Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

5 things which is unknown by public

Yer..gelak dan gelak..kalian suke bile aku di ‘tag’ sesuatu yg membuatkan aku membongkar rahsia. Tag ini drpd teman lama yg seangkatan berlabel robotys.

5 perkara yg sebenarnya ingin aku kuburkan dr pengetahuan kalian semua, tp tak mengapa kali ini aku dedahkan demi kebahagiaan bersama..hehehe

1. Aku seorang PEMBUNUH – kejadian ini berlaku semasa hari raya pertama semasa aku di tingkatan 1. Aku terlanggar kucing kesayangan kawan aku sendiri, bukan salah aku kucing itu meluru ke arah motor aku. Pagi itu aku membasuh darah kucing yg terlekat pada motor dgn hati yg berbelah bahagi. Semasa beraya di rumahnya, dia menangis kesedihan kehilangan kucing tersayang. Aku hanya berdiam menyimpan rahsia itu hingga skang.

2. Aku seorang PENAGIH – actually aku tidak bleh hidup tanpa ubat migrain aku. Even berjuta kali mencuba melawan migrain ini tanpa ubat akhirnya ianya bukan menambah baik tp semakin melarat menjadi lebih serius. Aku perlukan ponstan 500mg setiap kali diserang.

3. Aku seorang KARNIVOR – hehehe,aku tak mkn sayur. Dulu masa kecil parent aku pernah cuba paksa aku mkn sayur dgn hanya memasak sayur atau campurkan lauk dgn sayur yg aku tak makan selama seminggu. Hasilnya, selama seminggu itu aku makan di luar.

4. Aku owner uptownmalaysia.com – ini merupakan blog persendirian mengenai malaysia. Aku saje melahirkan blog ini konon2 nya mahu berkongi sesuatu ttg malaysia. Ianya akan diperbaik pulih secepat mungkin dgn entri entri yg berfaedah..hehehe

5. aku suke makan pisang salai dan aku tak mahu korang tahu…nak tahu kenapa? Sbb aku tak mahu menerima bungkusan pisang silai setiap kali kawan2 aku pergi ke Johor..hehe

Argh,gile post ni mengambil masa sehari utk disiapkan..Erm sebagai hadiah utk kawan2 yg aku temui di Rumpun..aku tag:

adar - dia nak bg RM50 percuma skang, baik korang pi skodeng.

omar – erm nak beli baju persetankan bleh order kat dia.

Fiona – sarawakian yg cute

Monster – dia berjaya turunkan berat bdn utk Rumpun..bleh tanya rahsianya?

Budak PSP – hahaha…jgn mare erk

Erm sebenarnya aku mahu tahu semua rahsia blogger di Rumpun..Tp agak melampau jika aku tag semuanya lebih 50 org tu..Gile2

tag source: mohdSuhaimy-robotys

Rumpun 2007 – Yang Hangat

Edisi hangat Rumpun bisa bikin mael jadi ayam goreng jika diikutkan hati aku. Tp mengenangkan kawan, ya aku maafkan walaupun penuh sindiran. Yg beku pula kerana hujan lebat, aku sedikit beku…Ramai bertanya mana gambar yg hangat ni? Erm, sangat2 terlewat untuk membuat imbasan kerana beberapa hari ini agak busy dgn bantal busuk ku..

Tiba seawal mungkin aku byk menghabiskan masa bersama omar, jasmine dan mamu. Monster dtg membawa seseorang yg istimewa, sama spt adar dan norizam cuma utk mereka berdua teman yg halal..hehe

Oklah ,aku tak share any rumpun pic kat sini BUT di sini

Memories of Rumpun 2007

Sorry post ini tidak seindah mana, aku mahu cepat ke HKL. (Paksue aku masih koma).

Rumpun 2007 dan Starbuck

Hari ni aku bergegas ke KL menaiki komuter, wah..hampir 2 thn aku tidak menggunakan pengangkutan awam ni. Aduhai byk sungguh perubahan yg aku rasakan. Crowded..huhuhu..kepalaku pening.

Aku sampai awal di KL, bersama wayer dimana dia dikehendaki menjaga booth di PWTC. Aku kelaparan, seperti biasa saat ini aku di starbuck menanti jam berpusing ke angka 4. Sejujurnya, internet di starbuck The Mall agak menghampakan. Mungkin sbb heavy user, argh saat ini bagaikan tak mampu menerima apa alasanpun..Internet di Malaysia terlalu menghampakan..

Aku order secawan coffee dan sandwich bersama salad. Erm, bosan sekejap lagi aku perlu lari mengejar pengangkutan awam utk ke Ampang. Inilah nasib insan yg tidak pandai memandu kereta, padan muke aku sendiri. Mahu merempit, hari ni agak kurang yakin tak tahu kenapa. Org ckp jika tidak yakin baik jgn buat..Yer, dan aku telah menyusahkan hidup aku sendiri skang.

Erm aku tertanya berapa ramai blogger melayu yg akan aku temui nanti, harap tidak mampu ku kira dgn tgn. Jika ada picture nanti, akan aku share disini..Baiklah kawan, pada yg tidak dpt hadir..mungkin kita akan ketemu di masa akan dtg.

Rumpunan Untuk Dia

Post ini terpaksa aku type semula, kerana di saat hujan lebat tadi perkhidmatan internet tergendala sementara..post aku tidak dapat diselamatkan..Sungguh sadis

Rumpun 2007 untuk para blogger yg berblog dlm bahasa ibunda. Aku harap pertemuan nanti juga tidak mengagungkan bahasa penjajah. Ya, kita sudah merdeka 50 tahun lamanya, namun penjajahan yg sebenar sudah sebati dlm aliran darah anak semalaysia. Mungkin kita perlu berbahasa penjajah utk berjaya, itu kata mereka yg taksub. Aku bukan anti bahasa penjajah ini cuma aku takut bahasa ibunda akan berkubur tak diingati seperti mana pejuang negara di masa lampau. Aduh, sedikit patriolitik meskipun tahun ini tidak mengibar jalur gemilang di blog ini.

Erm hujan yg gah tadi sudah surut, aku perlu ke pejabat pos mengambil brg yg tidak dpt diterima semlm. Erm, posmen skang sudah licik. Tinggalkan saja nota tuntutan barang, anggap sahaja penerima tiada di rumah. Kurang bertanggungjawap sungguh, malahan terpaksa pula aku menunggu satu hari sebelum barang itu dpt ku ambil di Pusat Pos Laju. Bernasib baik mood aku cukup baik hari ini, lagipun brg itu sedikit kurang penting.

Sebelum aku menutup post kali ini, ada kekusutan yg perlu aku usaikan bersama kalian. Aku punyer ideologi utk blogger2 melayu menjadi kipas susah mati. Jika aku ciptakan satu utk kalian kekal dipersada blog ini, kalian mahu?

Tag-7 Perkara Pelik Tentang Catzer

Oklah, even hari2 yg berlalu sekarang agak perit kerana Pak Sue masih koma di HKL. Aku tetap ingin memenuhi tag dr bro Zamani. At least, aku masih sedar life must goes on walaupun hati aku bagaikan terhenti seketika. Ok, 7 perkara mcm terlalu sikit but luckily aku suke nombor 7 ni. 7 perkara pelik tentang aku ialah:

1. Memang sudah lama dilabel sebagai “pelik” oleh family dan kawan2 sbb perangai yg unik. Ianya pelik sbb jarang org suke dikatakan pelik kecuali aku. Aku bangga menjadi manusia pelik.

2. Suke memakai jaket dan kasut sporty. Dimata aku nampak macho tp entahlah adakalanya dilabel pelik oleh kawan2.

3. Suke mencipta ayat2 baru dan maknanya yg hanya aku faham.

4. Setiap kali pergi shopping aku akan pergi ke bahagian toys dan pilih pelbagai action figure yg berkenan di hati especially Gundam..hohoho..pelik? Biarlah..

5. Aku hanya akan minum air mineral sebagai ‘plain water’, tak akan minum air paip yg dimasak. Kecuali di rumah kawan, terpaksa. Kena jaga hati tuan rumah.

6. Aku suke berlakon jadi doktor, tgk cerita pasal perubatan, memiliki koleksi ubat, tp hakikatnya aku takut darah..
7.  Aku byk komik dan buku, tp ada diantaranya aku tak pernah baca lagi. Tp sememangnya aku tak mampu berhenti membeli buku. Ada diantara buku2 tu mmg aku sengaja tak akan baca, sbb aku rasa happy mcm ada buku baru..hehe

Actually byk lagi kepelikkan yg tersembunyi. Oklah, aku terasa gatal utk tag org lain. Mereka yg bernasib baik itu ialah:

1. Eastmael
2. Hasrul

3. Reezluv

4.  Affuone

5. Zek 

6. Nazirah

7. Rasso 

Aduh..sebenarnya aku kepingin utk tag semua blogger..hehehe..takper kalian tunggu tag yg berbahaya dr aku suatu masa nanti. Utk saat ini aku biarkan kalian bahagia.

Doa untuk Pak Sue

Khamis, 9.00 pm

Aku dikejutkan dgn sms dr angah “Adik, paksue accident skang masih belum sedarkan diri di hospital – angah ” Aku terduduk diam, aku phone kakak ipar ku di kampung dan dia mengesahkan sms yg baru aku terima tadi. Pada mlm itu juga kami bergegas pulang. Sesampai di hospital, angah tgh sain surat pelepasan paksue di transfer ke HKL. Pukul 2.00 am kami sampai bersama ambulan yg membawa paksue.

Pukul 4.30 am paksue dibawa ke bilik bedah utk membuang darah dlm otak. Kami sekeluarga sabar menunggu, apatah lagi bersama anak saudara yg masih kecil yg asyik bertanya keadaan paksue tersayang. Aku membuat panggilan ke saudara terdekat. Pukul 9.00 am, operation berjaya dan paksue ditransfer ke NICU. Pukul 11.00 am, kami dibenarkan masuk bergilir-gilir.

Buat pengetahuan semua, adik bongsu aku ini accident semasa pulang dr kelas tambahan untuk pelajar PMR. Kawan yg membonceng memberitahu dia ada mengadu mengantuk sepanjang membawa motorsikal. Semasa dia jatuh dr motorsikal, dia terhumban jauh dan terjerumus masuk ke dlm longkang. Darah keluar membuak dr mulut dan hidung, namun aku bersyukur ada insan yg berhenti dan membawa dia ke hospital meskipun saat itu dia sudah tidak sedarkan diri.

Sabtu, 4.45 pm

Aku masuk melihat paksue masih terlantar sama spt sebelum ini, esok pukul 9.00 am bendalir yg dimasukkan kedlm otak dia utk membalancekan tekanan akan ditarik keluar. Abah dan mak berharap sgt dia akan sedar esok. Meskipun doktor telah mengesahkan pelbagai komplikasi tp kami sekeluarga berdoa dia sedar dan pulih cepat.

Paksue tersayang,

Kami doakan paksue cepat sedar dr koma, jgn buat mak dan abah risau lama. Kami tak mampu menahan air mata ini terlalu lama. Sedarlah adik ku..senyumlah utk mak dan abah yg sabar menanti hari demi hari.

Aku tidak tahu berapa lama aku perlu berulang-alik ke HKL. Namun jika ada kesempatan akan aku coretkan sesuatu disini. Doakan adik kesayanganku sedar dan pulih seperti biasa. Kami menanti di luar wad penuh sabar, kami percaya dia punya semangat juang yg gah utk sedar. Paksue..kami menanti dan rindu gelagat nakal mu.

Love is Dusta

Bulan 11 nanti, akan berlangsung majlis perkahwinan kakanda ku. Hatta itu menunjukkan cinta adakalanya tidak berdusta.

Namun aku bergelumang dgn gelora yg menyatakan cinta yg aku miliki kini sudah bukan milikku lagi. Prasangka ini bukanlah perasaan semata-mata, lebih2 lagi di pihak yg sana suka mengotakan kata-kata menghiris dan berbaur makna berakhirnya sebuah cinta.

Adakah cinta itu akan membosankan? jika ia, adakah ia bermakna cinta itu dusta.

Adakah cinta itu boleh di bahagi 2? jika ia, adakah ia bermakna cinta itu boleh dikongsi sama rata.

Adakah cinta itu mengarah pada zina? Jika ia, adakah ia bermakna cinta itu haram.

Adakah cinta itu membunuh perasaan mulia dan mengelapkan hati? Jika ia, adakah cinta itu mengarah kearah kegelapan.

Aku berselubung dlm perasaan yg tidak mampu aku tikam hingga mati. Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang islam, dimana hati ini mampu aku kembalikan pada-Nya. Sesungguhnya Dia yg lebih tahu betapa cinta agung ini milik siapa. Aku tabahkan hati sesungguhnya dugaan ini memiliki sebabnya tersendiri. Aku tidak akan mengalah dan tunduk pada cinta yg dusta.

Wahai wanita dan jejaka,

pertemuan dua insan bukan muhrim, disatukan atas nama cinta bukan untuk menyeksa keduanya. Hargailah temanmu, meskipun dia bukan tercipta utkmu. Sesungguhnya setiap insan itu lahir disertakan dgn hati. jgnlah menyakiti meskipun sudah tidak ada cinta lagi.

Ku Tunggu Kau Pulang

Erm, minggu ini agak bosan kerana kawan aku sudah mula bekerja..bermakna aku kehilangan tukang masak dan kawan bergaduh. Setelah hampir 2 minggu aku menderita demam panas akhirnya aku mampu merempit pulang ke rumah semula. Hinggakan fify sudah tidak kisah akan kewujudan ku..Erm, kucing yg lupakan tuan..Siaplah kau nanti akan ku dera sebagai hukuman melupakan aku.
Duit poket aku juga sudah rebah kerana menanggung kos rawatan semasa demam panas. Lebih mengejutkan lagi bile doktor membuka cerita keadaan jantung aku yg kurang stabil perlu di maklumkan kepada pakar cardiologist. Oh, begitu serius sekali. Aku tersenyum disaat muka doktor berubah utk menyampaikan cerita yg tak semegah itu. Saat itu aku teringat arwah datuk yg meninggal kerana sakit jantung. Oh..aku terlalu muda utk semua ni. Diagnosis sahaja tidak bermakna apa2 jika aku masih yakin utk bernafas spt org biasa.

Beberapa minggu ni juga aku tidak memohon sebarang pekerjaan. Mungkin esok akan bermula semula. Hari ini aku menunggu kepulangan diri ku semula, menanti semangat itu pulang. Aku ingin berlari semula biarpun larian itu tak membawa aku kemana-mana.

Saat ini aku bersendirian, memikirkan esok yg lebih baik dan cemerlang.

Blog Widget by LinkWithin