Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Tutorial Menukar Theme WordPress

Kengkawan,aku bukanlah bersandiwara disaat aku katakan aku busy..serius aku mmg busy tgh mempromote parfum dan parfume kat roomate aku skang. Namun, ketika aku ingin membalas comment dr sharil tentang macam mana ingin menukar theme wordpress buat aku berfikir untuk menjadikan comment tersebut sebagai post ke 2 untuk hari ini. Aku bukanlah pakar wordpress but honestly apa yg aku tahu skang semuanya aku tuai dr sikap rajin bertanya pakcik google. Demi masa sesungguhnya aku bakal menjadi org-org yg rugi kerana berceloteh yg bukan-bukan padahal apa yg ingin aku tunjukkan ialah tutorial buat sesiapa yg masih belum tahu menukar theme wordpress. Aku akan mengambil contoh satu blog terbiar aku. Ya, masih terbiar dan thn ini aku akan pastikan ianya di optimize sebaik mungkin dibawah naungan seseorang. Ya,sudah bertukar tgn.

Step 1:
Baiklah aku pilih theme wordpress milik neutronics, biru 2.0. Sila download disini atau di sini Unzipkan file biru 2.0 dan plugins

Step 2:
Buka File Transfer Protocol (ftp) cuteftp/smartftp/filezilla..etc

Masukkan host : ftp.yourdomainname.com (ftp.uptownmalaysia.com), username dan password–> quickconnect

Step 3:
Dibahagian kanan filezilla “remote site” click public_html. Memandangkan aku install wordpress untuk blog ni menggunakan root file so di public_html aku akan ada terus file2 dr wordpress system spt wp-admin,wp-content dan wp-includes. So, yg aku bulatkan merah2 tu kalian kena peratikan betul2.

filezilla

Step 4:
Public_html–> wp-content—>theme + plugin
So, kita akan masukkan folder biru 2.0 ke dlm folder theme. Drag folder biru 2.0 dr local site ke dalam folder theme di remote site. Tunggulah process transfer sehingga berjaya. Perkara yg sama dilakukan untuk plugin.

Step 5:
Sila open admin wordpress, camne nak open? Nak kena lempang ke tanya soklan bodoh tu. So, dibhgn dashboard admin wordpress—> presentation—>pilih theme Biru 2.0, then pergi ke plugin–> activated all related plugins. Then cuba view site…jeng..jeng.. DONE

So, 5 steps mudah ini akan berkesan sekiranya kalian mengikut langkah demi langkah dan jika berlaku sebarang kesulitan silalah tinggalkan komen..Ya, aku mmg busy..post ni amik masa 2jam sebelum dipublished. Beberapa editing perlu dilakukan untuk kesesuaian blog masing2.

Tag Super Catzer

megatron

Aku suke hari Jumaat kerana hari ini adalah penghulu segala hari, dan merupakan hari terakhir bekerja untuk minggu ini. Aku nak minta maaf sbb tak dpt update blog ini sekerap yg mungkin,maaf sgt2 sebab company kakak aku sgt2 perlukan aku skang. Beberapa minggu ini kami sibuk mendaftar beberapa product baru dr France melalui sistem BPFK dgn menggunakan teknologi dari DigiCert.

Agak sibuk untuk mencari agent jualan..hah..siapa berminat untuk menjadi agent jualan product kecantikan angkat tgn..hehehe..jika ada kawan2 kalian yg ingin menjadi agent jualan beritahu aku yerk.

Ops, pagi-pagi ini aku lihat ada tag dr Musnaz, tag superpower..Kalian sedia maklum aku agak berat membuat tag since I hate tag but love ping. Tp hari jumaat yg mulia ni aku ingin membuka sedikit dunia khayalan yg tidak pernah dikongsi dimana2 dan dgn sesiapapun.

1. Apa superpower idaman anda… sila pilih satu jek!
Aku ingin memiliki kuasa pemulihan diri yg menakjubkan

2. Apa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?
wolverine, watak x-men

3. Kenapa/ untuk apa superpower itu yang anda pilih?
Aku pilih dia kerana dgn kuasa sedemikian at least aku yg selalu ditimpa kemalangan ni cepat sembuh :p

4. Kelemahan superpower anda… wajib ada!
Kelemahan superpower aku ialah aku merupakan seorang yg akan pengsan bile tgk darah.

5. Nama anda sebagai hero apa?
SuperCatzer

6. Motto anda sebagai superhero?
Fight for your life

Biasanya aku tidak mahu sebarkan sebarang tag, tp keindahan hari jumaat akan jadi kurang bermakna tanpa menghulurkan tag superpower ni pada rakan2 yg setia. Maaf jika kalian terluka di tag oleh aku.Jika kalian sporting dan ingin sedikit leisure moh jawap tag ni..Mereka2 yg mungkin ada superpower terpendam dan aku mahu tahu rahsia kalian:-

1. Syia
2. Bro azhar
3. Ahib
4. Pokcik Azwan
5. Aizat
6. Nazri perasan serious
7. reezluv

seperti biasa hanya 7 org sahaja..aku suke no 7.

Download Fonts

dofont

Semlm semasa org sibuk dating dan kuar pi shopping, aku plak mengodek-godek fonts yg sesuai untuk aku download ke windows font aku..hehehe..Beberapa CSP font mmg sangat-sangat mengujakan dan mampu membuat aku tersenyum-senyum sendirian. Yes, ada cats font..cantik-cantik.

Pada designer-designer yg mmg cekap bab2 fonts ni mereka mmg suke menambah font-font sedia ada. Erm, semlm aku bermain dgn beberapa fonts. Sedikit bosan kerana tidak mampu menemui font yg menarik utk “projek contengan bersama Sally”. Budak cina tu balik dr Tadika terus jumpa aku di opis, mau main computer dan conteng-conteng.

Macam mana mahu download font ke computer kita,sape mau tahu angkat tgn..hehehe..

Memula korang Unzip files yg korang download dr Dafont, then berpandukan pada type of OS yg korang guna:-

# Windows Vista : Right-click on the font files (.ttf, .otf, .fon) > Install
# Windows XP or earlier : Put the font files (.ttf, .otf, .fon) into C:\Windows\Fonts
# Mac OS X 10.3 or above : Double-click the font file (.ttf, .otf) > “Install font” button

Muahahaha, senang bukan..sbb tu lah aku sedikit mereng dgn beberapa font weekend lepas.

Theme WordPress Melayu dan Habari

Ops, kalian rindu kat aku ke? Hehe, sorry sbb lama sgt loading untuk sembuh sepenuhnya. Actually ada beberapa post yg nak aku publish tp sedikit malas kerana tgn aku terseliuh. Oklah, selain dari demam actually aku ada tergolek jatuh dan menyebabkan tangan kanan aku terseliuh. Jangan gelak, aku tahu kalian mesti fikir aku koya sehinggakan satu lagi kesengsaraan berlaku..sudah..sudah..aku sudah sembuh..rentikan jerklah gelak2 tu.

Sesiapa yg ada link ke friendster aku sudah sedia maklum latest picture aku bagaimana, ya aku dah potong sedikit rambut aku dan dlm mood utk turunkan berat badan dan juga menambahkan stamina. Jika dulu masa sparring taekwondo aku berada dlm weight yg agak menarik tp kini jika aku pergi sparring pastinya aku surrender. Berat aku naik mendadak sejak aku accident bulan 11 2006 dan mungkin juga kerana kelahapan aku yg tinggi ni. Org ckp minum air lemon bleh membantu mengurangkan berat badan, sesiapa ada petua sila tinggalkan comment yer.

Theme wordpress Melayu, ialah selongkaran aku semasa tidak menulis sebarang post disini. Ya, sudah seminggu aku tidak aktif jadi aku perlu lakukan sesuatu yg berfaedah juga selain dr tidur. Aku jatuh cinta pada theme-theme wordpress buatan tgn anak melayu kita spt robotix,eches,neutronics dan jaketb (pakar modified theme wordpress ke blogger, oit pojie aku up nama ko kat sini..so jgn lupe belanja). Bakal menyusul beberapa org yg dgn sengaja aku tidak menyenaraikannya disini. Namun aku masih tidak berganjak dgn theme skang, ya ini cinta sejati aku terhadap theme wordpress berkonsep 2.0 ini. (Aku sendiri tak tahu sampai bile mahu pakai theme wordpress ini).

Habari projek mula mencuri pandangan aku utk beberapa bulan ini. Satu lagi platform alternatif buat blogger selain dr blogspot dan wordpress. Ops, aku masih belum membuka satu padang sasar utk Habari platform. Tgh tertanya-tanya, dimana ingin aku bina padang sasar itu..hehehe..siapa sudah bina padang sasar utk Habari projek ni boleh kah kalian share disini..yg aku ingin tahu..serius ni..teruja..sungguh teruja.

habari project

Me and Demam

Demam pertama utk thn ini, ya tulis dimana2 dan mark kan di kalendar. Kalian tidak akan mampu kira dgn jari kadar demam tahunan aku. Esok, tak dpt pi join gathering di Mid Valley. Aku rasa punca demam ialah, rabu lps hujan lebat tiba2 dan aku berada betul2 didlm kesibukan org mahu pulang dr keje dan hampir dilanggar sebuah kereta wira merah berplat WHA XXXX. Takde tempat nak berhenti dan aku lecun. Lebih tragis aku menjadi saksi sebuah kemalangan betul2 dihadapan mata. Jadi aku pulang dgn dada berdebar-debar dan kesejukan.Semlm aku dah rasa sedikit tak selesa but aku gagahkan diri spt org yg sihat. Mlm tadi aku rasa mcm org demam dah but due to some shock aku jadi kebah sekejap..jeng..jeng..hari ni, imuniti aku hampir zero dan mcm biasa organ pertama effected ialah heart. Sape mahu dermakan jantung utk aku angkat tgn..hehehe..Doakan aku cepat sembuh.

demam

Salam Ma’al Hijrah 1429

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429H

“Ya, Allah ampunkanlah segala dosaku untuk tahun ini dan jadikanlah tahun depan tahun yang baik bagiku… Aamiiin”

Baca doa akhir tahun sebanyak 3 kali pada akhir waktu asar (sebelum maghrib)
Baca doa awal tahun selepas maghrib

Azam tahun ini:
Gunakan 5 perkara sebaiknya sebelum datang 5 perkara lain.

salam Maal Hijrah dr aku seorang newbie webmaster yg mmg agak blur dan selalu menyesakkan nafas kalian. Kunjungan tahun baru islam ini akan mencoretkan sesuatu yg lebih indah dan sememangnya biarlah thn ini menjadi tinta terindah utk umat islam sedunia.

Semestinya utk rakyat Pakistan semoga kehidupan mereka akan lebih baik thn ini meskipun pemimpin kesayangan mereka tidak sempat meraikan thn baru 1429 ini. Sesungguhnya memang inilah saat2 yg aku nantikan, ingin berubah menjadi insan yg lebih baik..ya lebih baik..

Beberapa pengajaran penting sempena tahun baru islam ini boleh kalian baca disini.

Doa utk akhir thn dan awal thn disini

Newbie Webmaster’s Wish 2008

newbie webmaster

Hey genie, i got 7 wishes

Sebenarnya post ini ingin direleased seawal thn baru namun terpaksa aku hold untuk buatkan kalian rindu pada aku. Sebagai newbie webmaster aku kalau boleh nak himpunkan apa yg perlu aku selesaikan utk thn ini. Berbanding thn lps kali ini aku sudah cukup matang utk menilai kredibiliti manusia dan persekitaran, oh sudah tua bukan. Ya, thn ini umur aku 27 dan aku mmg sukekan no 7 tu. Hey genie, i got 7 wishes :-

1. Aku ingin menjadi seorang hamba Allah,adik,kakak, makcik,kawan,sahabat,pekerja,teman dan makwe yg baik.
2. Aku nak punyer ramai kawan yg setia dan menghormati aku meskipun aku papa kedana.
3. Aku nak membina empayar Ardent. Muahahaha..ini idea kakak aku
4. Aku nak beli laptop baru dan kamera DLSR.
5. Aku nak buat lesen kete dan beli kete.
6. Aku ingin generate traffic ke blog ini meningkat 500%..muhahaha
7. Aku akan memiliki satu offline business.

Erm, sape kata aku takde azam, ada tau cuma aku malas nak elaborate jerk. Mungkin ianya tidak secanggih kawan2 aku yg lain but at least aku ada wish yg pelik sebagai seorang newbie webmaster.

We’re Moving

Hujung bulan ini aku dan 2 org lagi housemate akan berpindah ke kediaman yg lain. Lebih selesa dan mahal..huhu..but langkah pertama untuk aku capai segala 7 wishes aku tu ialah dgn berpindah ke rumah lain yg lebih selesa dan kurang gangguan. Moreover, rumah kali ini juga dekat dgn Masjid, so perasaan tenang tu menjalar keseluruh kawasan perumahan. Amin

My Niece

erm, Sally aka budak cina ni semakin rapat dgn aku maybe sbb aku cute mcm dia juga kot..hehe. Actually umur dia 5thn dan sudah ada 5 helai baju kindergarten. Tahun ini dia bertukar ke kindergarten lain kerana kakak sepupu dia, Qistina sudah masuk darjah satu so dia takde kawan disekolah lama. Kindergarten kali ni katanya lebih best dr yg sebelum-belumnya..yer aku layankan aje. Hari ini dia belajar main kasut roda, weekend ni mahu main ais skating di Pyramid. Seperti biasa, aku tak mau ikut walaupun dia cium aku sejuta kali..hahaha..aku tak makan rasuah..

Blog Widget by LinkWithin