Twitter
Facebook
ClickBank1
ClickBank1

Tolonglah..Jangan Pergi..

Bulan ni merupakan bulan dimana aku byk berehat dan bermuhasabah diri. Namun, aku ingatkan dpt rehat 100% rupanya ada insan yang perlukan khidmat nasihat dari aku yg mmg berminat dengar masalah org secara percuma ni.

Isu kali ni ialah bila korang kapel terlalu lama then tiba2 clashed! Yang minta clashed biasanya takde effect seteruk yang kena “cerai”.

Biasanya yang kena “cerai” ni mempunyai plan jangka masa panjang bersama bekas awek atau pakwe jadi hampir 100% tidak boleh menerima kenyataan yang dirinya telah di reject 100%. Ada yang terus membawa diri dan tidak kurang juga yang merayu2 untuk sambung balik.

Dari segi pengalaman aku mmg pernah di reject tetapi selalu mereject ialah skill aku paling terror sekali. Aku amik kes paling mudah, bila korang kapel lebih dari 5 tahun dan mmg ada plan nak jadikan calon korang tu teman sehidup semati dan suddenly kapel korang tu tiba2 berubah hati..Apa korang patut buat?

Pada aku sume mende pun kena back to basic..Memanglah korang akan ckp berkata2 tu lebih mudah dari perbuatan..bahu yg memikul lebih berat..etc2…

Tetapi pada aku mudah jerk! Kalau mmg bukan jodoh ko..ko kawen pun belum tentu diaorg akan setia dengan ko..ada kebarangkalian korang akan cerai gak suatu hari nanti. Sape yang pernah bercerai cuba korang tanya kenapa bercerai? Jawapan mudah “TAKDE JODOH”. Kalau orang dah kawen dan cerai boleh menerima hakikat takde jodoh, korang yang belum kenal erti hidup sebenar berumah tangga dok gedik2 frust menonggeng dan tak boleh terima kenyataan “TAKDE JODOH” sungguh pelik!

Korang sewajarnya mengambil peluang untuk mulakan kehidupan yang lebih baik, sejujurnya aku sendiri pernah frust! Tapi ubat terbaik untuk semua ni ialah menerima kenyataan Allah lebih tau apa yg lebih baik untuk kita!

Nasihat buat rakan aku yang masih tertonggeng frust pasal awek dia tinggalkan dia:

1. Hidup ni sementara jerk, rugi kalau mati tapi hati kita dipenuhi dengan perasan menyesal!

2. Cinta yang abadi ialah Cinta kita kepada Allah..Kalau ko lebih2 cintakan manusia, ko akan merana sbb Allah boleh amik dia bila2 masa jerk.

3. Kalau ko betul2 sayangkan dia, lepaskan jerklah dia semoga dia akan temui seseorang yang lebih baik dan bahagia.

4. Teruskan hidup ko mcm biasa dan bukalah pintu hati tu untuk orang yang sememangnya untuk ko..Jodoh ko yang sebenarnya.

Aku pernah kena reject sekali dalam hidup aku,waktu tu umur baru 19 tahun kot..Bagus gak aku kena reject sbb kalau tak mesti aku dah gatal nak kawen muda2. Time aku frust, aku dapat sambung belajar dan selama 3 tahun kot aku dok rebound love sampai satu tahap aku jadi seseorang yang matang dan mula fikirkan untuk cari lelaki yang boleh aku jadikan suami.

Sebenarnya orang yang cepat frust bile kena reject ni ialah golongan yang tidak matang dan tidak mampu mengawal emosi dan keadaan semasa. So, layak ke nak jadi suami dan isteri orang? Aku tidak kait kan soal umur dalam isu sebegini, matang tidak bermakna ko perlu berumur 30 tahun. Matang ialah bile ko boleh kawal emosi dan bersikap terbuka dengan setiap cabaran hidup.

Aku harap orang yang tengah frust skang ni fikir2kan kembali apa matlamat sebenar korang dalam hidup ni. Jika kerana lelaki/wanita yang telah reject korang, korang nak meroyan sampai berbulan2..aish!!! Jangan buat malu umat lah!

TH Hotwheels 2009/2010 Collection

Kelmarin aku berjaya melengkapkan koleksi treasure hunts series hotwheels untuk tahun 2009 dan 2010..Yosh!!!

Meskipun mengambil byk masa untuk mendapat kesemua 12 pieces (2009) dan 12 pieces (2010) tu tetapi agak berbaloi aku bila aku himpunkan kesemua 24 pieces tu. Kesibukan aku mengumpul untuk tahun 2009 dan 2010 menyebabkan aku banyak ketinggalan koleksi treasure hunts untuk tahun 2011 ni. Tapi tak silap aku, aku dah ada 3-4 pieces kot koleksi treasure hunts thn ni punya…kot jerklah..hahaha..kena godek balik!

Bagi collector hotwheels sebenarnya ada gak yg tak kisah pasal Treasure Hunts dengan Super TH ni, tp aku berani ckp most of them mmg gile gak lah kalau dapat huh! Sbb treasure hunts series ni susah skit nak dapat meskipun harga sama tp jumlah yang dikeluarkan agak limited sbb tu jadi “treasure hunts”.

Untuk senarai penuh treasure hunts 2009 dan 2010 korang boleh tgk link dibawah:

2009 Treasure Hunts Hotwheels

2010 Treasure Hunts Hotwheels

Erm so skang aku dah boleh focus untuk kumpul treasure hunts tahun ni punya..la..la..la…

Blog Widget by LinkWithin