak adilan berlaku antara aku ngan akak. Akhirnya, aku jadi seorang yang tidak mahu menilai kasih sayang seorang mak lagi sehinggalah aku berjauhan dari parent sejurus habis spm. Waktu itu baru aku mengerti betapa mak mahu menjaga aku dari masalah di masa hadapan. Mak mahu aku jadi insan yg cekal sama seperti dia. Rupa-rupanya arwah Atuk ada tinggalkan pesan, “adik tak sama mcm anak yang lain, walaupun degil tp hati dia lembut. Insya-allah bila tua nanti inilah anak harapan org tua”. Abah beritahu pada aku, abah tak mau aku hidup dalam prasangka.

Semasa aku sambung belajar di ikip seperti biasa parent aku tak menghantar aku, tugas itu diserahkan pada abg aku. Kakak ipar aku ckp, actually mak dan abah tak sanggup nak lps aku sendirian. Namun, waktu aku sambung di uitm Jengka mak dan abah hantar kerana ada byk pesanan untuk aku. Semester pertama, setiap minggu mak akan datang ini kerana aku mengalami masalah ketidakstabilan kesihatan. Ya, bermula pengajian diploma kesihatan aku tidak stabil. Semasa cuti semester aku accident, Ya kali ke 2 aku nyaris2 pulang awal ke pangkuan Illahi. Rahang muka aku retak dan aku refuse utk di tinggal di hospital. Terima kasih mak sbb selama 2 bulan menjaga aku dirumah. Pengajian sem 2 aku mengalami trauma accident, mak lebih kerap datang melawat kerana kesan accident menyebabkan aku mudah2 muntah dan pitam. Waktu itu mak sibuk dapat tender kantin sekolah tp dia tetap luangkan masa dan aku gembira kerana masa itu mak dah pandai ckp “sayang anak mak ni” each time dia peluk aku sebelum pulang.

Sem 3, satu peristiwa meragut nyawa kawan baik aku. Mak bergegas ambil aku pulang ke kampung, sepanjang perjalanan pulang byk nasihat-nasihat mak pesan pada aku. Pertama kali aku merasakan kehilangan seorang rakan yg sudah sebati dalam hidup aku. Mak mulai risau kerana aku bingung dan tidak keruan. Ada satu nasihat mak, minta aku jumpa parent dia dan peluk mereka, jgn sesekali menitiskan air mata. Air mata yg bertakung aku tahan sehingga pulang. Tanpa mak masa itu aku mungkin tidak akan dpt mengawal perasaan. Ya..kehilangan..

Di usia 57, mak sibuk menjaga adik aku yg lumpuh dan nenek aku. Bila aku kenangkan kembali dulu sibling aku selalu ckp aku anak kesayangan mak dan abah, manja. Tp aku tak pernah sedar sehinggalah aku dewasa. Sekarang bila aku mengalami masalah kesihatan aku tak mahu mereka tahu, bukan kerana aku ingin berahsia tp aku masih ingat satu mlm mak dan abah pernah ckp “mereka tak boleh terima kenyataan jika berlaku apa-apa pada aku”. Mak selalu pesan, jika perasaan lemah dan tak bersemangat ingatlah kasih sayang mereka terhadap aku. Aku harus teruskan hidup biarpun ada banyak masalah kesihatan. Mak ckp “adik bukan tak boleh sihat, tp adik lemah semangat..perlukan org tersayang selalu disisi..Mcm mana kalau mak dan abah tiada? ” Mak mahu aku cekal, aku gagal mengawal emosi kehilangan..Bila aku tak sihat aku tak mahu bebankan mak dan abah, mereka akan risau. Mak mahu aku hidup lebih lama dari dia..Dia mahu menanti aku disana. Tp..aku lah insan yg gagal menerima kehilangan..

Dihari lahir yg ke 57, aku doakan mak panjang umur dan dikurniakan kesihatan sepanjang hayatnya. Jika Allah mengizinkan aku hidup lebih lama dari dia, aku mahu jaga mak dan abah mcm mana mereka menjaga atuk dan nenek. Aku mahu bawa mereka ke byk tempat dan yg paling penting aku mahu pergi ke Tanah Suci Mekah bersama mereka. Aku mahu bersama mereka selamanya..

Mak dan Sally – 16 Feb 2008, Teluk Kemang

Affiliate Panduan Minisite Dibuka Sekarang!!!

Minggu ni aku sedikit busy memastikan sistem affiliate Panduan Minisite berjalan dengan betul dan tepat. Setelah hampir 2 minggu aku membuat testing dan troubleshooting akhirnya hari ni dengan rasminya aku membuka pendaftaran percuma untuk Affiliate Panduan Minisite ini kepada semua pembaca blog ini dan masyarakat Malaysia secara amnya.

Mungkin ramai yang masih confuse apa itu minisite? Antara contoh-contoh minisite ialah seperti:

Panduan Minisite

Panduan SEO

Untuk usahawan internet, minisite merupakan site jualan yang mempunyai peratus jualan tertinggi berbanding site jualan yang lain. Ini kerana minisite merupakan site yang digunakan untuk targeted product sahaja. Biasanya ianya lebih focus kepada main produk dan konsep minisite sememangnya mampu memberikan keuntungan yang lebih berganda.

Sebagai salah seorang yang terlibat dalam internet marketing, aku mmg sedang cuba menguasai kemahiran membina minisite dan membuat beberapa jualan ataupun mendapatkan subscriber dari minisite yang aku bina. Kalau tak silap aku ini kali pertama aku bercerita tentang internet marketing secara serius. Minisite hakikatnya lebih mudah untuk di bina berbanding website seperti portal..etc..Ini kerana website jualan adalah lebih focus kepada untuk menjual. Kalau korang nak repair tayar pancit tak kan pergi kedai mamak pulak kan. Kalau korang pergi kedai mamak tu namanya tak pose.

Panduan Minisite ni dalam bentuk download tp kalau ada yang mahukan versi DVD sekali kerana fail sgt besar dan internet korang sgt “laju” bolehlah tambah sedikit kos utk penghantaran so nanti aku poskan DVD tu kerumah korang. Buat masa skang biasanya mmg tiap2 hari aku kuar pi post DVD ni, jadi korang jangan risau aku tak kumpul order terus send on time.

Kepada mereka yang ingin mempromosikan affiliate Panduan Minisite ni bolehlah register di sini:

Affiliate Panduan Minisite

Komisyen untuk satu jualan adalah sebanyak RM18, pada aku agak berbaloi kerana korang hanya register percuma sahaja dan letakkan banner panduan minisite di blog atau website korang. Takpun gunakanlah apa2 skill marketing yang korang ada.  Contoh banner seperti dibawah post ni, aku tgk ramai yg nak buat affiliate ni masih keliru bagaimana sistem ni dijalankan. Untuk peringkat awal kalian hanya perlu tahu 90% affiliate di malaysia boleh korang daftar secara percuma tiada yuran keahlian. Then setiap bulan pembayaran akan dibuat berdasarkan jumlah jualan. Kalau affiliate panduan minisite ni, pembayaran menggunakan online banking ke bank maybank atau cimb. Kalau korang ada bank lain tu tetap aku layan tp 2 bank ni mmg lebih mudah untuk ke dua dua belah pihak.

Actually aku mungkin akan released beberapa produk percuma untuk sesiapa yang berminat untuk mendalami dunia internet marketing. Ok, aku sedar aku bukanlah otai yg buat ribu2 sebulan but aku lebih tahu dimana kedudukan aku setelah 2 tahun dalam bidang internet marketing ini.

Bagi sesiapa yang inginkan webjualan seperti minisite ni silalah hubungi aku untuk mendapatkan servis tersebut. Ramai yang tanya tentang copywriting, Yup..aku juga provide perkhidmatan copywriting versi Bahasa. Apa itu copywriting insya-allah nanti aku akan kongsikannya disini. Jadi disini sedikit kehidupan aku sebagai seorang internet marketer terbongkar. Bukan mahu menonjol tetapi aku mahu telus kepada pembaca blog ini. Kalau ada apa2 pertanyaan tentang minisite atau perniagaan internet boleh send email ke admin[at]panduanminisites.com. Aku sedia membantu jika mood aku ok pada waktu itu.

Ramadhan dan Rezeki

Malam tadi aku sampai Shah Alam dalam pukul 7.00pm, aku nak bas dari Machang pukul 10 am. Serius penat gile but hati aku sedikit berat untuk meninggalkan Kelantan..Adakah sebab aku sudah jatuh cinta dengan seseorang disana? Erm, mungkin..

Actually takde plak aku jumpa mana2 mamat yang berkenan dihati, mungkin sbb masalah bahasa buat aku malas nak berinteraksi. Hehehehe, actually target aku kesana bukan nak cari calon laki cuma nak clearkan sikit minda dan mencari ketenangan di kawasan kampung. Memandangkan di rumah parent aku skang ada pakcik dan makcik yg menemani nenek yang sedang tenat. Mungkin kalian pelik kenapa aku tidak meringankan beban parent aku disaat ini. Sebenarnya, parent aku lebih prefer aku ke Kelantan mencari ketenangan fikiran dan juga merehatkan minda. Belajar adab dan adat negeri orang lain. Jika aku pulang ke kampung, tak byk yg dpt aku lakukan melainkan sibuk membantu makcik, pakcik aku yg sedia ada uzur juga. Pastinya aku tak punya byk masa merehatkan minda malah mungkin boleh menyebabkan kecelaruan fikiran.

Petang semlm setibanya aku menjejakkan kaki pulang ke rumah sewa. Perkara pertama aku buat ialah on computer dan surf blog ni. Thanks pada kengkawan yang mendoakan keselamatan aku dan meninggalkan komen disini. Serius aku ketakutan semasa pulang semlm, pemandu berjiwa muda dr SKMK mmg membuatkan aku memikirkan soal kematian..

Ramadhan di bumi Machang, mengingatkan aku zaman-zaman yg telah berlalu. Selama 4 hari 3 malam disana aku belajar loghat Kelantan dan byk juga pengetahuan tentang adab dan adat yang aku pelajari dari keluarga rakan serumah aku. Mereka menggunakan air bukit dan perigi sebagai sumber air dan hanya membayar RM2. Wah..Bunyinya menarik tp kalian patut bersyukur kerana punya jabatan bekalan air. Rancangan Televisyen hanya ada TV1, TV2 dan TV3. Argh, aku mahu animax, mahu internet, mahu McD,KFC…Argh….Sengal..Aku ingat semula niat ke Kelantan..Mahu mengosongkan minda dan mengemaskinikan strategi hidup..Jadi lupakan segala apa yang aku mahu. Mak juga pesan, jaga perangai di rumah orang. Jgn susahkan orang disana..

Aku pergi ke pasar Senin (Isnin) membeli cenderamata untuk kawan2 dan keluarga. Hari pertama puasa aku di serang sakit perut. Badan aku lemah terasa seperti mahu berbuka, tp aku gagahkan juga. Hari pertama aku berjaya. Alhamdulillah.

Dari malam tadi hingga ke pagi ini aku belum tidur selepas pulang dari Kelantan. Actually, aku begitu gembira kerana dibulan indah ini bukan sahaja kita mudah mendapatkan pahala malahan pintu rezeki juga terbuka luas. Jika kalian perasan banner dibhgn atas blog aku ini merupakan salah satu sumber pendapatan dari blog. Untuk bulan ini aku mendapat payment kali pertama dari program tersebut. At least blog melayu ini juga mampu membuat duit dari program antarabangsa. Bukti? Oklah..ini buktinya..Tak byk tp bolehlah aku buat duit beli domain dan hosting lagi.

So, $16.39 bersamaan lebih kurang RM50. So, jika org bujang yang merempit seperti aku ni dan selalu lepak dirumah jerk mungkin RM50 tu cukup untuk makan 5 hari. Program ini membuat bayaran menggunakan paypal dan pembayaran dibuat sebulan sekali.

Then, thanks untuk mereka yang telah mengorder panduan minisite. Insya-allah hari ni aku akan htr DVD tersebut pada pembeli. So, kengkawan..sesiapa yang ingin mendalami ilmu pemasaran online silalah dptkan DVD panduan minisite ini pada harga yang mampu dimiliki. Erm, aku nak tido sekejap..Hakikatnya memang penat gile perjalanan ke Kelantan ni..Tp thanks aku dpt learn byk benda baru.. Best2..

Blog Widget by LinkWithin