Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

WordPress Lagi

Eh, bgnlah beb pi lah update blog ko ke wordpress version 2.3.1. Argh, malaslah aku nak layan ko mlm2 buta ni…Alah..pilah upgrade tak sampai seminit jerk, aku nak tgk apa special nya.

Aku membuka mata perlahan, malaun mana yg dok sibuk suruh aku upgrade blog aku ni. Aku tonyoh2 mata aku nampak fify dok sibuk membuta disebelah aku. Cis, kucing ni makan space sungguh habis tempat tido aku. Argh, mimpi rupanya..Kejadahnya mimpi pasal wordpress plak. Itulah aku ni last time upgrade setahun yg lepas kot. :)

Di opis,
Adik mana blog wordpress yg ko ckp tu? Angah aku tersengih-sengih..Angah nak buat mcm ni mcm tu..bla..bla..bla..aku on computer dan buat bodoh. Dlm kepala aku berfikir, patutpun aku mimpi pasal WordPress rupanya malaun sorang ni pagi2 dah sibuk cite pasal WordPress.

Amiklah..amik…nak update blog ko ngan wordpress 2.3.1 ni..Kang jadi apa2 bug ke apa ke jgn cari aku..muahahahaha..kakak aku mencebek marah..muahahahahaha..

Image Hosted by ImageShack.us
TAG this image

Fast Review October

Upgrade WordPress:
Oh, kalian semua sudah pakai version 2.2.2 tp blog ini masih 2.0.3. Sudah berbulan aku ingin upgrade namun tak cukup storage, sepantas kilat aku sms shuth, erm secara automatik blog ini sudah ber version yg sama spt kalian. Ya, katakan saja aku ketinggalan..peduli apa aku janji blog ini masih hidup tanpa segan dan malu :p

Tukar Theme:
Ya..ya..ya…kalian mula membebel keliru dgn identiti rupawan blog ini..Seperti pemiliknya blog ini juga tidak punya pendirian yg tetap..ingin berubah mengikut arus yg berlalu pantas especially time2 musim hujan ni. Kalian tidak perlu berlalu hanya kerana theme yg berubah kerana penulisnya masih sama, seorang yg gile kepada design 2.0 tp masih jatuh cinta pada yg satu.

Sengkek Raya:
Aduh, demam kus-kus aku makin melarat kerana tinggal duit syiling sahaja. Beberapa hari lepas aku mengeledah bungkusan megi. Ehem, ada berbungkus-bungkus lagi megi aku ni. Yahoo, aku tersenyum sambil mencurah air panas ke atas megi kari aku. Yer, megi kosong sahaja kerana peti ais di akhir2 bulan ini mmg hanya tinggal apa yg aku tidak boleh mkn sahaja.

Paksu:
review ini tak mampu aku coretkan sebenarnya, semlm kami bergegas ke hospital. Paksue mengalami infection pada paru-paru dan dlm keadaan tidak stabil. Air mata aku tahan melihat dia terlantar di katil hospital. Masih terngiang di ingatan ku saat2 aku pulang bercuti raya. Dia sudah mampu berborak, minta itu minta ini. Tp kini terlantar semula. Esok, dia akan di transfer ke HKL semula. Ya Allah, kau tabahkanlah hati hambamu ini. Pic dibawah diambil oleh aku menggunakan camera phone so agak blur sedikit.

Image Hosted by ImageShack.us
TAG this image

Paksu Accident
Paksu Condition

Sisipan – Raya, Lagu Raya, Hantu Raya

argh..aku sudah mahu publish entry kali ini tetiba kaki gatal aku ni teroff plug computer ni..aku tak mampu berkata apa lagi..semua entry sudah tinggal kenangan..

sisipan teringkas dr aku:

selamat hari raya dan maaf zahir dan batin

Semoga kalian selamat pergi dan pulang dlm perjalanan ke mana sahaja

Sesiapa nak aku htr ecard kat korang blehlah tinggalkan komen kat sini. Dan kalau rasa2 nak htr ecard kat aku bleh gak..Bleh htr kat posmen di sini (KLIK SINI)

Blog Widget by LinkWithin