Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Selamat Datang…Darul Naim

Esok pagi2 aku akan berangkat ke Kelantan Darul Naim..Buat pertama kalinya start pose disana. Hari aku sedikit sedih sbb terpaksa meninggalkan si dia bersama si dia..erk..Hehehehe..So bermula esok hingga selasa,2hb aku tidak dpt online..Kalau ada emergency..sila sms spt biasa

So, disana tiada line internet kerana aku berada di daerah pendalaman Machang. Tujuan aku kesana..Erm lebih kepada mencari ilham dan menghilangkan kekusutan minda untuk beberapa bulan yang lepas. Sedia maklum aku masih lagi batuk2 dan mata kiri aku bengkak semula..Itu bermakna aku perlukan antibiotik lagi..Argh…Baik aku fikirkan perubatan tradisional skang..So, mungkin di sana aku akan temui apa yg aku cari.

So, pagi ini aku agak sibuk mengemas rumah dan pelbagai lagi. So, sesiapa yang berminat untuk membeli “Panduan Minisite” produk terbaru untuk tahun ini. Sila tunggu aku pulang..Kalian contact aku melalui YM, banyak bonus special yang ingin aku berikan. Serius..ini produk yang patut kalian miliki jika mahu aktif dalam internet marketing. Harga special buat pelawat blog ini..Sebab tu aku pinta kalian hubungi aku menggunakan YM takpun tinggalkan komen disini..

So..kengkawan..doakan aku pergi dan pulang dengan selamat…Dari Negeri Darul Naim

Tips Cemerlang Exam PTD

Aku dpt surat panggilan ke exam ptd yang berlangsungsabtu lepas, persiapan untuk exam sgt tidak best kerana sedia maklum keadaan kesihatan yang sgt goyah. Saat aku menulis post kali ini, aku masih batuk walaupun tidak teruk spt sebelum ini. Percaya atau tidak mmg tiada ubat utk batuk even ko teguk ubat batuk seperti minum air masak setiap hari. Namun, syukur aku tidak perlu menghadirkan diri untuk ujian x-ray. Tp aku rasa bila kelapangan nanti aku akan pergi buat juga. Cuma aku perlukan masa untuk memberikan badan aku sedikit masa untuk berehat sebelum ujian x-ray.

Sabtu lepas aku ditemani kawan serumah ke SMK Seksyen 10 Kota Damansara untuk exam ptd. Exam bermula pukul 9 am dan berakhir selewat pukul 4.30 pm. Aku keletihan byk temu janji terpaksa aku cancel, sorry kengkawan serius mmg penat bila otak “google” seperti aku ini perlu memerah otak untuk menanda borang OMR dan menulis esei. Adakah internet melemahkan daya penaakulan aku? Mungkin.

Meskipun exam ptd kali ini adalah pertama kali yg aku hadiri tp mungkin tips2 ini nanti mampu membantu mereka yang bakal menduduki exam ptd walaupun buat kali yang ke berapa. Walaupun peratus kejayaan dan kegagalan aku dalam exam kali ini ialah 50-50 tp aku percaya aku agak bagus dlm menganalisis tips kejayaan untuk setiap exam yang aku duduki.

Tips pertama – Jika kalian memohon jawatan ini semasa mengisi borang SPA. Pastikan anda sentiasa alert pada persekitaran dan isu semasa dengan memperbanyakkan membaca surat khabar dan melihat berita. Mulakan skang, ya hari ni. Jika post ini kalian baca seminggu sebelum exam, aku syorkan baca blog yang sentiasa update dengan isu semasa. Serius, untuk exam kali ini blog-blog tentang isu semasa byk membantu dan jgn buang masa membaca blog politik..Mahu jadi PTD kita perlu berfikir untuk berkhidmat utk negara tidak kira di bawah kepimpinan siapa.

Tips kedua – Beli buku “Malaysia Kita”, percaya atau tidak buku ini merupakan sumber soalan hampir 60% dari soalan pengetahuan am dan alam sekitar. Aku gagal dlm mendapatkan jawapan untuk kertas ini kerana sedia maklum aku beli buku tersebut seminggu sebelum exam dan dlm keadaan goyah, x mampu aku utk menelan sume 600 muka surat. Edisi baru berwarna pink, harga dlm RM37.50 di MPH. Aku beli di MPH Bukit Raja, Klang. Jika kalian sudah expert bab sejarah tahniah..anda boleh skip 300 muka surat pertama. Untuk exam ini aku hanya membaca kurang 100 muka surat.

Tips ketiga – Pastikan cukup tido sehari sebelum exam, aku tido jam 3.00 am kerana hari itu aku mmg terlebih tido sbb mkn ubat batuk. Hanya mereka yang biasa menghadiri exam dengan keadaan tidak cukup tidur sahaja yang boleh meniru lagak gaya aku ini. Pastikan cukup tido kerana exam tersebut akan buat kalian bosan,ngantuk dan 100% penat. Satu hari mengadap borang OMR buat aku muntah.

Tips keempat – Telefon parent, mintalah doa restu mereka. Ya, aku phone mak dlm pukul 8.00 pm sehari sebelum exam. Nyata aku mengharapkan agar mereka berdua tidak menaruh harapan apa2 untuk exam kali ini. Mak hanya gelak dan aku tahu dlm hatinya ada perasaan percaya aku boleh berjaya.

Tips kelima – Sediakan pakaian dan kelengkapan untuk exam sehari sebelumnya. Pastikan anda memakai pakaian yg kemas..Rata-rata gadis lebih ayu memakai baju kurung dan lelaki lebih segak dengan kemeja dan slack. Ya, skema..Mahu keje gomen mmg skema. Alat tulis mesti lengkap pastikan bawa lebih dr sebatang pen dan pensil. Jgn menyesal jika tiada siapa mahu pinjam kan alat tulis kerana rata-rata yg menduduki peperiksaan memang mahukan jawatan yang sama.

Tips keenam – Semasa mengambil peperiksaan, masa amat berharga kerana jujur aku katakan pengawas peperiksaan yang menjaga tidak berapa arif tentang pengurusan masa. Yang mereka tahu bg kertas, set masa dan kutip semula kertas jawapan dan soalan peperiksaan. Kalian kena sentiasa bersedia, even borang omr belum siap diisi dengan maklumat menduduki peperiksaan. Biasanya kita akan diberikan peluang memeriksa kertas soalan 5 minit sebelum peperiksaan dimulakan, harap maaf itu tidak berlaku. Pastikan isi maklumat peperiksaan secepat mungkin dan bersedia utk menjawap soalan pada bila-bila masa. Pastikan juga anda menanda jawapan terus ke borang jawapan OMR jgn buang masa menanda jawapan di kertas soalan.

Tips ketujuh – Jangan sesekali meninggalkan ruang kosong tidak berjawap..Ya, “tembak” janji anda menjawap..Cool bukan tips ini..Kalau tidak mahu ikut terpulang sbb kalian mmg terror jika tidak menembak dan lebih suka tinggalkan ruang kosong.Untuk kertas sahsiah rupa diri, 200 soalan dalam masa 40 minit. Aku siapkan dalam 10 minit sahaja. Paper ini menunjukkan siapa anda. Contoh soklan ” adakah anda pernah terfikir untuk memaki org ketika marah?” Ya atau Tidak..So, jadilah diri sendiri utk paper ini. Tp jika diri anda byk sifat2 kurang murni kekalkan sikap itu dengan tidak jujur semasa menjawap paper ini. Untuk paper math, praktis dari sekarang mencongak sebarang kiraan dlm titik perpuluhan.

Tips kelapan – Tawakal..Balik rumah dan tido..Jgn sesekali check jawapan untuk soalan yang tidak boleh dijawap. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Kalau ada PTD yang membaca tips ini aku jamin 90% akan setuju dengan tips yang aku berikan. Ya, mahu jadi PTD kena ada sikap percaya pada diri sendiri. Hahahaha..

Jika anda berjaya dlm exam ini, anda akan ke (Program Assessment Centre) PAC selama 3 hari, dan jika berjaya mencerminkan diri sebagai bakal ptd baru anda akan di interview..Jika berjaya dlm interview..kalau tak silap aku anda wajib mengambil Diploma Pengurusan Awam di Intan selama 6 bulan dan selepas itu baru diserapkan ke jabatan2 berkenaan.

Are You Tough Enough? Prove it

Sabtu lepas aku mendapatkan rawatan lanjutan di klinik Seksyen 7, batuk menjadi tidak terkawal malahan badan aku rasa spt diawang-awangan. Seluruh badan terasa sakit kerana batuk yg teruk. Doktor mengambil sampel darah utk blood test. Keputusannya, syukur tiada Denggi hatta chikun kunya. Platlet dalam darah pada kadar 1000 lebih, namun berita gembira tu tidak lama. Doktor menunjukkan keputusan ujian darah pada aku, ada 10.8 kandungan bacteria dlm darah aku..Erk..Aku tergamam…dari mana pula datangnya bacteria ni?

Pagi tadi, pukul 5 am..Aku batuk teruk dan hampir pengsan di bilik air..Badan aku lemah dan terima kasih buat rakan2 umah yg membawa aku ke klinik..Jadual untuk ujian xray hari ni dibatalkan..Doktor bg aku masa 2 hari lagi untuk mencuba beberapa ubat tambahan..Jika batuk masih berterusan, ya..xray jalan terbaik. Maaf pada kengkawan yg menghubungi aku dlm tempoh minggu lps dan minggu ini..I’m sorry, aku mmg tak available. Doakan aku cepat sembuh..Hari ni masuk 8 hari aku batuk, aku harap dlm tempoh 2 hari lagi aku akan sembuh..Doakan Tau..

Menangani Demam Yang Sengal

Hari ni genap 5 hari aku demam..so satu rekod juga untuk demam tahun ini. Sorry kengkawan kerana aku tak dapat reply komen korang sume satu2 secara personal..Jujur aku ingin menjawap dengan penuh perasaan teruja dan ghairah..tp adei..sakit tekak, batuk, selesema,sakit kepala,sakit mata…etc..argh..demam yang sengal ni buat aku hilang keupayaan untuk tersengeh.

Semlm aku pergi ke klinik lagi tp kali ni klinik yg tidak pernah aku pergi..Rata-rata klinik di Bandaraya Shah Alam ini penuh dengan org..Wargh..semua sakit ke..sudah jadi wabak apa demam ni. Aku dengan wayer berpusing-pusing mencari klinik yg sesuai..istilah sesuai ialah tidak ramai org yg sakit menunggu utk rawatan. Jika kita duduk bersama mereka2 terlalu lama kita juga boleh menjadi lebih sakit..So itu adalah teori perubatan percaya atau tidak..aku mahu percaya kerana sistem badan aku lemah jadi aku tidak mahu berkongsi oksigen yg tercemar. Semasa di Seksyen 7 aku punya doktor peribadi sebelum dia dipindahkan ke cawangan lain, bila doktor baru masuk..ah..tidak selari dengan perasaan aku..Malah chargenya juga berganda..jika dulu aku demam sekadar byr RM25-RM35 sahaja paling tinggi kena charge RM72 jika aku mengambil suntikan. Tp, bila bertukar doktor aku di charge RM45..Wah..Mahal..

Jadi alternative setelah berpindah ke seksyen 19 ialah Klinik Nik Ishak seksyen 18, doktornya sgt baik..huhuhu..dan sedikit hensem..Sgt mesra alam, chargenya juga sekadar bawah RM40..Ya beza tak byk hanya RM5 tp RM5 itu juga boleh buat isi duit minyak motor tau. :p Tapi semlm klinik tu tutup awal sebab doktor ada emergency jadi aku ke klinik Ng dan Lee. Doktor cakap ala kadar, then bg aku ubat panadol, antibiotik, lozenges dan ubat batuk. Resit terpamer RM42..Wargh…Untuk konsultansi tidak sampai 5 minit aku sudah dicharge RM42. Ubat nya juga hanyalah ubat biasa..Jika di Seksyen 7, RM45 ubatnya lebih bermutu mungkin kerana ada rekod perubatan aku terdahulu jadi mereka lebih arif..next time aku akan kembali ke seksyen 7..Berbaloi dan..erm doktor baru tu hensem juga..

Kerana ubat yg diberikan tidak berapa sesuai ngan dos yg sepatutnya, mlm tadi aku ke seksyen 7. Pergi ke farmasi yg aku biasa pergi utk mendapatkan ubat spt yg disyorkan oleh doktor peribadi sebelum ini. Mlm ni aku boleh tido lena ya aku pasti sbb ubat kawalan ini mmg bukan semua org boleh beli..Argh…itulah masalah bile bdn aku hanya bertindak balas pada dos yg tinggi. Esok jika aku rajin mahu pergi buat ujian darah di Klinik Komuniti Seksyen 7. Argh..Bandaraya Shah Alam mmg SENGAL..Tiada hospital kerajaan yg berlambak hanyalah Hospital Swasta..Ada satu berdekatan rumah aku..3 malam disana chargenya melebihi RM1k..Mahu masuk ke sana deposit nya RM1k..Wargh..Jika aku sakit nanti antara duit dan nyawa..takperlah..aku heret credit card sekali. Aku bygkan bagaimana mereka yg berpendapatan rendah, sanggup menunggu seawal 7 pagi untuk mendapatkan rawatan di klinik komuniti yg beroperasi masa pejabat sahaja sungguh SENGAL. MB tolonglah lakukan sesuatu, lebih baik dirikan Hospital dari sibuk-sibuk pasal UiTM. Aku mahukan hospital kerajaan di Shah Alam. Hospital Klang sudah terlalu sesak dan padat, malahan pengalaman aku menunggu selama 6jam untuk mendapatkan rawatan sudah terlalu susah untuk dilupakan.

Erm, aku tidak online sepanjang demam..Ye ke??? kekeke..aku online tp tidak sekerap biasa..Aku lebihkan tido, mkn, tido..luckily berat aku stabil..kalau susut aku mula risau. Ptg tadi MBSA sembur untuk denggi. Argh..sengal..budak serumah semua nasihatkan pergi buat ujian darah..Ya..Ya..Aku akan pergi check kalau klinik komuniti itu tidak sesak..muahahaha..esok jumaat pastinya klinik tu akan roboh diserbu penduduk shah alam dan sedikit komuniti dr Klang. Jadi, aku mungkin akan ke klinik swasta jika itu berlaku..Wah, duit lagi. Jadi sediakan tabung kecemasan sebelum sakit.

Batuk kali ini telah menyebabkan infection pada peparu aku..Yup, aku ada jangkitan pada peparu ketika tingkatan 3. So, aku tak boleh batuk lebih dari 2 hari..Jika lebih dari tu infection akan berlaku semula. So aku kena mkn byk ubat antibiotik, so mereka yg pernah kena bronkitis berhati-hati kerana jangkitan pada peparu akan lebih mudah berlaku pada sistem badan yg pernah diserang. Syukur aku mmg mempunyai skill meng diagnosis diri sendiri, maklumlah dulu cita-cita mahu jadi doktor atau engineer jadi aku pro kepada subjek bio dan physic.

Argh..panjang melebar pulak post kali ini, kengkawan jaga kesihatan anda dengan memastikan meminum air mineral byk2, mandi byk kali, jgn minum ais byk2, jgn mkn ice cream sgt2..( erk, semua ni mcm mengutuk diri sendiri jerk) :P

Investment Dunia Akhirat

Hi again and again..

Sorry sbb lama tak updated blog ni lps aku pulang dr gath hari tu. Actually aku agak busy dan tak dpt online kerap kerana kesibukan dengan beberapa agenda pertengahan tahun. Jadi aku buat post kali ni utk membalas tag pada bekas engineer ni.

My 6 Best Investments

Actually aku tak invest apa2 pun..percaya atau tidak itu terpulang..i got no car, no home, no new hphone tp yes a new laptop..

1. Laptop Dell Vostro 1400

Laptop ni dibeli disebabkan oleh laptop lama sudei terlalu tenat..dr segi performance laptop lama mmg power but body dah pecah sana sini..Jadi a new laptop perlu menjadi pengganti untuk travel kemana2. Ianya merupakan investment paling penting jika mahu menjadi internet marketer..

2. Camera DLSR – Nikon

Ok, camera ini tidak menghasilkan sebarang pendapatan tp kepuasan..Ya, puas bile melihat hasil tembakan dr DLSR. Tp camera compact aku tetap usung selalu..Nikon Coolpix 5900 yg aku beli 4 thn lps tak silap aku..still power..power rangers warna biru lagi tu.

3. Insurance

Erm memandangkan aku bekerja sendiri dan takde socso atau epf jadi insurance merupakan medium terpenting utk menjaga hal ehwal aku semasa sakit dan tua nanti..jadi WAJIB ada.

4. Fify dan Emil

Percaya atau tidak..Fify dan Emil merupakan investment paling penting dlm hidup aku..Ya Saham Akhirat. Kucing dan kura2..

5. Sijil Premium BSN

Erm even tak pernah dpt hadiah cabutan bertuah, tp aku rasa seronok plak mengumpul sijil2 ni..Mcm best plak

6. Blog catzer.com

Percaya atau tidak aku dah byk invest masa utk blog ni..so sama ada berbaloi atau tidak..kita tunggu 5 thn dr skang..

Aku akan tag beberapa org..erm maaf post kali ini pendek..aku tidak berapa sihat..spt mau demam beberapa hari ni..byk sgt mkn icekimo..padan muke aku..sesiapa yg kena tag ni balas tau:

Amirol

Hasrul

Mie

Waidakmy

Maaf aku kena pergi meniarap kat tilam skang..pening dan bling bling dah..erm icekimo icekimo pesal lah ko sedap sgt…

p.s – Catzer officially demam pada jam 2.00 am tadi. So doakanlah budak kecik ni cepat sembuh supaya bolehlah dia merapu-rapu lagi spt biasa.

WangCyber Gathering, Bukit Jalil

Wargh..best mmg best..bulan Ogos dimulakan dengan aktiviti menarik iaitu gathering Forum Wang Cyber di Bukit Jalil. Aku hadir sedikit lambat sebab erm..erm..aku naik kenderaan awam so sedia maklum org yg setahun boleh kira berapa kali naik kenderaan awam ni mcm biasalah mengalami masalah navigation..

So, sebagai official cameragirl untuk Majlis Gathering forum WC ni semestinya aku busy berjln kesana sini menembak apa2 yg patut. Ramai yg aku jumpa dan maaf aku tak berkesempatan nak tulis nama2 mereka yg aku temui disini..Namun dlm senarai ada 82 org yang mendaftar termasuk aku. So jika aku senaraikan semua post ini akan menjadi yg terpanjang dlm sejarah aku berblog..so tak usahlah..karang korang kata aku gile SEO plak.

Total evaluation aku terhadap gathering kali ini adalah 100% puas hati meskipun ada beberapa rakan Internet Marketing yang tak sempat untuk aku tegur..ampun wahai kawan, bukan sombong tp jika kita punya masa yg banyak mungkin boleh ngeteh bersama bila-bila free. Ada beberapa rakan Internet Marketing yang aku sudah temui sebelum ini..After setahun, erm tak berubah kan…Warna rambut jerk kot aku dok tukar2. :P

Paling aku suke dpt baju WC, tp size M tu mmg terlalu besar utk aku..seperti biasa teman serumah bersorak gembira..yeah..sedekahlah baju tu pada salah seorang dan apa yg aku dpt hanyalah sticker kereta, dah tampal pun..mmg cool.. “I’m Member, WangCyber.com”

Erm terlupa nak ucapkan terima kasih buat teman skandal lama aku Carllys, beb TQ sbb sudi amik aku dan ahib kat stesen LRT Sri Petaling..Ada masa kita borak lagi kutuk boss2 lama yg bakal resign gak tu. Ucapan terima kasih pada Deen sbb hantar balik sampai depan rumah dan K.G sebab bg idea utk mencari mangsa untuk menghantar kami ke Shah Alam..tima kasih..sudilah terima kasih yang tak seberapa ni erk.

Bab picture2 yang berada di dalam CF dan SD card ni lagi..bawak2lah bersabo tahulah kalian semua hensem dan cun belaka..tp berilah masa untuk aku berehat sekejap..Sambil fikirkan dimana aku mau upload ke semua picture ni..Balik dari gathering aku perlu teman seseorang makan mlm kesian dia sudah penat menunggu giliran untuk “dating” dengan aku..Maaf len kali booking awal2 kalau last minute erm bergantung pada budi bicara. Thanks pada camera aku yg tak buat perangai hari ni, maaf kerana mungkir janji minggu lps mau bawa jln2 tp aku layan pi lenjan ke ikea.

Buat teman2 baru dr WC, janganlah segan dan silu…pada aku takde title otai, sifu, senior..etc..Selagi didunia kita ni tetap sama setaraf dan paling penting..Sama-sama mau cari mkn :D

Ini sekeping dari 100 lebih picture yg aku “tembak” kalau korang tak nampak mana aku silalah pakai cermin mata skang..

Blog Widget by LinkWithin